12 Tempat Menarik Di Melaka Waktu Malam? Cantiknya, Rugi tidur awal!

Tempat menarik di melaka waktu malam


Cuti sekolah dah tak lama lagi, hujung bulan mac 2018 dah bermula cuti penggal persekolahan. 

Maka ramailah manusia akan pergi bercuti & balik ke kampung masing masing. Yang pergi umrah & lain lain.

Kami pun tak ketinggalan untuk pulang ke Melaka dari Shah Alam menghadiri majlis perkahwinan saudara mara.

Hotel semua sudah di tempah online 3 bulan lebih awal, ada kami kongsikan tips dapat tempah hotel murah sebelum ini.






Melaka memang banyak tempat menarik, sebab tu wajib tempah homestay dan hotel awal awal. Fully booked tau.

Sambil balik kampung kali ini, nak juga pusing pusing tempat menarik di negeri bersejarah ni. Dinternet memang banyak senarai tempat best di Melaka.

Saya pun nak buat list sendiri khas untuk lokasi menarik di melaka pada waktu malam.

Sangat sesuai untuk kita yang pergi Melaka kerana menghadiri kenduri perkahwinan di siang hari.


12 Tempat menarik di Melaka di waktu malam

Ada beza ke pergi waktu malam? Banyak sangat beza. Macam ni lah perumpamaannya.

Bulan & bintang di langit sentiasa ada walaupun disiang hari, tapi kita tak perasan. Melainkan di waktu malam.

Macam itulah bezanya tempat tempat ni di siang & malam hari. Nikmat pinjaman Allah kepada kita.




Jangan Tidur Awal & Lawati 12 Tempat Menarik Di Melaka Waktu Malam Hari!

Semua tempat ini dah masuk dalam wishlist kami dari awal lagi. 

Saya buat senarai pendek, mana yang sempat kita pergi. Dari 12 lokasi, kalau dapat pergi 4 pun dah capai KPI cuti kali ini.


Bukan kuantiti yang kami kejar, tapi kualiti masa & memori yang tersemat di sini.


Jadi tanpa membuang masa.


Kita mulakan sekarang.

12. Melaka River Cruise Umpama Berada Di Venice Itali



tempat menarik di Melaka River Cruise waktu malam


Tamadun lama di dunia banyak berkembang di lembah sungai & pesisiran pantai. Dulu ada belajar dalam subjek geografi di sekolah kan.

Sungai melaka yang merentasi bandar ini kini menjadi tarikan pelancong terutama sekali pada waktu malam.


Permandangan yang tak terbanding melalui jalan darat.






Terutama sekali dengan nyalaan lampu neon pelbagai warna di tebing sungai dengan pelbagai bangunan yang dihias indah.


Fuhh, memang wajib pergi.



venice river cruise waktu malam
Ini permandangan Venice pada malam hari.
Melaka River Cruise waktu malam dan venice
Ini pula permandangan sungai melaka waktu malam. Tak kalah lawa kan


Naik river cruise ni wajib bawa kamera & tangkap gambar tau. 

Ini kerana banyak seni bina bangunan di tebing sungai ini tiada di kawasan lain di Malaysia.


Banyak bangunan warisan bersejarah seperti kedai makan, gudang gudang purba, kampung morten & gereja akan direntasi.

Laluan untuk river cruise ini adalah seperti berikut
  • Naik dari jeti muara. 
  • Dari jeta muara bot akan memudiki sungai menuju ke jeti taman rempah
  • Sebelum kembali semula ke jeti muara.
Saya di fahamkan, perjalanan pergi balik melalui laluan diatas memakan masa kira kira 40 ke 45 minit.

Jika ada ahli keluarga kita orang kurang upaya (OKU), jangan risau kerana ada kemudahan untuk OKU.

Dan harga tiket untuk OKU juga dapat diskau. Terbaik kan.


Harga tiket pada hari bekerja pemegang mykad: RM10.60 dewasa: RM 5.30 kanak-kanak 


Manakala pada hujung minggu: pemegang mykad RM15.90 dewasa untuk kanak-kanak tetap sama


Alamat: Jalan Laksamana, 75000 Melaka

Waktu operasi: Dibuka dari 9.00 pagi-11.30 malam



11. Menara Taming Sari Melaka Untuk Melihat Melaka dari Mata Burung Di Langit!

MENARA Taming Sari Tempat Menarik di Melaka MALAM
Depan menara ini ada beca berlampu. Kredit gambar: Menaratamingsari.com


Menara yang diambil namanya dari kisah Hang Tuah bersaudara.

Ramai masih ragu ragu benarkah wujudnya keris taming sari. 


Itu saya pun tak pasti, yang saya pasti menara taming sari memang wujud di tengah bandar Melaka.


Dan rugi tak naik menara ni di waktu malam.


Boleh naik bersama sama 1 keluarga selepas penat berjalan. Sebab kita cuma duduk dalam menara tu & menikmati pandangan panorama bandar Melaka di malam hari.


Menara ini mempunyai fungsi gyro seperti menara kl di Kuala Lumpur.


Pandangannya tak akan kekal di satu tempat. Malah berputar dalam paksi 360 darjah secara perlahan lahan.


Kamera wajib bawa tau. Atau caj saja handphone kita penuh penuh.



menara taming sari tempat menarik di melaka malam hari


Menara setinggi 80 meter ini,membolehkan kita melihat banyak tempat menarik di melaka pada sudut berbeza di malam hari.

Contoh contoh tempat tersebut ialah

  • Muzium Samudera
  • Masjid Selat
  • Dataran Pahlawan
  • Bukit St Johm Pulau Melaka
Bandar bersejarah ini nampak terhias indah & terjaga rapi dengan limpahan kilauan cahaya.

Harga tiket masuk ialah Rm17 untuk dewasa & RM11 untuk kanak kanak.

Alamat: Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka
Ketinggian: 24 tingkat
Dibuka pada: 18 April 2008
Waktu lawatan: Setiap hari dari10 pagi hingga 11 malam.


10. Alto sky lounge untuk bersantai di bangunan pncakar langit

Alto Sky Lounge Tempat Menarik di Melaka Waktu Malam
Pandangan malam dari bangunan pencakar langit Melaka. Kredit gambar: Datviettour.com.vn

Sebelum ini saya ada kongsikan pengalaman tempah hotel online di Melaka.

Salah satu hotel yang saya tinjau adalah Hatten hotel di tengah bandar Melaka. Cuma trip kami kali ini mahu hotel yang ada swimming pool atau taman tema.


Terpaksa keluarkan dari senarai pendek.


Alto Sky Lounge terletak di Hatten Tower dan setakat ini adalah antara bangunan tertinggi di Melaka. Lebih tinggi dari Menara Taming Sari.


Dan ada juga kafe yang menyajikan makanan & minuman di sini. Cuma saya tak pasti tempat ini halal atau tidak.


Salah satu tempat rehat menarik untuk duduk makan makan (jika halal) & sembang dengan keluarga.

Jam operasi: 16.00 petang – 00.00 malam

Alamat: Dataran Hatten, Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka
Waktu lawatan:
  • Weekdays dari petang hingga jam 12 malam
  • Weekend dari jam 4 petang hingga jam 1 pagi


9. The Shore Sky Tower, Pandangan dari puncak tertinggi di Melaka

The shore sky tower roof top malam
Kredit gambar: Skytower.theshoremelaka.com

Kalau di Kuala Lumpur, bangunan tinggi ni dah jadi perkara biasa. 

Setakat menara berkembar Petronas tu dah jadi tempat bermain di zaman zaman baru kenal dunia.


Di Melaka ni, The Shore Sky Tower adalah bangunan tertinggi iaitu 42 tingkat atau 153 m. 


Saya tak kisah sangat nak singgah sini, cuma anak anak & isteri mungkin suka. Sebab bukan selalu naik bangunan pencakar langit kan.


Lainlah kita hari hari kerja pejabat di tengah kota.


The shore sky tower roof top waktu malam


Difahamkan ada restoran diatas bangunan ni, tapi tak pasti halal atau tidak.


Cuba buat kajian sebelum makan disini dahulu. Paling mudah cuba lihat samaada minuman keras / arak ada dihidangkan atau tidak.


Kalau ada memang sah lah haram. (Lawan halal kan haram. Haha)


Daya tarikan tambahan tempat ni berbanding bangunan pencakar langit di Melaka ialah



  • Akuarium dengan ikan koi (Teringat kunjungan ke taman rama rama melaka denagn kolam ikan koi & lanskap menarik)
  • Platform kaca lutsinar untuk lihat pandangan ke bawah dari ketinggian 153 meter. Ketar lutut.
Alamat: Lebuh Ayer Keroh, Kampung Bunga Paya Pantai, 75450 Melaka
Waktu lawatan: buka pada pukul 10.00 am-10.00pm.

8. Jonker Walk Melaka Untuk Cari Cenderahati Di Malam Hari

tempat menarik di Jonker Walk melaka waktu malam

Kalau dah melancong, takkan nak balik tangan kosong kan?

Mesti nak beri buah tangan pada saudara mara & jiran taulan. Nak beli di mana ya?

Pergi saja ke pasar malam Jonker walk. 

Memang terdapat banyak barangan cenderamata di jual pada harga yang berpatutan. Nak cari keychain, baje, kraftangan?

Semua ada disini pada harga berpatutan. Boleh survey harga untuk dapat tawaran terbaik.


pasar malam jonker walk ramai orang
Memang ramai orang ke mari. Bawa anak jangan sampai hilang

Saya sendiri suka pergi pasar malam daripada shopping complex untuk cari cenderamata sebab pilihan lebih banyak.

Dan boleh asah skil tawar menawar. Boleh menuntut ilmu dengan isteri masing masing.

Alamat: Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
Waktu operasi: Tutup setiap hari melainkan pada hujung minggu. Jumaat~ Ahad dari jam 5 petang hingga 12 tengah malam.


7. Night Safari Zoo Melaka, "Dating" bersama hidupan liar di hutan rimba!

tempat menarik di zoo melaka pada waktu malam


Pernahkah kita terfikir, tiap kali melawat zoo.

Kebanyakan haiwan sedang tidur.

Mesti ada kan.

Ini kerana ada di antara haiwan ini nokturnal iaitu aktif di waktu malam.

Sebab itu, cuba kita lawat Zoo Melaka pada waktu malam. Kami pernah ke mari pada waktu siang sebelum ini.

Insyaallah jika ada kesempatan, mahu juga singgah ke night safari di malam hari.

Zoo Melaka, seingat saya adalah zoo no 2 dari segi saiz di Malaysia. 

Menempatkan lebih 1200 haiwan dari 215 spesis  berbeza. 

Siapa yang teringin melihat badak sumatra yang diancam kepupusan bolehlah datang sini. 

Bawa kamera boleh, tapi rasanya tak boleh onkan flash semasa tangkap gambar kerana khuatir akan memeranjatkan haiwan liar.

Nanti mereka jadi agresif.

Pak belang pun ada, rasanya malu nak lihat kamera sebab teringatkan kancil. Eloklah kan, pak belang jadi logo Maybank.

Kancil pula jadi logo Bank Negara Malaysia.


Night Safari zoo melaka menarik malam
Pak belang buat apa tu?


Alamat: 75450 Ayer Keroh, Melaka
Kawasan: 22 hektar

Night Safari hanya dibuka pada 2 hari saja iaitu pada hari jumaat & Sabtu dari jam 8 ~ 11 malam. 

6. Kota A’Famosa untuk Tugu Pahit Zaman Penjajahan

Tempat Menarik di Melaka Waktu Malam Kota A Famosa

Ramai orang datang ke mari untuk sekadar bersiar siar, tapi hakikatnya kota ini memberi simbolik kesilapan datuk nenek moyang kita zaman dahulu.

Banyak pengajaran untuk diambil dari generasi terdahulu.

Bagaimana Melaka jatuh ke tangan kuasa penjajah sehingga ratusan tahun. Bertukar tangan dari portugis, Belanda dan British.

Kota ini dibina pada zaman penjajahan Portugis pada tahun 1511.

Hanya saki baki dari kubu asal kota ini yang tinggal kerana di runtuhkan oleh British. Dirobohkan pada 10 Ogos 1807

Usia kubu ini mencecah 500 tahun.

Tak jauh pun, kalau menginap di hotel equatorial jalan kaki saja ke mari. Waktu malamnya dihias rapi & penuh bercahaya di atas bukit yang menghadap Selat Melaka.

Alamat: Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 78000 Alor Gajah, Melaka

5. Melaka River Pirate Park untuk bersukaria di tepi Sungai Melaka!

Tempat Menarik di Melaka Waktu Malam Melaka River Pirate Park

Dah puas melawat tempat bersejarah & pantai di Melaka semasa siang hari?

Saya syorkan untuk kita bawa keluarga ke Melaka River Pirate Park.

Bersiap sedialah untuk keluarkan duit untuk setiap permainan di dalam ni. Terdapat banyak permainan yang boleh dicuba seperti:


  • Ferris Wheel.
  • Flying Fox Pirate Ship
  • Rock Climbing
  • Haunted Castle
  • Bungee Trampoline
  • Mad Cow
Masuk taman tema confirm kena keluar duit. Memang padanlah dengan namanya sebagai tempat perhimpunan lanun.

Jalan Laksamana, 75000 Melaka

Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 11.30 malam.

4. Pantai Klebang Melaka / Pantai Puteri Melaka / Pantai Tanjung Bidara 

pantai di melaka malam menarik

Ambil lah masa untuk melihat permandangan matahari terbenam di Selat Melaka.

Cantik.

Boleh pergi ke pantai pantai di Melaka.

Saya rekemen pergi ke Pantai Puteri, atau Pantai Klebang, Atau kalau nak jauh sikit boleh pergi ke Pantai Tanjung Bidara & Pantai Kuala Sungai Baru.

Ada banyak homestay di tepi pantai. Sewa saja dan mudah untuk ambil masa menjamu mata kita melihat permandangan indah ini.

Di samping bunyi deruan ombak menghempas pantai yang mendamaikan.

Memang mengasyikkan.

Nak adventure lagi boleh berkelah saja dalam khemas. Malam pergi panggan sendiri makanan laut yang di beli di muara nelayan.

Ikan segar yang manis baru keluar dari laut.

Atau makan saja di restoran makanan laut di tepi pantai.

Alamat: Boleh pilih sendiri pantai mana yang disukai. Saya prefer pantai puteri sebab dekat rumah mak mertua sendiri.

3. Dataran Pahlawan Untuk Beli Belah & Window Shopping!

Tempat Menarik di Melaka Malam Dataran Pahlawan Megamall

Sebelum ini saya rekemen untuk pergi ke Jonker Street untuk harga souvenir yang murah dan berpatutan.

Tempat ini pula sebaliknya.

Siapa yang mempunyai bajet lebih boleh datang ke Dataran Pahlawan Megamall untuk cari oleh oleh untuk dibawa pulang.

Harga produk disini memang lebih mahal & berjenama.

Barang barang seperti berikut boleh diperolehi disini.
Pakaian berjenama
Aksesori & gajet telefon
Aksesori wanita

Alamat: 01, Hatten Square, Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka
Waktu perniagaan:  Setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam


2. Mahkota Parade untuk Makan di food court & Shopping Sakan!

Mahkota Parade Tempat Menarik di Melaka Waktu Malam


Satu lagi lokasi untuk membeli belah & makan makan.

Saya kurang minat nak ke mari kerana jalan selalu sesak. Tapi mungkin lokasi hotel & homestay anda berdekatan.

Boleh lah datang ke sini.

Alamat : Mahkota Parade, G8, Jalan Merdeka, Taman Costa Mahkota, 75000 Melaka
Waktu perniagaan:  Setiap hari dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam


1. Masjid Selat Melaka

Masjid Selat Melaka tempat menarik malam

Dan juga masjid masjid di seluruh Melaka.

Melaka ni kaya dengan Masjid yang cantik cantik dengan senibina yang unik. Ada pengaruh dari Cina, Jawa, India & macam macam lagi.

Masjid Selat di Melaka pula terletak betul betul di tepi pantai. Nak lihat matahari terbit?

Senang saja, solat subuh di sini. Confirm nampak matahari terbit.

Nak lihat matahari terbenam? Senang saja solat maghrib disini.

Mesti nampak matahari terbenam.

Lokasi pun strategik. Lepas solat Isyak boleh lah keluar jalan jalan di Melaka.

Pendek kata, semakin jauh kita berjalan sepatutnya makin hampir dengan Allah swt sang pencipta.

Solat tak boleh tinggal. 


“Apabila telah ditunaikan solat , Maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.” (QS. Jumu’ah: 10)

Alamat: Jalan Pulau Melaka 8, 75000 Melaka

Pengaruh senibina: seni bina Islam


Penutup

Sampai juga kita ke penghujung artikel ini. Selamat bercuti di Melaka. Saya doakan selamat pergi dan pulang.

Insyaallah. TInggalkan komen & pendapat bernas anda di ruangan komen.

Comments

  1. Amboi tajuk tuan, Mama pun tiba tiba rasa teruja nak pergi melaka.

    Cantik cantik gambar permandangan nya.

    Dah macam venice malaysia.

    Pergi siang kurang serinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang wajib pergi, saya pun excited nak naik cruise waktu malam

      Delete
  2. Waktu malam biasanya kami tidur awal, dah biasa ajar anak tidur menjelang jam 10 malam. Mencabar juga nak bawa pusing pusing sekitar Melaka.

    kalau waktu tidur terganggu mesti meragam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali kena ajar juga supaya anak lasak sikit puan.

      Delete
  3. Kalau dah sampai waktu siang pun, tak sama pengalaman waktu malam kan tuan.
    Memang kena ambil masa nikmati permandangan di melaka.

    Terutama river cruise

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu masa cuti sekolah penuh dengan orang di Melaka. Siapa yang berniaga boleh buat duit

      Delete
    2. Apatah lagi kalau viral kan. Memang masuk duit macam air hujan. Semua rezeki Allah beri.

      Delete
  4. Melaka sekarang nih kan memang banyak tempat tempat menarik. Sampaikan tak terjangkau nak pergi. Banyak lagi yang ada dalam list saya tak pergi lagi

    ReplyDelete
  5. Tengok majalah 3 pasal kampung mortem kat melaka, wah cantikk sangat... macam nak pergi Melaka banyak tempat menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik waktu malam naik rivercruise singgah kampung morten

      Delete
    2. Terutama sekali kalau malam tu bulan purnama dan langit cerah berbumbungkan bintang. Lawa

      Assalamualaikum Wrmbth, Salam blog walking dari Maznee sis

      Delete
  6. rindu nk ke Melaka tapi yang stressnya sebab tahap jem tu..kalau dulu waktu masih belum kahwin, Melaka ni boleh dikatakan setiap bulan kami sekeluarga ke sana...

    salam kenal dari umifuzy.com

    ReplyDelete
  7. okay banyak lagi tempat tak sempat singgah rupanya. tak tahu lak ada alto sky lounge tu. btw nice sharing

    ReplyDelete
  8. 10,9, dan 7 tak pernah pi lagi.. 10 dan 9 tu baru lagi, masa dok sana dulu, tak dak lagi..

    ReplyDelete
  9. selain tempat bersejarah, di.melaka juga banyak tempat makan yang menarik

    ReplyDelete
  10. Saya pun baru saja pulang dari travel ke Melaka. Memang ohsem bila jalan jalan dengan keluarga. Sediakan air cond buka laju laju sebab Melaka ni panas.

    ReplyDelete
  11. Ada beberapa lagi yang ana tak pergi lagi. Yang lain Alhamdulillah dah sampai.

    ReplyDelete
  12. Pandai tuan pilih gambar, semua gambar melaka waktu malam. memang lawa lawa kan

    ReplyDelete
  13. Ya Allah menariknya Melaka time malam

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

18 Tempat Menarik di Shah Alam Selangor 2018? Cantiknya! Confirm Best

Taman Botani Shah Alam Bukit Cerakah? Wah Nyamannya! Tempat Menarik Di Selangor 2018