Susu kambing terbaik - 13 Jenama popular pilihan ibu di Malaysia

 Di bawah ini adalah beberapa jenama popular di pasaran. (No 1 adalah kegemaran kami! Anda bagaimana? Kita mulakan sekarang dengan jenama susu kambing di Malaysia)


13 Jenama Susu kambing terbaik di Malaysia -  Pilihan ibu untuk si manja!



susu kambing terbaik


1. Susu kambing organik Faleeq

susu kambing faleeq

Baru baru ini, keluarga ibu dipertemukan dengan jenama susu kambing organik Faleeq. Apa yang menarik hati kami ialah, perisa asli susu Faleeq tidak ditambah bahan lain selain susu kambing.

Itu yang buat kami suka sangat. Sebab sebelum ini kami dah guna jenama susu kambing lain, pada awalnya memang bahannya susu semata mata. Sekarang ni, jenama tersebut dah di tambah dengan bahan bahan lain seperti sirap glukosa, minyak sayuran dan protein susu. Kecewa sungguh kami.

Faleeq susu kambing asli

Alhamdulillah, sekarang ni dah jumpa jenama Susu Faleeq, yang bahannya susu kambing yang di import dari Holland. 


2. Susu Wildan

kebaikan susu kambing wildan untuk ibu mengandung

Keluarga Ibu dah gunakan susu ini agak lama. Hampir 4 tahun. Alhamdulillah serasi untuk seisi keluarga.

Jenama tempatan yang dapat pengiktirafan antarabangsa. Dulu masa baru keluar, bahan mentahnya susu kambing organik semata mata.

Sekarang ni dah campur banyak makanan lain macam minyak canola. Setau Ibu, jenama ini menggunakan susu yang diimport dari Holland (Negara asal susu friso gold)

Harga untuk 1 pek 500g memang mahal lah.


3. Susu tepung Lazz

Satu lagi jenama tempatan yang popular. Iklan pun banyak di radio dan tv. Agak popular juga ni.


testimoni lazz susu kambing untuk bayi


Salah satu jenama yang Ibu pernah gunakan sendiri setiap hari. Keunikan Lazz susu kambing ialah mereka mengimportnya dari Holland, sebuah negara yang cukup hebat teknologi tenusunya. Mana taknya, ada lebih 18,000 ladang tenusu disana & 12.7 billion kg susu diproses setiap tahun. Holland ni setaraf dengan New Zealand, susu fernleaf dihasilkan disini.

Jenama susu dutch lady kan datang dari negara yang sama. Cuma dutch lady bekalkan susu lembu lah kan. Yang ni pula kambing.

Banyak artikel Ibu dah tulis tentang Lazz ni, kalau nak tau harga susu lazz, senarai pengedar & baca testimoni penggunanya. Jemput baca artikel di bawah.



4. Susu Khalish

Jenama khalish susu kambing memang unik kerana ia dihasilkan secara organik. Bebas bau bauan yang tak menyenangkan. Bukan senang nak dapat status organik seperti yang dikongsikan web huffpost.


khalish susu kambing harga


Dapatkan info seperti dimana nak dapatkannya, bahan mentah & harga susu khalish dalam artikel di bawah.

 

5. Susu Higoat

Rasanya, kalau di ingat semula. Inilah jenama pertama susu kambing tempatan yang jadi mainstream.


khasiat susu kambing higoat cara minum


Ibu gunakan jenama susu ini agak lama. Dari belum kahwin.

Walaupun banyak kebaikan susu kambing higoat, lebih penting lagi cara penyediaan yang betul supaya khasiat yang ada dalamnya terpelihara. Sebab itu Ibu kongsikan cara minum susu higoat yang betul & banyak lagi maklumat penting dalam artikel di bawah. 



6. Susu Habib

Ibu telah mengulas lebih lanjut tentang susu habib. Banyak persoalan yang sering ditanya dah pun dijawab dalam artikel tersebut. 


susu kambing habib untuk bayi



7. Susu Platinum

Memang banyak khasiat susu kambing kurma untuk kesihatan lelaki & wanita seperti dikongsikan di akhbar express.co.uk. Terutama sekali untuk pasangan suami isteri yang mahukan anak, ataupun ibu hamil.


susu kambing kurma madu platinum




Jadikan amalan minum susu kambing ketika hamil sebagai kewajipan. Emak dalam rahim sama sama dapat khasiat. Sekarang ni lagi senang, ada produk susu formula terbaik yang mudah disediakan & diminum. 


Baca lebih lanjut di bawah untuk salah satu contohnya iaitu rumusan susu formula kurma madu berjenama platinum.


8. Susu Suffy

Memang banyak testimoni pengguna yang telah menggunakan produk ini. Tapi, takkan sama kalau kita tak baca sendiri kan? 


susu kambing suffy

9. Susu Ar Rayyan

Jenama susu formula kambing seterusnya banyak menggabungkan makanan makanan yang dikenali ramai.

susu kambing ar rayyan


Contohnya seperti buah delima, kurma & coklat dengan kebaikan susu kambing.



10. Susu Tok Ali

Jenama yang dah 10 tahun berada di pasaran ini dikeluarkan oleh syarikat yang berpengkalan di Seremban.


susu kambing tok ali


Kalau dah bertahan lama tu, mesti ada pelanggan yang setia kan.  Sejujurnya Ibu belum berkesempatan menggunakan jenama susu ini. Tak tahulah kalau ada orang nak sponsor ke. Hehe.



11. Susu Harwany

susu kambing harwany

Kalau anda nak cuba brand susu gold goat dari Harwany, boleh dapatkan di farmasi guardian berhampiran.



12. Susu Irfan

susu kambing irfan


Jenama seterusnya agak unik. Ini kerana ia adalah satu satunya jenama luar negara dalam senarai panjang ini.




13. Susu Karihome

Produk karihome menyediakan pilihan khas untuk digunakan utk kanak kanak & orang dewasa.
susu kambing karihome

Senang nak cari susu ini di pasaraya besar dan hypermarket seperti Tesco dan Aeon Big. Ada di jual kat bahagian susu formula. 

Jika susu lain diimport dari Holland, susu ini pula produk hasil tenusu dari bumi New Zealand. Kita semua tau negara seperti Australia & New Zealand ada padang ragut yang sangat besar. Teknologi tenusu mereka pun maju. 

Sebab tu harga susu karihome ni agak mahal kalau nak dibandingkan dengan susu seangkatan dengannya.

Post a Comment

Previous Post Next Post