6 Homestay di Kampung Taman Sedia Cameron Highland. Murah, best & mesra bajet



Kampung Taman Sedia adalah penempatan melayu pertama di Tanah Tinggi Cameron. Disini ada banyak homestay milik muslim dengan suasana kampung. Makanan halal yang sedap pun banyak!

Tak perlu sembang panjang, kami senaraikan homestay terbaik dibawah.




6 Homestay terbaik di Kampung Taman Sedia. Jom sokong perniagaan muslim!


1. Tiny Boutique Habitat

Lokasi: 24, Kg Taman Sedia, 39000 Tanah Rata, Pahang


Kalau anda mahu tinggal di rumah yang ada taman bunga dihadapannya, memang syok betul duduk di homestay ni. Mana taknya, setiap unit rumahnya boleh menempatkan 6 ke 7 orang dewasa dengan pemandangan taman yang indah dari dalam bilik. Jenis bunga ditanam pun banyak yang boleh tumbuh di tanah tinggi saja.

Kalau kita perhati senibina bangunan disini, memang jelas pengaruh inggerisnya. Atap genting jenis shingles tu paling ketara sekali.


Satu lagi tarikan utama untuk tinggal disini mestilah kafenya. Perabot meja & kerusinya dihasilkan dari kayu berkualiti. Suasananya pun nyaman & ada kelas. Ini belum tengok lagi menu disediakan.


Cuba perhati apa ada dalam menu di atas ni. Bermacam macam makanan western untuk santapan kita. Dari kek & pastry hinggalah ke pasta & pizza.

Oh, lupa nak kata pizza tu home made dalam oven ala Italy tau. Kita boleh bakar sendiri lagi tu. Tak payah terbang jauh pi Italy tu.


Inilah dia oven tu, Bakar pakai arang je tau. Lagi sedap dari oven elektrik yang biasa digunakan di kedai pizza hut & domino. Bau & aroma dia lagi naik. Tak guna cerita panjang. Anda tengok sendirilah hasilnya di bawah.


Pizza home made yang segar dibakar & sedia dibaham. Sejuk sejuk kat cameron ni makan pula dengan pizza panas. Perut pun dah berkeroncong. Dijamin halal pulak tu sebab pemiliknya pun orang islam.


Ruang santai untuk kita makan makan sambil berbual pun banyak disediakan disini. Rasa macam kat luar negara pulak kan.

Ok, sekarang ni kita lihat pula rupa bilik penginapan disini.


Boleh tahan kan. Katil bukan main banyak, ruang dalaman pun dicat dengan warna putih, terasa lebih luas dan lapang.


Rumah rumah ni 2 tingkat, kalau risau anak anak jatuh tangga, minta sajalah mereka duduk di tingkat bawah.


Rumah ni lengkap dengan segala kemudahan, TV, water heater dan lain lain semua ada.


Memang lain pengalaman tinggal disini berbanding di hotel tau. Di hotel mana dapat suasana macam ni. Kalau anda dah banyak kali pergi ke Cameron, tak keterlaluan rasanya kalau kami kata jika tak cuba apa yang ditawarkan di sini.

Mesti baca: 23 Hotel terbaik di Cameron Highland (Dari RM70)


Taman tamannya pun terjaga rapi, tahniah kepada pihak penguruhan Tiny Boutique Habitat. Kami doakan semakin maju & mendapat banyak sambutan.

Seterusnya kita baca sendiri luahan rasa pengunjung yang pernah tinggal di sini.



Reviu pilihan.
Great space complete with lovely garden. You can pet animals here ;goose rabbit and more. Good amenities and superb food especially the homemade pizza. Totally worth every penny. Everything was good and superb. We had our wonderful moment there. Privacy and nice scenery. Good ambience.. good interior. Very conceptual for whole design and comfortable. Absolutely gonna repeat again to be here.. thank you azmir for your good services. Pleasantly surprised eventhough we’ve read the reviews before going. Our small kids had so much fun running around in the garden, feeding geese & rabbits. We’re woken up by the rooster in the morning.. lovely. We think cameron highlands lacks flower gardens and tiny boutique habitat provided the feast for our eyes. The lodging was comfortable, the food was nice and warming.
Trip typeFamily

Harga penginapan di Homestay Tiny Boutique dari:  RM 310 / malam

Ok, homestay ala inggeris dan selesai. Lepas ni kita cari homestay style kampung pulak.

Mesti baca: 10 Homestay terbaik di Cameron Highland untuk percutian mewah yang paling indah.


2. Azalea Muslim Homestay Cameron Highlands

Lokasi: 14, Lorong Hj. Abd Aziz, Kampung Taman Sedia, Cameron Highlands, 39000 Tanah Rata, Pahang


Homestay seterusnya mempunyai pemandangan yang indah, boleh layan view cameron dari atas bukit.

Kalau anda sebelum ni ada angan angan ada kampung di Cameron Highland, tak payah teringin lagi lah. Tempah je penginapan anda disini.


Pemiliknya pun ramah & rajin pencinta tanaman hiasan. Boleh lihat sendiri hasil minatnya di bawah.


Kalau tak rajin, memang tak jadi semua ni. Belakang homestay ni boleh nampak pemandangan bukit bukau di Cameron.

Dan dari sini juga boleh nampak satu bangunan mahligai ala kolonial inggeris yang tersergam indah di atas bukit. Serba putih.


Dan semasa entri ini ditulis, homestay ini sedang mengalami proses naik taraf fasiliti. Pemiliknya melabur lagi untuk besarkan homestay ni bagi keselesaan tetamu.


Bahagian luar dan laman homestay ni memang dah lawa dah, macam mana pula dengan dalaman bilik Jom kita lihat.


Pemilihan warna kontra yang berani. Kombinasi warna hijau, unggu dan merah. Warna hijau tu nampak mendamaikan.


Saiz bilik yang diberikan pun agak luas. Memang macam rumah kampung melayu. I like.


Yang gegel tu boleh la tinggal kat bilik warna pink ni. Haha.


Kita balik semula pada tanaman yang ada disini. Anda rasa pokok apa yang tuan homestay tanam ni?


Pokok Avocado ni. Kalau anda minat makan salad, memang tak boleh tinggal buah yang rasanya seperti mentega + kacang ni. Rasa lemak manis.


Memang pengalaman berbeza yang akan kita perolehi jika tinggal di Homestay Azalea. Kalau di hotel serba mewah, di sini pula sebab sederhana tapi sangat berbaloi.

Tak percaya? Cuba baca reviu terpilih di bawah ni.


Reviu pilihan.
Second time here. Very nice host family. Facilities include iron & board, hot shower, Njoi TV, kettle, fully equipped kitchen (next door), parking. Will definitely come back for a third. Fourth. Fifth round and so on. Lol. If they'll have us.
Harga penginapan di Azalea Homestay bermula dari:  RM170.00 / malam

Kami doakan perniagaan makin baju. Boleh bayar zakat lebih. Kepada pemilik homestay, harap jaga servis berkualiti. Insyaallah pelanggan akan datang berkali kali. Kami pun boleh tolong promote selalu ok?

Homestay sentuhan inggeris & kampung dah selesai. Homestay seterusnya pula berada di kondominium.

Mesti baca: Pahang memang kaya dengan banyak tempat menarik. Mari bermalam di 18 hotel paling best di Kuantan semasa bercuti.


3. Ada Guesthouse

Lokasi: A2-3A-3, The Quintet, Off Jalan Tengkolok, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang (Google Map)

Homestay bergaya moden ini berada sangat hampir dengan kampung taman sedia. Kita boleh nikmati pemandangan yang cantik dari balkoni apartment. Penggunaan handrailing jenis tempered glass seperti gambar dibawah sangat tepat sebab tak mengganggu view.


Rumah ini mempunyai 3 bilik dan 3 bilik tidur dan sangat sesuai untuk rombongan dengan saiz 6-8 orang pada satu masa.

Homestay kondo ini terletak di The Quintet, sebuah kawasan baru berhampiran dengan Bandar Tanah Rata.  Cuba lihat sendiri hiasan dalaman homestay ini, pemilihan perabotnya memang cantik & kena dengan tema warna dinding.


Ruang tamu yang sangat luas & selesa.


Bilik tidurnya pun sedia menerima kunjungan tetamu yang penat bersiar siar. Jika anda ada anak yang masih bayi, play pen juga disediakan dalam master bedroom.



Katil single bed juga disediakan di bilik tidur berbeza.


Cantik betul meja makan kayu yang disediakan di ruang keluarga.


Dapurnya pun lengkap dengan perkakas masakan moden, kemungkinan homestay ini ada gunakan khidmat interior designer sebab pemilihan konsep yang sama untuk keseluruhan rumah. Kabinet dapur pun warna coklat dengan motif ira kayu. Kerusi makan bayi pun ada.


Bagus tuan rumah ni, tak lokek. Milo 3 in 1 pun ada disediakan untuk para tetamu.


Bilik airnya bersih & dijaga dengan baik.


Kalau anda nak bersiar siar dengan menaiki basikal pun tak de masalah. Pemilik homestay dah sediakan siap siap.


Homestay Adda Guest House juga hampir dengan banyak tempat makan menarik di Cameron Highland. Food hunter mesti suka.

Ada kedai makanan yang ada berhampiran ialah


Highland steamboat grill & cheese yang berjarak hanya 150m dari homestay.


Atau boleh menjamu selera dengan juadah popular dari pantai timur seperti Nasi Kukus My Prima.


Atau makan hidangan signature kampung taman sedia, Nasi lemak Abang Strawberry.

Nak dipendekkan cerita, memang puas hatilah tinggal disini. Pemiliknya Encik Arief mempunyai pengalaman bekerja dalam pengurusan hartanah dan kini terjun pula ke dalam pengurusan rumah tamu.

Sebagi generasi ketiga penduduk tetap Cameron Highlands, tentu beliau dapat berikan tips memilih tempat tempat best di Cameron yang hanya diketahui penduduk yang bermastautin disini.

Moga moga bisnes makin maju tuan, boleh tambah lagi unit homestay. Sekarang kita lihat pula apa kata tetamu Adda Guest house?


Reviu pilihan.

Very friendly hosts. Nice setting, clean and tidy guesthouse. Peaceful, nice and secure environment. Highly recommend. 6 out of 5 . Lokasi yang baik dekat dengan restoran. Pemandangan sekitar yang cantik & menarik. Keluasan apartment yang sangat selesa utk 6 org. Fasiliti yang disediakan terbaik untuk kami sekeluarga.

Harga Adda Guesthouse homestay: Dari RM350 / malam

Seterusnya kita pergi pula ke penginapan jenis chalet di kampung taman sedia.


4. DarulMakmur Chalet

Lokasi: 45, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, 39000, Pahang

Beza tinggal di homestay dan di chalet, tak ada kemudahan untuk masak dalam unit kediaman.



Nampak ada persamaan macam tiny boutique habitat kan. Nak duduk santai santai depan chalet pun ada banyak kerusi.



Kedai yang menjual cenderamata pun ada di chalet ini. Mana la tau waktu balik tu dah malas nak jalan jauh jauh, boleh lah beli disini. Tak perlu nak bangun awal pagi ke pasar kee ataupun pergi pasar mala di golden hills untuk ole ole dibawa pulang.



Kemudahan tempat letak kereta pun banyak terdapat disini. Tak perlu risau nak parking di mana.


Setiap unit chalet dilengkapi dengan kemudahan yang selesa, boleh pilih nak bilik dengan katil bujang atau katil saiz queen.




Sejadah dan arah kiblat pun dah disediakan di setiap bilik. Masa bercuti pun awajib kita solat kan.


Hiasan ruang tamu yang ringkas tetapi kemas.


Seperti yang kami kongsikan tadi, nak masak memang dapur tak ada. Tapi periuk nasi dan oven disediakan untuk panaskan makanan. Nak basuh baju pun senang sebab mesin basuk ada disediakan.



Rupa ruang makan.


Nak tahu apa perasaan tinggal di ladang strawberry? Tak payah berangan lagi, mari tempah bilik anda di Chalet Darul Makmur. Dari tingkap kita dah boleh nikmati suasana ladang strawberry di tanah tinggi.


Bagaimana pula dengan ulasan dari pelanggan yang pernah bermalam disini?


Reviu pilihan.
Nice cosy place. Took a chalet. Room is decently clean. Set lower expectation as this is not a hotel level accomodation. Location is very good. Very near to many strawberry farm. TAC nasi lemak strawberry just in front of the chalet is way better than 200 seeds nasi lemak strawberry (Abang). Good place to stay with family as well. They have separate surau and also shared pantry for usage.

Harga untuk bermalam di Darul Makmur Chalet: RM120 / malam

Seterusnya kita pergi pula ke homestay jenis rumah biasa. Sesuai sangat untuk percutian bajet untuk keluarga besar.


5. De Desaku Homestay @ Taman Sedia

Lokasi: Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Hiasan dalaman Homestay De Desaku ni betul betul macam kebanyakan rumah orang melayu di Malaysia.


Ruang tamunya ada kusyen macam rumah di kampung. Budak budak sekarang kenal sofa saja kan. Kusyen macam ni dah jarang jumpa.


Bilik tidurnya pun sama macam hiasan bilik tidur rakyat jelata. Tak de fancy fancy macam kat hotel dan homestay mewah. Cadar pun taste orang kampung. Pendek kata macam balik rumah mak ayah la ni.


Katil bertingkat untuk kegunaan anak anak.



Kemudahan asas untuk memasak ada disediakan di premis.



Atau kalau nak makan masakan panas pun senang, ada kedai tom yam terletak berhampiran.


Reviu pilihan.
I think it value for money especially when need cramp budget. You can have a whole house at cheapest rate fit for a family. And also can rent a small room. And remember to snug with your sweater because it will be freaking cold at nite.

Harga Dari: 
  • Bilik 3 orang : RM 100 satu malam RM180 dua malam
  • Bilik 4 orang : RM 130 satu malam RM240 dua malam
  • Apartment 8 orang : RM 200 satu malam RM380 dua malam


6. ASZI CHALET

Lokasi: Aszi Chalet, Taman Sedia, 39000 Tanah Rata, Pahang


Macam pernah nampak tempat ni kan? Tapi kat mana ya?

Kalau anda perasan, sebenarnya Chalet Asri ni berada bersebelahan dengan Azalea muslim homestay (No 2 dalam senarai ini). Kami tak pasti pula sama ada pengurusannya sama.


Anda tak perlu risau pasal parking kereta. Depan rumah je.

Kerusi dengan meja yang mempunyai palam kuasa disediakan. Boleh sembang sambil caj handphone di luar bilik.


Ini pula rupa bilik chalet, memang luas dan selesa. Dalam 1 bilik ada 2 katil queen.



Boleh golek golek atas katil sambil tengok tv kan.


Kat cameron ni, bilik air wajib ada water heater. Azab nak mandi awal pagi kalau water heater rosak.


Sekarang kita lihat pula ulasan pelanggan lepas.

Reviu pilihan.
Sangat selesa,bersih,kemas dn wangi segar. Ruang bilik tidur yang cantik semua keperluan tersedia. Next time pergi bercuti ke Cameron Highland boleh repeat lagi di  kediaman ASZI Chalet. Memang Terbaik.
Mesti baca: 10 Homestay bajet di Cameron Highland milik orang islam.


Kesimpulan tentang homestay di Taman Sedia Cameron Highland.

Terima kasih kerana membaca artikel ini sehingga habis. Anda sudah jumpa dengan homestay yang sesuai dengan trip percutian kali ini?

Mari sama sama kita sokong perniagaan homestay milik orang islam di tanah tinggi Cameron. Semoga makin maju & mereka boleh bayar zakat. Kepada pemilik homestay muslim di Cameron, sekiranya anda membaca perkongsian ini, kami doakan anda istiqamah dalam perniagaan.

Elakkan dari termasuk ke dalam zon selesa. Semoga anda boleh berikan servis terbaik kepada pelanggan. Barulah berbaloi kami menyokong anda. Kalau tidak, pasti pelanggan akan kecewa.

Tiada pemasaran sebaik servis yang baik. Pasti nama anda akan meniti di bibir pelanggan tiap kali mereka ke sini.


Post a Comment

Previous Post Next Post