18 Hotel di Kuantan terbaik 2022! Murah & terbaik untuk bajet anda.

Kuantan terkenal dengan banyak tempat menarik & pelbagai tempat makan yang best dan sedap. Baik untuk peminat menu tempatan atau Barat.
Hotel di kuantan

Antara yang menjadi tumpuan ialah Ana Ikan Bakar Petai, Sara Thai, Kula Kek, Mustafa Cendol, Restoran Mabiq dan lain-lain.

Tak rugi bercuti di Kuantan. Pada yang belum sampai, wajib lah ke sini nanti. Tak tahu nak menginap di mana? Nah kami senaraikan 18 hotel yang best yang berbaloi untuk diinap. Pilih ikut mana yang berkenan dan padan dengan bajet masing-masing.

18 Hotel di Kuantan terbaik 2020. Destinasi makan angin di pantai timur.


Hotel terbaik di Kuantan.

1. Swiss Garden Beach Resort Kuantan

Antara hotel Kuantan yang popular di kalangan pelancong tempatan mahupun pelancong antarabangsa. Kenapa?

swiss garden hotel kuantan



Sebabnya hotel ni merupakan hotel bertaraf antarabangsa pada harga yang sangat berpatutan. Ada bilik dari jenis deluxe hingga lah ke bilik jenis suite dengan balkoni peribadi lagi.
Selain dari tu, ramai yang suka stay di sini sebab lokasi hotel yang terletak berhadapan dengan Pantai Balok di mana tetamu hotel boleh terus akses ke pantai. Tak perlu nak naik kereta bagai dah.

swiss garden hotel kuantan

Dan pada yang datang bercuti dengan keluarga, ada 2 kolam renang yang luas untuk orang dewasa dan kanak-kanak beriadah bersama. Kalau rasa lapar lepas berenang tu, tetamu boleh menjamu selera di The Garden Terrace yang berhadapan dengan kolam. Senang kan?

2656 - 2657,
Mukim Balok Beach, Beserah,
26100 Kuantan, Pahang.

Harga : RM288 - RM738


Hotel di Pahang dengan pemandangan pantai yang indah!

2. Hyatt  Regency Kuantan Resort

Teluk Cempedak - pantai paling popular di Kuantan. Pasti sesak setiap hujung minggu dan musim cuti. Malas bersesak berebut parking? Apa kata stay di Hyatt Regency Kuantan - hotel 5 bintang mesra keluarga terletak betul-betul di tepi pantai TC ni.


Menawarkan 300 bilik yang baru diubahsuai yang sangat selesa untuk bercuti. Dan jangan lupa pilih bilik yang menghadap Laut China Selatan tau. Baru syok!!

Mesti baca: 22 Hotel terbaik di Langkawi yang popular di kalangan pelancong.


Nak buat aktiviti? Boleh berendam dengan anak-anak sebab kolam renang dia ada 4 tau. 2 untuk dewasa 2 untuk kanak-kanak. Lepas tu boleh sambung lepak tepi pantai main pasir pula. Kalau nak resy pun boleh sebab ada tempat-tempat duduk disediakan.

Lapar? Nak makan dekat hotel boleh, nak makan dekat deretan kedai makan di TC pun boleh. Jalan kaki je dekat tepi tu. Restoran-restoran segera pun banyak. 

Teluk Cempedak, 
25050 Kuantan, Pahang.

Harga : RM418 - RM1723

Hotel Kuantan terbaik untuk percutian keluarga.

3. Zenith Hotel Kuantan

Tercari hotel di tengah bandar dan dekat dengan shopping mall? Zenith Hotel Kuantan pilihan terbaik. 5 minit jalan kaki dah sampai Est Coast Shopping Center.

Zenith hotel kuantan kemudahan

Selain menawarkan pelbagai jenis bilik dengan rekaan kontemporari, Zenith Kuantan juga menyediakan kemudahan kolam renang infiniti, spa, pusat kecergasan, taman permainan kanak-kanak  dan beberapa restoran untuk menjamu selera menu tempatan dan antarabangsa.

Mesti baca: 22 Hotel di Melaka untuk percutian menarik di negeri bersejarah.

Zenith hotel kuantan aktiviti

Rata-rata tetamu yang telah menginap di sini sangat berpuas hati dari segi lokasi, kemudahan, keadaan bilik serta menu sarapan yang disediakan dan telah mendapat rating reviu tertinggi tau.

Jalan Putra Square 6, 
Putra Square, 
25200 Kuantan, Pahang.

Harga : RM232 - RM530

Hotel murah di Kuantan.

4. Hotel Seri Malaysia Kuantan

Lagi satu hotel yang terletak berdekatan dengan Teluk Cempedak. Hanya 10 minit memandu dah sampai. Selain tu hotel ni juga dekat dengan Zoo Teruntum, Muzium Sungai Lembing dan Kuantan River Cruise.

hotel seri malaysia kuantan


Bilik-bilik di Hotel Seri Malaysia sesuai untuk percutian keluarga kerana luas dan selesa serta lengkap dengan kemudahan termasuk kolam renang dan wifi percuma. Harga yang dikenakan pula sangat berpatutan. Memang berbaloi untuk bermalam di sini.

Jalan Teluk Sisek,
25050 Kuantan, Pahang.

Harga : RM125 - RM175

Resort di Kuantan.

5. Adena Beach Resort Kuantan

Tak susah nak cari penginapan berdekatan dengan pantai di Kuantan. Nak yang jenis chalet? Boleh cuba stay di Adena Resort Kuantan.

adena beach resort kuantan lokasi

Selain dari bilik jenis chalet tradisional, resort ni juga menawarkan bilik-bilik hotel kontemporari  yang dikelilingi dengan suasana alam semulajadi serta landskap taman yang menghijau. Sesuai untuk mereka yang ingin tenangkan fikiran.

Mesti baca: 22 Hotel best di Shah Alam pilihan ramai.

adena beach resort kuantan aktiviti

Selain tu, resort jenis 3 bintang ni juga menawarkan pantai peribadi yang terletak hanya 200m dari kawasan resort. Boleh lah layan angin petang sambil main buaian atau berbasikal yang telah disediakan secara percuma. Best kan?

Lot 1260 Mukim Sg Karang,
26100 Kuantan, Pahang.

Harga : RM193 - RM405

Resort di Pahang dengan bilik pelbagai budget.

6. De Rhu Beach Resort Kuantan

Plan nak buat hari keluarga dan tercari-cari tempat yang sesuai? Apa kata pilih De Rhu Beach Resort yang juga terletak di Pantai Balok ni. Sesuai untuk aktiviti seisi keluarga.

Menawarkan sebanyak 162 buah bilik yang terdiri daripada bilik jenis Superior, Deluxe, Super Deluxe dan juga Suite pada harga yang sangat murah.

de rhu beach resort kuantan

Untuk aktiviti pula, tetamu boleh bermain aktiviti air di 3 kolam renang luaran serta taman air atau bermain aktiviti di tepi pantai bersebelahan resort. Nak main bola tampar, badminton atau karaoke pun boleh. Nak makan pula boleh cuba masakan Cina halal di De Rhu Oriental Restaurant dan atau nikmati snek ringan di De Rhu Cafe.

152, Sungai Karang, 
Beserah,
26100 Kuantan, Pahang.

Harga : RM105- RM400

7. Hotel Grand Continental Kuantan

Satu lagi hotel di tengah bandar dan bersebelahan dengan Mega Mall Kuantan. Lokasinya yang strategik menawarkan pelbagai tempat makan dan restoran dalam jarak dalam kaki sahaja.

hotel grand continental kuantan

Setiap bilik di sini dilengkapi dengan kemudahan asas dengan pemandangan bandar dan kolam renang. Nak makan di  hotel saja? Tetamu boleh makan di Manja Coffee House yang menawarkan bufet sarapan pagi hidangan Asia dan Barat setiap hari.

Lokasi menarik seperti Teluk Cempedak pula terletak hanya 15 minit pemanduan. Nak ke Cherating pula hanya 30 minit sahaja. 

Jalan Gambut,
 25000 Kuantan, Pahang.

Harga : RM131 - RM278

8. E Red Hotel Kuantan

Nampak je mahal bilik hotel ni tapi harga yang dikenakan sangat murah. Boleh dapat serendah RM90 semalam kalau kena dengan tarikh. Ada bilik jenis Deluxe Twin, Deluxe King, Business Room dan Family Room lengkap dengan mini bar, in-room safe box, kemudahan seterika, pengering rambut dan wifi percuma.

e red hotel kuantan kemudahan

Nak bershopping? Boleh ke Berjaya Megamall, Gio Mall atau East Coast Mall yang terletak dalam jarak 470m hingga 960 meter saja. Manakala masjid negeri iaitu Masjid Sultan Ahmad Shah pula terletak dalam 1km dari lokasi hotel.

e red hotel kuantan

113, Jalan Haji Abdul Aziz, 
25000 Kuantan, Pahang.

Harga : RM138 - RM236

9. Signature Hotel Kuantan

Bagi yang menaiki pengangkutan awam ke Kuantan dan memerlukan penginapan yang dekat dengan Stesen Bas Kuantan, Signature Hotel Kuantan adalah pilihan terbaik. Ini kerana hotel ini menawarkan kaunter penyambut tetamu yang dibuka 24 jam.

signature hotel kuantan

Walaupun di kategorikan sebagai hotel bajet, namun kemudahan dan perkhidmatan yang diberikan sangat baik. Terdapat bilik jenis single, standard single, standard double, deluxe room dan family room untuk dipilih. Sesuai untuk tetamu yang datang secara solo atau berkeluarga. Bilik-bilik pula dalam keadaan kemas dan bersih. . Kemudahan wifi percuma turut disediakan.

No.41, Jalan Beserah,
25000 Kuantan, Pahang.

Harga : RM68 - RM100

10. Mandurah Hotel Kuantan

Mandurah Hotel terletak di kawasan Pantai Balok yang menghadap laut Cina Selatan dan hanya 10 minit pemanduan dari bandar Kuantan. Tak jauh pun kan.

mandurah hotel kuantan menarik

Hotel dengan suasana resort ni mempunyai 60 buah bilik yang direka unik dengan ciri tradisi moden yang selesa dan luas untuk para tetamu. Paling best bilik di sini menawarkan pemadangan laut yang membiru dan menenangkan. Baik bilik jenis standard atau suite keluarga.

Tengok lah gambar bilik di bawah ni, nampak mewah kan? Dari bilik dah boleh nampak laut. Syok sangat.

mandurah hotel kuantan kemudahan

D - 929216, Pantai Beserah, 
Jalan Kuantan - Kemaman,  
26100 Kuantan, Pahang.

Harga : RM138 - RM145

11. Season View Hotel Kuantan

Antara hotel bajet yang berbaloi untuk menginap di kawasan tengah bandar Kuantan. Season View Kuantan menyediakan penginapan yang selesa lengkap dengan kemudahan asas yang diperlukan termasuk kemudahan membuat teh dan kopi, pengering rambut dan seterika.

season view hotel kuantan

Restoran Ritz Grill hotel menyajikan menu tempatan dan Barat pada harga yang sangat berpatutan dan dibuka untuk makan tengahari dan makan malam. Nak makan luar pun boleh. Bersebelahan hotel terdapat deretan gerai masakan panas untuk dicuba.

Pusat beli belah terkemuka - Kuantan Parade dan Kompleks Teruntum terletak hanya 350 meter dari hotel penginapan ini. Manakala untuk ke Teluk Cempedak hanya 10 minit pemanduan.

A22, Lorong Haji Abdul Rahman 1,
25000 Kuantan, Pahang.

Harga : RM89 - RM271

12. Pavilion Hotel Kuantan

Tak susah nak cari hotel bajet di Kuantan. Contohnya Pavilion Hotel Kuantan ni. Dengan harga serendah RM88 semalam, tetamu boleh menginap dengan sangat selesa sambil menonton 33 saluran tv yang ada. Kemudahan asas yang lain turut disediakan dengan baik.

pavilion hotel kuantan

Lokasi hotel pula sangat dekat dengan Kuantan City Mall & Berjaya Megamall. Hanya 100 meter dari hotel. Nak ke Teluk Cempedak hanya perlu memandu selama 15 minit sahaja. Tempat-tempat makan popular di Kuantan juga terletak berdekatan dengan kawasan hotel.


No. A25 & A27, Jalan Tun Ismail 1,
25000 Kuantan, Pahang.

 Harga : RM88 - RM158

13. Classic Hotel Kuantan

Classic Hotel merupakan sebuah hotel bajet yang mempunyai pemandangan Sungai Kuantan. Hotel yang pernah memenangi anugerah Best Budget Hotel pada tahun suatu masa dulu menawarkan bilik-bilik yang dinaik taraf berhawa dingin dengan WiFi percuma kepada para tetamu.

classic hotel kuantan

Hotel ini juga mempunyai sebuah restoran yang menyajikan sarapan bufet setiap hari dengan seleksi menu makanan tempatan dan Barat. Lokasi hotel pula terletak 10 minit pemanduan dari Berjaya Megamall dan 15 minit dari Desa Nelayan. 

7 Bangunan LKNP, 
Jalan Besar,
25000 Kuantan, Pahang.

Harga : RM81 - RM162

Hotel Budget Kuantan.

14. Vivo Hotel Kuantan

Walau di kategori sebagai hotel murah, namun perkhidmatan dan kemudahan yang ditawar sangat baik menyebabkan tetamu tidak teragak-agak untuk ulang menginap di sini. Setiap bilik adalah berhawa dingin dan lengkap dengan semua kemudahan yang diperlukan. Ruangan menggosok disediakan di setiap tingkat.

vivo hotel kuantan

Tempat-tempat menarik pula terletak sekitar 2km dari hotel manakala deretan kedai dan restoran terletak sangat berhampiran kawasan hotel.

A4392 Jalan Teluk Sisek,
25050 Kuantan, Pahang.

Harga : RM65 - RM98


15. Hotel Sri Manja Kuantan

Sri Manja Hotel Kuantan terletak di Bandar Indera Mahkota dan memerlukan pemanduan selama 12 minit dari bandar Kuantan. Menawarkan 6 jenis bilik dari deluxe queen room hingga junior suite pada harga yang berpatutan serta lengkap dengan kemudahan asas.

hotel sri manja kuantan

Hotel ni lengkap dengan kemudahan untuk mesyuarat bagi syarikat yang ingin menjalankan kursus di Kuantan. Kemudahan kolam renang turut disediakan untuk tujuan beriadah. Bagi yang ingin bersarapan di hotel, caj serendah RM15 dikenakan untuk setiap dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.

Jalan IM 7/1, Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan Pahang.

Harga : RM118 - RM158

16. Greenleaf Hotel Kuantan

Terletak di tengah bandaraya Kuantan, Greenleaf Hotel sangat dekat dengan pusat beli belah utama serta tempat-tempat menarik seperti Muzium Tokoh Pahang, Masjid Sultan Ahmad Shah, Taman Rekreasi Kuantan dan lain-lain.

greenleaf hotel kuantan

Menawarkan pelbagai jenis bilik bermula dari bilik standard hingga bilik keluarga yang boleh menampung 4 orang dewasa lengkap dengan kemudahan yang diperlukan. Hotel ini juga mempunyai kemudahan bilik mesyuarat yang lengkap dengan fasiliti yang boleh memuatkan 80 orang dalam satu masa.

No 60-62, Jalan Bukit Ubi,
25200 Kuantan, Pahang.

Harga : RM63 - RM168

17. Riverside Hotel Kuantan

Riverside Hotel - sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet yang rendah. Namun apa yang disediakan oleh hotel bernilai lebih dari itu. Jom tengok.

riverside hotel kuantan

Pertamanya kerana lokasi hotel yang terletak betul-betul di sebelah Sungai Kuantan namun masih di kawasan tengah bandar. So nak ke mana-mana memang sangat mudah dan dekat.

Kedua bilik yang baik bilik jenis deluxe atau eksekutif disediakan sangat selesa dan bersih serta lengkap dengan kemudahan asas untuk para tetamu.

Ketiga reviu tetamu yang tinggi. Kesemuanya berpuas hati dengan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan pihak hotel.  

47, Jalan Teluk Sisek
25000 Kuantan, Pahang.

Harga : Bemula dari RM68

18. Mangala Resort Kuantan

Asyikkkkk kalau dapat stay di 2019 Best Resort in Malaysia ni. Dah lah dikelilingi suasana menghijau ladang kelapa sawit, kawasan resort pula dihias dengan bunga-bunga eksotik dan tanaman herba serta pelbagai jenis pokok buah-buahan. Jadi habitat 100 spesisi burung lagi. Rasa macam dekat kampung-kampung sangat.

mangala resort kuantan suasana

Resort ni menawarkan 6 jenis villa mewah yang menghadap tasik yang tenang dan hiasan dalamanya  berkonsepkan hiasan moden dan diilham dari 'inspirasi alam' yang direka bentuk dalam paviliun berskala kecil yang membolehkan tetamu menikmati keindahan alam di setiap struktur dari dalam villa.

mangala resort kuantan

Pelbagai akviti boleh dilakukan di sini seperti memanah, berbasikal, berkayak, berkelah, berenang, bermain permainan papan, aktiviti bird watching dan banyak lagi. Nak rehatkan badan dengan urutan di spa pun boleh. Dah tak perlu nak keluar dah sebab semua ada di dalam satu tempat.

Lebuhraya Tun Razak, 
Kampung Melayu Gambang, 
26300 Gambang, Pahang.

Harga : Bermula dari RM700++


Pendek kata.

Kalau merancang untuk bercuti di Pantai Timur, apa kata plan untuk ke Kuantan, Pahang. Terdapat banyak tempat-tempat menarik seperti pantai-pantai peranginan, muzium, sungai dan air terjun, santuari penyu, masjid dan banyak lagi untuk dilawati. Yang datang dengan keluarga, terdapat juga taman-taman tema yang tidak kurang hebatnya untuk hiburan seisi keluarga.

left-sidebar

Post a Comment

Previous Post Next Post