Susu formula terbaik 2021 - 15 Pilihan utama ibu di Malaysia

 Di bawah ini kami kongsikan jenama susu anak yang popular di pasaran.


Senarai susu formula terbaik untuk anak! Mana satu pilihan anda untuk si manja?


Susu formula untuk anak 1 tahun ke atas.

1. Susu Formula Enfagrow A+

Susu Enfagrow A + Step 3 kaya dengan DHA + ARA direka khas untuk anak berusia 1 tahun & ke atas.

Ia mengandungi DHA dan ARA yang boleh menyumbang kepada perkembangan anak kita supaya lebih sihat dan semestinya lebih comel. Hehe. Dari pengalaman kami, sememangnya wajar ia digelar susu formula terbaik untuk anak 1-3 tahun. Harganya memang mahal, tapi berbaloi.
Susu Formula Enfagrow A+ langkah 3

Ia juga mengandungi kanji beras untuk anak yang sering muntah semula apa yang di makan. Kandungan kanji beras dalam susu formula ini membantu memekatkannya untuk mengurangkan risiko anak kita muntah dengan kerap.

Susu ini di rumus dengan gabungan campuran prebiotik seperti GOS dan PDX dan dipatenkan di AS, Eropah, Malaysia, Singapura, Australia dan Hong Kong.

Baru baru ini, kita di kejutkan dengan berita mengenai susu enfalac tiruan. Jadi, hati hati ya semasa nak beli susu ni. Pastikan dulu susu yang kita beli asli.


2. Susu formula S 26 Progress.

Susu Formula S26 Progress Langkah 3 dari Wyeth dirumus khas untuk anak berusia 1 tahun hingga 3 tahun untuk meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan awal mereka.
Susu formula s26 progress langkah 3

Ia di diperkaya dengan khasiat seperti Kalsium, Lutein, A-Protein, AA & DHA dan juga 5 Nukleotida. Berminat nak cuba susu S26 untuk anak? Ibu ada tulis artikel lengkap tentang susu ini. 

Kami pernah berikan susu ini untuk anak sulung. Hasilnya memang memuaskan. Tak dapat di nafikan, jenama S26 sememangnya salah satu susu formula terbaik untuk bayi 1 tahun dan ke atas.


3. Susu Faleeq

Keluarga ibu sudah lebih 10 tahun menggunakan susu kambing sebagai makanan tambahan. Alhamdulillah baru baru ini kami dipertemukan pula dengan jenama Faleeq.
susu kambing faleeq

Susu ini bukan setakat sedap, dan tak berbau hamis. Malah untuk perisa asli, tiada gula sukrosa tambahan di dalamnya. Gula sukrosa ni memang kurang bagus untuk kanak kanak dan orang dewasa.

Apatah lagi zaman sekarang ni, ramai rakyat Malaysia yang mengalami masalah obesiti. Termasuklah kanak kanak. Semakin gemuk seseorang, semakin tinggi risiko untuk mendapat penyakit kencing manis. 

Kita sebagai ibu bapa mestilah tak nak anak anak kita tergolong dalam golongan berisiko tinggi ini kan. Sekiranya anda ingin membaca review penuh tentang susu ini, boleh klik link di bawah ya.



4. Susu formula Fernleaf

Susu seterusnya adalah keluaran syarikat tenusu terkemuka dari New Zealand, Fonterra.

Gambar di bawah adalah gambar produknya untuk anak anak berusia antara 1 hingga 3 tahun.

susu fernleaf untuk 1 hingga 3 tahun


Jika anda mahu tahu ke semua produk di bawah jenama susu fernleaf & kebaikan menggunakannya, teruskan baca artikel di bawah.

Teruskan membaca - Review ikhlas susu fernleaf dari seorang ibu!


5. Susu formula Calciyum

Bagi anak anak yang sedang membesar, mesti memerlukan sumber kalsium yang tinggi dari makanan mereka.

Antara susu untuk tulang dan sendi bagi anak anak yang baik adalah susu calciyum, juga keluaran Fernleaf.

susu fernleaf calciyum



6. Susu formula Dugro step 3 & ke atas.

Selain Dupro, syarikat yang sama juga mengeluarkan susu dumex dugro untuk anak anak berusia 1 tahun ke atas hinggalah mereka berusia melebihi 6 tahun.

susu formula dugro step 3


Susu ini terdapat dalam beberapa pilihan rasa yang lazat seperti asli, madu kurma dan coklat.



7. Susu formula Dugro Sure.

Bagi anak anak yang memasuki usia 1 tahun dan ke atas, pasti ramai mak ayah mengeluh anak anak kurang berselera untuk makan.
Susu dugro sure step 4


Susu dugro sure di keluarkan khas untuk membantu anak anak kita yang culas makan ini mencapai tumbesaran yang sepatutnya. Susu tepung ini mirip dengan susu pediasure complete dari abbot, tapi pada harga lebih murah. Jadi sekiranya anda sedang mencari jenama susu formula untuk menaikkan berat badan bayi, bolehlah cuba salah satu daripada 2 jenama yang kami sebutkan tadi.


8. Susu tepung Dugro Soy

Kadang kadang, ada anak anak yang alah dengan susu tepung dari sumber lembu tenusu. Mungkin alah dengan kandungan laktosa di dalamnya.

Susu dugro soy 1 hingga 6 tahun


Sebab itulah, susu formula soya dan susu kambing menjadi alternatif yang baik kepada mereka. Susu dugro soy sesuai digunakan untuk anak anak berusia 1 tahun ke atas yang berperut sensitif.


9. Susu tepung Dugro Multi Grain

Mak ayah yang mempunyai masalah anak kurang lena tidurnya di malam hari kerana sukar untuk makan, boleh gunakan susu dugro multi grain.

susu formula dugro multi grain

Susu multi grain ini membantu anak anak kita kenyang lebih lama di malam hari. Dapatlah kita membantu anak anak mendapat tidur yang berkualiti.


10. Susu tepung Pediasure Complete.

Dari pengalaman Ibu membesarkan 2 orang anak lelaki semasa mereka berusia 1 tahun ke atas, sangat susah nak makan & habiskan susu.

susu pediasure complete malaysia


Jadi, Ibu berikan mereka susu pediasure untuk menambahkan selera makan. Harga susu pediasure memang mahal, tapi hasilnya sangat memuaskan hati. 

Walaupun harganya lebih mahal dari susu dugro sure, Ibu pasti susu ini lebih bagus sebab anak Ibu lebih berisi & berat otot. Jarang demam semasa menggunakannya.

Teruskan membaca - Review ikhlas susu pediasure dari seorang ibu!


11. Susu Morinaga Chil Kid Step 3 (Susu formula kurang gula)

Jenama susu formula dari jepun ini agak kurang dikenali di Malaysia. Sebabnya, Ibu pun baru tau jenama ni. Susu untuk anak morinaga Chil Kid untuk anak berusia atas setahun (1 hingga 3 tahun)
Susu formula Morinaga Chil Kid

Rumusan susu formula morinaga dipertingkatkan dengan khasiat seperti Nucleotides, Taurine, Beta-Carotene, dan banyak lagi nutrien penting, vitamin & mineral dalam nisbah yang seimbang, memenuhi keperluan yang diperlukan anak yang kita sayangi. susu formula chil kid direka khas untuk anak anak berusia 1 hingga 7 tahun.

Jadi rumusan susu tepung ini berbeza dengan susu BF. Formula terkini mengandungi kurang kandungan gula. Jadi, susu kurang manis & semestinya lebih baik untuk anak anak kan. Tak delah terkinja kinja tak mahu tidur sebab terlebih gula. Pening kepala mak ayah nak pergi kerja esok pagi.

12. Susu Lactokid

Susu formula lactokid 1-3  tahun di rumus istimewa untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun. Susu tepung ini mengandungi rumusan grow plus dengan nutrien penting dan DHA untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan anak kita.

Susu Lactokid


Pada usia 1 hingga 3 tahun, anak kita memerlukan semua nutrien untuk pertumbuhan optimum. & belajar untuk meneroka persekitarannya.

Susu lactokid 1-3 tahun juga mengandungi
  • Tinggi dalam protein
  • Tinggi kalsium & vitamin D
  • Tinggi vitamin B12
  • Tinggi dalam besi

13. Susu Lactogrow

Dalam memastikan anak kita membesar dengan baik, sistem penghadaman yang sihat sangat penting untuk si manja.

Susu formula Lactogrow


Susu formula lactogrow 3 ialah susu untuk membantu perkembangan anak berusia di antara 1 hingga 3 tahun.

Susu untuk anak ini dirumuskan dengan bakteria bermanfaat L.reuteri untuk membantu sistem pencernaan mereka agar lebih sihat. Usus yang sihat adalah penting untuk membantu anak kita menyerap lebih banyak nutrien.

Khasiat yang terkandung di dalamnya digabungkan pula dengan DHA yang diperlukan dengan banyak untuk tumbesaran otak anak kita.


14. Susu tepung Dugro Fruit & Veg

Anak anak yang sedang belajar makan makanan fizikal kadangkala enggan makan buah dan sayur.

susu formula dugro fruit & veg

Jadi, kemungkinan untuk mereka mendapatkan khasiat dari makanan perlu diganti dengan makanan lain.

Susu dugro fruit and veg dirumus khas untuk membantu anak anak yang susah makan buah & sayur. Memang susah nak ajar anak makan sayur kan. 


15. Susu formula Anmum Essential Step 3 & 4.

Susu jenama Anmum memang menjadi pilihan ramai ibu. Kalau minum semasa hamil ambil susu Anmum Materna.
Susu formula anmum essential step 3 dan 4

Selepas melahirkan anak, kita berikan susu ibu. Dan bila anak dah lebih usia 1 tahun, boleh sambung dengan Anmum essential untuk anak.

Atau jika kita sedang menyusukan anak, boleh minum Anmum Lacta.

Post a Comment

Previous Post Next Post