19 Tempat menarik di Shah Alam Selangor 2023! Wah, Cantiknya

Bandar Anggerik atau lebih di kenali sebagai Shah Alam bukan saja tempat orang Selangor mencari rezeki.

Tapi banyak tempat menarik di Shah Alam untuk tarikan pelancong. 


Kami sekeluarga tinggal di Shah Alam, hujung minggu masa untuk keluarga mesti akan pergi salah satu dari tempat ini.



taman tasik shah alam



Tak kiralah tempat beriadah atau pun kedai makan yang sedap sedap.

Buat pelancong & pelawat yang datang melawat ke Selangor, sama ada yang tinggal menginap di rumah saudara mara, homestay atau hotel shah alam, penting untuk kita rancang masa dengan teliti.


Harga tiket flight murah sekarang ni. Air asia kan ada. Bolehlah selalu survey harga tiket kapal terbang.

Jika anda mahu tinggal di hotel, saya ada kongsikan rahsia untuk tempah hotel murah secara online yang cukup senang. Mungkin lagi murah dari pakai trivago dan traveloka pun. Sudahkah anda bersedia?




Siapa cakap Shah Alam tak ada tempat best? Tak percaya tak apa. Teruskan membaca sampai habis untuk jawapannya!
Keluarga sebelah isteri dari Melaka mesti suka datang ke sini. 

Sebelum ini saya ada tulis list tempat bercuti di melaka, sangat berguna kalau kita merancang bercuti di sana.

Kali ini, saya nak kongsikan pula senarai tempat menarik di Shah Alam supaya masa kita terisi sebaiknya.


Lebih terbaik, semua tempat ini dekat sahaja. 
Saya akan mulakan list ini dari tempat yang percuma & paling berbaloi. Dan diakhir dengan tempat yang berbayar.

Dan list ini saya tulis berdasarkan pendapat sendiri. 



Tempat menarik di Shah Alam untuk jalan jalan makan angin bersama keluarga! 

seronok seisi keluarga di shah alam
Shah Alam memang tak ada pantai.

Tempat percuma di Shah Alam yang tak jemu datang berkali kali!

Shah Alam memang kaya dengan taman taman yang cantik. Taman yang paling terkenal mestilah Taman Tasik Shah Alam.

Tapi, tak ramai dari kita tahu ada banyak lagi taman lain di sini yang kurang mendapat perhatian.

Jadi, memang tak ramai pelawat lah kecuali bagi orang orang tempatan.

Sunyi dan mendamaikan.
Banyak tempat best di Shah Alam percuma tau! Tak perlu keluar duit beli tiket masuk. Saya mulakan dengan tempat paling terkenal. Apakah ia?


A. Taman taman menarik di Shah Alam

1. Taman Tasik Shah Alam 

taman permainan di tasik shah alam

Anda boleh menginap di Grand blue wave atau Concorde, Hotel Shah Alam paling hampir dengan taman ini.


Kami sekeluarga sangat suka pergi taman ini. Selain saiznya yang sangat luas, terdapat banyak pilihan lanskap yang boleh dipilih.

Taman yang sangat cantik dengan suasana hutan yang mendamaikan ini terletak di Seksyen 14 Shah Alam. Tak jauh dari hotel concorde shah alam.


Taman tasik Shah Alam direka oleh arkitek lanskap bernama Fumiaki Takano,  dan dibuka pada umum pada tahun 1985.


Sangat sesuai dijadikan lokasi joging bersama keluarga ataupun berkelah di hujung minggu.


Mesti baca: Bosan tinggal di hotel? Jom cuba 13 homestay paling syok di Shah Alam. Pemandangan lawa, harga pun terbaik!


aktiviti menarik di taman tasik shah alam

Dibawah ini saya kongsikan beberapa cadangan untuk tuan puan sekiranya hendak ke mari.


  • Bagi yang ada anak anak, ada 2 tempat best. Yang pertama, saya cadangkan letak di bulatan roundabout berhampiran dengan restoran Mcdonald. Kawasan tasik disini sesuai untuk kanak kanak kerana banyak kemudahan taman permainan dan pokok besar yang merimbun.

    Tandas awam pun terletak bersebelahan dengan taman permainan. Mudah urusan.

    Kami suka duduk di sini sambil menikmati pemandangan taman tasik shah alam, angin sepoi sepoi bahasa menerpa lembut ke wajah kita. Rasa tenang & aman.

    Kedua, letak kereta berhampiran dengan Taman Tema Wet world. Disini pun ada taman permainan kanak kanak dan restoran terapung.

    Selain itu, lokasi kedua ni boleh sewa bot ataupun basikal pelampung atau kayak. Cuma saya kurang gemar bawa anak anak disini kerana taman permainannya sudah lama.

    Dan banyak yang dah rosak.
  • Letak kereta di dalam masjid Shah Alam berhampiran dengan lot kedai makan / bangunan pentadbiran Masjid Shah Alam dan jalan kaki ke taman tasik terdekat dari sini.

    Kawasan taman ini agak tertutup & lebih di gemari warga cina. Ramai warga tua berbangsa cina beriadah disini dan melakukan aktiviti taichi & senaman tradisional mereka.
  • Letak kereta berhadapan dengan kompleks membeli belah PKNS, taman disini banyak pokok konifer / tirus dengan lanskap luar negara.

    Tempat ni paling sesuai untuk lihat burung burung sebab ada pulau kecil di tengah tasik yang didiami oleh burung bangau.
  • Sesiapa yang suka berbasikal, sangat sesuai bawa basikal disini kerana ada landasan / trek khas disediakan untuk basikal.

    Selaian itu, kawasan jalan disini kerap juga di tutup untuk acara basikal anjuran pihak berkuasa.
  • Ada beberapa gazeebo terletak di tepi tasik dan sangat sesuai untuk kegiatan keluarga.

    Kerap juga nampak keluarga buat sambutan parti harijadi & makan makan bersama ahli keluarga disini.
Banyak lagi perkara menarik boleh kita buat disini.

Sebab itu, saya letakkan taman ini di kedudukan no 1 dalam senarai. Taman Tasik Shah Alam ni umpama berkunjung ke Taman Legenda kalau ke Pulau Langkawi.
Menarik: 22 Hotel murah di Langkawi untuk percutian bajet.
Lokasi seterusnya terletak tidak jauh dari taman tasik ini.

Di manakah ia?


2. Dataran Bunga Raya, Seksyen 14

Grand Blue Wave adalah hotel di Shah Alam paling dekat dengan dataran ini. Untung pergi Tasik Shah Alam, banyak tempat menarik berada berdekatan.

Antaranya ialah dataran bunga raya. Lokasi dataran ini terletak di Tasik Barat, Taman Tasik Shah Alam.



dataran bunga raya shah alam


Dataran Bunga Raya, 1 lagi tarikan pelancong di Shah Alam. Taman tasik Shah Alam mempunyai dataran bunga rayanya sendiri. 


Ramai peminat fotografi suka singgah ke mari untuk mengasah bakat fotografi mereka.


Seperti namanya, taman ini mempunyai banyak jenis spesis bunga raya. 


Dataran yang cantik dengan bunga raya pelbagai warna seperti, merah, merah jambu, putih dan banyak lagi. 


Antara lokasi hangat pilihan pasangan pengantin baru untuk menangkap gambar.


Tasik Barat, Taman Tasik Shah Alam, 
Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.


3. Taman Lembah Bukit SUK Shah Alam

Tidak jauh dari Taman tasik Shah Alam, terdapat 1 lagi taman yang kurang popular kepada pengunjung luar.


Taman lembah bukit shah alam


Tak ramai yang datang ke sini.

Kenapa? Sebab kedudukannya yang sedikit tersorok. Jadi memang tak ramai yang mengunjung.


Taman lembah bukit ini mempunyai keluasan keseluruhan 29 hektar & menempatkan 


  • Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
  • Bangunan Kompleks MAIS
  • Bangunan Kompleks Mahkamah
  • Makam Di Raja 
  • Tugu Negeri. 

Suka datang sini untuk joging dan juga untuk picnic. Tempat ini juga popular sebagai tempat photo shoot pengantin baru.


Cuma, tempat ni sunyi sangat dan pastikan kita tak datang sini berseorangan.


B. Pusat Ilmu & Seni di Shah Alam

4. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 14

Hotel concorde Shah Alam paling dekat dengan Masjid ni.
Alang alang dah pergi taman kan, sebelah ni ada masjid biru yang sangat cantik & tersergam indah. 

Kalau tinggal di concorde hotel shah alam, boleh nampak permandangan indah masjid ni dari tingkap hotel. 

Cuba request untuk dapat view yang menghadap ke masjid ni. Walaupun hotel ni dah lama dan tak segah concorde hotel kuala lumpur, tapi hidangan bufet breakfast dan lunch dia memang wow lah. Sedap sangat.

masjid biru shah alam tempat menarik

Balik pada masjid ni,lebih terbaik lagi, suasana masjid ini sangat selesa untuk keluarga.


Peminat fotografi memang wajib datang sini bawa kamera untuk mengagumi binaan senibina & perincian yang ada.


Kalau nak lagi cantik, datang waktu malam, lagi terbaik.


Dulu, kawasan masjid ini ada air pancut dan kolam air di tingkat atas, depan dewan solat. Tapi kini tiada lagi atas sebab sebab yang tak di ketahui.


Mungkin kos penyelenggaraan yang tinggi.


Masjid Sultan Salahuddin ini telah dirasmikan pada tahun 1988 & mengikut rekod terkini adalah masjid ke 2 terbesar di Asia Tenggara.


Pelancong mungkin suka melawat masjid ini kerana senibinanya, tetapi masjid ini juga sangat aktif dengan kelas pengajian & pengisian ilmu.


Sesiapa yang minat untuk belajar ilmu ilmu agama bersijil boleh mendaftar kerana ada usahasama dengan institusi pengajian tinggi awam.


Sewaktu bulan Ramadhan, memang seronok mengimarahkan masjid biru ni, hidup 24 jam. Sudah beberapa tahun rakaman program TV9, Tanyalah Ustaz di adakan disini selepas solat subuh.


Dan satu lagi yang saya suka tengok, waktu solat 5 waktu tak kira waktu banyak deretan kereta mewah. 



masjid biru shah alam senibina


Baguslah, kaya kaya banyak harta tapi waktu solat datang rendahkan dahi & sujud di depan Allah.


Shah Alam memang bandar ilmu.


Mesti baca: Ingin berjimat semasa melancong ke Shah Alam? Ini homestay murah paling bagus untuk anda cuba.

Jika kita sukakan senibina masjid, saya sangat rekemen pergi ke Melaka. Masjid di sana ada banyak pengaruh dari pelbagai budaya. 

Ada dominan pengaruh china dengan atap gentingnya yang berbeza. Ada juga pengaruh dari india & sumatera. Maklumlah, Melaka kan pusat ketamadunan silam yang terkenal.

Jika anda berminat, baca artikel hebat tentang tempat menarik di melaka di blog https:ibusyurga.blogspot.com. Artikel ini ada berkongsi senarai masjid menarik di Melaka juga. Paling menarik pada pandangan saya ialah masjid di tepi pantai selat melaka.

Datang bawa kamera tau.

Kembali semula ke Shah Alam. Tempat best seterusnya merupakan syurga buat pencinta ilmu.

5. Perpustakaan Raja Tun Uda

Acappella Suite adalah hotel Shah Alam paling hampir perpustakaan ini. Cuma 6 minit. 
Siapa lah punya idea jadikan perpustakaan sebagai tempat menarik untuk pelancong kan?


perpustakaan raja tun uda shah alam tempat menarik


Perpustakaan mesti boring dan tidak menarik. Malangnya, semua tanggapan ini salah.

Perpustakaan ini dahulunya berada berhampiran dengan Masjid biru, tetapi berpindah ke lokasi baru yang terbaik dan tip top.


Memang lawa bak hang!


Dah lah besar, lawa, selesa & mesra kanak kanak.


Kami suami isteri kerap juga bawa anak anak singgah ke mari tiap kali hujung minggu terutama sekali semasa cuaca kurang baik.


Hujan hujan nak pergi taman tak boleh kan? Singgah saja ke perpustakaan Raja Tun Uda.


Pelawat boleh menggunakan kemudahan awam seperti komputer & internet berkelajuan tinggi.


Ada perpustakaan khas untuk kanak kanak, dan selalu di isikan dengan program menarik untuk kanak kanak.



perpustakaan kanak kanak shah alam tempat menarik


Contohnya peraduan bercerita, Do It Yourself (DIY) & tayangan filem animasi tempatan & luar negara.


Ada juga kemudahan interaktif 4D.


Ruang kafeteria perpustakaan ini memang terbaik, dapat lihat tasik dipenuhi bunga teratai. Permandangan matahari terbenam yang indah.


Ayah ayah yang suka main golf, boleh hantar anak dan isteri ke perpustakaan & main golf di kelab golf yang terletak sebelah jalan.


Pendek kata, memang terbaik lah untuk seisi keluarga.


Satu je kelemahan perpustakaan ni, tempat letak kereta sangat susah nak cari. Penuh sentiasa.


Itu pun rasanya, kompleks tempat letak kereta bertingkat sedang dibina bersebelahan perpustakaan. 


Masalah ini akan selesai tak lama lagi


Info menarik mengenai perpustakaan awam ini


  • Lengkap dengan 100 buah komputer & wifi untuk disewa pengunjung pada harga sangat murah. (Komputer pun jenis Apple).
  • Kapasiti menyimpan 400,000 buah buku .
  • Mampu menampung 2,500 pelawat dalam satu masa.

6. Muzium Sultan Alam Shah

Cuma perlu jalan kaki 4 minit saja dari Grand bluewave hotel shah alam ke muzium ni.
Muzium ini terletak sangat hampir dengan Masjid biru, iaitu di Seksyen 14.

Tiada bayaran di kenakan kepada pengunjung, boleh datang ramai ramai bawa ahli keluarga.



Muzium Sultan Alam Shah


Seperti muzium lain, banyak menempat khazanah artifak yang bernilai sejarah di dalam ini. 

Sebanyak lebih kurang 4 ribu artifak di tempatkan di muzium ini.


Dan kadangkala, pihak muzium akan mengadakan pameran berdasarkan tema.


Untuk keterangan lanjut boleh lawati laman web muzium ni. Saya dah lama tak singgah ke muzium ini.


7. Kompleks Taman Seni Islam

Kompleks ini terletak betul betul di sebelah Masjid biru Shah Alam, tahun lepas baru saja selesai mengadakan pameran artifak peninggalan Rasulullah SAW.

Kompleks yang terletak di Seksyen 10 Shah Alam ini menempatkan manuskrip Al-Quran asli yang bernilai tinggi.

Cuba teka harganya?

RM20 juta. 

Tapi, nilai Al Quran yang sebenar adalah dari mengamalkan ajaran yang ada dalam kitab tersebut dalam hidup seharian kan. Apa lah sangat RM20 juta tu jika dibandingkan dengan keberkatan yang di bawa ke seluruh alam.

Komples ini dibuka untuk lawatan setiap hari bermula jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang.

Dan tutup pada hari isnin.

Nak lawat kompleks ni percuma, tapi nak masuk pameran yang diadakan tu bergantung pada penganjur.

8. Laman Seni 7, Seksyen 7

Peminat seni lukis tanah air boleh datang melawat laman seni di seksyen 7 Shah Alam. Lokasinya terletak betul betul di tepi jalan utama.

Saya sendiri belum pernah singgah ke sini.


Satu, sebab saya memang tak faham seni lukis & kurang menghargainya.


Lain pula pada mata pengunjung yang lain kan? Tempat ini satu jalan dengan Taman Botani Shah Alam (dahulu di kenali sebagai taman pertanian Shah Alam).


Boleh lah singgah sekali kalau lalu.


9. Laman Budaya, Galeri Shah Alam

Ini juga terletak di dalam Tasik Shah Alam. Tak jauh dari plaza PKNS.

Kompleks ini ada menempatkan muzium, teater dan galeri lukisan. 

Peminat teater & seni tanah air mesti suka melawat tempat ini. Mudah untuk kita lawati kerana di buka setiap hari tanpa cuti dari 9 pagi sampai 6 petang.

Tamat sudah bahagian kesenian, seterusnya kita pergi ke tarikan menarik untuk kaum wanita.


C. Tempat shopping best di Shah Alam.

10. Setia City Mall, Shah Alam

Ini antara tempat yang menarik untuk bawa keluarga jalan jalan di Shah Alam. Pusat membeli belah Setia City Mall bukan setakat shopping mall biasa.


setia city mall shah alam menarik


Tapi dah menjadi tempat warga Klang (disekitar Meru & Bukit Raja) beriadah dan menghabiskan masa semasa bercuti.


Siapa yang pernah pergi Putrajaya di malam hari, suasananya hampir sama.


Warga kota yang penat bekerja gemar menghabiskan masa disini untuk makan, tengok wayang dan lain lain.


Buat apa nak stress stress kan, nanti naik jerawat kat muka akak akak kita. Lebih baik kita isi masa dengan aktiviti yang bermanfaat seperti berjalan jalan.


Cakap tentang jerawat, melakukan aktiviti yang menenangkan fikiran akan membantu menstabilkan emosi & hormon dalam badan. Dapat elak jerawat batu naik. Tak percaya? Baca artikel menarik tentang jerawat batu di blog nikmatterbaik.blogspot.com.

Mahu tak stress kalau duduk rumah, dengar anak anak yang telebih tenaga bergaduh. Lebih baik bawa mereka bersiar siar ke tempat awam.


Contohnya, pusat membeli belah seperti Setia City Mall.

Apa yang lebih menarik, terdapat pertunjukan pancuran air harmoni dengan sinaran lampu warna warni.

Sangat cantik dilihat di waktu malam. Ini video yang saya rakamkan tempohari semasa cuti tahun baru cina 2018.


Apa yang lebih terbaik, terdapat padang riadah dan taman awam yang menarik disini. Pengantin gemar ke mari untuk aktiviti photoshoot.


Dan pada hujung minggu, dataran padang ini penuh dengan peniaga kecil kecilan yang membawa barang mereka untuk jualan & sewaan.


Boleh sewa basikal, kenderaan elektrik bermotor untuk kanak kanak.


Aktiviti main buih dan layang layang juga dapat dilihat saban minggu.


Dan, pada musim perayaan, ada kalanya pihak pengurusan & pemaju akan menghias cantik taman awam ini dengan hiasan berlampu yang sangat menarik di malam hari.



Replika besar berlampu setia city mall shah alam menarik


Tahun ini contohnya, sempena tahun baru cina, terdapat replika raksasa berlampu berwarna warni.


Dan susur gajah di hias indah dengan tanglung perlbagai warna.



setia city mall shah alam menarik tanglung tahun baru cina


Memang cantiklah.


Tak payah pergi i city untuk melihat lampu lampu warna warni pada hari tersebut. lagipun semua ni percuma. Tempat letak kereta juga disediakan.


Mudah saja untuk pergi kesini, masuk ke lebuh raya NKVE dan ambil susur keluar Setia Alam.


Kompleks ini berada di sebelah kanan selepas keluar dari plaza tol Setia Alam.


11. Uptown Shah Alam

Balik kepada kesibukan bandaraya Shah Alam, tak lengkap kunjungan sekiranya tidak singgah ke uptown Shah Alam di Seksyen 24.

Pelbagai barang jualan seperti makanan, pakaian, malah alatan silap mata, aksesori telefon bimbit & lain lain ada di jual disini.

Warga Shah Alam gemar pegi berbelanja di uptown kerana dapat tawaran harga terbaik.


Di buka hanya selepas jam 8.30 malam, boleh bawa keluarga ke mari selepas selesai solat Isya di Masjid Shah Alam.


Ataupun selepas makan malam.


Masuk percuma, boleh window shopping, nak beli barang baru bayar.


Jalan jalan tidak lengkap tanpa makan makan.


Di Shah Alam memang terdapat banyak tempat menarik untuk menjamu selera. Tapi, hanya satu saja yang saya rekemenkan untuk di lawati sekiranya mempunyai masa yang terhad.



12. ABC air batu campur Fradoo di seksyen 2

Panas panas untuk menghilangkan dahaga, apa yang paling sedap untuk kita legakan haus?


fradoo abc shah alam menarik special
Sedapnya, isi bukan main banyak!
Pilihan kami semestinya di Fradoo ABC yang terletak di Gerai No 14,, Medan Selera Seksyen 2, Seksyen 2, 40000 Shah Alam, Selangor

Tempat ini menjadi pilihan penuntut universiti Uitm untuk lepak lepak makan.


Banyak kedai makan terdapat dalam ni.


Dan ada juga kedai lain yang menjual ABC special.


Tapi semua kedai ini tak sama dan tidak dapat menyaingi kesedapan ABC Fradoo. Dah lah besar, sos coklat dia memang terbaik.


Siap ada isi buah anggur, longan dan Nata de Cocoa. Saya suka ABC special kedai ni sebab rasanya tak terlalu manis. Tak lah risau kena kencing manis sebab paras gula darah naik mendadak. (Sambil jalan jalan makan angin, kita keluar peluh kan)


Tak percaya dengan kesedapan ABC ni?


Cuba lihat sendiri markah review di google oleh 116 orang pengunjung lepas.



review fradoo abc shah alam


Purata markah 4.2 dari 5 bintang di berikan. Terbaik kan!


Seterusnya, Shah Alam ni banyak tempat bersukan tau.



Tempat sukan & rekreasi menarik di Shah Alam

13. Stadium Shah Alam, Seksyen 13

Stadium Shah Alam memang menjadi tumpuan peminat sukan bola sepak, dan sering kali menjadi pilihan untuk lokasi perlawanan akhir piala Malaysia.

Tak kiralah liga apa.


Salah satu sebabnya, kualiti padang memang terbaik & memenuhi standard antarabangsa.


Tapi, kalau kita nak pergi melawat stadium ini semasa perlawanan bola sepak, memang sesak lah jalan.


Banyak banyak bersabar.


Banyak tempat sukan yang terapat berhampiran dengan stadium Shah Alam. Contohnya seperti litar go cart dan

14. Shah Alam Extreme Park

Buat generasi muda yang sukakan sukan lasak atau extreme seperti wall climbing, skateboard, inline skating, dan berbasikal, tempat ini wajib untuk anda sekeluarga.

shah alam extreme park menarik


Dah lah percuma.

Tak perlu bayar, cuma seingat saya paintball saja kena bayar untuk main.

Selain kemudahan yang lengkap untuk sukan lasak, sebelah tempat ni ada restoran makanan segera burger king & kfc.

Tempat ternak lemak.

Kalau kita mahukan kelainan, sebelah taman sukan extreme ni ada sajian khas buat penggemar sukan lumba kereta.

Semua tempat selepas ini adalah berbayar untuk masuk.


Tempat menarik berbayar di Shah Alam

15. Litar Go Kart

Sukan gocart bagus sebagai tapak permulaan bagi mereka yang berminat dalam sukan lumber kereta.

Kita boleh pilih jenis kereta cart yang boleh di gunakan & mendapat bantuan tunjuk ajar dari jurulatih yang kaya pengalaman.


Yuran masuk untuk memandu gocart agak mahal juga, Bermula dari rm40 sehingga 90 bergantung kepada jenis kereta cart yang di pilih.


Litar ini dibuka untuk kunjungan setiap hari, jam 10 pagi hingga 7 malam.


16. Taman Botani Shah Alam

Siapa yang sukakan suasana hijau berbukit bukau dan ada haiwan liar boleh lah berkunjung kemari. 

Saya ada kongsikan review lengkap tentang Taman botani negara atau nama lamanya, Bukit Cerakah. Lengkap dengan gambar, tarikan & lain lain. Baca review Taman Botani Shah Alam di sini.


taman botani negara shah alam


Datang ke taman ini gerenti berpeluh. Boleh sewa basikal dan kayuh sampai lenguh lutut.


Sungguh, sangat menyeksakan dan mencabar bagi ibu bapa yang dah lama tak mengayuh basikal.


Datang sini jangan lupa bawa payung, memang panas kalau cuaca terik. Yang perempuan elok pakai krim skincare sublock. 


Antara skincare yang saya rasa bagus & selamat untuk adik serta akak akak yang mementingkan kecantikan ialah Youth Shaklee. Malaysia ni dah lah panas dengan sinaran matahari terik. Kena pakai perlindungan skincare yang sesuai. Blog hargasetbersalin.blogspot.com ada kongsikan dengan lengkap kelebihannya.

Nak memantulkan sinaran uv berbahaya.


Terdapat pelbagai jenis basikal untuk pilihan kita untuk di sewa.


Pastikan kita memilih basikal yang sesuai untuk kayuhan & berada dalam kondisi baik. 


Bagi yang malas nak naik basikal dan lebih gemar jalan kaki, ada kemudahan bas komuter PERCUMA di sediakan di dalam ini.


Kita juga boleh menyewa kolam renang lebih awal dengan membuat tempahan.


Dan ada mini zoo yang menempatkan haiwan liar seperti rusa, burung dan kuda.


Baru baru ini, ada usaha untuk menghidupkan semula Taman Botani yang agak malap dan kurang terjaga ini.


Ada taman arnab yang perlu bayaran berbeza.


Dan akhir sekali, boleh masuk ke dalam Rumah 4 musim yang di hias berdasarkan musim terkini di luar negara.



rumah 4 musim taman botani shah alam menarik


Ada musim sejuk panas luruh dan bunga.


Berikut adalah bayaran bagi taman ini, sangat murah dan berbaloi pun


A. Tiket masuk (WAJIB)

  • Dewasa (12 hingga 54 tahun) RM 3.00
  • Kanak-Kanak (6 hingga 11 tahun) RM 1.00
  • Warga Emas ( 55 tahun ke atas) RM 1.00
  • Pelawat berumur 6 tahun ke bawah, anak-anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU) Masuk Percuma

B. Tiket masuk rumah 4 musim (Terpulang pada pelawat untuk masuk atau tidak)
  • Dewasa (12 tahun dan ke atas ) ~ Musim lain : RM 3.00 Musim sejuk : RM 5.00
  • Kanak-Kanak (4 hingga 11 tahun) ~ Musim lain : RM 1.00 Musim sejuk : RM 3.00
  • Pelawat berumur 4 tahun ke bawah, anak-anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU) : Masuk Percuma

C. Bayaran letak kenderaan
  • Kereta/ Van : RM 3.00
  • Motosikal : RM 1.00
  • Bas / Lori : RM 5.00
Dulu, taman botani sangat terjaga. Ada banyak tarikan, salah satu darinya adalah perkampungan budaya yang menempatkan rumah tradisional dari pelbagai negeri di Malaysia.

Tapi malangnya semuanya tinggal kenangan. Ya lah, semua tu rumah kayu. Anai anai dah makan beransur ansur. Lama lama habis. Kalau di lantik kontraktor rumah yang bagus untuk jaga fasiliti dalam ini memang bagus. Boleh baca di laman nikmatterbaik.blogspot.com untuk tips memilih kontraktor yang bagus.

Selesai sudah lawatan ke taman botani, kalau musim panas lokasi seterusnya memang penuh sesak dengan pengunjung.

Dimanakah ia?



17. Taman Tema Air Wet World


Kami sekeluarga baru saja melawat Taman Tema Air Wetworld 1 bulan lepas. Masa ni betul betul lepas buka sekolah jadi pengunjung tak ramai.

Nanti saya akan tulis artikel lengkap tentang kunjungan terbaru kami ke sana. (*UPDATE 10 Jun 2018, Saya dah pun tulis pengalaman lengkap kunjungan kami ke Wet world water park Shah Alam)


Maklumlah, bulan 3 ini kami dah rancang untuk pusing pusing Melaka, hotel pun dah tempah. Nak biasakan kanak kanak ni pergi bercuti supaya badan tak terkejut.


Wet world memang tak segah sunway lagoon, tapi bayarannya pun berpatutan. Ada banyak tarikan terutamanya monsoon buster.


Naik pelampung bentuk 8 di atas landasan air, menyeronokkan.


Dibuka setiap hari melainkan hari rabu.


Harga tiket seperti berikut.


A. Warga tempatan

  • Kanak-kanak RM20
  • Orang dewasa RM25

B. Pelancong luar negara

  • Kanak-kanak RM30 
  • Dewasa RM35. 


18. I-City Shah Alam

Dalam banyak banyak tempat di Shah Alam, saya rasa ini yang paling mahal dan kurang berbaloi. 

Kami sekeluarga lebih suka pergi tengok tumbuhan hijau sebenar dari lihat tumbuhan palsu berlampu dan dikenakan bayaran yang mahal.


Ada banyak lagi tarikan lain dalam ni, taman tema air sendiri pun ada. Tapi saya prefer pergi wetworld berbanding ini.


Dan semua tarikan ini kena bayar asing.


Siapa yang suka tangkap gambar memang syok kot pergi sini. Dan kalau datang siang hari tak sesuai sebab lampu lampu tu buka waktu malam saja.

19. Skytrex Shah Alam

Berada di sebelah Taman Botani, sesuai untuk penggemar alam semulajadi yang mahukan aktiviti mencabar.

Orang muda ok lah.


Yang dah ada anak anak kecil macam kami ni tak sesuai bawa anak bersama.


Antara aktiviti yang boleh di lakukan di dalam ini ialah flying fox, team building untuk badan korporat dan syarikat.


Harga tiket adalah seperti berikut

  • Beginner : RM35
  • Intermediate : RM45
  • Advanced : RM55
Skytrex ni dibuka setiap hari kecuali pada hari isnin (Melainkan semasa cuti sekolah).


FAQ

Hotel mana yang dekat dengan banyak tempat menarik di Shah Alam?

Menurut pengalaman ramai pelancong di Shah Alam, hotel yang paling dekat dengan banyak tempat best ialah Hotel Concorde Shah Alam. Malah, kita boleh menikmati pemandangan Masjid Sultan Salahuddin dari bilik saja.

Dimana tempat mandi manda paling best di Shah Alam?

Betul betul di pusat bandar, terdapat Taman Tema Air Wet World untuk kita berendam. Atau jika anda sanggup memandu jauh sedikit, boleh saja pergi ke Sunway Lagoon di Subang Jaya.

Apakah pilihan penginapan yang terdapat di Shah Alam semasa bercuti disini?

Kita boleh memilih untuk tinggal di hotel ataupun homestay. Kadar sewa untuk hotel murah di Shah Alam sekitar RM70/malam. Manakala hotel terbaik di Shah Alam pula boleh kita diami untuk RM190/malam. Atau jika anda bosan tinggal di hotel, boleh saja pilih untuk tinggal di homestay mewah sekitar Kota Anggerik ini.

Di mana lokasi trek berbasikal yang mencabar di Shah Alam?

Anda boleh cabar kemampuan diri di Taman Botani Shah Alam. Dengan bentuk muka bumi yang berbukit bukau, mesti anda akan puas hati. Tiket masuknya sangatlah murah. Tak bawa basikal pun tak mengapa, boleh sewa disini.

Ada ke tempat aktiviti lasak yang menarik di Shah Alam?

Jika anda penggemar sukan yang mencabar, atau mahukan pengalaman team building yang mencabar, cabar keberanian anda di Skytrex Shah Alam. Dengan pelbagai pilihan trek yang mencabar di atas kanopi hutan hijau, pengalaman yang diperolehi pasti takkan dilupakan.


Kesimpulan tentang tempat menarik Shah Alam

Siapa cakap duduk Shah Alam boring dan tak ada tempat menarik? Banyak saja yang boleh dilakukan bersama sama keluarga.

Jadi, selepas ini kalau ada peluang mengunjungi sanak saudara di sini, jangan lepaskan peluang untuk pergi ke salah satu lokasi ini.

Salam jumpa lagi.

Sebarang pendapat, boleh tinggal di ruangan komen di bawah ya.

Assalamualaikum.

left-sidebar

40 Comments

Previous Post Next Post