6 Homestay murah di Shah Alam! Murah & terbaik untuk bajet anda.

Memang banyak homestay bajet di Shah Alam. Tapi yang mana satu paling bagus?
Sekiranya anda mempunyai kekangan bajet semasa permusafiran kali ini, semestinya anda tercari cari homestay pada harga yang berpatutan.

Di bawah ini kami senaraikan beberapa homestay popular pada harga murah, tetapi tetap selesa. Berbaloi baloi untuk setiap sen yang kita keluarkan.


6 Homestay murah di Shah Alam untuk pelbagai jenis percutian!


Homestay murah Shah Alam berhampiran Lapangan Terbang Subang.

1. Aishah Homestay Shah Alam.




Lokasi: Jalan Kuning U9/24, Seksyen U9 28, 40150 Shah Alam

Homestay murah ini terletak sedikit jauh dari pusat bandar Shah Alam. Terletak di sempadan Shah Alam & Subang, homestay ini sangatlah dekat dengan Lapangan Terbang Subang. Hanya 3 km sahaja dari sana.

Walaupun kadar harga untuk 1 malam bagi homestay ini murah, kemudahan yang disediakan tetap selesa.

Mana taknya, ruang tamunya terhias indah dengan perabot serba putih dihiasi pula dengan langsir merah jambu yang nampak kontra dengan cat dinding. Memang naik seri. Nampaknya empunya homestay ini ada citarasa yang bagus dalam menghias rumah. Tilam yang disediakan juga selesa & dalam keadaan bersih.


Selain itu, laman rumahnya terhias indah dengan tumbuhan lanskap yang terjaga baik, taman mininya dihias dengan rumput sintetik serta kerusi untuk kita duduk santai sambil berbual mesra bersama sama ahli keluarga.

Terdapat juga gazebo yang boleh digunakan berhampiran dengan homestay ini, sesuai untuk kita buat makan makan bersama ahli keluarga. Nak buat BBQ di kawasan terbuka pun senang sebab lamannya luas.

Selain itu, mudah untuk kita ke tempat menarik di sekitar lembah klang kerana ada banyak lebuhraya disini.

Mesti baca: 19 Tempat menarik di Shah Alam yang percuma & berbayar!

Siapa kata dengan bajet terhad kita tak boleh mendapat tawaran yang bagus. Kena rajin buat tinjauan saja.

Harga 1 malam di Aisyah Homestay: RM250



Homestay rumah teres murah di Shah Alam. yang sesuai untuk 10 orang!

2. Homestay Backpackers Shah Alam.

Lokasi: No 31, Jalan Kepuk Empat 19/2d, Seksyen 19, 40000 Shah Alam


Penginapan seterusnya juga bertempat di seksyen 19 Shah Alam. Homestay backpackers adalah sebuah rumah teres 2 tingkat yang luas milik muslim. Homestay ini hanya menerima pelanggan beragama islam sahaja.

Kawasan parking berpagarnya muat untuk 2 buah kereta, jadi keselamatan kereta kita lebih terjamin.

Kelebihan utama rumah ini ialah ia mempunyai 3 bedroom & 3 bilik air. Cukup sesuai jika kita keluar dalam kumpulan besar. Maksimum boleh menempatkan 10 orang. Dengan bilangan bilik tersebut, kita tak perlu berkongsi bilik air, memang memudahkan terutama sekali jika kita mempunyai ramai anak perempuan.

3 Bilik tidurnya lengkap berhawa dingin dan dilengkapi 1 katil saiz queen & 4 katil bujang. LIhat gambar dibawah, ruang tamunya luas dengan cat berwarna kuning. Perabot digunakan pula jenis kayu.


Kita juga boleh menggunakan dapur & segala peralatannya untuk memasak. Bolehlah masak bersama sama ahli keluarga sambil berbual bual untuk mengeratkan silaturahim. Kemudian makan di ruang tamu yang luas. Sesuatu yang tak dapat kita lakukan jika tinggal di hotel.

Mesti baca: 22 Hotel di Shah Alam dengan pemandangan malam yang mempesonakan!

Pemilik homestay ini juga sangat mengambil berat maklumbalas dari pelanggannya & mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

Sekiranya anda, merancang untuk bercuti di Shah Alam bersama keluarga besar tempah saja homestay ini. Harganya pun berbaloi baloi.

Harga untuk Homestay Backpackers: RM250/malam.



Homestay bungalow shah alam untuk lokasi majlis kenduri kendara!

3. Callista Bungalow and Event Space Setia Alam

Lokasi: 5, Jalan Setia Wawasan U13/33G, Bandar Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor


Sekiranya anda teringin nak duduk di Banglo sesebuah di lokasi yang menarik di Shah Alam, tak perlu cari lagi. Tempah saja di Callista Bungalow.

Banglo yang mampu menempatkan 20 orang tetamu pada 1 masa ini mempunyai 4 bilik tidur untuk keluarga & 1 bilik bujang. Selain itu, laman untuk meletakkan kereta sangat luas, Setakat 4 buah kereta memang tak ada masalah.

Rumah ini lengkap berperabot dan berhawa dingin.


Kemudahan dapurnya juga lengkap & sesuai untuk mengadakan hari keluarga serta kenduri kendara. Pemiliknya adalah muslim, dan hanya pelanggan muslim saja dibenarkan menyewa tempat ini. Kita boleh gunakan segala pinggan, mangkuk & cawan tanpa was was.

Kami sangat menyukai susun atur dapurnya, kabinetnya tersusun cantik dan bercantum dengan countertop. Bolehlah kita berbual bual sambil menyediakan makanan bersama ahli keluarga yang lain.

Taman Callista Bungalow juga agak luas & mampu menempatkan sebuah khemah untuk kenduri kendara.

Mesti baca: 6 Hotel bajet terbaik di Shah Alam yang dekat banyak destinasi pelancongan!

Bagi mereka yang merancang mengadakan majlis disini, pemilik homestay ini telahpun berkolaborasi dengan beberapa katerer, jadi anda tak perlu susah susah menempah makanan. Uruskan saja pada mereka.

Dengan harga yang sungguh berpatutan, kita dapat menggunakan segala kemudahan yang disediakan disini tanpa perlu risau rumah kita bersepah selepas majlis. Cuba anda teka berapa harganya?

Harga Callista Bungalow Homestay: RM800/malam



Homestay rumah semi d berhampiran Stadium Shah Alam. Sesuai untuk tonton perlawanan bola sepak secara langsung!

4. Yazid Homestay Seksyen 13


Lokasi: 26, Jalan Perahu Layar 13/23, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Inginkan penginapan yang besar, bersih & selesa?  Homestay yang hampir dengan stadium Shah Alam ini cukup sesuai untuk kaki bola yang inginkan penginapan selesa semasa menonton perlawanan penting.

Anda tak perlu risau tentang tempat letak kereta kerana laman rumahnya saja boleh memuatkan 3 buah kereta dengan mudah. Rumah 2 tingkat ini dilengkapi dengan perabot untuk kegunaan para tetamu. Bilik tidurnya luas dan dilengkapi tilam yang selesa & cadar yang bersih.

Ruang tamunya besar, dan insyaallah muat untuk 10 orang.



Selain itu, bilangan terdapat 3 bilik air untuk kegunaan bersama. Tak delah nak berebut rebut tunggu giliran nak mandikan?

Kawasan ini juga kurang kesesakan trafik, dan berada hampir dengan lebuh raya NKVE, lebuh raya ELITE & lebuh raya persekutuan. Mudah untuk kita ke mana mana. Pasaraya Giant Hypermarket pun 5 minit saja jarak pemanduan. Nak makan KFC, atau makanan segera lain boleh je singgah ke sini.

Kedai makan berhampiran memang banyak, contohnya mamak. Atau kalau anda rajin nak shopping pokok bunga & hasil tani segar yang lain boleh singgah pasar tani di perkarangan tempat letak kereta Stadium Shah Alam. Boleh beli buah buahan segar dan banyak lagi makanan enak yang lain. Lokasi nilah tempat pengasas DHerbs, Dato' Alif Syukri meniaga dulu.

Mesti baca: Kenapa Hotel Concorde Shah Alam kekal menjadi pilihan pelancong walaupun sudah berusia? Ini jawapannya.


Homestay apartment murah di Seksyen 14 Shah Alam.

5. Guesthouse ByKA @Vista Suites


Lokasi: Vista Alam, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, Vista Alam, 40000 Shah Alam, Selangor

Homestay BYKA Vista Alam Suite berada di lokasi yang strategik, nak solat ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz cuma perlu memandu 5 minit saja. Tak perlu risau tentang mencari tempat letak kereta kerana pengunjung mempunyai slot khas.

Kemudahan yang disediakan juga sangat bagus untuk harganya yang sangat murah. Kita dapat menggunakan kemudahan seperti kolam renang yang terdapat di tingkat atas. Kawasan ini memang penuh dengan kehijauan pokok yang sememangnya kaya di Shah Alam.

Boleh nampak Taman Tasik Shah Alam & Masjid Biru dari tempat mandi manda. Selain itu, anak anak juga boleh bermain di taman permainan yang disediakan.


Kalau anda memang minat untuk BBQ, kemudahan untuk buat parti BBQ juga tersedia. Atau jika anda beli lauk dari luar, boleh panaskan didapur. Itulah kelebihan menginap di homestay kan. Nak masak sendiri pun boleh kalau rajin. Dapat jimat belanja makan diluar.

Memang pilihan terbaik untuk percutian bajet kan.

Harga 1 malam di Guest house ByKA: RM118


Homestay murah di Shah Alam dengan kolam renang.

6. De Houz @ Setia Alam Trefoil Homestay


Lokasi: Trefoil @ Setia City, No 2, Jln Setia Dagang AH U13/AH, Setia Alam, 40170 Shah Alam

Homestay kali ini juga tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan hotel terkemuka di Shah Alam. De Houz homestay berada di Setia Alam, betul betul dibelakang pusat membeli belah Setia City Mall.

Kita boleh berjalan kaki terus ke sana melalui lobi apartment yang berhias mewah dengan lampu. Pusat membeli belah ini juga dilengkapi dengan persembahan air pancut berwarna warni di malam hari.

Kita juga boleh bersiar siar di taman awam yang terletak berhadapan dengan Setia City Convention Centre yang mempunyai pelbagai lanskap menarik. Jika anda menginap disini pada hujung minggu, pelbagai aktiviti menarik & gerai jualan dibuka untuk para pengunjung.

Kita boleh menyewa pelbagai permainan menarik sepeti skuter elektrik, basikal & bermain buih belo bersama anak anak.


Homestay ini sering menjadi tumpuan pelawat yang menghadiri konvensyen & persidangan di dewan konvensyen yang tersergam indah ini.

Dengan kelengkapan perabot & perkakas elektrik yang lengkap, kita boleh basuh sendiri baju jika mahu, ataupun berehat di atas katil yang selesa lagi empuk.

Pasti kita akan diulit mimpi indah tanpa kita sedari kerana suasana nyaman dari bilik berhawa dingin. Badan yang penat pasti akan bangkit lebih segar di keesokan harinya untuk kita selesaikan urusan, sebelum kita berangkat pulang ke rumah.

Harga penginapan 1 malam di De Houz Setia Alam: RM120.


Sekiranya anda mencari homestay yang paling best di Shah Alam, kami ada sediakan senarainya di bawah ni. Selamat membaca.

Mesti baca: 13 Homestay terbaik di Shah Alam dengan view paling lawa & kemudahan paling tip top!

Terima kasih sekali lagi kerana membaca artikel ini sehingga ke hujung. Semoga perkongsian yang kami berikan membantu anda merancang cuti yang hebat Kota Anggerik. Jumpa lagi di lain masa.

left-sidebar

Post a Comment

Previous Post Next Post