Header ads

Ada ke hotel bajet di Melaka milik orang islam yang bagus? Memang ada! Baca senarai ini sampai habis!

Pilihan hotel murah di melaka untuk percutian mesra poket.


Hotel murah di Melaka tepi pantai dengan kolam renang.

1. Qashrina Cruise Hotel - Hotel tepi Pantai Puteri milik muslim yang istimewa!

Lokasi: Pantai Puteri, 76400 Tanjung Kling,

Semua orang tau, memang mahal kos untuk percutian di atas kapal pelayaran. Inilah yang diselesaikan oleh pemilik Hotel Qashrina Cruise di Pantai Puteri Melaka.

Mereka telah membina sebuah hotel di tepi laut dengan bentuk sebuah kapal persiaran. Lengkap dengan kolam renang mengelilingi kapal tersebut.




Siap ada tali yang mengikat kapal ini dengan dermaga lagi. Memang unik & terbaik.


Lobi untuk hotel ini dihias seakan akan suasana sebenar kapal cruise, kita boleh menikmati pemandangan pantai puteri & keindahan laut di Selat Melaka dari atas kapal ini. Angin segar yan g bertiup lembut dari laut menambahkan keasyikan yang sedia best.


Dan hotel ini ada banyak pilihan bilik penginapan, hiasan dalam bilik pun macam dalam kapal sebenar. Bergantung pada pilihan bilik, harga juga bebeza. Tapi bilik paling murah ialah RM150 dengan katil bertingkat. Paling besar pula RM350 untuk 1 bilik besar dengan 2 katil queen. Kira murah lagi ni sebab satu bilik besar ni boleh tidur 4 orang, maknanya 1 malam baru RM75 per kepala.

Rugi tak baca: Mahukan tinggal di hotel paling mahal di Melaka? Ini 22 hotel paling selesa & berbaloi untuk dicuba!

Jom jamu mata dengan gambar gambar bilik yang di tawarkan.






Kami tumpang bangga dengan pencapaian Hotel Qashrina ni. Semoga perniaagaan anda semakin maju dan lebih banyak zakat boleh dikeluarkan. Insyaallah makin berkat perniagaan anda. Janji Allah itu pasti, sedekah tak akan memiskan seseorang.

Ok, sekarang ini kita pergi pula ke hotel milik orang islam kedua.



2. Hotel Pantai Puteri

Lokasi: Pantai Puteri, Mukim, 76400 Tanjung Kling, Melaka

Hotel ini terletak tidak jauh dari Qashrina. Dengarnya hotel ni milik Majlis Agama Islam Melaka. Wallahualam.


Kita dapat lihat dari senibina hotel ni pengaruh masjid di Melaka. Ada bumbung bergenting dengan warna hijau. Sama macam rekaan masjid negeri melaka yang lain. Banyak pengaruh dari cina dan pedagang yang datang ke melaka pada zaman dahulu.

Staf di hotel ini menutup aurat dengan sempurna, jadi tak perlu risau lah. Terjaga sikit mata.


Sambil menunggu giliran, banyak kerusi disediakan di lobi Hotel Pantai Puteri.


Dari lobi hotel pun kita dah boleh nampak pantai puteri yang terjaga bersih. Ada barisan pokok rhu untuk menahan ombak.


Di bawah ini pula kami sertakan gambar pilihan bilik yang di tawarkan. Pemilihan kombinasi warna merah, emas dan coklat dipilih sebagai tema bilik.

Warna warna terang yang berani, memang nampak kontra.





Hidangan sarapan yang enak juga disediakan untuk para tetamu. Atau kalau anda malas nak makan di hotel, berlambak kedai makan sedap di sekitar pantai puteri dan pantai klebang. Nak minum coconut shake pantai klebang dan makan kuih keria antarabangsa hajah rahmah pun dekat je.

Mesti baca: Bosan tinggal di hotel? Atau anda rancang buat family day di Melaka? Apa susah, sewa saja homestay paling cantik di Melaka. Insyaallah berbaloi!


Ok, kalau pergi bercuti dengan keluarga. Wajib ada kolam renang untuk anak anak melepaskan rindu untuk berendam. Yang bestnya menginap di sini, selain boleh mandi manda di kolam, kita juga boleh bawa anak anak main air laut di pantai. Cuma pastikan kita jaga keselamatan mereka ya.

Pantai ni memang cantik dan bersih, tapi kalau cuai boleh kehilangan nyawa.


Selain berkelah dan mandi manda, hotel ini juga sering menjadi lokasi untuk pertandingan memancing dan hari keluarga. Memang meriahlah suasana di sini. Jadi, memang patutlah Hotel Pantai Puteri dan Hotel Qashrina boleh semakin maju.


Kita baca lagi ulasan pelancong yang bertamu di Hotel Pantai Puteri Melaka.


Reviu pilihan
Stayed for 4 nights. Service was good, staffs were friendly and the room had sufficient amenities. Breakfast could be better. Unfortunately, the "sea view" is blocked by trees on the 5 floor. Overall good experience.
Harga penginapan di Hotel Pantai Puteri untuk 1 malam: RM100


3. Hotel Shah Beach Resort.

Lokasi: Km9, Tanjung Kling, 76400, Melaka

Hotel ini sangat hampir dengan kampung halaman penulis, dengan kedudukannya yang terletak betul betul ditepi pantai, kita akan dapat menikmati pemandangan laut yang indah dari resort ini.


Resort milik muslim ini mendapat perakuan halal untuk makanan yang disediakannya, jadi kita tak perlu ragu ragu untuk makan. Antara yang menarik dengan lanskap resort ini ialah ia dipenuhi dengan banyak pokok kelapa.


Kalau dah tinggal di tepi pantai, jangan lepaskan peluang untuk menatap sendiri pemandangan matahari terbit dan terbenam. Memang indah tak terkata. Pondok pondok ada disediakan di tepi laut, bolehlah makan sarapan sambil menikmati pemandangan kan.

Satu kami nak pesan, laut disini kurang sesuai untuk kita mandi manda. Airnya dalam. Kalau anda nak bawa anak anak main pasir, lebih sesuai pergi pantai puteri. Tak jauh pun dari sini, naik kereta kalau tak sesak insyaallah  minit dah sampai.

Atau kalau anda kurang rajin nak keluar hotel, boleh je bawa anak anak mandi di kolam renang.


Dari kolam renang pun ada boleh nampak banyak pokok kelapa menghiasi laman. Di bawah ini pula jenis jenis bilik penginapan yang disediakan. Antara yang memikat hati ialah rumah yang dibina dari kayu berkualiti tinggi dan mempunyai balkoni dilengkapi perabot kayu.


Memang layan habis suasana pantai di depan bilik ni. Boleh bau air laut dari angin yang menghembus manja ni.

Mesti baca: Mesti seronok kan buat family day di Melaka? Anda mampu memenuhi impian anda sekarang, tempah saja homestay besti di Melaka ini. Harga pun murah.


Cantik betul beranda siap dengan ukiran kayu ni. Teringat rumah rumah lama atuk nenek di kampung. Jarang nak jumpa rumah kayu dengan hasil pertukangan seperti ini lagi kan.


Kita lihat pula rupa dalaman bilik. Walaupun ruang dalamannya agak kecil, tetapi segala kemudahan asas mencukupi untuk digunakan para tetamu.


Almari yang digunakan pun diperbuat dari kayu dengan kemasan syelek. Nampak klasik.


Jika anda memang peminat sejarah dan kerja tangan tradisional, di hotel ini ada banyak hasil pertukangan untuk kita tatap dan hargai.


Boleh nampak pengaruh seni ukir masyarakat cina pada dekorasi ruang ini.


Pemilik hotel ini mesti suka dengan barang barang antik, boleh nampak keris yang telah dibingkaikan menghiasi hotel ini.


Pameran barangan antik bernilai tinggi ada terdapat di Shah Beach Resort.



Kemudahan gazebo di tepi pantai juga ada disediakan untuk mengadakan sebarang aktiviti seperti majlis keramaian ataupun makan makan.


Hotel ini memang kerap menjadi pilihan untuk majlis kenduri kendara. Boleh periksa dengan pengurusan hotel untuk pakej pakej yang disediakan.

Ini pun berbaloi dibaca: Malam hari nak buat apa di Melaka ya? Takkan nak duduk bilik saja? Tak payah pening pening. Baca saja senarai tempat menarik yang meriah di malam hari. Disinari lampu berwarna warni.



Apa kata pengunjung yang telah bermalam disini baru baru ini.


Reviu pilihan.
Near beach. Got small pool. Nice for family gathering. The view and surrounding is amazing, it's so pretty. However, I could have said that the buildings are old, especially with the toilet facilities (it's not in a perfect condition but not to the extent that it can't be used, it's working functionally). The staffs are really friendly and ready to help! By the way, just to inform you, the sea there isn't advisable to swim.
Harga penginapan Hotel Shah Beach Resort untuk 1 malam: Bermula dari RM120


Hotel murah di Bandar Melaka.

4.  Al Huda Hotel

Lokasi: 34, Jalan Pm 4, Plaza Mahkota, 75200 Melaka

Hotel yang dicat serba merah jambu kelihatan ceria dan menonjol dari bangunan disebelahnya. Dari luar pun dah nampak menarik, mari kita tinjau pula suasana di dalam.




Melangkah masuk ke ruang lobi hotel, memang nampak luas dan bersih. Dengan pemilihan warna putih pada cat dinding dan pencahayaan yang bagus dari down light, terasa keceriaan pada persekitaran.


Kita akan di sambut mesra oleh staf pelayan tetamu yang bertugas. Selepas mendaftar masuk dan dapat kunci bilik, bolehlah baring sekejap untuk kurangkan penat memandu.

Seperti biasa terdapat pelbagai jenis pilihan bilik, tetapi yang paling berpatutan adalah RM68. Memang murah kan?


Gambar di atas contoh bilik dengan 1 katil queen dan 1 single bed. Di bawah ini pula bilik biasa dengan katil queen. Hiasan dalam bilik memang minimalis, tak banyak hiasan dan menjadikan ruang yang kecil kelihatan besar.


Hotel ni memang tak besar, comel je saiznya. Tapi lokasinya sangat hampir dengan banyak tarikan pelancong. Ada yang kita boleh jalan kaki saja. Contohnya macam banguna Stadthuys ni.


Atau kita boleh naik river cruise sungai melaka. Ok lah kan, Kalau tadi di Hotel Qashrina kita naik cruise tepi laut, di Hotel Al Huda pula kita berpeluang naik cruise sungai melaka. Rekemen naik waktu malam, lagi lawa pemandangan tepi sungai.


Pasar malam Jonker Walk pun tak jauh. Boleh jalan jalan cari cenderamata untuk dibawah pulang.


Nak jalan kaki pergi Muzium Kesultanan Melayu Melaka pun boleh lagi. Kalau terasa jauh boleh naik grab.


Atau anda boleh juga bersiar siar di dataran pahlawan berhampiran Pahlawan Mall. Sebelahnya ada Kota A Famosa.


Sekarang kita dengar sendiri ulasan pelanggan yang pernah tinggal di Hotel Al Huda.


Reviu pilihan
Dekat dengan bandar melaka.. Boleh jalan kaki jer. Harga berpatutan. Layanan baik dari staff hotel. Bilik pun luas. Cuma spoil sikit jer singki tersumbat & tempat letak kereta tak berapa banyak. Mohon ada improvement nanti ye. Yang lain semua OK.
Harga penginapan Hotel Al Huda Melaka untuk 1 malam: RM 68


5. De Mawardah Hotel

Lokasi: Jalan Pm 14, Plaza Mahkota, 75000 Melaka

Masih lagi di ibu kota Melaka, Hotel De Mawardah adalah hotel 2 bintang yang menawarkan penginapan bajet lagi selesa.


Suasana di perkarangan lobi hotel ini, nampak kemas dan ringkas. Dihiasi dengan tumbuhan hijau untuk menambah seri.


Di bawah ini pula rupa untuk bilik penginapan, bergantung pada jenis bilik yang kita pilih harga juga berbeza. Keadaan di ruang tamu bilik.


Di bawah ini pula rupa bilik di Hotel De Mawardah. Cukup selesa dengan harganya.



Insyaallah, dengan bajet yang mesra kegawatan ekonomi pasti hotel ini menjadi pilihan ramai pengunjung muslim.


Kita baca pula ulasan terpilih dari pengunjung lepas.


Reviu pilihan
Sangat puas hati dengan prkhidmatan yang diberi, bilik pun selesa dan besar walaupn siaran tv problem. Insya allah panjang umur kami akan datang lagi. Terima kasih banyak banyak.
Harga penginapan di Hotel De Mawardah Melaka untuk 1 malam: RM 64



6. Hotel KOBEMAS Melaka.

Lokasi: Jalan Mitc Prima 1, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka.

Hotel yang dimiliki oleh Koperasi Bela Masyarakat Melaka Berhad ini juga menawarkan pengalaman menarik untuk percutian bajet. Kalau trip percutian kali ini kita nak habiskan ronda ronda bandar Hilir & Ayer Keroh, memang sesuai kita tinggal disini.


Suasana lobi yang serba putih ini memang selesa. Paling penting, kawasan ni larangan merokok.



Walaupun harga bermalam di hotel ni agak murah, bilik bilik yang disediakan memang cantik dan bersih.


Agak luas dan serba lengkap dengan kemudahan asas.


Kalau nak bilik yang mahal sikit pun ada. Semestinya lebih lengkap dan selesa. Pendek kata tepuk dada tanya selera.


Anda boleh makan hidangan enak yang disediakan hotel ini tanpa was was, kerana kali terakhir kami periksa hotel ini telah memperolehi perakuan halal. Penting sangat ni, walaupun pemiliknya orang islam, tetapi usaha untuk dapatkan perakuan halal patut diberi keutamaan. Barulah pelanggan rasa yakin dan percaya


Antara lauk pauk yang disediakan oleh pihak hotel.


Seperti biasa, kita lihat apa kata pengunjung Hotel Kobemas terpilih.


Reviu pilihan.
Friendly staff. Take fast action with customer complain. Kobemas need to focus little bit more on maintenance site. As per my observation. Many rooms got problems with the door lock. Others was superb
Harga penginapan Hotel KOBEMAS Melaka: RM84 untuk bilik superior.


Kesimpulan untuk hotel bajet di Melaka kepunyaan orang islam.

Mencari yang halal itu fardhu untuk umat islam dan sewaktu kita bermusafir, seeloknya kita pilih hotel milik saudara muslim kerana mereka telahpun menyahut seruan fardhu kifayah.

Sekiranya usaha ini tidak kita bantu sehingga tutup semua hotel muslim, maka berdosalah seluruh umat islam.

Tetapi pada masa yang sama, pihak pengurusan hotel wajib peka dan sentiasa menambah baik mutu perkhidmatan. Terutama sekali layanan dari pekerja pekerja di hotel kepada para tetamu.

Maniskan senyuman di muka, pasti senang hati pengunjung yang bertandang. Lagipun, senyum itu kan sedekah. Sama samalah kita utamakan produk dan servis milik muslim, untung lebih zakat pun lebih.

2 Comments

ejulz said…
wahhh.. menarik.. nampak selesa hotel2 ni :)
ray said…
i miss travelling
Previous Post Next Post