10 Hotel murah di Kuantan 2020 untuk percutian mesra bajet.

Nak bercuti di Kuantan tapi tak tahu nak stay di mana?
Apa kata baca senarai hotel di bawah ni. Yang pasti lokasi setiap hotel ada keistimewaannya yang tersendiri termasuk tarikan semulajadi pada harga yang berpatutan. 

10 Hotel Murah di Kuantan. Dekat Dengan Bandar dan Tarikan Alam Semulajadi. 


Hotel Tepi Sungai Kuantan


1. Mega View Hotel Kuantan


Antara hotel yang berbaloi untuk stay di Kuantan. Dengan harga bawah RM100 semalam, tetamu boleh dapat bilik yang cantik dan selesa yang menghadap Sungai Kuantan beserta dengan sarapan untuk 2 orang. Nak ke Masjid Sultan Ahmad Shah hanya boleh berjalan kaki saja.

Mesti baca: 18 Hotel di Kuantan terbaik untuk makan angin semaca cuti.

Alamat :
Lot 567, Jalan Besar,
25000 Kuantan, Pahang.

Harga
Dari RM96 semalam

2. Hotel Sentral Kuantan


Hotel ni juga menawarkan bilik dengan pemandangan Sungai Kuantan pada harga yang murah. Kula Cakes - kedai kek popular di Kuantan hanya terletak di seberang jalan hotel. Tarikan terbaru yang sedang dalam pembinaan iaitu Menara Teruntum terletak bersebelahan hotel sahaja.
Alamat
No 45-p Jalan Besar,
25000 Kuantan, Pahang.

Harga :
Dari RM87 semalam

3. New Golden Star Hotel


New Golden Star Hotel terletak kira-kira 300 meter dari Masjid Sultan Ahmad Shah. Tempat makan pula banyak di sekitar kawasan hotel. Walau hanya bertaraf 2 bintang namun kemudahan yang disediakan lengkap untuk keselesaan tetamu. Ini termasuk akses WiFi percuma.

Mesti baca: 19 Hotel murah di Kuala Lumpur dengan pemandangan malam penuh cahaya yang indah.

Alamat :
No,47, Jalan Besar,
25200 Kuantan, Pahang. 

Harga :
Dari RM54 semalam

Hotel di Bandar Kuantan


4. GM Hotel Kuantan


Merupakan hotel baru di Kuantan yang terletak di lokasi yang strategik dan berdekatan dengan banyak kemudahan serta tempat makan. Mendapat reviu 8 markah ke atas dari tetamu untuk kemudahan dan servis yang diberikan serta berbaloi dari segi nilai wang.
Alamat :
B -106 & 108, Jalan Bukit Ubi,
25200 Kuantan, Pahang.

Harga :
Dari RM74 semalam

5. Rooms by Rocana


Rooms By Rocana menawarkan 87 buah bilik yang selesa dengan reka bentuk kontemporari pada harga yang berpatutan dari jenis standard, superior, deluxe dan suite. Lokasinya yang terletak di tengah bandar Kuantan memudahkan tetamu untuk akses ke tempat makan dan tempat menarik di Kuantan.

Mesti baca: 22 Hotel menarik di Langkawi yang sesuai dengan bajet kita.

Alamat :
B2-B10, Lorong Tun Ismail 8,
Sri Dagangan ll,
25000 Kuantan, Pahang.

Harga :
Dari RM92 semalam

6. Grand Darul Makmur Hotel Kuantan


Grand Darul Makmur Hotel dahulu dikenali dengan nama M.S. Garden Hotel menawarkan bilik bertaraf 4 bintang pada harga berpatutan. Terdapat 204 buah bilik direka dengan elegan dari jenis deluxe, family deluxe, executive suites, premier suite dan penthouse di mana setiap bilik dilengkapi dengan alat tulis dan kemudahan asas yang lengkap.

Mesti baca: 22 Hotel menarik di Shah Alam untuk rehatkan diri yang penat bekerja.

Alamat :
Lot 5 & 10, Lorong Gambut,
Off Jalan Beserah,
25300 Kuantan, Pahang.

Harga :
Dari RM114 semalam

7. The V Hotel


Tercari hotel dekat dengan shopping mall? The V Hotel pilihan terbaik. Hanya terletak 5 minit berjalan kaki ke Kuantan Parade dan Kompleks Teruntum dan 5 minit pemanduan ke East Coast Mall dan Berjaya Megamall. Hotel ni menawarkan bilik jenis standard, standard twin, standard triple dan standard family dengan kemudahan asas yang lengkap beserta wifi percuma.

Alamat :
No.3, Jalan Haji Abdul Rahman,
25000 Kuantan, Pahang.

Harga :
Dari RM88 semalam

Hotel di Kuantan Dengan Pemandangan Laut


8. Cempaka Beach Resort


Cempaka Beach Resort terletak bersebelah dengan Pantai Sepat, sebuah pantai yang cantik tak jauh dari bandar Kuantan. Sesuai untuk tetamu yang ingin jauh dari kesibukan bandar. Cempaka Resort menawarkan 20 buah bilik berhawa dingin lengkap dengan kemudahan yang baik. Kemudahan kolam renang turut disediakan untuk tujuan riadah tetamu.

Alamat :
Lot 746, Lorong Cempaka 1,
Kg.  Seri Cempaka Pantai Cempaka,
26060 Kuantan, Pahang.

Harga :
Dari RM178 semalam

9. Samsuria Beach Resort & Residence


Samsuria Beach Resort menawarkan penginapan bertaraf 4 bintang jenis apartment dan penthouse sesuai untuk tetamu yang datang bercuti dengan keluarga besar. Pemandangan bilik yang menghadap Laut China Selatan menjadi tarikan utama di sini. Resort ini juga menyediakan kemudahan kolam renang yang luas untuk keselesaan tetamu. Lokasi resort pula hanya terletak 10 minit perjalanan dari bandar Cherating.

Alamat :
Jalan Sungai Ular Damai 1,
26080 Kuantan, Pahang.

Harga :
Dari RM220 semalam

10. eRYAbySURIA Cherating


Sebuah penginapan di Cherating yang menawarkan sebanyak 114 buah bilik dengan pemandangan taman dan laut. Pelbagai aktiviti tepi pantai boleh dilakukan seperti memandu ATV, bermain layang-layang dan berkelah. Dua buah kolam renang yang disediakan turut menghadap Laut China Selatan yang indah.

Alamat :
KM32.5, Jalan Kuantan / Kemaman,
26080 Cherating, Pahang.

Harga :
Dari RM149 semalam


Dah ada yang berkenan di hati? Jangan tunggu lama lagi. Tempah sekarang. Lambat nanti takut habis ditempah sebab Kuantan semakin popular sebagai lokasi percutian di kalangan pelancong tempatan dan juga antarabangsa. 
10 Hotel murah di Kuantan 2020 untuk percutian mesra bajet. Reviewed by Azmi Writer on January 01, 2020 Rating: 5
All Rights Reserved by Tempat Menarik | Hotel | Umrah © 2017 - 2020
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Borang Maklumat Hubungan

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.