Susu dugro - Review susu formula ikhlas dari seorang ibu

Teringat pula masa mula-mula menimang cahaya mata.. Masa tu memang struggle buat persedian.. Kalau boleh nak semuanya lengkap.. Pakaian, tilam, ubat-ubatan, pampers, botol susu, susu dan sebagainya.. Yelah, masa tu belum ada pengalaman lagi jadi seorang ibu.. Banyak benda nak kena menuntut dan bertanya.. Nak pilih jenama pampers satu hal.. Nak pilih botol susu satu hal.. Nak pilih susu formula pun satu hal.



Eh, tak menyusu badan ke? Bukan tak menyusu badan tetapi hanya mampu sehingga 6 bulan sahaja.. Lepas tu, quantiti susu pun merosot dan anak sendiri pun menolak untuk menyusu badan.. Masa tu nak pilih susu formula memang susah sebabnya risau tak sesuai.. Lastnya, aku ikut jela pengalaman anak-anak saudara sebelum ni.. Pilihan pertama adalah susu Dutch Lady.. Alhamdulillah sesuai.. Pada umur 3 tahun, anak dah kurang dengan Dutch Lady.. So, aku decide untuk tukar susu dan aku bertukar kepada susu Dugro.. Sampai sekarang mereka setia dengan susu Dugro.


Kenapa Pilih Susu Dugro?


Kenapa aku pilih susu Dugro? Ok, sebelum beli aku akan tanya dulu pendapat mereka yang pernah menjadi pengguna Dugro.. Selain tu, aku akan tengok kebaikan yang ada pada susu Dugro ni.. Antara yang membuatkan aku memilih susu Dugro ni adalah susu ini mengandungi bukan sahaja DHA tinggi malah semua nutrien penting seperti Zat Besi, Vitamin A, C, D, E dan Kalsium yang menyokong perkembangan 360 darjah anak kita.


Zaman sekarang, aku percaya dimana celik minda bukan lagi penentu kejayaan masa hadapan tetapi anak-anak kita memerlukan perkembangan 360 darjah sebagai persediaan untuk masa hadapan.. Penting tau memilih susu yang baik untuk anak-anak kita.. Pastikan korang pilih susu yang cukup nutriennya macam dugro ni barulah anak-anak kita cepat belajar dengan daya ingatan yang baik, ketahanan fizikal pun kuat dan mereka pun boleh berinteraksi serta pandai membawa diri.. 


Dalam memilih apa sahaja produk terutamanya makanan atau minuman haruslah tahu statusnya terlebih dahulu.. Untuk susu Dugro ni, ianya telah disahkan Halal oleh "The Central Islamic Council of Thailand (CICOT)" salah satu badan pensijilan Halal luar negara yang telah diiktiraf oleh JAKIM. 


Mesti ada yang tertanya-tanya kan kenapa pulak lokasi kilangnya di Thailand? Haaa kalau korang nak tahu, kilang mereka terletak di Banglee, Thailand dimana merupakan hub pengeluaran yang tercanggih untuk pasaran Asia Tenggara dan merupakan salah satu kilang Danone yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan teknologi terkini di dunia, membolehkan mereka menawarkan inovasi terbaru Dugro yang terunggul untuk pelanggan di Malaysia.. Jangan risau ye, segala kemudahan di Thailand telah disahkan Halal oleh JAKIM.


Dugro NextGen Nutri


Ok, kalau korang nak tahu Dugro NextGen Nutri ni adalah pack baru tau yang telah diupgrade kualitinya.. Kalau dulu hanya dikenali dengan Dugro Nutri.. Kiranya susu formula yang diperbaharui ni lebih baik la dari yang sebelumnya.


Untuk susu Dugro NextGen Nutri ni terdapat 3 step iaitu :-

  • Dugro 3 - Untuk kanak-kanak berumur 1 - 3 tahun
  • Dugro 4 - Untuk kanak-kanak berumur 3 - 6 tahun
  • Dugro 5 - Untuk kanak-kanak berumur 6 tahun keatas

Anak aku sekarang berumur 4 dan 6 tahun jadi mereka minum susu Dugro NextGen Nutri Langkah 4.. Susu Dugro 4 ni didatangkan dalam dua perisa iaitu Asli dan Madu.. Terdapat 3 saiz pek iaitu 550g, 850g dan 1000g... So, buat mommy to be, kalau nak cuba susu Dugro ni untuk si manja, pilihlah yang pek kecil dulu ye.. Kalau sesuai barulah bertukar kepada pek yang lebih besar.. Elakkan pembaziran guys! Hehe.




Macam anak aku, memang aku berikan perisa Asli.. Dari kecil lagi aku tak galakkan untuk mereka minum yang berperisa lain selain Asli.. Alhamdulillah sampai sekarang di selesa dengan perisa Asli.. Bukan apa, makanan mereka dah makan macam-macam rasa kan.. So, better susu dia ambil yang Asli sahaja tanpa ada tambahan rasa yang lain.


Dari segi bau, rasanya tak jauh beza dengan susu formula seangkatan dengannya.. Susu mahal aku tak pastilah bau dia macam mana sebab aku hanya bergelumang dengan susu yang mampu milik ni aje sejak dulu.. Haha.. Dari segi rasa pula, sebelum aku bagi pada anak aku dulu aku dah rasa terlebih dahulu dan rasanya seperti aku minum susu tepung untuk family.. Sedap! Patutlah anak-anak suka sangat.. Hehe.. Harganya ofkos mampu milik iaitu lebih kurang RM25 sahaja untuk pek 850g.. Itu aku beli di pasaraya, kalau nak murah lagi silalah beli secara online di Shopee atau Lazada.. Lebih berbaloi-baloi harganya.


Cara Penyediaan Susu Dugro NextGen Nutri




Ok, untuk penyediaan susu Dugro ni mudah saja.. Hanya perlu masukkan 5 scope/sudu besar susu (40g) ke dalam 200ml air suam dan shake jika guna botol susu.. Kalau yang guna gelas tu, jangan pulak shake ye, nanti tumpah pula.. Haha.. Just kacau je.. Hiks.. Korang boleh rujuk pada pek untuk cara penyediaannya..


Biasa korang simpan susu tepung macam mana?


Ni nak ajar cara penyimpanan susu formula yang betul.. Elakkan menuang susu tepung terus ke dalam sebarang bekas simpanan ye.. Simpan paket yang telah dibuka tu dalam bekas kedap udara di tempat dingin dan kering.. Itu cara simpan yang betul ye.. Aku yakin, mesti ramai yang tuang terus ke dalam bekas simpanan kan? Baik mengaku.. Haha.. Ok, pastikan korang alert dengan tarikh luput ye.. Guna sebelum tarikh luput dan dalam tempoh 3 minggu selepas dibuka untuk menjamin kesegarannya.. Ewaahhh!!

Berbaloi ke pilih susu Dugro ni?


Jika ditanya berbaloi atau tidak tentang pemilihan susu Dugro ni untuk anak, ianya berbaloi bagi aku kerana yang pertamanya harganya memang mampu  milik bagi aku yang bergaji sederhana ni.. Lagi pula, walaupun susunya tidak semahal susu bertaraf kayangan, nutriennya sama hebat dengan susu mahal.. Nutriennya lengkap untuk si manja aku.. So, bagi aku sangat berbaloi.


Yelah, siapa yang tak mahu bagi yang terbaik buat anak-anak kan.. Kalau mampu, memang nak bagi susu yang paling mahal buat mereka.. Tetapi, kita harus ukur baju dibadan sendiri terlebih dahulu.. Pilihlah yang semampunya.. Jangan pula terikut-ikut dengan kemampuan orang lain.. Aku bersyukur sebenarnya, anak-anak aku boleh terima susu mampu milik ni.. Aku pernah cuba berikan mereka susu mahal sebelum ni.. Bukan beli tau tapi aku request sampel percuma sahaja.. hehe.. Yelah, kalau beli dan anak tak terima, rugi oiiii.. Haha.. Ternyata mereka menolak rasanya.. Katanya tak sedap! Nasib baiklah hanya sampel sahaja.. Kalau beli pek asal, mau terduduk aku.. Haha.


Oh ya, kalau korang nak request sampel percuma untuk susu Dugro ni pun boleh tau.. Korang boleh pilih 5 jenis Dugro iaitu Dugro Asli, Dugro Fruit & Veg, Dugro Sure, Dugro Complete dan Dugro Soy.. Manalah tahu ada ibu-ibu kat luar sana nak cuba Dugro tapi tak yakin.. So, boleh request sample dulu.. Tak la rugi kan membeli.


Oklah, buat korang yang baru nak jadi ibu atau dah mempunyai anak tetapi tak tahu nak pilih susu yang mana untuk anak, bolehlah cuba Dugro.. Setakat ni aku tanya kawan-kawan yang dah pernah cuba Dugro, kebanyakannya serasi dengan Dugro.. Anak mereka pun sihat dan cergas je termasuk anak-anak aku yang terlebih cergas tu.. Aktif bukan main.. Sampai naik pening kepala aku.. Haha! Tak mengapa, janji mereka sihat... Itupun dah cukup bersyukur dah bagi aku sebagai seorang ibu.. Ok guys, selamat mencuba..!

 

Post a Comment

Previous Post Next Post