Ibu negeri Selangor ini memang kaya dengan destinasi pelancongan menarik & tempat makan sedap. Selain pusat ilmu pengetahuan.Sekiranya anda mempunyai urusan di Shah Alam dalam kumpulan besar, tak sesuai tinggal di hotel. Tak kiralah untuk menghadiri majlis perkahwinan mahupun bercuti bersama keluarga. Banyak duit yang boleh dijimatkan dengan menginap di homestay Shah Alam.
Di bawah ini kami telah sediakan senarai homestay di Shah Alam untuk anda. Boleh pilih yang terbaik ataupun yang murah.
Homestay di Shah Alam yang wajib dicuba! Kebanyakannya milik orang islam.
Homestay terbaik di Shah Alam. (Milik muslim)
1. Twin villa homestay shah alam.
Lokasi: 6 Jalan Badik 11/4, 40100 Shah Alam, Malaysia
Mesti baca: 6 Homestay murah yang paling berbaloi di Shah Alam.
Homestay dengan rekaan dalaman mewah ini sememangnya menjadi pilihan ramai pelancong dari dalam & luar negara. Sebaik melangkah masuk ke homestay ini, kita pasti akan teruja dengan kolam renang di perkarangan rumah.
Anak anak yang paling seronok kalau ada kolam renang ni. Mak ayah pula boleh duduk bersantai di kerusi yang disediakan di tepi kolam. Twin villa homestay ni memang terbaik untuk lokasi hari keluarga.
Kenangan indah family day di villa indah ini pasti menjadi kenangan manis bersama sama. Itu belum masuk dalam rumah & bilik lagi. Bilik tidur dia memang terbaik.
Anda sekeluarga pasti akan berasa selesa sepanjang bermalam disini. Dengan kemudahan perabot dengan citarasa barat, dengan susunan perabot yang memanfaatkan ruang serta pencahayaan yang baik, memang syok duduk sini. Rasa macam tak nak keluar bilik pula.
Tilam & cadar yang digunakan menggunakan fabrik berkualiti & semestinya membantu kita tidur lena di malam hari. Hilang segala penat lelah bekerja & lupa masalah di tempat kerja. Memang sesuai jadi weekend retreat. Tutup saja telefon bimbit tu buat sementara untuk rehatkan badan & minda.
Orang perempuan kalau masuk rumah ini mesti dapat banyak ilham untuk bina rumah idaman dikemudian hari. Inspirasi boleh diambil dari ruang tamu, ruang keluara, dan semestinya dapur. Dapur dia, dengan susunan pinggan mangkuk yang tersusun rapi di rak khas, memang cantik.
Kedudukannya homestay ini juga sangat hampir dengan pusat membeli belah Aeon & juga stadium Shah Alam, memang banyak aktiviti menarik yang kita boleh lakukan di sini. Nak shopping atau pun menonton siaran langsung perlawanan bola sepak di stadium untuk kaum lelaki. Yang penting kita rancang jadual dulu. Akses untuk ke homestay ini juga semakin mudah selepas ini dengan pembinaan LRT3 berhampiran homestay ini.
Mesti baca: 19 Tempat best di Shah Alam siang dan malam!
Jika anda merancang untuk menginap disini, pastikan tempah lebih awal tau. Sambutan untuk homestay area Shah Alam ini memanglah umpama pisang goreng panas.
Harga 1 malam di Twin Villa Suites: RM1,351
Homestay kondominium terbaik di Shah Alam. (Milik muslim)
2. Radia Residence.
Lokasi: Persiaran Singgahsana, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor
Radia Residence adalah sebuah homestay dengan sentuhan citarasa moden yang terletak di Bukit Jelutong Shah Alam. Pangsapuri ini terdiri dari 2 bilik & boleh menampung sehingga 6 orang dewasa.
Homestay dengan citarasa tinggi ini menawarkan semua kemudahan yang diharapkan oleh keluarga kita semasa percutian yang diidam idamkan. Siap ada taman dengan tumbuhan lanskap yang menarik lagi. Memang tertawan hati sesiapa yang berkunjung. Mak ayah boleh dating di taman sambil anak anak berlari keluarkan peluh di playground.
Akses kepada kolam renang, taman permainan kanak-kanak, keselamatan 24 jam dan tempat letak kereta yang berbumbung akan kita nikmati dengan melanggan homestay milik muslim ini.
Kolam renangnya pun terdapat di aras bawah, dikelilingi pepohon hijau yang mendamaikan. Memang puas hati anak anak berendam dalam kolam main air.
Pemilik kepada homestay ini sangatlah ramah & amat mengalu alukan kehadiran anda untuk menginap disini. Mana taknya, susun atur perbot, meja makan & bilik tidur semuanya kemas & teliti. Memang nampak usaha untuk beri yang terbaik kepada setiap tetamu.
Dan di waktu malam, kita boleh duduk menikmati pemandangan bandaraya ini yang dilimpahi sinaran lampu sambil menikmati secawan teh yang dibancuh sendiri. Memang syahdu.
Mesti baca: 22 Hotel best di Shah Alam yang paling berbaloi!
Jika anda kurang biasa dengan Bukit Jelutong, kawasan ini adalah sebuah di kejiranan yang telah matang di Shah Alam. Ia juga mudah diakses melalui Guthrie Corridor Expressway (GCE), Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), Lebuhraya Elite dan Lebuhraya Persekutuan.
Harga penginapan Radia Residence: RM280/malam
Homestay Icity Shah Alam.
Bandar pintar yang terkenal dengan hiasan lampu di malam hari ini memang sering menjadi kegilaan kaki selfie. Dengan pembukaan pusat membeli belah I Central, kawasan ini semakin meriah siang & malam untuk warga kota melepaskan penat.Maklumlah, pelbagai hiburan & tempat makan sedap yang terdapat disini. Jadi, sekiranya anda ingin menginap di lokasi ini, terdapat beberapa homestay terbaik yang boleh dipilih.
Homestay I Soho I City shah alam.
3. Sinar Rasa Homestay Shah Alam.
Lokasi: Soho Suite, I-Soho, Jalan Multimedia 7/Ah, I-city, 40000 Shah Alam.
Homestay Sinar Rasa berada betul betul di dalam kawasan I City. Kawasan ini sememangnya selamat kerana akses masuk perlu melepasi kawalan keselamatan dari pengawal bertugas.
Antara tarikan utama pada dalaman homestay ini ialah pemilihan perabot yang berkonsepkan moden dengan dinding berhiaskan wainscotting.
Selain itu, kita boleh duduk santai di balkoni rumah sambil menikmati pemandangan air pancut dengan lampu berwarna warni.
Jika anda bosan tinggal dibilik, boleh jalan kaki saja ke pusat membeli belah I Central. Ataupun mencuba pelbagai permainan interaktif yang disediakan di Taman Tema I City.
Tinjauan kami diinternet, harga penginapan untuk 1 malam di Sinar Rasa Homestay sangatlah murah. Tak percaya?
Mesti baca: 6 Hotel murah Shah Alam yang hampir banyak destinasi pelancongan!
Harga: RM110
Homestay berdekatan UiTM Shah Alam.
Memang ramai keluarga cari homestay uitm shah alam kerana menghadiri upacara konvokesyen anak & adik beradik. Maklumlah, kampus induk UiTM kan terletak di Shah Alam.Jadi pada kebiasaannya, hotel & homestay di sekitar seksyen 2 & 7 Shah Alam akan penuh. Nak tak nak perlu booking awal untuk elakkan terpaksa menginap di kawasan yang jauh.
Terutama sekali sekiranya kita mempunyai mak ayah yang dah uzur kan, tak larat nak bersesak sesak dan jalan kaki jauh jauh ni.
Homestay seksyen 7 Shah Alam.
4. Sentuari Homestay @ Pusat Komersial Seksyen 7.
Lokasi: X1, 10-A, Jalan Plumbum X 7/X, Seksyen 7, 40000 Shah Alam
Penginapan ini dahulunya merupakan sebuah dorm pelajar sebelum diubahsuai sepenuhnya menjadi homestay dengan rekabentuk dalaman yang mewah.
Mesti baca: Nikmati hidangan enak semasa menginap di Hotel Concorde Shah Alam!
Kebanyakan tetamu yang menginap disini terdiri daripada keluarga yang melawat anak-anak mereka di UiTM / UniSel, mereka yang outstation kerana urusan perniagaan di Shah Alam, peminat bola sepak, graduan dalam kursus jangka pendek & pelancong yang datang ke Shah Alam untuk mencuba litar Skytrek yang mencabar di Taman Botani Negara Bukit Cherakah.
Walau apa pun urusan anda ke bandaraya anggerik, Sentuari Homestay pasti akan memberikan pengalaman yang indah sepanjang anda tinggal disini. Homestay shah alam seksyen 7 sangat hampir dengan tasik takungan air di Seksyen 7 yang menjadi pilihan ramai untuk beriadah & berjoging.
Bahagian dalaman homestay pula dilengkapi dengan perabot moden minimalis ala hipster yang sedang popular. Lantainya pula tidak menggunakan jubin seramik, tetapi dihiasi dengan laminte wood dengan ira kayu yang cantik. Terasa macam duduk di rumah tradisiona kampung zaman dulu pula. Tak perlu risau lantai sejuk diawal pagi kerana penghawa dingin ataupun hujan lebat.
Nak masak sendiri pun tak ada masalah, dapur & peti ais disediakan. Mudah untuk kita simpan bahan masakan.
Harga Sentuari Homestay untuk penginapan 1 malam: RM190
5. MyHomestay @ Baiduri Apartment. (Milik muslim)
Lokasi: Baiduri Apartment, Seksyen 7, 40450 Shah Alam
Sesiapa yang rajin berjalan dan suka duduk di homestay berbanding hotel mungkin perasan yang Myhomestay ni ada banyak cawangan. Salah satunya di seksyen 7 Shah Alam.
Homestay ini bukan jenis "landed" & mempunyai pemandangan bukit yang indah. Suasananya pun tenang je kerana jauh dari hiruk pikuk kesesakan lalulintas di pusat bandar.
Perhiasan dalaman homestay ini kemas dan yang penting bersih! Nampaknya kebanyakan perabot dari IKEA yang sememangnya mempunyai peminatnya yang tersendiri. Pemilik ada sediakan nescafe & kuih bahulu percuma untuk para tetamu. Tahniah sebab bermurah hati & tidak lokek kepada pelanggan. Memang patut mendapat pujian.
Kedudukan homestay ini pula dekat sangat dengan UiTM & Unisel. Memang sesuai untuk hadiri majlis konvokesyen.
Homestay seksyen 8 Shah Alam
6. Rumah Cik Ani. (Milik muslim)
Lokasi: Persiaran Perbandaran 8-1, STUDIO 14, 40000 Shah Alam, Malaysia
Homestay seterusnya agak unik, kerana berkonsepkan rumah studio dengan 2 bilik. Cukup untuk penginapan 4 hingga 6 orang. Saiznya agak kecil jika dibandingkan dengan homestay lain tetapi pemilik homestay ini pandai menggunakan ruang.
Kelebihan utama Rumah Cik Ani ialah kedudukannya yang hampir dengan banyak lokasi menarik. Contohnya dataran kemerdekaan Shah Alam, Muzium Sultan Alam Shah & terletak hanya 1 km dari Shah Alam Convention Centre dan 5 km dari Stadium Malawati. Kalau menginap disini pada hujung minggu, boleh jalan kaki saja ke dataran kemerdekaan shah alam untuk pelbagai aktiviti menarik.
Pada malam ambang tahun baru, boleh saksikan pertunjukan bunga api & pelbagai lagi persembahan menarik yang disediakan khas untuk warga kota.
Kemudahan yang disediakan semasa menginap disini memang banyak, seperti WiFi percuma, pendingin udara, kolam renang luaran dan gym. Bolehlah anda tangkap video atau gambar percutian & uploadkan ke akaun media sosial untuk dijadikan kenang kenangan. Masa akan berlalu pergi, namun memori indah kekal selamanya.
Tak berapa minat makan di luar? Jangan risau. Dapur pun ada disediakan untuk kemudahan kita memanaskan makanan, tak perlu risau perkakasan dapur & pinggan mangkuk yang disediakan kerana pemiliknya muslim. Dengan kabinet serba merah yang menaikkan semangat untuk masak hidangan enak, pastinya keluarga kita tak sabar menunggu air tangan masakan seorang ibu.
Pendek kata memang tak rugi tinggal di rumah Cik Ani.
Harga penginapan Rumah Cik Ani untuk 1 malam: RM190Homestay Shah Alam seksyen 9
7. Homestay Kemuncak. (Milik muslim)
Lokasi: 35-06-05, Level 6, Block 35, Kemuncak Condo, Jalan Tengku Ampuan Rahimah, 9/20, Section 9, 40100 Shah Alam.
Inginkan percutian yang menenangkan di Shah Alam? Jika begitu anda boleh menginap di Homestay Kemuncak. Satu lagi homestay kondominium dengan pemandangan best. Boleh saksikan keindahan masjid biru di malam hari dari balkoni bilik. Memang lawa.
Homestay seksyen 9 shah alam ini milik muslim, jadi kemudahan untuk solat seperti sejadah & telekung sudah pun tersedia. Senanglah nak solatkan. Selain itu, kita boleh gunakan perkakas memasak tanpa ragu ragu.
Homestay ini memang lengkap dengan segala kemudahan, dan boleh memuatkan sehingga 10 orang tetamu pada satu satu masa. Terdapat 3 bilik tidur 2 bilik air untuk kegunaan bersama. WIFI percuma.
Pemiliknya telah menyediakan katil lebih untuk kegunaan tetamu, anak anak boleh tidur dalam bilik berasingan. Keluarga dengan anak ramai memang sesuai tinggal disini kerana mempunyai katil bertingkat.
Ruang tamunya yang dihiasi wall paper & cat berwarna cerah memberikan kesan lapang. Dilengkapi dengan sofa serta meja makan untuk duduk berbual bual sambil menikmati makanan. Memang selesa.
Segala kemudahan diselenggara & berfungsi dengan baik. Terutama sekali set pendingin hawa yang semestinya penting untuk keselesaan tetamu.
Anda tak perlu risau tentang keselamatan kereta. Kereta kita diletakkan dilokasi berkawal. Tak perlu risau kecurian kenderaan.
Selain itu, kedudukan homestay ini juga dekat dengan pusat membeli belah & taman rekreasi. Nak pergi masjid pun senang.
Harga untuk menginap di Homestay Kemuncak:
- Weekend - RM280 / malam
- Weekdays - RM266 / malam
Homestay seksyen 13 Shah Alam
8. Fida D Acappella. (Milik muslim)
Lokasi: 0807 Sri Acappella Apartments, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Inginkan homestay dengan hiasan rumah yang sedap mata memandang? Pilihlah Fida D Acappella yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam untuk penginapan anda. Milik muslim.
Homestay dengan 3 bilik tidur & 2 bilik air cukup selesa untuk digunakan oleh 6 hingga 8 orang tetamu. Menawarkan kemudahan 3 katil saiz Queen & 1 katil single.
Antara keunikan tempat ini ialah kita akan rasa macam duduk tepi pantai pula dengan hiasan pokok kelapa disekelliling kolam renang. Bolehlah layan anak anak mandi sambil bayangkan tengah bersantai ditepi pantai. Hehe.
Rumah ini lengkap dengan segala kelengkapan seperti aircond. wifi, Astro, TV Flat screen, water heater, mesin basuh & banyak lagi. Gym pun ada.
1 Tempat letak kereta disediakan, jadi kalau datang lebih dari 1 kereta perlu parking di luar.
Lokasi homestay ini berhampiran dengan Stadium Shah Alam , pusat membeli belah Giant, dan pasar tani pada hujung minggu. Restoran makanan segera seperti KFC & Pizza hut pun berdekatan.
Harga penginapan Fida D Acapella untuk 1 malam :
- Weekdays - RM238
- Weekend - RM250
Homestay Shah Alam seksyen 19.
9. Enap Homestay D'19. (Milik muslim)
Lokasi: 17, Jalan Jalan 19/17, Seksyen 19, 40300 Shah Alam, Selangor.
Sekiranya anda teringin untuk menginap di homestay dengan dengan sentuhan citarasa inggeris, anda wajib bermalam di sini. Rumah banglo 2 tingkat ini pastinya sesuai jika anda membawa ibu bapa yang dah tua. Mereka boleh gunakan bilik tidur ditingkat bawah. Tak perlu nak daki tangga kan.
Homestay Enap berada berhampiran dengan 2 buah hospital swasta, iaitu SALAM Shah Alam specialist hotel & KPS Selangor specialist hotel. Sekiranya anda mahu melawat saudara mara di sini, boleh menginap di homestay yang selesa ini.
Homestay seksyen 19 shah alam ini memang luas & mempunyai beranda yang boleh memuatkan 2 buah kereta di dalam kawasan pagar. Melangkah masuk saja ke ruang tamunya, dapat dilihat rumah ini dilengkapi dengan banyak perabot kayu berwarna coklat berkualiti tinggi. Memang cantik & kontra dengan warna dindingnya yang berwarna lembut. Nampak citarasa klasik.
Bilik tidurnya pun luas dengan bilangan bilik air yang mencukupi untuk kemudahan pelanggan yang bermalam disini. (4 bedroom & 3 bathroom, banyak la tu)
Mak mak yang rajin memasak mesti suka dengan dapurnya, lengkap dengan segala peralatan & kabinet berwarna putih dengan peralatan yang mencukupi. Jadi, boleh buat persiapan awal untuk bawa bahan mentah dari rumah. Ataupun boleh saja singgah di kedai runcit berhampiran untuk beli makanan sejuk beku. Dah jimat banyak dari makan di luar kan. Kebersihan pun terjamin.
Paling penting, pemiliknya orang islam & baik hati orangnya. Boleh gunakan tanpa was was peralatan disini. Jika tak larat nak memasak kerana kepenatan bersiar siar, boleh saja beli lauk di luar & panaskan di dapur untuk makan malam. Tak perlu keluar berulang kali kan.
Selain sesuai untuk pelancong, homestay ini juga sedia menerima tempahan untuk lokasi kenduri kendara, majlis perkahwinan
Harga penginapan Enap Homestay untuk 1 malam: RM350
Homestay seksyen 24 shah alam.
10. Nazri Zeck Ayusutra Homestay. (Milik muslim)
Lokasi: 32, Jalan Kesum 24/17, Seksyen 24, 40300 Shah AlamHomestay seterusnya mempunyai rekabentuk yang comel & menarik dipandang. Sebaik saja kita memandu masuk ke perkarangan rumah, terdapat pokok buah menghijau & pohon hiasan menaikkan seri rumah ini.
Tempat letak keretanya pun luas, boleh menempatkan sehingga 2 buah kereta.
Dihadapan pintu masuknya pula mempunyai kolam dengan ikan peliharaan. Nak beri makan pada ikan, makanannya pun dah disediakan.
Ramai pelanggan yang pernah bermalam disini memuji kebersihan & hiasan dalam rumah yang cantik. Pemiliknya pun baik & ramah dengan tetamu. Ruang tamunya besar & serba lengkap dengan perabot dengan set televisyen. Diserikan lagi dengan wallpaper yang berwarna warni menghiasi keseluruhan rumah.
Terdapat 3 bilik tidur yang luas dengan katil yang selesa, dan dilengkapi pula dengan 3 bilik air untuk setiap bilik tersebut.
Anda pasti suka dengan hiasan bilik ini yang minimalis, tidur pun nyenyak dengan udara nyaman dari pendingin hawa. Dengan apa yang ditawarkan oleh homestay ini, anda rasa berapa sewa penginapannya untuk 1 malam?
Harga penginapan Nazri Zeck Homestay: RM350/malam
Homestay Bukit Jelutong Shah Alam.
11. Homestay Ayah Tok. (Milik muslim)
Lokasi: A-10-9, Suria Jelutong Serviced Apartment, Jalan Bazaar U8/99, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, SelangorJika anda teringin tinggal di kawasan elite Shah Alam, Bukit Jelutong lah jawapannya. Suasana kejiranan di kawasan ini benar benar terjaga rapi dengan komunitinya yang bersatu hati.
Selain itu, Homestay Ayah Tok berjiran betul betul berjiran dengan Masjid yang tersergam indah ini. Mudah untuk anda menunaikan solat berjemaah sekiranya ada menginap dalam masa yang lama di homestay ini.
Mesti anak anak seronok mandi manda di kolam renang infiniti yang disediakan di bumbung bangunan. Dapatlah kita melihat bandar yang penuh dengan tumbuhan hijau ini. Memang terbaik view dari atas ni. Terutama sekali di malam hari.
Pangsapuri berhawa dingin ini mempunyai 3 bilik tidur dan 1 bilik mandi. Sebuah TV berskrin rata disediakan di ruang tamu. Hiasan dalaman rumah ini pula memang minimalis. Keseluruhan rumah di cat dengan warna putih & dihiasi dengan perabot yang minima menjadikan ruang kelihatan besar.
Sehinggakan kabinet dapurnya juga berwarna putih. Memang cantik, tak dapat dibayangkan susahnya nak jaga kebersihan rumah ni. Dan semestinya, homestay ini sangat bersih & kemas.
Selain itu, Homestay Ayah Tok juga sangat hampir dengan kedai runcit, dobi & kedai makan. Tak perlu naik kereta, cukup berjalan kaki saja. Memang dekat.
Dengan tawaran baik sebegini, tak perlu kita tunggu lama untuk buat keputusan kan? Harganya pun sangatlah berpatutan berbanding tinggal di hotel.
Harga penginapan Ayah Tok Homesay untuk 1 malam: RM225
12. Vista Alam Soho Apartment
Lokasi: 1, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Sekiranya tadi kita ketengahkan homestay jenis "landed". Homestay seterusnya jenis apartment dengan pemandangan indah kota Shah Alam. Boleh kita nikmati siang & malam dari balkoni homestay sahaja.
Homestay Vista Alam ini berada di Seksyen 14, berjiran dengan Masjid Sultan Salahuddin aka Masjid Biru yang terkenal dengan senibina islamnya.
Hiasan dalam unit homestay ini mengetengahkan konsep minimalis dengan penggunaan perabot yang ringkas menjadikan ruang rumah ini kelihatan luas.
Homestay ini mempunyai kawalan sekuriti yang baik & menjadikan percutian kita lebih selamat. Kolam renang yang diselenggara dengan baik terdapat di tingkat bawah & boleh diakses dengan mudah. Nak bercuti dengan anak anak mestilah ada swimming pool, bagi je anak anak berendam sampai puas.
Sekiranya kita ni jenis yang jaga kesihatan, ada mesin treadmill atau langganan keahlian gymnasium pasti akan rasa ralat kalau kita tak buat rutin kecergasan harian kan.
Semasa anak anak sedang tidur, bolehlah lari sebentar ke gymnasium yang disediakan khusus untuk penghuni. Dapat keluarkan peluh & keluarkan hormon oksitosin yang menjadikan kita kekal fokus lagi ceria. Sambil sambil lari atas "treadmill" tu bolehlah kita nikmati keindahan bandaraya anggerik ini dari aras tinggi.
Gym ni pun mempunyai tingkap yang tinggi sehingga ke siling untuk memudahkan kita melihat pemandangan & mewujudkan rasa lapang pada persekitaran yang sempit.
Harga 1 malam di Vista Alam SOHO Apartment: RM118
Homestay di Padang Jawa Shah Alam.
13. Suria Jaya E-SOFO APARTMENT.
Lokasi: Suria Jaya, Jalan Padang Jawa, Seksyen 16, 40200 Shah Alam
Antara kelebihan utama homestay ini ialah lokasinya sangat berhampiran dengan stesen komuter Padang Jawa. Jadi, sekiranya anda bertugas ke Shah Alam atas urusan kerja, bolehlah pertimbangkan untuk menginap disini.
Homestay ini bertempat di apartment yang berhampiran dengan banyak kemudahan seperti kedai makan, kedai serbaneka 24 jam 7 Eleven & banyak lagi.
Kolam renangnya berada pada aras tinggi, jadi bolehlah mandi manda disini sambil menikmati pemandangan sekitar.
Berbaloi sangatlah duduk di homestay Suria Jaya ni, terutama sekali kalau nak menghadiri majlis konvokesyen anak di Uitm & Unisel yang berada tidak jauh dari sini.
Selain itu, kawasan membeli belah terkemuka di Shah Alam berada berhadapan dengan pintu masuk utama UiTM. Banyak jenama best buka butik disini, contohnya Jakel, Haqqi, Starvillion & banyak lagi.
Kedai kedai makan sedap pun toksah cerita la, penulis sendiri paling suka makan di kedai Gegey bersebelahan dengan Hospital Shah Alam. Wah, memang syok betul lah. Pusat membeli belah I Central yang baru dibuka di I City pun 5 minit saja jarak pemanduan. Jadi, lain kali jika anda mahu ke Shah Alam, jangan lupa menginap disini.
Harga penginapan di Homestay Suria Jaya 1 malam : RM250