Wet World Water Park Shah Alam | Tempat Menarik Di Selangor!

wet world water park shah alam


Cuti sekolah lepas, kami sekeluarga singgah ke wet world Shah Alam untuk beriadah. Layankan anak anak.

Maklumlah, musim panas. Lagipun kedudukan taman tema air Shah Alam ini sangat strategik.


Betul betul di dalam Taman Tasik Shah Alam. Kedudukan tempat menarik di Shah Alam memang berdekatan antara 1 sama lain. Contohnya, lokasi wet world dengan Bukit Cerakah, dalam 10 minit memandu dah sampai. Boleh baca pengalaman kami melihat flora & fauna di taman botani Shah Alam disini.


Kembali ke topik asal, kali terakhir kami melawat & mandi manda di wet world adalah 5 tahun lepas. Jadi boleh perasaan beberapa perubahan semasa lawatan 2018 ni. Insyaallah akan kami kongsikan beserta gambar.


Lokasi wet world memang sangat strategik. Kalau anda tinggal di Concorde hotel atau di grand bluewave hotel shah alam, memanglah sangat hampir. Itu belum cerita lagi kalau duduk homestay.





Wet World Water Park Shah Alam! Apa yang Menarik di Taman Tema Air Selangor?

Waktu cuaca panas, memang ramai akan cari tempat mandi manda. Kalau balik Melaka bolehlah pergi tepi laut macam pantai & air terjun.

Banyak lagi tempat menarik di Shah Alam. Anda boleh tekan butang play & tonton video di bawah. Lagi senang!



Anda suka video di atas? Tekan butang ini untuk lihat lebih banyak video menarik & subscribe youtube channel kami.


.

Tapi di tengah bandar Shah Alam ni, mana ada laut. 


Jadi Wet World Water Park Shah Alam menjadi pilihan warga kota macam keluarga kami ni.


Tempat ini sangat sesuai untuk seluruh keluarga berehat di tengah-tengah Bandar Angerik ini. 


Saya sendiri berasal dari Klang, jadi memang agak kerap juga berendam disini sejak sejak ia dibuka pada tahun 1996.





Lokasi Wet World Shah Alam? Ikut panduan ini & kita pasti tak akan sesat!

Di bawah ini saya sertakan alamat Wet World.

Alamat: Wet World Shah Alam, No. 3A, Persiaran Dato 'Menteri Sek 14, 40000 Shah Alam, Selangor


Telefon: Tel: 03-5510 2588

Waktu lawatan: Dibuka setiap hari pada cuti sekolah dari 10 pagi sampai 6 petang. Hari Rabu tutup di luar cuti sekolah.

Koordinat Wet World Water Park Shah Alam: lat/lng: 3.071929,101.512505

Taman tema Wet World ini direka bertemakan suasana di kawasan Caribbean, ada kawasan berenang untuk kanak kanak & dewasa.


Jadi tak perlu risau sekiranya anak anak tak boleh berenang. Lagipun ada juga pengawal yang sentiasa bertugas.


Manalah tau ada perkara tak diingini berlaku kan.


Sejak dibukan pada tahun 1996, ada beberapa anugerah telah diterima. Antaranya
  • Taman Air Kecil Terbaik 2011
  • Taman Air Hijau 1 2011
Kedua dua anegerah ini telah diberikan oleh Malaysian Association of Amusment Themepark & Family Attractions (MAATFA) / Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia.


Review Wet World Water Park Shah Alam! Puas hati atau menghampakan?

Semasa kami sampai tempohari, kami bergerak awal pagi. Jam 10 dah sampai sana, selalunya dah ramai orang. Kalau anda sedang musafir dan tinggal di hotel concorde shah alam, tak jauh pun nak ke mari.



Macam kami, memandu dari Klang, tak adalah jauh sangat. Kena datang awal sikit je untuk elakkan beratur panjang. Tapi hari ini belum ada orang lagi beratur di depan kaunter.

Mungkin sebab cuti sekolah dah nak berakhir, dan ramai ibu bapa yang sibuk dengan persiapan anak anak.

Bestnya tak payah beratur.


Memang lengang betul masa kami sampai.
Pernah kami sampai dulu, barisan dah panjang. 

Beratur pula tengah panas, jadi nak selesa datanglah awal sikit ke sini. Tempat letak kereta ada banyak di sediakan. Kalau nak jalan jauh sikit, boleh letak kereta di sekitar taman tasik Shah Alam.


Sambil berjalan menuju ke Wet world boleh menikmati lanskap tumbuhan yang di tanam di taman awam ini. Kalau anda menyukai pokok pokok hutan, selain Taman ini, ada banyak lagi pilihan di Shah Alam.

Paling lasak & ekstrem, boleh buat aktiviti lasak di atas kanopi pokok hutan. Kalau minat nak buat aktiviti ini, boleh baca tentang aktiviti lasak di Skytrex adventure di Shah Alam.

Tapi, kalau nak mandi manda di Shah Alam. Tak ada tempat lain. Wet world saja yang paling best.



Harga Tiket Wet World Shah Alam? Macam mana nak dapat murah!

Selalunya kalau kita pergi melawat ke mana mana, tiket masuk akan dikira berdasarkan usia. Tapi lain pula di Wet World.

Anak anak yang mempunyai ketinggian di bawah 90 cm tak perlu bayar. Masuk percuma.



Papan tanda aras ketinggian. Boleh ukur tinggi anak disini.
Kaunter bayaran. Lengang masa kami sampai.


Awal pagi belum ramai pengunjung. Kosong je.

Harga tiket biasa untuk kemasukan adalah seperti berikut.

  1. Dewasa (Tinggi 130cm dan ke atas) - RM30 (Pemegang Mykad)  RM35 Warga asing
  2. Kanak-kanak (90cm - 130cm) - RM25 (Pemegang Mykad)  RM35 Warga asing
  3. Bayi (90cm ke bawah) - Percuma
  4. OKU dapat diskaun 50%. Pastikan bawa kad OKU untuk ditunjukkan di kaunter. Tak bagitahu, tak dapat harga OKU.
  5. Semua harga tiket sudah termasuk dengan cukai 6%.
Ada juga pakej lain yang di tawarkan tak tentu masa. Paling baru beli 3 tiket pada RM60 untuk pemegang mykad.

RM60 tu untuk dewasa dan kanak kanak. Kena pandai timbang sendiri berbaloi atau tak.

Kalau 3 orang dewasa harga biasa, RM30 X 3  = RM90.

Berbaloi lah. Dah jimat RM30.

Harga tiket di atas  tidak termasuk dengan kos lain. Contoh sewaan tambahan adalah
  1. Cabana (Pondok kecil)
  2. Pelampung berbentuk 8 untuk naik permainan air.
  3. Locker.
Kalau bawa banyak barang, berbaloi juga sewa cabana. sebab dalam ni dah ada peti keselamatan peti ais untuk simpan makanan & minuman.


Ini rupa Cabana yang boleh disewa.



Ada banyak unit Cabana di lokasi berbeza. Pilih yang mana suka.

Ada peti besi untuk simpan dompet & kunci atau barangan berharga lain & peti ais.



Ada juga Cabana percuma di sebelah Kiddies typhoon. Siapa cepat dia dapat. Tempat terhad.

Selain harga tiket bagi individu dan keluarga, taman tema Wet World Shah Alam juga menawarkan pakej menarik untuk syarikat, jabatan badan korporat untuk aktiviti seperti:
  • Hari keluarga.
  • Karnival
  • Teambuilding
  • Acara korporat.


Ada banyak pakej.

Harga tiket di atas adalah harga biasa, nak dapat murah ada macam macam cara.


Kena rancang lebih awal dan buat survey di sana sini dulu. Pernah dijual booklet untuk kemasukan ke Wet World murah sangat.



Ini contoh booklet yang pernah di jual.
Berbaloi ke kalau beli booklet ni? 

Nak tahu berbaloi atau tidak, kena lihat dulu apa yang kita akan dapat. Di bawah ini saya kongsikan.



Pakej Booklet Wet World! Berbaloi atau Tak?

Cuba baca dan lihat sendiri.


*CRAZY COMBO PROMO RM29.90 sahaja!
*WETWORLD SHAH ALAM,SELANGOR (WWSA) & AIR PANAS PEDAS,N9
Hanya dgn *RM29.90*,anda akan Dapat *8 tiket* masuk secara PERCUMA!
WETWORLD SHAH ALAM,SELANGOR (4 tiket)
2x kanak2 (90cm-130cm) FREE
2x dewasa (130cm & above) FREE
WETWORLD AIR PANAS PEDAS, N9 (4tiket)
2x kanak2 (90cm-130cm) FREE
2x dewasa (130cm & above)FREE
==========================
Anda jugak akan mendapat,
10 kupon buy 1 free 1 WWSA
10 kupon buy 1 free 1 WWAPP
*Cara utk menebus FREE KUPON adalah dgn sebarang pembelian SATU (1) tiket masuk pada harga kupon di kaunter*
*Boleh pergo bila bila masa termasuk weekend, public holiday, school holiday
*Kupon SAH sehingga 30 April 2018*

Tamat maklumat booklet.


Kalau tanya saya lah memang super berbaloi, terutama sekali boleh pakai lama. Jadi andai kata kita buat survey dan ada orang jual booklet ni lagi.


Beli je.


Tawaran hebat tu. Tapi baca betul betul terms & condition booklet ini ya. Faham betul betul supaya dapat manfaat sepenuhnya.



Bila dah beli tiket, nak masuk dalam akan ada pemeriksaan beg yang kita bawa.

Makanan & minuman dari luar tak boleh di bawa masuk.

Kalau kita bawa terpaksa tinggalkan di luar,


Pastikan barang barang yang kita bawa selamat. Dan tiada makanan.

Pemeriksaan beg
Macam biasa, ada peraturan keselamatan yang perlu diikuti semasa di dalam taman tema ini.
Selepas habis pemeriksaan. Kena pakai gelang tiket di pergelangan tangan.
Staf akan bantu pakai untuk kanak kanak.
Gelang ini tak boleh di buka sepanjang berada di Wet World.

Tarikan di Wet World Water Park Shah Alam! Ada permainan baru ke?

Banyak perubahan berlaku dalam tempoh sejak lawatan terakhir kami. Selain harga tiket dah naik. Banyak kemudahan dah dinaik taraf.

Selepas kaunter tiket saja akan terus melalui kedai cenderamata.


Boleh lah beli untuk ahli keluarga untuk kenang kenangan.



Dalam kedai cenderamata ini ada banyak barangan yang bagus untuk mandi manda.
Ada beberapa barangan yang saya rekemen di beli di kedai ini (Sekiranya lupa bawa). Contohnya


  1. Pelampung untuk kanak kanak.
  2. Baju mandi dewasa dan kanak kanak.
  3. Plastik khas untuk letak handphone supaya kalis air dan boleh tangkap gambar di dalam air. (Paling berbaloi beli ini sebab boleh guna banyak kali pun kan.)
  4. Paling tidak belilah fridge magnet kan. Boleh lekat di peti sejuk.


Kedai cenderamata Wet World Shah Alam.
Nak beli waktu balik pun boleh. 
Anak anak saya dah tak keruan nak main air.
Ada pengering rambut / hair dryer untuk di gunakan selepas mandi. Kena bayar.
Ada pengering rambut / hair dryer untuk di gunakan selepas mandi. Kena bayar.
Kemudahan locker / peti simpanan juga ada disediakan. Seingat saya sekali pakai RM5.


Arahan menggunakan locker. Perlu beli token di gerai sewa pelampung. Memang betul locker  sekali pakai RM5.


Permainan Air di Wet World Water Park Shah Alam! Apa tarikan menarik terkini untuk keluarga?

Saya yakin nak bawa 2 orang anak yang masih kecil ke mari kerana paras air tak dalam mana pun.

Dalam 1 meter.


Tapi, pastikan kita sentiasa mengawasi anak anak sepanjang masa. Budak budak kecil mudah lemas. Jangan leka tau.


Antara permainan menarik yang ada di Wet World Shah Alam untuk para pengunjungnya adalah:

  • Cascading Waterfalls,
  • Big Splash
  • Neptune Challenge
  • Tunnel Water Slide
  • Atlantis City
  • Fountain of Youth
  • Lighthouse Escape

Jemput Baca: Senarai tempat menarik di Shah Alam


Keluar saja dari susur masuk, kita akan terus di bawa ke kawasan mandi kanak kanak.


Dari kolam yang paling cetek, dan beransur ansur bertambah dalam.




Anak anak memang suka sangat dapat mandi di kolam besar ni.

Saya macam biasalah, nak buat teview punya pasal, yang penting jalan jalan satu taman dulu. Sebab bila dah mandi nak kena simpan telefon dalam locker.


Anak anak mandi di Kiddy Typhoon Lagoon (Gambar di bawah).


Anak anak saya terus lari kejar emaknya.

Ini tempat mandi paling cetek & selamat untuk kanak kanak. Tapi kalau datang sini semata mata nak mandi di kolam cetek kurang berbaloilah kan.



Ada muzium kapal selam Shah Alam. Haha. 
Kalau balik Melaka, akan lalu Pantai Klebang yang sentiasa penuh dengan pelawat. Kalau disana ada muzium kapal selam sebenar. Kalau nak tahu lebih lanjut baca artikel di blog Ibusyurga tentang muzium kapal selam di Melaka. 

Di Wet World Shah Alam ni ada replika kapal selam karam.


Anak anak saya, terutama yang kecil memang suka. Budak lelaki memang macam ni.



Ada arca perahu di tepi kiddies typhoon.



Ada gelungsur air berbentuk tiram.

Tarikan utama di Wet World Shah Alam?

Jalan lagi kedepan dan melalui pintu gerbang akan sampai ke tarikan utama di sini.


1. Monsoon Buster 

Saya paling suka naik Monsoon Buster sebab tak perlu buat apa apa, duduk saja di atas pelampung berbentuk 8 yang disewa.


Monsoon buster. Wajib sewa pelampung. Mahal juga harga pelampung tu. 

Dan nikmati perjalanan mendebarkan di atas lungsur air.

Lebih seronok kalau naik berdua.

Dan kurang sesuai untuk kanak kanak yang terlalu muda untuk naik sendiri monsoon buster ni.



Laluan keluar monsoon buster. Hati hati jangan berada di laluan pelampung.
Satu yang saya kurang gemar, barisan menunggu panjang. Biasalah datang hari cuti. Kalau tak nak ramai datang waktu bekerja.

Memang privasi.



2. Thunder river

Naik thunder river lebih relaks. Sebab kita di hanyutkan dalam sungai yang tak dalam
Seperti yang saya kongsi tadi, kalau monsoon buster terlalu ekstreme untuk kanak kanak yang masih muda.

Boleh lagi naik thunder river.

Lebih relaks dan tak berbahaya. Duduk saja di atas pelampung bersama anak anak dan nikmati perjalanan sekeliling sungai buatan di sini.

Sambil tu boleh lihat permandangan Taman Tasik Shah Alam.


3. Bermuda Triangle

Air di kolan ini lebih dalam dari kiddy typhoon.
Bagi kanak kanak yang nak belajar berenang, kolam ini lebih dalam dan sesuai.

Tambahan lagi, di atas tu ada tangki takungan air yang akan tertuang sendiri apabila penuh.



4. Whirlwind escape

Semasa kami bawa anak anak menaiki gelungsur gergasi di whirlwind escape, 2 2 budak lelaki perkasa ini tiba tiba kecut perut.

Hehe.



Gelungsur di Whirlwind escape
Menjerit jerit masa nak di bawa turun tu.

Tapi bila dah sekali turun, mereka pula yang seronok nak naik lagi. Banyak drama budak budak ni.


Agak curam & mengerikan kanak kanak.
Hati hati semasa turun dan perhatikan ada kanak kanak dibawah untuk elakkan perlanggaran yang tidak diingini.


5. Island of treasures

Nampak tak pulau kecil dalam kolam di bawah ni.


2 gelungsur di kiri & kanan island of treasures
Selepas melungsur laju menuruni whirldwind escape.

Boleh berenang sikit menuju ke island of treasure, gelungsur ini sesuai untuk budak budak je. Orang dewasa tak payah lah naik.

Kami ke mari pun sebab nak bawa anak jalan jalan. Haha.

Tak dapat tangkap gambar di island of treasure sebab saya malas nak beli plastik khas untuk handphone supaya kalis air. Risiko handphone rosak tetap ada.


6. Pirate Cove

Ini juga tempat yang best untuk anak anak kecil mandi. Lokasinya di bawah landasan monsoon buster.

Ada beberapa kolam cetek lengkap dengan permainan senapang air untuk mainan anak anak.


Suasana agak berkabus kerana semburan mist air dilakukan untuk menyejukkan kawasan ini.
Senapang air untuk mainan anak anak. Permukaan lantai agak kasar. Mudah luka.
Tempat ni kami anak beranak mandi lama sikit

7. Pirate Challenge

Kalau diikutkan, tempat ini sepatutnya ada laluan pejalan kaki terapung di bawah jaring. Seperti dalam gambar di bawah ni.


Warna hijau dan kuning tu.


Platform tu tiada. Entah mengapa? Teringin juga nak cuba.
Misteri yang mesti di selesaikan.

Tapi semasa kunjungan kami ke sini.

Tak ada pula platform tempat berpijak tu.


Kiosk & Gerai Makanan di Wet World Shah Alam.

Disebabkan makanan tak dibenarkan di bawa masuk, taman ini ada menjual makanan sendiri. Halal atau tidak itu saya tak pastilah.


Kiosk makanan di Wet World di pintu masuk. Harga makanan memang mahal. Dan tak sedap mana pun.
Makanan ada dijual di dalam ni, tapi harga makanan memang mahal. Biasalah, nak masuk wayang pun tak boleh bawa makanan luar.


Ada 1 lagi tempat makan dan duduk. Ada pentas untuk pertunjukan dan persembahan.

Tempat makan kedua yang ada pentas agak jauh sikit perlu jalan kaki.

Yang bagusnya kawasan sini redup dan luas.

Dan ada masanya, ada persembahan band. Mungkin juga ada syarikat yang buat event sebab itu ada show.


Kenapa lebih suka makan di rumah?

Jadi di galakkan sebelum datang makan dulu. Isi perut sampai kenyang.

Terutama sekali perut anak anak, sebab makanan tak berkhasiat.


Kami suami isteri memang tak galakkan anak anak makan makanan ringan selalu, terutama macam nugget dan burger.


Makanan proses ni banyak bahan pengawet & perisa tambahan. Tinggi omega 6.


Nak kawal habis memang tak boleh halang kan. jadi kami kawal & kurangkan mana yang boleh. Ada kenalan kami, anaknya baru berusia 3 tahun dah kena kanser tulang / Leukimia.


3 tahun mana tahu apa apa lagi kan. Sebab tu kami tak suka makan di luar. Kalau dah sakit, kos rawatan mahal. Lainlah kerja kerajaan kan?




Akhir kata, Berbaloi ke mandi manda di Wet World Water Park Shah Alam?

Kalau saya buat perbandingan lah kan, dengan harga tiket sedemikian.

Kira oklah.

Terutama kalau hari panas dan nak biar anak berendam. Kami masuk berempat. Dua dewasa dan 2 kanak kanak.

Tiket dalam RM100 macam tu.

Tapi, cuti sekolah Mac 2018 lepas kami menginap di Hotel Amverton Heritage Melaka. Booking awal awal 3 bulan sebelum cuti.

Dapat pakej RM190 siap bilik hotel, sarapan untuk 2 orang dewasa, anak atas 4 tahun kena bayar RM14.

Siap ada taman tema air sendiri dalam tu. 

Ini lagi berbaloi baloi. Cuma jauh sikit lah, balik Melaka kami rancang akan datang nak pergi lagi.

Insyaallah akan kami kongsikan dalam review akan datang.

Jika ada pertanyaan & pandangan, boleh tinggalkan di ruangan komen di bawah. Insyaallah sama sama kita meriahkan.

Terima kasih kerana baca sampai habis. Jumpa lagi.
left-sidebar
Previous Post Next Post