8 Pakej umrah Tabung Haji Travel (THTS)! Nak yang murah atau yang terbaik?

Sekiranya anda merancang mengambil pakej umrah tabung haji travel, disini saya senaraikan harga bagi pakej yang ada.



Tujuan asal saya tulis artikel ini sebenarnya nak buat nota peribadi saja. Hajat nak pergi umrah ke tanah suci dalam masa terdekat ni. Doakan tercapai.

Dan Alang alang saya buat perbandingan pakej untuk ke tanah suci, saya kongsikan bersama untuk rujukan anda semua. Yalah kan, sekarang ni nak cek harga pakej kena rujuk banyak laman web.

Belum ada lagi laman web bandingkan harga pakej dari syarikat berlainan seperti kita nak tempah hotel macam trivago & traveloka.

Jadi, saya kumpulkan semua pakej umrah yang ada dari syarikat berbeza untuk rujukan sendiri. Senarai ini bermula dari pakej umrah paling murah, hinggalah ke pakej umrah terbaik yang mereka tawarkan.

Pakej umrah Tabung Haji Travel


Pakej umrah tabung haji travel thts (Update 10 Oktober 2019)

Setelah meneliti pakej yang ditawarkan oleh THTS, harga untuk pakej boleh berubah atas beberapa faktor seperti
  1. Harga pakej mengikut tarikh yang dipilih.*
  2. Harga pakej bagi kanak-kanak adalah RM200 lebih rendah dari harga dewasa.
  3. Harga pakej adalah tertakluk kepada pindaan dan perubahan penginapan, tambang penerbangan dan sebagainya tanpa notis.
Selain faktor di atas, harga untuk menunaikan umrah juga bergantung kepada jenis pakej yang kita pilih. Di bawah ini saya senaraikan pilihan yang ada.

Pakej umrah thts pilihan harga
Contoh banner pakej umrah THTS bagi tahun 2017/2018

1. Pakej Hijrah, Pakej umrah murah dari tabung haji.

Harga bagi pakej ini untuk 4 sebilik bermula daripada RM5,190.00

Penginapan untuk Pakej Hijrah.

  1. Bagi pakej ini penginapan di Mekah untuk para jemaah : Hotel 3 bintang (±700M ke Dataran Masjidil Haram)
  2. Penginapan di Madinah pula: Hotel SAJA Madinah Aatau setaraf harganya. (300M ke Dataran Masjid Nabawi)

Dengan harga RM5,190 untuk pakej Hijrah, para jemaah akan mendapat
  • Makan / minum secara buffet ( 3 kali sehari )
  • Perjalanan dan Airport Transfer menggunakan Bas (di Tanah Suci sahaja)
  • Ziarah di Makkah 2 kali - termasuk Miqat Umrah di Hudaibiyah & Ja'ranah
  • Ziarah di Madinah 1 kali
  • Perlindungan Takaful Berkelompok
  • Tiket penerbangan kelas Ekonomi
  • Visa Umrah bagi warganegara Malaysia (tidak termasuk Caj Visa kali ke 2)
  • 5 liter air zam-zam
  • Bagasi : 30kg (Tertakluk kepada syarikat penerbangan)
Harga dan syarat-syarat untuk pakej hijrah tertakluk kepada perubahan.


2. Pakej umrah Fairuz Tabung Haji Travel

Bagi pakej Fairuz, para jemaah mempunyai 3 pilihan iaitu
  1. 4 Sebilik harga bermula RM5,690.00
  2. 3 Sebilik harga bermula RM5,990.00
  3. 2 Sebilik harga bermula RM6,590.00

Penginapan untuk Pakej Fairuz.

  1. Penginapan di Makkah: Hotel Al Shohada atau setaraf harganya (600m ke Dataran Masjidil Haram)
  2. Penginapan di Madinah: Hotel Saja Madinah atau setaraf harganya (300m ke Dataran Masjid Nabawi)


Harga  bagi Pakej Fairuz termasuk
  • Makan / minum secara buffet ( 3 kali sehari )
  • Perjalanan dan Airport Transfer menggunakan Bas (di Tanah Suci sahaja)
  • Ziarah Makkah 2 kali - termasuk Miqat Umrah di Hudaibiyah & Ja'ranah
  • Ziarah Madinah 1 kali
  • Perlindungan Takaful Berkelompok
  • Tiket penerbangan kelas Ekonomi
  • Visa Umrah bagi warganegara Malaysia (tidak termasuk Caj Visa kali ke 2)
  • 5 liter air zam-zam
  • Bagasi : 30kg (Tertakluk kepada syarikat penerbangan)
Harga dan syarat-syarat tertakluk kepada perubahan.

berdoa di depan kaabah semasa mengerjakan  umrah

3. Pakej Umrah Baiduri Tabung Haji Travel.

  • 4-6 Sebilik harga bermula RM 6,090.00

Penginapan untuk Pakej Baiduri.

  1. Penginapan di Mekah: Hotel Rotana atau setaraf harganya (50m ke dataran masjidil haram)
  2. Penginapan di Madinah: Hotel Saja Madinah atau setaraf harganya (300m ke dataran masjid)
Harga untuk Pakej Baiduri termasuk
  • Makan / minum secara buffet ( 1 kali sehari ) di Makkah
  • Makan / minum secara buffet ( 3 kali sehari ) di Madinah
  • Perjalanan dan Airport Transfer menggunakan Bas (di Tanah Suci sahaja)
  • Ziarah di Makkah 2 kali - termasuk Miqat Umrah di Hudaibiyah & Ja'ranah
  • Ziarah di Madinah 1 kali
  • Perlindungan Takaful Berkelompok
  • Tiket penerbangan kelas Ekonomi
  • Visa Umrah bagi warganegara Malaysia (tidak termasuk Caj Visa kali ke 2)
  • 5 liter air zam-zam
  • Bagasi : 30kg (Tertakluk kepada syarikat penerbangan)
Harga dan syarat-syarat tertakluk kepada perubahan.


4. Pakej Umrah Aqiq Tabung Haji Travel

  • 4 Sebilik harga bermula Rm 6,390.00 
  • 3 Sebilik harga bermula Rm 6,790.00  
  • 2 Sebilik harga bermula Rm 7,390.00

Penginapan untuk Pakej Aqiq 

  • Penginapan di Mekah: Hotel Sl Shohada atau setaraf harganya (600m ke dataran masjidil haram)
  • Penginapan di Madinah: Hotel Saja Madinah atau setaraf harganya (300m ke dataran masjid)

Harga Pakej Aqiq termasuk
  • Makan / minum secara buffet ( 3 kali sehari )
  • Perjalanan dan Airport Transfer menggunakan Bas (di Tanah Suci sahaja)
  • Ziarah di Makkah 2 kali - termasuk Miqat Umrah di Hudaibiyah & Ja'ranah
  • Ziarah di Madinah 1 kali
  • Perlindungan Takaful Berkelompok
  • Tiket penerbangan kelas Ekonomi
  • Visa Umrah bagi warganegara Malaysia (tidak termasuk Caj Visa kali ke 2)
  • 5 liter air zam-zam
  • Bagasi : 30kg (Tertakluk kepada syarikat penerbangan)
Harga dan syarat-syarat tertakluk kepada perubahan.



5. Pakej Umrah Firdaus Tabung Haji Travel.

  • 4 Sebilik  harga bermula RM6,990.00
  • 3 Sebilik harga bermula RM7,390.00
  • 2 Sebilik harga bermula RM8,090.00

Penginapan untuk Pakej Firdaus.

  • Penginapan di Mekah: Hotel Elaf Masyaer @ setaraf harganya (300m ke dataran Masjidil Haram)
  • Penginapan di Madinah: Hotel Anwar Madinah Movenpick atau setaraf harganya (50m ke dataran masjid nabawi) 

Harga Pakej Firdaus termasuk:
  • Makan / minum secara buffet ( 3 kali sehari ) 
  • Perjalanan dan Airport Transfer menggunakan Bas (di Tanah Suci sahaja) 
  • Ziarah di Makkah 2 kali - termasuk Miqat Umrah di Hudaibiyah & Ja'ranah Ziarah di Madinah 
  • 1 kali Perlindungan Takaful Berkelompok 
  • Tiket penerbangan kelas Ekonomi Visa Umrah bagi warganegara Malaysia (tidak termasuk Caj Visa kali ke 2) 
  • 5 liter air zam-zam 
  • Bagasi : 30kg (Tertakluk kepada syarikat penerbangan) 
Harga dan syarat-syarat tertakluk kepada perubahan

Rezeki untuk menunaikan umrah dan berdoa di depan kaabah

6. Pakej Umrah Ruby Tabung Haji Travel.

Sekiranya anda tertanya tanya, memang betul harga untuk pakej Firdaus & Ruby ni sama. Pilihan bilik pun sama juga. Ada 3 jenis semuanya.
  • 4 Sebilik  harga bermula RM6,990.00
  • 3 Sebilik harga bermula RM7,390.00
  • 2 Sebilik harga bermula RM8,090.00

Penginapan untuk pakej Ruby

  • Penginapan di Mekah: Hotel Rotana @ setaraf harganya (50m ke Dataran Masjidil Haram)
  • Penginapan di Madinah: Hotel Anwar Madinah movenpick atau setaraf harganya (50m ke dataran Masjid Nabawi)
Harga pakej ini termasuk
  • Makan / minum secara buffet ( 1 kali sehari )
  • Perjalanan dan Airport Transfer menggunakan Bas (di Tanah Suci sahaja)
  • Ziarah di Makkah 2 kali - termasuk Miqat Umrah di Hudaibiyah & Ja'ranah
  • Ziarah di Madinah 1 kali
  • Perlindungan Takaful Berkelompok
  • Tiket penerbangan kelas Ekonomi
  • Visa Umrah bagi warganegara Malaysia (tidak termasuk Caj Visa kali ke 2)
  • 5 liter air zam-zam
  • Bagasi : 30kg (Tertakluk kepada syarikat penerbangan) 
Harga dan syarat-syarat tertakluk kepada perubahan.

7. Pakej Umrah Nilam Tabung Haji Travel

  • 4 Sebilik  harga bermula RM9,490.0
  • 3 Sebilik harga bermula RM9,990.00
  • 2 Sebilik harga bermula RM10,890.00

Penginapan untuk Pakej Nilam

  • Penginapan penginapan di Mekah: Hotel Swiss Al Maqam @ setaraf harganya (80m ke Dataran Masjidil Haram) 
  • Penginapan di Madinah: Hotel Anwar Madinah Movenpick atau setaraf harganya (50m ke dataran masjid nabawi) 

Harga pakej termasuk
  • Makan / minum secara buffet ( 3 kali sehari )
  • Perjalanan dan Airport Transfer menggunakan Bas (di Tanah Suci sahaja) 
  • Ziarah di Makkah 2 kali - termasuk Miqat Umrah di Hudaibiyah & Ja'ranah Ziarah di Madinah 1 kali 
  • Perlindungan Takaful Berkelompok 
  • Tiket penerbangan kelas Ekonomi Visa Umrah bagi warganegara Malaysia (tidak termasuk Caj Visa kali ke 2) 
  • 5 liter air zam-zam 
  • Bagasi : 30kg (Tertakluk kepada syarikat penerbangan) 

Harga dan syarat-syarat tertakluk kepada perubahan.

8. Pakej Umrah Topaz Tabung Haji Travel

  • 4 Sebilik  harga bermula RM9,590.00
  • 3 Sebilik harga bermula RM10,290.00
  • 2 Sebilik harga bermula RM11,290.00

Penginapan untuk Pakej Topaz

  • Penginapan di makkah: hotel hajar movenpick @ setaraf harganya (50m ke dataran masjidil haram)
  • Penginapan di madinah: hotel anwar madinah movenpick atau setaraf harganya (50m ke dataran masjid nabawi)

Harga pakej termasuk
  • Makan / minum secara buffet ( 3 kali sehari )
  • Perjalanan dan Airport Transfer menggunakan Bas (di Tanah Suci sahaja)
  • Ziarah di Makkah 2 kali - termasuk Miqat Umrah di Hudaibiyah & Ja'ranah
  • Ziarah di Madinah 1 kali
  • Perlindungan Takaful Berkelompok
  • Tiket penerbangan kelas Ekonomi
  • Visa Umrah bagi warganegara Malaysia (tidak termasuk Caj Visa kali ke 2)
  • 5 liter air zam-zam
  • Bagasi : 30kg (Tertakluk kepada syarikat penerbangan)
Harga dan syarat-syarat tertakluk kepada perubahan.

Beberapa perkara penting yang perlu diketahui jemaah umrah sebelum memilih pakej umrah dari THTS

Bagi urusan VISA, penting untuk kita tahu perkara di bawah
  1. Passport Antarabangsa yang masih sah laku selama 6 bulan dari tarikh berangkat dengan 6 muka surat kosong.
  2. Gambar untuk Visa Umrah 2 keping bersaiz 4cm x 6cm, berlatar belakang putih dan saiz muka 80%. (Lelaki: tidak bersongkok/ Wanita: Wajib bertudung).
  3. Buku/ Surat suntikan meningitis ACYW135 daripada doktor kerajaan atau swasta.
  4. Harga tidak termasuk caj visa kali kedua (mengikut undang-undang Saudi).
  5. Semua dokumen perlu diserah dalam masa 30 hari dari tarikh penerbangan. Sekiranya Jemaah gagal berbuat demikian, TH TRAVEL & SERVICES SDN BHD tidak bertanggungjawab dalam kelewatan pemprosesan visa

Apa kelebihan utama pergi umrah di bawah THTS?

Pada pandangan saya, kelebihan paling besar bagi jemaah yang pergi dengan tabung haji ialah
  1. Pengalaman luas mereka menguruskan jemaah haji & umrah saban tahun.
  2. Insyaallah risiko untuk ditipu sangat sangat tiada.

Jadual perjalanan umrah untuk mendarat di Mekah & Madinah.

Bagi mereka yang belum pernah mengerjakan umrah, kita mempunyai pilihan untuk mendarat di Mekah ataupun Madinah dahulu.

Jadual kita akan berubah menurut pilihan yang kita buat. Mari kita lihat bersama sama. (Penting untuk kita tahu, aturcara di bawah hanyalah cadangan sahaja. Ia boleh berubah bergantung kepada faktor semasa)

Jadual jika mendarat di Mekah dahulu.

pakej umrah mendarat mekah

  1. HARI 1 LAPOR DIRI DI KAUNTER THTS, KLIA, SEPANG, ARAS 5, LANTAI PELEPASAN (BERSEBELAHAN OLD TOWN/MC DONALD’S)
    • Check-In Bagasi
    • Serahan Pasport & Lencana
    • Serahan Boarding Pass
    • BERLEPAS KE JEDDAH
    • Bermiqat Umrah di Qarnul Manazil
    • “Ya allah, terimalah kami sebagai tetamu Mu yang istimewa dan permudahkanlah urusan kami”
    • TIBA DI LAPANGAN TERBANG JEDDAH
      • Proses Imigresen / Pengambilan bagasi
      • Disambut oleh wakil THTS
    • BERTOLAK KE HOTEL MAKKAH DENGAN BAS
      • Check-in hotel
    • MELAKUKAN TAWAF/SA’EI & TAHALLUL UMRAH DIPIMPIN OLEH MUTAWIF
  2. HARI 2 ATURCARA BEBAS
  3. HARI 3 PROGRAM LAWATAN DI MAKKAH 1
    • Padang Arafah / Jabal Rahmah
    • Muzdalifah / Mina
    • Masjid Ja’ranah (Miqat Umrah 2)
  4. HARI 4 ATURCARA BEBAS
  5. HARI 5 PROGRAM LAWATAN DI MAKKAH 2
    • Masjid Hudaibiyah (Miqat Umrah 3)
  6. HARI 6 ATURCARA BEBAS
  7. HARI 7 KEBERANGKATAN KE MADINAH
    • Turunkan barang Pelaksanaan
    • Tawaf Wada’
    • BERTOLAK KE MADINAH DENGAN BAS
    • TIBA DI MADINAH: Check-in hotel
  8. HARI 8 ZIARAH DALAM
    • Makam Rasullullah SAW & Raudhah
    • Perkuburan Baqi’
  9. HARI 9 ZIARAH LUAR DI MADINAH
    • Masjid Quba’
    • Masjid Qiblatain
    • Jabal Uhud & Maqam Penghulu Syuhada’
    • Medan Peperangan Khandaq
  10. HARI 10 ATURCARA BEBAS
  11. HARI 11 KEBERANGKATAN PULANG KE MALAYSIA
    • Turunkan barang
    • Ziarah Selamat Tinggal
    • BERTOLAK KE LAPANGAN TERBANG MADINAH
    • Serahan passport / boading pass
    • Disambut oleh wakil THTS
    • BERLEPAS PULANG KE K. LUMPUR
  12. HARI 12 TIBA DI KLIA SEPANG
    • Proses Imigresen , pengambilan Bagasi dan Bersurai


Sekiranya kita memilih untuk mendarat di Madinah dahulu, ini adalah cadangan jadual perjalanan

Contoh cadangan jadual umrah jika mendarat di Madinah terlebih dahulu

pakej umrah mendarat madinah

  1. HARI 1 LAPOR DIRI DI KAUNTER THTS, KLIA, SEPANG, ARAS 5, LANTAI PELEPASAN (BERSEBELAHAN OLD TOWN/MC DONALD’S)
    • Check-In Bagasi
    • Serahan Pasport & Lencana
    • Serahan Boarding Pass
    • BERLEPAS KE MADINAH
    • TIBA DI LAPANGAN TERBANG MADINAH
    • Proses Imigresen / Pengambilan bagasi
    • Disambut oleh wakil THTS
    • BERTOLAK KE HOTEL MADINAH DENGAN BAS
    • Check-in hotel
  2. HARI 2 ZIARAH DALAM
    • Makam Rasullullah SAW & Raudhah
    • Perkuburan Baqi’
  3. HARI 3 ATURCARA BEBAS
  4. HARI 4 ZIARAH LUAR DI MADINAH
    • Masjid Quba’ Masjid Qiblatain
    • Jabal Uhud & Maqam Penghulu Syuhada’
    • Medan Peperangan Khandaq
  5. HARI 5 KEBERANGKATAN KE MAKKAH
    • Turunkan barang
    • Ziarah Selamat Tinggal
    • Memakai Ihram
    • BERTOLAK KE MAKKAH DENGAN BAS
    • Bermiqat Umrah di Masjid Bir ‘Ali 
    •  ‘Ya Allah, terimalah kami sebagai tetamuMu yang istimewa dan permudahkanlah urusan kami’
    • TIBA DI MAKKAH: Check-in hotel
    • MELAKUKAN TAWAF/SA’EI & TAHALLUL UMRAH DIPIMPIN OLEH MUTAWIF
  6. HARI 6 ATURCARA BEBAS
  7. HARI 7 PROGRAM LAWATAN DI MAKKAH 1
    • Padang Arafah / Jabal Rahmah
    • Muzdalifah / Mina
    • Masjid Ja’ranah (Miqat Umrah 2)
  8. HARI 8 ATURCARA BEBAS
  9. HARI 9 PROGRAM LAWATAN DI MAKKAH 2
    • Masjid Hudaibiyah (Miqat Umrah 3)
  10. HARI 10 ATURCARA BEBAS
  11. HARI 11 KEBERANGKATAN PULANG KE MALAYSIA
    • Turunkan barang
    • Pelaksanaan Tawaf Wada’
    • BERTOLAK KE LAPANGAN TERBANG MADINAH
      • Serahan passport / boading pass
      • Disambut oleh wakil THTS
    • BERLEPAS PULANG KE K. LUMPUR
  12. HARI 12 TIBA DI KLIA SEPANG
    • Proses Imigresen , pengambilan Bagasi dan Bersurai.

FAQ


Apakah pakej umrah terbaik di Malaysia selain Tabung Haji?

Memang banyak agensi umrah & haji di Malaysia. Tetapi yang mana 1 paling bagus? Ini senarai syarikat umrah terbaik di Malaysia yang paling berpengalaman & unik. Anda patut cuba.

Macam mana caranya memilih pakej umrah terbaik untuk anak kecil?

Membawa kanak kanak ketika menunaikan umrah memerlukan persiapan yang rapi. Seeloknya, pilihlah pakej umrah keluarga dari agensi yang berpengalaman. Kami telah sediakan panduan di atas supaya kita dapat buat persiapan awal.

Kenapa ramai jemaah suka menunaikan umrah semasa musim sejuk?

Ini sebabnya ramai jemaah seluruh dunia gemar menunaikan umrah semasa musim sejuk. Walaupun harganya mahal sedikit berbanding musim panas.

Bagus ke pakej umrah Rayhar Travel?

Anda boleh baca & pilih sendiri pakej umrah yang di tawarkan Rayhar Travel disini.

Previous Post Next Post