7 Hotel di Brinchang Cameron Highland. Murah & terbaik untuk bajet keluarga

Lama betul tak pergi bercuti di Cameron Highland. Rindu rasanya dengan cuacanya yang dingin lagi nyaman.
Last aku bercuti ke Cameron Highland masa membujang dulu. Tu dia.!! Lama gile kot. Rasanya sekarang mesti banyak perubahan dah kat Cameron Highland tu kan. Kena set masa jugak ni bawak anak-anak bercuti kesana. Apa-apa pun, kena usha dulu hotel apa yang best dekat sana untuk dijadikan tempat menginap di sana nanti. Hiks.


Pilihan penginapan yang terdapat di Cameron
  1. Hotel terbaik di Cameron Highland
  2. Hotel di Tanah Rata
  3. Resort di Cameron Highland.
  4. Homestay di cameron.

Hotel di Brinchang Cameron Highlands.

1. Wan Alyssa Hotel

First aku berkenan nak menginap kat Wan Alyasa Hotel. Salah satu sebabnya adalah ia hak milik muslim. Hehe. Hotel ni terletak kat Brinchang. Dorang menawarkan penginapan mesra tetamu muslim. Best ke hotel ni? Moh aku kaji dulu. 


Wahh tengok depan hotel ni saja pun dah buat aku teruja. Sekali tengok macam cafe. Cantik sangat decorasi depan kedai ni. Ok, hotel ni terletak 2.6km dari Ladang Teh Boh. Datang ke Cameron Highland, tak sah rasanya tak pergi ladang teh kan. So, dari hotel ni memang dekat je la nak ke sana. Sesambil boleh pekena air teh yang original. Perghh melekat!!




Masuk saja ke dalam hotel, serius memang terpegun. Walaupun aku hanya melihat gambar saja buat masa ni, tetapi aku tetap teruja dengan dekorasi yang diilhamkan kat situ. Bukan aku saja yang suka akan dekorasi yang diterapkan di ruangan lobi hotel ini, para pengunjung yang telah datang kesini pun menyatakan yang mereka menyukai dekorasi disini. Sangat menarik katanya.

Excited pulak aku tengok motor lama kat situ. Bukan senang nak dapat dah sekarang motor lama tu. Hurmm. Mengimbau betul kenangan time sekolah dulu. Haha!! Moh tengok sebijik lagi yang paling unik. Aku suka!! Hiks.


Kalau kesini jangan lupa tau bergambar kenangan dengan motor-motor yang ada kat sini. Susah nak lihat dah kat mane-mane. Barang antik, tak kan nak tengok saja. Abadikanlah dalam gambar korang tu. Baru ohsem!! Tak gitu? 


Ok, tak nak cakap banyak, moh aku cite sal bilik lak. Aku ada la buat survey dekat booking.com dan sebagainya. Ramai yang puas hati dengan bilik yang ada kat sini. Rating memang tinggi. Ramai yang komen bilik kat sini memang bersih tahap puas hati dan selesa sampaikan anak-anak tak nak balik. Haha.

Memang terbaik laaa. Kalau dah bilik bersih dan selesa, aku sendiri pun rasa tak nak baik weh. Hehe. Kat sini juga katanya servis memang terbaik dan pantas. Paling best stafnya sangat friendly, tak berkita, senang berurusan dan sopan bahasanya. Itu yang kita mahukan. Hotel dah best, staf pun best. Kat sini la pilihan kita kan. 


Kat sini juga menyediakan tempat untuk solat. Kot la korang tak nak solat kat bilik, bolehlah solat kat tempat yang disediakan.

Ok, apa lagi yang menarik kat Wan Alyasa Hotel ni?. 




Ok, kalau korang nak tahu, Wan Alyasa Hotel ni terletak di kawasan yang asangat strategik dan agak tenang. Nak cari kedai makan sangat mudah kat sini sebabnya, dibawah hotel ni memang banyak kedai makan. Pilih je la nak makan kat mana. Banyak pilihan. Depan hotel juga ada Food Truck dan pasar malam pun ada jugak kat sini. Gile best weh! Adeh terasa lapar pulak perut ni sebut sal kedai makan ni. Hurmm.

Selain itu, kat sekitar hotel ni juga ada 7-Eleven, klinik, dobi dan kalau nak ke masjid hanya 200 meter sahaja jaraknya. Nak parking pun sangat mudah. 


Okla, kalau korang ada plan jugak nak ke Cameron Highland, aku sangat recommend korang menginap di Wan Alyasa Hotel ni ye. Booking awal, takut nanti tak sempat nak rembat bilik yang best ataupun tak dapat langsung bilik sebab dah full booking. Hehe.

Harga : RM70/malam

Alamat : Wan Alyasa Hotel, No. 8 & 9 Brinchangs Square, Brinchang, 39100 Cameron Highlands




2. Hotel Rossa Passadena.


Hotel kedua yang menarik perhatian aku iaitu Hotel Rossa Passadena. Amboi nama hotel, kemahen lagi yek. Dah ala-ala nama pelakon filipina jerk. Hehe. Mesti hotel ni menarik, se-menarik namanya. Jom siasat dulu apa-apa pun. hehe.

Ok, hotel ni ofkoslah terletak di Cameron Highlands. Tengok dari luarannya, memang agak gah hotel ni terutama pada waktu malam.


Melangkah kaki ke lobi hotel, dah terasa keistimewaannya. Dekorasinya tersusun kemas dengan hiasan yang tidak menyerabutkan pemandangan. Uiss serius pulak aku bercerita. Dah macam dalam rancangan tv. Haha. 

Ok, kat sini kaunter penerimaan tetamu memang dibuka 24jam ye. So, mudahlah nak berurusan. Lagi pula staf kat sini katanya sangat friendly dan memberi kerjasama yang baik semasa mereka menginap kat sini. Ada yang kata layanan bertaraf 5 bintang gittcewww!! Terbaikla camni!! Tumb up.!



Tengok gambar bilik ni pun dah rasa macam terpanggil-panggil je untuk kesana. Cadar pun ala-ala english. Aku suka! Ok, bilik kat sini menawarkan bilik-bilik yang berhawa dingin dan kesemua bilik dilengkapi dengan lantai berkarpet dan kemudahan lain. Pendek kata serba lengkap la kan. Siap ada bar mini dan peti keselamatan peribadi lagi. Huh, hebatnya! 

Tengok gambar kat bawah ni, kelengkapan lain yang ada. Comel jerk kan. Hehe. Bila aku siasat kat beberapa laman web tempahan ni, ramai yang respon bilik kat sini memang selesa, bersih dan besar. Lagi syok kata mereka sarapan kat sini memang sedap gila dan pelbagai pilihan. 


Ok, kat sini ada 2 restoran tau. Kalau rasa nak nikmati masakan cina, boleh ke Restoran Pines dan untuk masakan barat dan tempatan pula boleh terjah Restoran Ferns. Kalau rasa nak makan fast food, korang boleh je makan KFC yang ada berdekatan dengan hotel ni.

Boleh tapau makan kat hotel atau terus aku santap kat situ. hehe. Haa nak makan ikan bakar pun boleh, Restoran Nik Ikan Bakar dekat je kat situ. Cuma jalan kaki dari hotel. Memang dekat. Kalau ada yang terlupa nak bawak pencuci muka ke, berus gigi ke atau apa saja kelengkapan diri, guardians pun ada berdekatan dengan hotel ni.

Kalau bosan nak buat apa ye? Haa kalau bosan boleh je nak test suara kat bilik karaoke yang disediakan. Kot nak 'menyumbangkan' suara yang terlebih merdu tu kan. Hehe. Kat sini, korang boleh ke Cactus Valley dan Ladang Strawberry Big Red yang terletak 500 meter sahaja dari hotel ini. Nak balik jangan lupa beli cenderahati ye kat kedai cenderahati dalam hotel ni. Kenangan tu penting wey! Hehe.

Harga : RM 167/malam

Alamat : Hotel Rossa Passadena, No. 1 Bandar Baru Brinchang, 39100 Cameron Highlands, Pahang


3. Copthorne Hotel.


Copthorne Hotel ni pun salah satu tempat penginapan yang terbaik yang ada di Brinchang. Apa yang menariknya hotel ni berada tinggi di atas paras laut dengan iklim yang sejuk sepanjang tahun. Kalau menginap kat sini memang view sangat cantik sebabnya tempat ni dikelilingi oleh gunung-ganang dan lembah-lembah. 


Tengok gambar kat atas ni pun dah tahu betapa indahnya view kat sini. Kalau dari balkoni tu boleh menikmati pemandangan cantik gunung brinchang. Sangat mendamaikan pemandangan kat sini. Serius ada ketenangan kat situ. Kotla kita duk kat bandar yang agar berserabut, sekali sekala datang sini mesti dapat ketenangan. Hilang habis semua stress. Best gile. 




Copthorne Hotel ni juga lokasinya sangat strategik dekat dengan kedai-kedai dan Pasar KEA Farm. Apa yang lebih menarik, hotel ni berhampiran dengan Air Terjun Robinson, Taman Rama-Rama dan Ladang Teh. Tak de la bosan sangat kan. 

Boleh la melawat tempat menarik kat area hotel ni untuk penuhkan jadual percutian. Hehe. Owh ye, kalau nak shopping pun boleh tau sebabnya hotel ni dekat dengan bandar brinchang dan shopping mall. 




Tengok dari luar pun dah tahu hotel ni memang besar dan berkonsepkan tudor. Bila masuk saje ke lobi hotel juga terasa keluasannya dengan dekorasi yang kemas dan teratur tidak menyemakkan pemandangan. Staf disini katanya sangat mesra, ceria dan sporting. Sebab itu kot, hotel ni menjadi tumpuan ramai pengunjung ke Cameron Highlands ni. Lagi pula persekitaran kat sini sangat tenang dan selesa.


Ok, nak cite sal bilik lak. Bilik kat sini memang besar, selesa dan bersih. Kalau yang nak hanimun tu, boleh la cuba menginap kat sini. Memang selesa sangat. Kat sini bukan bilik je besar tau, balkoni pun besar. So, boleh la wefie secara berjemaah. Hehe. Kenangan kena abadikan bersama tau. Kalau tak rugi. 

Owh ya kat dalam bilik juga tersedia bar mini dan peti sejuk mini untuk kegunaan. Memang lengkap semuanya. Tak yah risau. Tapi kelengkapan diri kenalah bawak sendiri ye. Hotel tak sediakan. Haha.




Ok, dah tau keadaan bilik mesti nak tau tempat mengisi perut pulak kan. Makan tu perlu tau. Hehe. Salah satu sebab kenapa pengunjung akan kembali menginap di sesebuah hotel adalah disebabkan hidangan makanannya. Betul tak? Ce tanye diri sendiri. Hiks. 

Setelah aku siasat, ramai pengunjung disini yang berpuashati dengan hidangan makanan kat sini. Baik untuk sarapan mahupun makan tengahari. Kata mereka sangat sedap dan banyak pilihan. Lagi pula cafe nya sangat luas dan selesa. Cafe yang luas pun memain peranan yang penting tau kepada keselesaan pengunjung. 

Kalau dah ramai, tempat pulak sempit, mau patah balik makan kat luar lagi selesa. So, kalau menginap disini, tempat makan memang akan memberi keselesaan kepada anda. Cewahh, cam iklan tv. Haha.


Kemudahan lain?

Ada lagi tau. Kat sini ada kolam renang juga. Tetapi yang menariknya, kolam renangnya berada di dalam bukan di luar. Tak de la rasa malu sangatkan kalau ramai-ramai nak mandi manda. Mungkin ada yang segan nak turut serta bersama family mandi manda bila kolam kat luar kan. So, kat sini bolehlah mandi sampai beku. Hehe.



Selain kolam renang, kat sini korang juga boleh mencergaskan badan korang di pusat Gym yang disediakan. Leh la keluarkan peluh yang mana tak berapa nak keluar tu selama  ni. Bercuti pun kenalah jaga kesihatan kan.

So, selitlah aktiviti bersenam di gym yang disediakan pihak hotel. Untuk anak-anak pula, boleh isi masa bermain di taman permainan kanak-kanak diluar hotel. Sesambil kita lepak makan jajan, boleh la temankan anak-anak main playground yang ada di situ. Tak la bosan sangat si anak tu.

Oh ya, kalau rasa nak urut badan boleh la ke lounge sebab kat sana ada disediakan kerusi urut. Bolehla lelap seminit dua time kena urut dek kerusi tu kan. Tenangkan fikiran. Boleh ke? Haha. Kat sini parking free ye. Tumb up!!

Harga : RM 178/malam

Alamat :  Copthorne HotelKea Farm, Brinchang, 39100 Cameron Highlands, Pahang


4. Hotel Double Star



Satu lagi hotel yang menjadi pilihan aku adalah Hotel Double Star ni sebabnya hotel ni mesra muslim. Hotel ni juga terletak di Brinchang. Kalau nak ke Cactus Valley tu dekat sangat cuma kena memandu sejauh 1.6km sahaja. Kire dekat la tu kan. Haaa. Dengan jarak tersebut juga, korang boleh la singgah juga di Cameron Highlands Butterfly Farm dan Kok Lim Strawberry. Rugila kalau dah ke Cameron ni tapi tak pergi tengok rerama yang cantik dan petik sendiri strawberry yang nak dibeli. Syok woihh. Aku dah merasai pengalaman tu. Uisss memang rasa nak ripit balik kalau teringat. 


Aku dah survey hotel ni kat web tempahan, ramai yang suka bilik yang ditawarkan kat sini. Besar, bersih dan selesa. Bila dah selesa, baru seronok nak bercutikan. Silap-silap tak nak balik pulak. Haha. Bila tengok gambar kat atas ni, makin tak sabar rasanya nak ke sana. Bilik cantik gile kot. Dah rasa cam dok umah sendiri jerk. 


Oh ya, kalau menginap kat sini korang tak perlu risau andai kata korang hadapi apa-apa masalah berkenaan bilik ke apa ke. Kecuali masalah peribadi la ye. Haha. Kat sini Staf dorang sangat membantu dan sangat mesra pelanggan. Dorang memang sedia membantu bila-bila masa. Ini pun aku baca komen dari pengunjung sebelum ni. Sebab tu aku teruja nak menginap kat sini. Apartmentnya pun besar dan selesa. Lengkap serba serbi. Tudia.!!


Cantiknya kat belakang hotel ni. Bergambar memang cun kat sini. Ok, kat sini katanya sarapan simple je tapi sedap walaupun tak banyak pilihan tapi lengkap. Haaa macam mana tu. Katanya lagi menginap kat sini memang berbaloi-baloi dengan harga. 

Kalau rasa tak nak makan dekat hotel, boleh je cari kedai makan yang berdekat dengan hotel. Memang banyak kedai makan disekitarnya. 7-Eleven dan petrol pump pun dekat katanya. So, tak perlu nak pening-pening lagi dah. Stay sini, semuanya ada termasuk berdekatan dengan tempat menarik untuk dilawati. Perfecto!!!

Harga : RM 89/malam

Alamat : Hotel Double Star, No. B3 - 23, Brinchang Square Cameron Highlands, 39100 Cameron Highlands, Pahang


5. Kea Garden Guest house.


Nak merasa kelaian semasa bercuti, boleh try menginap kat Kea Garden Guest House ni. Penginapan dalam taman gitu. Tempat ni dah aku masukkan dalam list tempat penginapan aku bila ke Cameron Highlands akan datang. Serius teruja nak bermalam kat sini. 


Bila dah disebut penginapan dalam taman, haruslah tempat ni dikelilingi pokok bunga yang cantik-cantik. Perghhh tak pergi lagi dah rasa seronok dia weh. Dekorasi taman kat sini memang cantik gile dan sangat cantik untuk bergambar dan bersantai. Nak lepas anak-anak bermain dalam kawasan hotel ni pun rasa selamat jerk. Tapi kena perati jugak la kan, silap-silap gondol pokok bunga dipetiknya. Haha.




Banyak gila bunga dan pelbagai jenis. Ni kalau bawak mak aku datang sini mau dia mintak bawak balik bunga-bunga ni. Haha. Suasana taman dan persekitaran kat sini memang menenangkan dan udara kat sini nyaman dan segar jerk. Mana tak nya dikelilingi oleh pokok bunga kan. 


Tempat untuk bersantai bersama keluarga pun disediakan di sekitar taman ni. Bolehlah borak-borak sambil berselfie kan. Kalau datang sini tak sah kalau tak penuh memori telefon dengan gambar-gambar cantik kan. Wahh makin teruja pulak aku.



Apa istimewanya bilik kat sini adalah dekorasinya lain dari yang lain. Perabutnya diperbuat daripada kayu pallet. Memang nampak keunikan dia kat situ. Chalet kat sini cukup selesa dan bersih. Kalau korang booking bilik yang berhadapan dengan garden, memang korang akan dapat view yang cantik. Kat sini udara memang sejuk dan segar.


Haaa kot ada yang nak hanimun ke nak buat birthday party surprise ke, boleh la request untuk hias bilik. Mesti ianya akan  menjadi moment yang terindah dalam hidup orang yang kita sayang tu kan.


Ok, kat sini nak parking pun mudah. Kawasan dia luas dan selesa. Lokasinya sangat strategik dekat sangat kalau nak pegi Kea Farm cuma perlu jalan kaki je. Bolehlah beli apa-apa kat situ kan. Kalau rasa nak makan kat luar pun, di kawasan sekitar chalet ni memang banyak kedai makan dan restoran halal. Makanannya pun katanya sedap. So, bolehlah cuba kalau kesini nanti.



Ok, kalau rasa korang nak santai sambil berbarbeku pun boleh sebabnya ada tempat yang menyediakan tempat barbeku untuk korang guna. Lagi pun layanan staf kat sini memang baik dan mesra.

Itu paling penting kan. Kalau pergi bercuti kat mana-mana, kalau layanan staf pun lebih kurang, memang akan rasa sakit hati dan tak mungkin kembali lagi. Satu hari nanti pasti aku akan sampai jugak kat sini. Insyaallah.

Harga : RM 140/malam

Alamat :  Kea Garden Guest house, Kea Farm, 39100 Cameron Highlands, Pahang


6. Hotel Nova Highland.


Wow!! Tengok bangunannya pun dah mengagumkan. Nova Highlands Resort & Residence ni menawarkan suite-suite yang moden dan mewah tau. Ramai yang berpuashati menginap kat sini sebabnya sangat selesa tempatnya. Lokasi pun strategik dekat dengan tempat-tempat yang menarik. 

Apa yang menarik kat sini?

Haaaa kat sini korang boleh bershopping sebabnya kat bawah resort ni asa shopping mall korang boleh akses terus ke pusat membeli belah tersebut. Bagi korang yang memandu, kat situ terdapat ruang parking bertingkat disediakan. Bukan shopping mall aje yang ada tetapi kat bawah hotel ni terdapat taman tema mini dan kedai makan.


Ok, untuk suite kat sini dilengkapi dengan perabot moden dengan susun atur yang kemas dan selesa. Bilik kat sini pun besar.Setiap bilik ada balkoni tau. So bolehlah menikmati pemandangan indah kat luar sesambil rakam moment indah kat sana. Ruang tamu juga disediakan untuk lebih keselesaan semasa bercuti disana. 

Bukan tu aje, kot la nak jimat atau malas nak makan kat luar, boleh masak je kat dalam apartment tu sebab dapur kecik disediakan berserta ruang makan. Kalau datang ramai-ramai mesti seronok. Riuh rendah jadinya. Bergotong royong memasak. Seronok sangat weh!!




Sarapan pagi disediakan kat sini. Katanya sarapan kat sini memang sedap dan banyak pilihan. Servis kat sini pun sangat baik. Bila request pape cepat jerk bertindak. Itu yang kita mahukan!! Lagi pula staf kat sini friendly. 

Aktiviti yang korang boleh buat kat sini adalah berbasikal sambil meneroka kawasan resort. Ada perkhidmatan menyewa basikal yang disediakan kat sini. Kalau nak keluar berjalan, jangan lupa melawat Cameron Highlands Butterfly Farm dan Raju's Hill Strawberry ye. Dekat sangat je dengan tempat ni. 

Harga : RM 125/malam

Alamat : Nova Highland, The Square, Jalan Aranda Nova, Greencow, 39100 Cameron Highlands, Pahang


7. Hotel Parkland Apartment.


Kalau korang datang bercuti ke Cameron Highlands ni dengan keluarga yang besar, disyorkan korang lepak kat Parkland Apartment ni sebabnya tempat ni sesuai sangat untuk yang bekeluarga besar. Hotel ni terletak atas bukit tau dan 5,000 kaki di atas paras laut. Sebab tu tempat ni sejuk. Bilik tak de kipas pun, menten sejuk dia cam pakai aircond. Perghh syokk.


Masuk aje pintu masuk apartment ni, korang akan dilayan sehabis baik oleh staf mereka yang sangat friendly. Tu bukan aku cakap ye, tapi review dari pengunjung hotel ni. Bende ni kene siasat dulu sebelum pergi kan. Haha. Urusan daftar pun mudah. Tak de la cerewet macam sesetengah hotel tu. 


Kat sini memang pemandangan cantik sebabnya dia terletak atas bukit. Jadi, kalau duduk di balkoni bilik tu, memang dapat lihat view yang menakjubkan. View waktu malam pun cantik sangat. Meriah dengan cahaya. 


Lokasi hotel pun sangat strategik. Dekat dengan kemudahan asas serta tempat menarik yang boleh dilawati. Lagi pun ia terletak diantara pekan tanah rata dengan pekan brinchang. So banyak tempat menarik boleh dilawati contohnya ladang teh, ladang strawberry, Gurdwara Sahib Brinchang, Pekan Brinchang, Kuil Sam poh dan pelbagai lagi. Padang golf pun dekat kat sini tu sebab apartment ni jadi tumpuan kepada penggemar sukan golf dan juga pelancong.

Kat sini kalau nak cari makan pun senang sebabnya banyak kedai-kedai makan disekitar kawasan hotel ni. Bukan tu aje, pasaraya ada, bank ada, KFC ada, kedai runcit ada, stesen minyak ada lagi best pasar malam pun ada. Perghh boleh tapau makan kat bilik. Lagi syok. Hanya perlu jalan kaki jerk. Kat sini juga dilengkapi CCTV bagi memastikan keselamatan terjaga.


Parkland Apartment ni mempunyai 20 bilik yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Ramai yang review, menginap kat sini memang selesa sebab bilik dia besar dan bersih. Sangat sesuai untuk keluarga yang besar. Eh! Tadi dah habaq kan. Haha. Setiap apartment ada balkoni dimana korang bolehlah mencuci mata dengan view yang cantek sebab hotel ni dok atas bukit. hiks.




Bila nama lagi apartment, semestinya ada ruang tamu, ruang makan dan dapur. Selesa tak? Ofkos la selesa. Luas dan bersih. Kalau datang ramai-ramai tu, bolehla pakat-pakat masak sama-sama. Barula syok. Makanan pun dijamin bersih. Oh ya, kemudahan parking pun disediakan kat sini. Tempat letak kereta peribadi lagi. Tak payah pening-pening kepala dok pusing keliling carik parking.



Ok, kalau rasa nak santai-santai dekat luar hotel, boleh je ke taman buatan yang ada kat situ. Cantik juga tamannya. Boleh la lari sekejap dari masalah kan. Sambil santai sambil hilangkan stress. Kot nak bersenam kat situ pun boleh. Satu lagi, kemudahan BBQ pun ada kat sini. Request jerk dengan pihak hotel. Mereka sedia membantu. Cewahh!!

Harga : RM 150/malam

Alamat : Parkland Apartment, Lot 134, Brinchang, 39100 Cameron Highlands, Pahang

7 Hotel di Brinchang Cameron Highland. Murah & terbaik untuk bajet keluarga Reviewed by Travel and Home Enthusiast on April 08, 2020 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Tempat Menarik | Hotel | Umrah © 2017 - 2020

Borang Maklumat Hubungan

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.