6 Resort terbaik di Cameron Highland untuk percutian di tanah tinggi yang tenang lagi nyaman!
1. Casa Loma.
Casa Loma ni terkenal dengan tempat penginapan yang mempunyai landskap yang cantik disekelilingnya. Seolah-olah kita berada di dalam sebuah taman bunga yang indah. Serius tempat ni memang cantik dan sangat menarik.
Rasanya kalau aku datang menginap kat sini mesti tak nak balik. Aku suka suasana yang macam ni. Suasanya yang sangat tenang, nyaman dan sunyi. Kalau tengah stress tu boleh hilang stress datang kat sini. Sangat privasi tempat ni. Boleh rehatkan fikiran yang tengah serabut. Kalau korang yang tinggal di bandar dan ingin lari dari kesibukan bandar, bolehlah cuba berehat kat sini. Mesti korang akan merasai ketenangannya disini. Aku yang tak pergi lagi ni pun dah rasa tenang tengok gambar-gambar tempat ni. Dah pergi nanti sure tak nak balik. Haha.
Setiap sudut diperincikan dengan pokok bunga dan pokok hiasan yang cantik. Memberikan pemandangan yang segar di sini. Kalau nak bergambar pun rasa bersemangat je sebab banyak background cantik di sekeliling tempat ni. Bagi aku, suasana macam ni boleh menimbulkan rasa seperti berada di kampung halaman sendiri.
Bagi yang nak hanimun tu memang sesuai sangat menginap kat sini sebabnya kat sini tempatnya tenang dan lebih privasi tanpa gangguan tetapi kenalah pilih bilik yang lebih sesuai ye. Sebaiknya bilik di bahagian atas. Lebih privasi. Hehe.
Setibanya di lobi hotel, kita akan disambut dengan penyambut tetamu yang ramah dan sentiasa dengan senyuman. Kata mereka, pekerja kat sini sangat friendly dan membantu. Servis memang tip top. Rasanya setakat ni aku baca review, semua puji tentang pekerja di sini. Urusan check in pun cepat katanya. Bagus betul. 2 Thumbs up kepada pekerja di Casa Loma ni. Jom tengok bilik pulak.
Inilah suasana bilik kat Casa Loma ni. Suasana bilik memang cukup selesa dan bersih. Hiasan dalaman pun menarik. Itu membuatkan ianya menjadi lebih selesa untuk menginap di sini. Setiap bilik ada balkoni yang luas. Rata-rata pengunjung berpuas hati dengan balkoni bilik disini. Katanya sangat luas dan selesa. Dapat bergambar dalam banyak posisi berlatarbelakangkan view yang cantik terutamanya pada waktu malam.
Ok, kat sini juga disediakan kolam renang untuk bersantai bersama keluarga. Ada kolam renang barulah seronok terutamanya anak-anak. Mesti teruja nak mandi kolam. Kolam pun cantik, bersih dan memanjang. Sangat selesa.
Lokasi Casa Loma ni sangat strategik sebabnya berdekatan dengan pelbagai kemudahan disekitarnya. Kedai makan pun banyak dan tak jauh dari hotel ini. Paling menarik dekat dengan pasar malam. So, senang nak cari makan kalau bermalam disini. Casa Loma ini juga tidak jauh dari Pekan Tanah Rata. Kalau rasa nak mandi air terjun, korang hanya perlu drive sejauh 1.9 km sahaja untuk sampai ke Air Terjun Parit. Seronok juga kan. hehe. Oh ya, parking juga disediakan kat sini.
Harga : RM245/malam
Lokasi : Casa Loma, Bunglow Green Resort, 39000 Cameron Highlands, Pahang
2. Cameron Highlands Resort.
Wow!! Hanya itu terluah dari mulut aku saat tengok gambar resort ni. Bangunannya bercirikan colonial. Sangat menakjubkan dimana balkoninya mengadap padang golf menjadikan viewnya lebih menarik. Aku suka!
Dah dapat bayangkan andai menginap dekat sini, duduk saja di balkoni dah merasai ketenangan tempat ini. Semestinya ini adalah resort pergunungan yang sempurna berkonsepkan Colonial.
Ok, Cameron Highlands Resort ni terletak 1,500 meter dari paras laut dan disini merupakan menginapan yang sejuk menyamankan dikelilingi landskap yang cantik mengindahkan lagi suasana penginapan di sini sera mengadap panorama padang golf yang menghijau dengan subur.
Resort ini menawarkan pelbagai pilihan bilik dengan kemudahan yang cukup lengkap termasuk wifi dan parking percuma. Bilik disini berkonsepkan elegan berdindingkan putih bersih dilengkapi dengan perabut kayu berwarna lebih kontra menjadikan hiasannya tampak menarik. Lantai bilik pula dari material kayu yang digilap cantik menjadikan ia lebih menarik dan selesa.
Bilik kat sini memang selesa, bersih dan kemas. Diluarnya terdapat kolam ikan yang menarik yang mampu memberi ketenangan kepada pengunjung yang menginap disini. Wahh terasa keseronokannya.
Penginapan mewah disini pasti memberikan korang pengalaman yang berbeza. Aku sendiri pun amat teruja untuk menginap disini sekiranya berpeluang. Nampaklah perbezaannya bila menginap kat sini berbanding tempat lain. Yang pastinya segalanya nampak mewah dan elegant. Bertepatan dengan konsep colonial nye.
Dari review yang aku baca, ramai yang berpuas hati dengan sarapan disini termasuk makan malam. Makanannya banyak pilihan dan enak. Sangat berbaloi-baloi menginap kat sini katanya. Yelah, kita menginap kat mana-mana pun, selain bilik mesti kita nak makanan yang sedap barulah lebih bermakna sesebuah percutian itu. Betul tak?
Dikawasannya terdapat sungai air terjun yang cantik. Mungkin boleh bersantai bersama keluarga disini atau bersama pasangan. Resort ini juga lokasinya strategik berhampiran dengan tempat menarik untuk dilawati dan disekitarnya terdapat pelbagai kemudahan. Nak ke pasar malam pun dekat hanya berjalan kaki sahaja.
Selain itu, di resort ini juga menyediakan rawatan spa di Spa Village dan untuk membeli cenderamata bolehlah terjah Jim Thomson Boutique. Banyak cenderamata yang unik disini. Bukan itu saja, disini juga terdapat pusat kecergasan untuk kesihatan badan. Kalau rasa takde aktiviti nak buat, bolehlah ke gym di sini.
Kalau menginap kat sini mesti puashati kan. Segalanya lengkap. Suasana indah. Kakitangan pun peramah dan sangat membantu serta prihatin. Kat sini untuk daftar masuk dan keluar pun cepat je prosesnya. Tak perlu nak menunggu lama. Menginap dekat sini memang akan menjadikan percutian kita itu adalah percutian yang hebat.
Harga : RM638/malam
Lokasi : Cameron Highlands Resort, By The Golf Course, 39000 Cameron Highlands, Pahang
3. Century Pine.
Century Pines Resort terletak di Cameron Highlands dimana ianya berada pada 1500 meter dari paras laut. Suasana di resort ini sangat nyaman dan tenang dengan cuaca sejuk sesuai untuk rehat dan tenangkan minda.
Melangkah masuk ke resort ini, menjadikan kita teruja dengan hiasan dalamannya di lobi utama yang cukup mewah dan tersusun kemas. Disambut pula dengan penyambut tetamu dan kakitangan yang peramah membuatkan hati lagilah berbunga-bunga untuk menginap dekat sini. Serius, hiasan dalaman di lobi pun dah memberi tanggapan yang positif terhadap resort ini. Sangat cantik.
Bukan saja lobi yang cantik, dalam bilik pun sangat cantik dan menarik. Pendek kata, segala yang terhidang depan mata bila ke sini hanya yang indah-indah belaka. Cewahh. Tapi serius, memang indah pada pengamatan aku.
Bilik kat sini ofkoslah sangat selesa. Bukan aku yang cakap tetapi pengunjung sebelum ni yang bagi review sebegitu. Bukan setakat selesa tetapi bersih, kemas, cantik dan lengkap dengan segala kemudahan di dalamnya. Itulah yang membuatkannya lebih selesa. Berganda-ganda selesa kan. Oh ya, bilik air pun luas katanya.
Halaman di luarnya pun sangat best. Cantik tatariasnya menjadikan percutian disini lebih hebat. Bilik di resort ni mempunyai balkoni yang berlatarbelakangkan pemandangan yang cantik. Kalau nak nikmati view yang cantik, kenalah rajin-rajin duduk di balkoni. Pasti dapat merakamkan gambar yang lebih bermakna. Sangat sesuai untuk percutian keluarga ataupun hanimun.
Century Pines Resort ni menyediakan restoran yang sangat selesa buat pengunjungnya. Restorannya sangat besar dan bersih tersusun kemas. Nak makan pun lebih berselera kalau macam ni.
Boleh pilih sama ada nak makan di dalam atau diluar. Sekiranya makan diluar, bolehlah makan sambil menikmati pemandangan indah. Restoran disini menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa. Kata pengunjung disini, sarapan pagi diresort ini sangat sedap dan mereka berpuashati dengan masakan disini.
Nak nikmati snek ringan dan minuman yang menyegarkan pun boleh disini hanya perlu ke lounge lobi resort ini. Suasananya lebih mengujakan.
Lihat saja pemandangan kat sini. Memang cantik dengan pokok pines nye. Lain dari yang lain. Di sekitar resort ini, terdapat pelbagai kemudahan seperti hospital, balai polis, kedai makan, padang permainan, masjid dan lain-lain. Resort ini juga terletak di Tanah Rata berhadapan dengan padang permainan. Berdekatan juga dengan Pekan Tanah Rata. Nak cari tempat makan pun mudah je kat sini sebab banyak kedai makan di sekitarnya.
Ok, kalau menginap kat sini kemudahan yang disediakan adalah seperti gym, spa dan kolam renang. Kat sini juga disediakan perkhidmatan dobi dan cucian kering. so, Tak payah dah nak cari dobi kat luar. Mendobi je la kat resort ni. Mudah. Parking kereta peribadi juga disediakan dan luas. Haa dobi tu dekat dengan parking kereta katanya. Oh ya, kedai cenderamata juga ada di sini. Bukan itu saja, resort ini juga berdekatan dengan tempat menarik untuk dilawati.
Harga : RM319/malam
Lokasi : Century Pines Resort, Lot 42, Jalan Masjid, 39000 Cameron Highlands, Pahang
4. The Lakehouse.
Bila tengok bangunan dan sekelilingnya, seolah-olah berada di negara eropah. Itulah The Lakehouse. Sebuah penginapan desa yang berkonsepkan warisan English yang sangat mengagumkan rekabentuknya dan hiasannya juga.
Kadang-kadang terfikir, buat apa nak berangan pergi ke luar negara semata-mata untuk menikmati suasana seperti di Lakehouse ni. Kat Malaysia pun kita dapat merasai suasana tersebut hanya di Lakehouse ni. So, jom spend duit untuk bercuti ke sini. Pasti seronok kan.
Lakehouse ni terletak diatas sebuah bukit di Cameron Highland dimana ia berada 1 km di atas permukaan laut dan mengadap ke Tasik Sultan Abu Bakar menjadikan tempat ini lebih menarik dan hebat.
Dengan landskap yang menarik membuatkan tempat ini menjadi tempat tumpuan pelancong untuk menginap dekat sini. Kawasannya lebih privasi dan nyaman suasananya sangat sesuai untuk sebuah percutian yang ingin mencari ketenangan jauh dari kesibukan bandar. Suasana disini lebih santai dan selesa.
Kat sini memang banyak view yang cantik untuk dirakamkan sebagai kenangan. Rugi datang kesini tak merakam segala apa yang ada disini. Terlalu indah untuk dijadikan memori percutian.
The Lakehouse menawarkan pelbagai jenis bilik yang sangat selesa, bersih, kemas dan menarik. Hiasan dalaman juga sangat berseni menampilkan perabut antik yang menjadikan bilik disini lebih unik. Keluasan biliknya juga sangat puashati. Siap ada chimney untuk bakar kayu api & panaskan rumah. Memang klasik!
Lihat gambar biliknya saja dah buat aku teruja untuk ke sini. Memang ala-ala english lama konsepnya. Kalau datang kesini bolehlah aku fefiling berada di luar negara kan. Hehe. Setiap bilik juga dilengkapi dengan kemudahan yang cukup lengkap. Kakitangan di sini juga peramah dan sangat membantu dikala diperlukan.
Ok, restoran kat sini menyajikan makanan tempatan dan antarabangsa juga termasuk pilihan untuk mereka yang vegetarian. Ramai yang bagi feedback tentang sarapan kat sini sangat sedap dan enak dengan pelbagai pilihan. Bukan sarapan sahaja malah makan malam juga sedap katanya. Kat sini kalau nak request untuk surprise party pun boleh. Contohnya nak sambut birthday, boleh request terus kepada pihak hotel untuk sediakannya.
Nak nikmati snek ringan dan minuman teh inggeris juga boleh pada waktu petang. Di The Lakeview Terrace menyediakan hidangan ini. Sangat sedap.
Lokasi The Lakehouse ini juga strategik kerana berhampiran dengan segala macam kemudahan disekitarnya. Kalau nak ke pekan Tanah Rata hanya berjarak 9 km sahaja dari resort ini. Katanya, perkhidmatan disini bukan sahaja setakat di resort sahaja malah hingga ke lapangan terbang lagi mereka memberi perkhidmatannya. Sangat superb bagus.
Harga : RM683/malam
Lokasi : The Lakehouse, 30th Mile Ringlet, 39200 Ringlet, Cameron Highlands, Pahang
5. Strawberry Park Resort.
Aku pernah menginap di Strawberry Park Resort ni masa bujang dulu dengan kengkawan. Serius best gila menginap kat sini. Suasana kat sini memang sangat menenangkan dan privasi. Sesuai sangat kalau nak tenangkan fikiran yang tengah stress. Lari dari kesibukan kota. Melupakan beban tugas di pejabat. Hehe
Strawberry Park Resort ni terletak di dalam kawasan hutan tropika yang subur dan banjaran gunung memberikan suasana yang nyaman dan sejuk. Memang sangat sejuk suasana kat sini. Dalam bilik memang takde aircond ye. Rasa sejuk tu memang 100% dari cuaca di luar. Seperti memang aircond kesejukkannya itu. Sampaikan kami terpaksa memakai baju sejuk dek kerana tak tahan rasa sejuk kat sini. Itu masa aku pergi dulu la. Cuaca sekarang ni aku tak pasti la kan.
Resort ni memang besar dan selesa. Tempat ni memang bagus dan bersih. Hiasan dalaman pun klasik sangat menjadikan ia lebih unik. Masuk ke lobi utama membuatkan aku terpegun dengan hiasan dalamannya. Nampak konsepnya lama namun dijaga dengan rapi dan bersih menjadikan ianya klasik.
Ok, bilik kat sini ada dalam pelbagai pilihan. Ada untuk family dan ada juga untuk pasangan. Macam aku dulu, aku ambil untuk suite keluarga sebab datang beramai-ramai kan. Serius biliknya sangat besar dan selesa. Dah macam rumah sendiri pulak besarnya. Katil pun sangat selesa.
Biliknya ofkos bersih. Masa menginap tu, ada tertampal notis, tilam dan katil tidak boleh dialihkan. Ada satu malam tu kitorang nak lepak depan tv dengan lebih selesa, dok pakat angkat tilam letak depan tv. Haha. Tapi, pagi-pagi kitorang kemas la balik. Baikkan kitorang. Ngeeeee!!
Suite kat sini memang mewah dan dilengkapi dengan balkoni serta tempat letak kereta percuma. Bilik air pun besar dan bersih. Oh ya, view kat sini cantik sangat tau terutama pada waktu pagi dan lewat petang yang boleh dilihat dari balkoni bilik. Wifi kat sini pun pantasssss cargasssss!!
Kat sini sarapan pagi dia memang ohsem sedap. Masih ingat nama restorannya Brasserie 85. Kalau nak makan masakan thai boleh ke restoran strawberry court thai manakala makanan laut yang segar dan daging salai dalam suasana menjamu selesa secara terbuka dan kasual bolehlah ke The Garden Terrace. Memang banyak gile pilihan makanan kat sini. Makanannya juga sangat puashati. Aku rasa nak kembali bercuti di sini satu hari nanti.
Kat sini juga dekat dengan tempat menarik yang boleh dilawati. Banyak juga la tempat yang aku lawati dulu seperti taman rama-rama, pasar malam pun dekat, ladang teh, ladang strawberry dan banyak lagi la. Seronok sangat. Menginap kat sini harga pun berpatutan tau.
Harga : RM225/malam
Lokasi : Strawberry Park Resort, Lot 195 & 196, 39000 Tanah Rata, Cameron Highland, Pahang
6. The Smokehouse.
Satu lagi tempat penginapan bangunannya berkonsepkan colonial iaitu The Smokehouse. Banyak jugak ye hotel kat Cameron Highlands bangunannya begini ye. Cantik! The Smokehouse ini terletak di antara pekan Tanah Rata dan Brinchang. So, lokasinya sangat strategik berhampiran dengan tempat-tempat menarik yang ada disitu yang boleh dilawati.
The Smokehouse menawarkan penginapan rumah ala-ala english dengan pemandangan taman yang indah. Kat sini memang banyak sangat pokok bunga dan pokok hiasan ditaman di sini sebagai pelengkap landskapnya. Persekitaran hotel memang santai dan tenang dengan view taman yang cantik. Akan terasa ketenangannya dengan pemandangan yang menghijau. Boleh nampakkan pelangi di tanah tinggi dalam gambar di bawah.
Kawasan hotel dijaga dengan rapi dan sangat bersih. Sekali pandang seperti berada di kampung dengan suasana taman disekelilingnya. Cumanya bangunannya saja bercirikan english memberi kelainan disitu.
Bilik kat sini menawarkan pelbagai jenis dengan gabungan perabut kontemporasi dan tradisional. Itu yang membuatkannya unik. Sekali pandang nampak macam lama dan usang tetapi ianya mendapat mencipta suasana yang sangat hebat dalam sesebuah percutian. Bukan senang nak dapat rasai suasana sebegini lagi sekarang ni. Gabungan yang mantap yang mampu menghidupkan suasana percutian.
Kat sini juga dilengkapi dengan ruang tempat duduk yang luas memberi keselesaan yang maximum kepada pengunjungnya. bolehlah bersantai bersama keluarga sekiranya datang bersama keluarga ye. Anak-anak pun pasti seronok bila ada ruang yang luas untuk mereka bermain berkejaran. Cuma perlu berhati-hati dengan hiasan yang ada disini.
Sarapan kat sini juga katanya terbaik sedapnya. Pelbagai pilihan yang ada. Lagi pula dengan stafnya yang peramah dan sangat membantu membuatkannya lebih selesa. Ruang makan pun cantik dan selesa. Oh ya, satu lagi yang menarik bila aku baca review pengunjung sebelum ni adalah, bila nak check out keluar tu dorang akan bekalkan kita dengan sandwich. Wahh bagus betul servis kat sini ye.
Harga : RM 440/malam
Lokasi : The Smokehouse Hotel & Restaurant, By The Golf Course, 39000 Cameron Highlands, Pahang
Tamat sudah artikel kali ini. Terima kasih kerana baca sampai habis ya. Jemput baca lagi artikel penginapan di Cameron Highland yang kami sediakan untuk anda. Sayang anda semua.
Jumpa lagi, Assalamualaikum Wrmbth.