Cantiknya pemandangan pantai di Port Dickson! Tapi, mana satu hotel di Teluk Kemang ya?Tak perlu pening kepala, kami dah senaraikan hotel terbaik yang ada di Pantai Teluk Kemang. Teruskan membaca sampai habis.
Antara artikel menarik lain dalam siri ini ialah
4 Hotel di Teluk Kemang dengan pemandangan tepi laut tercantik!
1. Akar Beach Resort
Nak penginapan tepi pantai, boleh menginap di Akar Beach Resort yang menawarkan penginapan yang selesa dan menyenangkan di Teluk Kemang dimana hanya 15km sahaja dari Port Dickson. Disekitarnya, korang boleh melawat Ladang Burung Unta yang berjarak 1.3km sahaja dari resort ini.
Penginapan tepi pantai ini menyediakan bilik-bilik yang selesa dan luas dihiasi dengan warna putih dan hijau. Beberapa unit mempunyai balkoni peribadi. Leh la santai-santai dekat balkoni tengok pemandangan.
Nak makan dekat resort pun boleh, nak makan kat luar pun boleh sebabnya terdapat banyak kedai makan disekitarnya yang korang boleh cuba. Kalau rasa bosan, boleh menelusuri pantai kat situ sebab resort ni betul-betu tepi pantai. Memang best,.

Lokasi : Akar Beach Resort, Batu 9, Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Harga : RM 153/malam
2. Ocean View Resort, Teluk Kemang
Kalau nak bercuti seperti berada di rumah, boleh cuba menginap di Ocean View Resort, Teluk Kemang ni. Apartment dia memang suasana cam dalam rumah kita. Baru rasa cam berada di rumah sendiri kan.
Ocean View Resort, Teluk Kemang terletak 600 meter sahaja dari Pantai Sri Purnama dan 1.8km dari Pantai Cermin. Kalau nak ke Blue Lagoon, korang kene merentasi 2km perjalanan.
Kat sini ada kolam renang jugak. Besar dan cantik. Kalau datang dengan family yang berkala besar, boleh book family room. Boleh duduk ramai-ramai kan. Lagi seronok. Setiap bilik ada balkoni sendiri. Memalam leh la tengok pemandangan dari balkoni.
Kalau dah macam rumah sendiri, harus ada dapur. Bolehlah masak sendiri kalau malas nak keluar cari makan. Aktiviti yang boleh dilakukan kat sini, korang boleh bermain tennis. Kot kebosanan tak tahu nak buat apa. Leh la buat aktiviti luar dengan berlawan tennis bersama ahli keluarga.

Lokasi : Ocean View Resort, Teluk Kemang, Jalan Pantai, Batu 9, Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
Harga : RM336/malam
Hotel Port Dickson tepi pantai murah.
3. Ancasa Residences Port Dickson
Di Ancasa Residences Port Dickson ini bilik yang disediakan sangat luas dan selesa. Ramai yang respon biliknya terjaga kebersihannya. Kalau dah respon camtu, barulah seronok nak bercuti kat sini kan. Kebersihan kena main peranan dalam pemilihan tempat menginap ni. Tak bersih dan tak selesa mana maunya ye dak? Suite kat sini serba lengkap dengan bahagian dalaman yang luas serta dilengkapi perabut asia yang moden. Setiap bilik ada balkoni sendiri tau. So, leh lepak-lepak sambil selfie. Hehe.
Kat sini juga mempunyai kolam renang kat luar. Besar dan bersih. Ada bahagian kanak-kanak dan dewasa. Bukan tu aje tau, ada lagi yang best kat sini. Apa dia? Haa kat sini korang boleh buat aktiviti air seperti snorkeling dan berkayak. Best gile! Nak pegi gym pun boleh dan belah malam bolehlah berkaraoke di Restoran BabaReeba. Kalau rasa tak nak karaoke tapi nak makan stimboat, leh ke Restoran Steamboat Express. Bercuti sambil makan-makan gitu!

Lokasi : Ancasa Residences Port Dickson, No.8 1/2 Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Harga : RM180/malam
Hotel best di Port Dickson.
4. Thistle Port Dickson
Hotel ni agak besar. Namun, ratenya tak de la tinggi sangat. Thistle Port Dickson menghadap Selat Melaka dan dikelilingi oleh taman-taman berlandskap yang cantik. Hotel ini menawarkan penginapan yang menenangkan di bilik-bilik dan suite-suite yang berkonsepkan moden. Terdapat 5 pilihan untuk menjamu selera.
Kat sini biliknya memang cantik dan selesa. Terdapat beberapa unit yang mempunyai balkoni sendiri dengan pemandangan taman, kolam renang dan padang golf. Oh ya, kolam renang kat sini serius besar. Memang besar. Rasanya kalau dari hujung disini nak kehujung sana, sempat la lemas dulu. Haha. Tu gambaran besar dia. Hehe.
Kat sini juga bilik airnya dilengkapi dengan tab mandi untuk beberapa unit bilik. Orite, aktiviti yang korang boleh buat kat sini seperti boleh ke gym, bermain golf acah-acah orang kaya ataupun boleh sewa basikal untuk meneroka kawasan sekitar. Meneroka ye. Ayat tak nak kalah. Haha. Kalau nak main sukan air pun boleh tapi kena atur kat kaunter pertanyaan.
Selain itu, kat sini juga tersedia perkhidmatan spa, dobu, kelab kanak-kanak dan lain-lain lagi. Makanan pun best katanya.
Lokasi : Thistle Port Dickson, KM16, Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Harga : RM249/malam