6 Resort di Port Dickson Negeri Sembilan. Murah & terbaik untuk bajet anda.

Resort di Port Dickson
Banyaknya resort di Port Dickson! Tapi, mana satu yang paling bagus ya?
Tak perlu pening kepala, kami dah senaraikan resort terbaik yang ada di Pantai Port Dickson. Teruskan membaca sampai habis.

Antara artikel menarik lain dalam siri ini ialah



6 Resort di Port Dickson dengan view laut tercantik.

1. Avillion Admiral Cove

Avillion Admiral Cove

Omaigot! Cantik gile pemandangan. Serius teruja nak menginap kat sini. Leh tengok kapal-kapal. Huhu kalau bukan hotel tapi rumah aku kan best. Hehe. 

Orite, Avillion Admiral Cove ini merupakan tempat penginapan berkonsepkan kontemporari yang menghadap ke Selat Melaka dimana ia adalah sebuah resort yang sangat menenangkan di perairan Port Dickson. Terletak 3.7km dari Muzium Tentera Port Dickson dan 5.8km di PD Ostrich Show Farm. Bagi yang memerlukan perkhidmatan penerbangan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hanya terletak 52.2km dari resort ini.

Apa yang best kat sini? Haaaa nak mandi kolam, kolam tersedia. Nak menikmati pemandangan marin pun boleh, berdiri jerk la kat balkoni bilik. Bersinar-sinar mata dapat tengok pemandangan mengadap selat melaka tu. Tengok kapal-kapal. Perghhh indah gile. Selfie jangan lupa ya. Hehe. Kat sini juga ada menyediakan pusat gym dan gelanggang tennis. Kot la bosan tataw dah nak buat ape, boleh la main tennis atau keluarkan peluh di gym. 

Katanya makanan kat sini pun sedap. So, kalau kesini boleh la try masakan tempatan dan antarabangsa yang disajikan di sini. 

Lokasi : Avillion Admiral Cove, 5 1/2 Mile, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Harga : RM350/malam


2. Perdana Condo Resort in Port Dickson

Perdana Condo Resort in Port Dickson

Perdana Condo Resort in Port Dickson ini pulak kawasan dia best sebabnya dekat dengan pelbagai jenis kedai. Kot la korang ni jenis yang suka berjalan-jalan atau nak cari makan ke kan, jangan risau sebab dekat kawasan resort ni banyak kedai.

Resort ni terletak berhampiran dengan Pantai Cahaya Negeri dan Pantai Saujana. Nak pergi tu kena naik kete gak la tapi lebih kurang 1 km - 2 km gitu jarak dia. Kalau dah tak de aktiviti sangat kat resort tu, bolehlah lepak pantai sambil layan anak-anak mandi manda. Nak join sekali pun boleh. Haha.

Kalau rasa tak nak lepak pantai, korang masih boleh bermandi manda kat kolam resort ni. Kolam yang disediakan pun cantik dan bersih. Siap ada gelongsor air lagi untuk bebudak. Mesti seronok  gile diorang. Kat sini juga katanya ada tasik buatan. Wah menarik tu.

Lokasi : Perdana Condo Resort in Port Dickson, KM 11, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Harga : RM


3. PNB Ilham Resort

PNB Ilham Resort

Satu lagi resort yang korang boleh singgah kalau ke Port Dickson iaitu PNB Ilham Resort. Tepi pantai uolss. Pemandangan memang superb cantik kat sini. Serius!! Resort ni terletak di nadi Pantai Blue Lagoon. Kalau nak ke Teluk Kemang pun dekat je, hanya 5 minit aje pemanduan dari resort. Kot ada yang nak ke Cape Rachado Light House pun boleh. 5 minit je jalan kakinya. Tak jauh.

Kat sini pun ada kolam renang ye. Kalau nak menikmati pemandangan laut biru, boleh la berjalan kaki di sekeliling resort ni. Boleh la selfie sesambil menikmati angin sepoi sepoi bahasa gitu. Haha! Kalau tak ada aktiviti lain nak dibuat, boleh ke gym atau bermain sukan seperti pingpong, skuasy atau aktiviti air kat Pantai Blue Lagoon. Pasti seronok terutama yang bawak anak-anak.

Jenis penginapan pun banyak. So korang boleh pilih yang bersesuaian dengan korang. Katanya bilik kat sini selesa gila dan bersih siap dengan kelengkapan yang mencukupi. 

    Lokasi : PNB Ilham Resort, Batu 10, Tanjung Biru, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

    Harga : RM227/malam


    Resort Port Dickson tepi pantai.

    4. Corus Paradise Resort Port Dickson

    Corus Paradise Resort Port Dickson

    Nak resort tepi pantai lagi? Haaa boleh cuba menginap kat Corus Paradise Resort Port Dickson ni. Cantik gile weii pemandangan kat sini. Eh, aku pulak rasa teringin nak menginap kat sini. Kalau ambil bilik yang mengadap ke laut, memang puas hati sangat. Boleh tengok pemandangan lagoon yang cantik. Kapal pun ada lepak kat lagoon tu.

    Kat sini juga disediakan kolam renang. Rasanya tak lengkap sebuah percutian tu kalau tak mandi kolam kan. Haha. Biasa anak-anak la yang terlebih  teruja. Silap haribulan tak nak naik terus ke bilik. Nak mandi sampai malam. Huhu. Kolam renang kat sini ada gelongsor air juga tau.

    Bilik kat resort ni berkonsepkan moden dan menerapkan warna yang natural bagi menimbulkan mood menenangkan. Bila bercuti ni mesti nak tenang kan. Sesuai la tu, warna bilik pun dah boleh menenangkan. Satu lagi yang best kat sini, ramai yang puji dengan masakannya yang sedap dan pelbagai pilihan. So, apa lagi jom bercuti di Corus Paradise Resort Port Dickson ni.

    Lokasi : Corus Paradise Resort Port Dickson, Jalan Pantai, Taman Haji Zainal, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

    Harga : RM231/malam


    5. The Regency Tanjung Tuan Beach Resort

    The Regency Tanjung Tuan Beach Resort

    Apa yang bestnya dengan The Regency Tanjung Tuan Beach Resort ni? Haaa kat sini resortnya terus bersambung dengan pantai. Kawasan pantai persendirian. Korang yang nak berkelah tepi pantai, boleh turun dari apartmen terus ke Pantai Cahaya Negeri. Ni baru betul bercuti. Hehe. Kat sini juga disediakan kolam renang peribadi dan tempat menginap dia pun mengadap terus ke laut. Siap boleh tengok matahari terbenan lagi melalui balkoni bilik.

    Kat sini ada restoran. So, nak lepak santai kat restoran pun boleh sambil menikmati keindahan pantai ciptaan tuhan. Cewah.

    Lokasi : The Regency Tanjung Tuan Beach Resort, 5th mile, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

    Harga : RM441/malam



    6. The Grand Beach Resort Port Dickson

    The grand beach house Port Dickson

    Nak hotel bajet lagi? Haa kali ni nak syorkan kat korang The Grand Beach Resort Post Dickson. Resort uolls. Nampak mewah tapi harganya tak de la potong leher. Bagus tau. Kat sini berhampiran dengan pantai yang menjanjikan penginapan yang tenang dan selesa. Cewaahh. Jangan tak tahu, resort ini adalah resort bebas rokok ye!! Hehe.

    Mempunyai kolam renang kat luar untuk santai bersama keluarga. Kot nak bersukan boleh cuba sukan tennis yang disediakan.

    Bilik kat sini berlantaikan permaidani menjadikan ia lebih selesa. Aku suka kalau tempat menginap yang lantainya berpermaidani. Tak de la rasa sejuk sangat kalau pasang aircond tu. hehe. Nak pijak pun selesa je. Kat sini menyediakan masakan tempatan dan asia. Kalau ada yang nak buat barbeku, boleh mintak kemudahannya ye. 
      Lokasi : The Grand Beach Resort Port Dickson, 5th mile, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

      Harga : RM


      Post a Comment

      Previous Post Next Post