10 Hotel di Port Dickson Negeri Sembilan. Murah & terbaik untuk bajet keluarga


Lama betul tak bercuti ke Port Dickson. Rasanya last pergi berbelas tahun yang lepas. Teringin rasanya nak bercuti di sana lagi. Untuk next percutian, pastinya Port Dickson menjadi pilihan. Tapi, hotel apa yang best kat sana ye? Mesti dah semakin banyak hotel yang terbaik di Port Dickson sekarang ni kan. So, jom kita selongkar hotel terbaik di Port Dickson.

Antara artikel menarik lain dalam siri ini ialah


Senarai 10 hotel di Port Dickson untuk percutian tepi pantai yang indah!


Hotel terbaik di Port Dickson.

1. Lexis Hibiscus Port Dickson

Lexis Hibiscus Port Dickson

Uis tengok gambar saja pun dah rasa teruja untuk bercuti di Lexis Hibiscus Port Dickson ini yang terletak di Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Kalau menginap kat sini bolehlah fefiling kehidupan orang kaya kan. Mane taknya serba serbi mewah kat sini. Kalau tengok reka bentuk hotel ni pun dah rasa teruja sangat. Bertaraf antarabangsa tau hotel ni. Apa yang best kat sini?

Haa kat sini pemandangannya memang serius cantik gile terutama kalau dapat bilik mengadap ke arah laut. View memang superb cantik weh! Selain biliknya yang bersih, selesa, luas dan hiasan dalamannya yang menarik, ramai jugak yang respon tentang sarapan yang disediakan memang puashati sedapnya. Penting jugak kalau p bercuti ni, tengok pada makanannya. Hotel dah besar, kalau makanan tak sedap memang tak akan kembali la ke sini. Betul tak? So, bagi korang yang nak bercuti kat sini, sangat disyorkan untuk ambil sarapan dan makan malam sekali masa booking tu. Barulah percutian betul-betul bermakna gittchewww!!

Satu lagi yang aku respek sangat dengan hotel ni adalah mereka menyediakan kolam renang peribadi weh. Bukan senang nak jumpa hotel yang sediakan kolam renang peribadi ni. Kat sini ada ye. Ini bagus untuk privasi terutama korang yang berhijab cam aku ni. hiks. Paling penting kalau menginap kat mana-mana sahaja adalah mendapat layanan baik daripada pekerja-pekerjanya. Haaa jangan risau, kat sini memang kakitangan mereka friendly gile dan sangat membantu kot ada apa-apa yang kite perlukan bantuan. Mesti korang nak tau harga biliknya kan. Moh le check sekarang jugak.
Lokasi : 12th Mile, Jalan Pantai, Pasir Panjang, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan

Harga : RM704/malam


2. Grand Lexis Port Dickson.

Grand Lexis Port Dickson

Nak rasa cam dok kat bali, bolehlah cuba menginap kat Grand Lexis Port Dickson ni ye. Tempat ni memang berkonsepkan bali. Menginap kat sini memang dan macam berada kat bali dah. Hah gittchew!! Penginapan kat sini agak mewah sebabnya dilengkapi dengan kemudahan yang bertaraf antarabangsa dan dikelilingi dengan tropical bliss. Kot la sesekali nak fefiling orang 'ada-ada' boleh la datang sini menenangkan fikiran lari dari kesibukan harian.

Selain tempat yang strategik, Grand Lexis ni menawarkan villa-villa yang berkonsepkan elegen dengan dilengkapi kolam renang peribadi. Tak semua tempat menginap ada kolam renang peribadi tau. Itu yang istimewanya kat sini. Lagi best tempat ni dikelilingi oleh taman-taman berlandskap dengan pelbagai aktiviti rekreasi. Nak makan pun senang. Ada 4 pilihan tempat makan kat sini. Pilih aje nak makan kat mana. Semua tersedia. Kot la tak cukup rehat kat bilik nak ke spa pulak relaxkan badan, pun boleh. Mereka menyediakan perkhidmatan spa. Sambil bercuti sambil mencantikkan diri. Hehe.

Lokasi : Grand Lexis Port Dickson, Batu 2, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Harga : RM410/malam



Hotel Port Dickson tepi pantai

3. Avillion Port Dickson

Avillion Port Dickson

Bestnya kalau berpeluang bercuti di Avilion Port Dickson ni. Tak salahkan berangan dulu. Mana tau satu hari impian menjadi satu kenyataan. Hiks. Melihatkan chalet yang berada di atas air membuatkan aku lebih teruja untuk bercuti kat sini. Bagi aku kat sini pemandangannya sangat luar biasa dan mungkin akan memberi pengalaman yang tak mungkin aku lupakan jika ke sini.

Apa yang bestnya, Avillion Port Dickson ini mengadap Selat Melaka tau. Sebab tu la pemandangan kat sini sangat cantik. Kat sini menawarkan chalet mewah yang direka seperti kampung nelayan melayu tradisional. Itu yang aku suka!! Sungguhpun begitu, kat sini masih lagi disediakan kolam renang luaran yang besar dan bersih. Kolam dia pun cantik sangat terutamanya pemandangan pada waktu malam. Waaa, berangan dok tepi kolam sambil bergambar. Perghh cantik sangat!!

Bukan tu aje tau, kat sini juga ada disediakan spa, kelab kanak-kanak, ladang haiwan peliharaan, aviari burung eksotik dan ladang rempah. Banyak tu aktiviti yang boleh kita lakukan kalau menginap disini. Serius berbaloi. Bilik pun tak la mahal sangat. Sila masuk list ya. Hehe.
Lokasi : Avillion Port Dickson, 3rd mile, Jalan Pantai, Taman Dato' Haji Abdul Samad, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan.

Harga : RM 256/malam

Hotel di Port Dickson tepi pantai

4. Tasik Villa International Resort

Tasik Villa International Resort

Tasik Villa International Resort ini dibina dalam taman peribadi dan hanya 8 meter sahaja dari Muzium Lukut. Dekat sangat tu. Bilik kat sini berkonsepkan kontemporasi dan susun aturnya sangat kemas.

Kat sini serba lengkap. Nak mandi kolam, kolam renang luaran ada. Nak menjamu selera, restoran pun ada. Nak senaman, boleh terus ke gym yang disediakan. Nak bersauna, sauna jugak disediakan siap ada perkhidmatan urutan lagi. Bercuti sambil bersantai gitu.

Lokasi : Tasik Villa International Resort, Jalan Tasik Villa, Pusat Pelancongan Antarabangsa, Kota Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

Harga : RM335/malam


5. Bayu Beach Resort Port Dickson

Bayu beach resort Port Dickson

Aku sendiri pernah menginap disini time bujang dulu bersama kawan-kawan. Bayu Beach Resort Port Dickson ni terletak berhampiran dengan Muzium Tentera Port Dickson. Kalau nak ke Admiral Cove Marina pun dekat sahaja, cuma memakan masa 3 minit pemanduan. Selain itu, korang juga boleh ke Port Dickson Ostrich Farm dengan pemanduan 9 minit dari tempat mengindap dan KLIA cuma 55 minit sahaja. Lokasi memang strategik.

Kat sini mempunyai 218 bilik yang selesa dan bersih. Bilik dia memang besar. Aku suka. Nak mandi manda, kolam renang pun disediakan, jangan risau. Untuk kemudahan lain, korang boleh bersenam di gym. 
Lokasi : Bayu Beach Resort Port Dickson, 4 1/2 miles, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Harga : RM155/malam


Hotel menarik di Port Dickson

6. D' Wharf Hotel & Serviced Residence

D' Wharf Hotel & Serviced Residence

Satu lagi hotel yang mempunyai view yang superb cantik. Terletak di sepanjang pantai persendirian Port Dickson. D' Wharf Hotel & Serviced Residence ini berjarak 160 meter dari PD Waterfront City, manakala Terminal Feri Port Dickson berada sejauh 1.6km. Regina Mall Port Dickson terletak 550 meter dari D'Wharf Hotel & Serviced Residence menjadikan hotel ini sangat strategik.

Haiss tengok pada gayanye, rasa nak masukkan juga hotel ni dalam list tempat menginap untuk coming soon. Haha. Teruja sangat. Cantik!

Kat luar hotel tersedia kolam renang yang luas untuk ruangan dewasa dan kanak-kanak. Bilik memang best katanya sebab luas, selesa dan bersih serta mempunyai balkoni peribadi yang mengadap ke pantai dan juga bandar. Kalau nak tenang, sila pilih view pantai ye. Hehe.

Kalau korang rasa bosan dok bilik, bolehla request untuk buat aktiviti berbasikal kat kawasan hotel ni. Gerenti seronok. Gym pun ada untuk isi masa. Buat anak-anak, taman permainan untuk mereka juga disediakan. Haa kalau waktu malam korang boleh cuba makanan dari food truck yang ada berhampiran dengan hotel ni. 

Lokasi : D' Wharf Hotel & Serviced Residence,  Persiaran Waterfront PD Waterfront, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Harga : RM187/malam


Hotel yang best di Port Dickson

7. Paradise Spa Hotel

Paradise spa hotel Port Dickson

Kat sini menjanjikan penginapan yang selesa ala-ala spa gitu. Paradise Spa Hotel ini berjarak 5.2km dari Port Dickson, 4.8km dari Jeti Port Dickson, 5.4km dari Pasaraya Billion dan 40km dari KLIA. Kalau nak bercuti dan mencari ketenangan, inilah tempatnya yang patut korang kunjungi.

Bilik yang ditawarkan memang selesa dan bersih. Apa yang menarik lagi, kolam renangnya di atas bangunan bukan di luar. Sesambil mandi manda boleh menikmati pemandangan dari tingkat atas. Syok woooo.Selain itu, beberapa bilik tersedia tab mandi ala-ala spa gitu. Best gile. Kalau yang berbulan malu sangat disyorkan disini.

Kalau nak cari tempat makan pun tak perlu risau sebabnya banyak tempat makan di sekitar hotel ni. Jalan kaki aje. 

Lokasi : Paradise Spa Hotel, PT 1483, Batu 2, Jalan Seremban, Tanjung Gemok, 71000 Port Dickson

Harga : RM124/malam

Hotel menghadap laut di Port Dickson

8. Klana Beach Resort Port Dickson

Klana Beach Resort Port Dickson

Nak hotel mengadap laut? Haa pilih la Klana Beach Resort Port Dickson yang terletak di sepanjang pantai Post Dickson dan hanya 5 minit sahaja berjalan kaki sekiranya ingin ke Pantai Teluk Kemang. Resort ini menyediakan sebuah restoran dan bilik solat untuk mereka yang beragama Islam. Jika ingin ke Pantai Seri Purnama Beach pula, 10 minit sahaja dengan berjalan kaki dari resort ini. Ia terletak dalam jarak 10 minit pemanduan dari Padang Golf Port Dickson dan 1 jam pemanduan dari Kuala Lumpur. Dekat gile.

Bilik kat sini juga selesa. Yang penting mesra islamik ye. Tak tertinggal juga, kolam renang disediakan untuk aktiviti keluarga mahupun persendirian. Memandangkan resort ni dekat dengan pandai, so korang boleh request untuk buat aktiviti sukan air yang boleh ditempah di lokasi atau boleh juga sekadar bersiar-siar di sepanjang pelantar laluan.

Kalau tengok view dari udara, resort ni memang cantik gile. Seolah-olah duduk letaknya di sebuah pulau. Kat sini menyajikan hidangan halal tempatan dan antarabangsa. Daripada respon pengunjung, sarapan pagi kat sini sangat sedap dan banyak pilihan.

Lokasi resort ini sememangnya menarik dan korang juga berpeluang untuk mencerap bulan dan bintang pada waktu malam di Balai Cerap. Pengalaman baru tu. Bukan senang nak dapat.

Lokasi : Klana Beach Resort Port Dickson, Kompleks Baitulhilal, Lot 4506 Batu, 8, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Harga : RM222/malam

9. Glory Beach Resort

Glory Beach Resort

Glory Beach Resort ini terletak di Tanjung Gemok, Port Dickson di kawasan tepi pantai sekitar 10 minit pemanduan dari Bandar Port Dickson. Kalau korang nak ke Alive Art Gallery dan Wild West Cowboy Indoor Theme Park pun dekat sahaja cuma 3.4km dari resort, manakala Musium Lukut pula hanya 4.2km sahaja. Kalau nak membeli belah di mall, korang boleh terjah Regina Mall atau Billon yang berjarak 4.5km sahaja dari hotel.

Aku rasa resort ni pun cantik sangat dan sesuai untuk hanimun. Boleh candle light dinner tepi pantai lagi tau. Romantik gile. Setiap apartment dilengkapi dengan kelengkapan yang cukup lengkap. Berapa banyak lengkap daaaaa!! Nak masak sendiri pun boleh sebab dapur kecik dan peti sejuk pun disediakan.

Cam biasa, kolam renang ofkos ada. Aktiviti apa boleh dilakukan di sini? Haaa kat sini boleh lawan tennis, mandi wap pun boleh dan kanak-kanak mesti seronok layan gelongsong air. Paling best, view kat sini memang superb cantik. Leh la buat barbeku kat sini baru syok.

Lokasi : Glory Beach Resort, Jalan Seremban, Taman Tanjung, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Harga : RM138/malam


Hotel area Port Dickson

10. Langit Langi Hotel @ Port Dickson

Langit Langi Hotel @ Port Dickson

Hotel yang penuh warna warni. Serius, masuk je hotel ni pasti korang terpegun dengan konsep yang diketengahkan dengan pelbagai warna yang menghiasi di dalamnya.

Langit Langi Hotel @ Port Dickson merupakan salah satu hotel yang boleh menjadi pilihan untuk bercuti. Lokasinya ditengah bandar memudahkan korang untuk mencari kedai makan disekitarnya. Biliknya agak selesa dengan kemudahan yang lengkap. Untuk view, korang boleh pilih sama ada nak view bandar atau mengadap kolam renang. 

Lokasi : Langit Langi Hotel @ Port Dickson, No 881, 882, 883 & 885, Jalan Pantai, Taman Mewah, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Harga : RM104/malam


Post a Comment

Previous Post Next Post