6 Pakej umrah 2023 terbaik! Murah & dekat Masjidil Haram

Mahu menunaikan umrah tahun ini? Di bawah ini saya senaraikan agensi terbaik ke tanah suci.
pakej umrah 2019 terbaik di malaysia

6 Pakej umrah 2021 terbaik pilihan rakyat Malaysia!

Assalamu'alaikum Wrmbth, Alhamdulillah di beri kesempatan untuk bertemu di ruang maya ini. 

Mak dan ayah saya baru saja je pulang dari mengerjakan umrah tanah suci hari jumaat 19 Jan 2018.


Banyak cerita yang mereka kongsikan di sana untuk bekalan kami sekeluarga. 


Cuma kali ini saya nak kongsi cara memilih pakej umrah private yang paling bagus.Terutama untuk mak ayah kita yang dah tua.

Mesti baca: 8 Pakej umrah tabung haji travel untuk pilihan rakyat Malaysia!




1. Pakej Umrah Rarecation.

pakej umrah rarecation

Syarikat ini memang unik, tenaga kerjanya terdiri dari anak yatim & asnaf dari rumah warga prihatin yang bangkit berdikari di bawah sebuah syarikat waqaf.

Harga pakej yang ditawarkan merangkumi harga tiket penerbangan, pengangkutan, penginapan, dan mutawif dari Rarecation yang akan membawa jemaah semua dalam perjalanan ini.

Harga setara dengan biasa tetapi bagi setiap 8 jemaah, tetapi tukarkan keuntungan keseluruhannya menjadi tiket dan pakej untuk seorang anak yatim/asnaf dai rumah pengasih warga prihatin.

Memang pakej umrah eksklusif dari insan insan hebat dibelakang tabir.




2. Pakej Umrah TH Travel & Services.

Pakej Umrah TH Travel & Services

Sudah tentu pakej yang di tawarkan sendiri oleh Lembaga Tabung Haji memberikan kualiti servis terbaik.

TH Travel & Services Sdn Bhd THTS adalah anak syarikat milik penuh Lembaga Tabung Haji TH yang diperbadankan pada 9 September 1972 berdasarkan kepada Akta Syarikat 1965. Modal berbayar dan dibenar adalah RM5 juta. Ibu Pejabat THTS terletak di Aras 25 Menara TH Selborn Jalan Tun Razak Kuala Lumpur. 

Menyelaras penyewaan pesawat pengangkutan jemaah haji ke Tanah Suci bagi pihak TH serta mengendalikan pemergian jemaah umrah. Pakej umrah tabung haji travel memang dikenali ramai dengan kualitinya.

Dengan pengalaman luas mengendalikan urusan jemaah di tanah suci, perjalanan pergi & balik anda pasti lebih indah. 

Pada pandangan saya, ini adalah pakej umrah terbaik di Malaysia. 



3. Pakej Umrah Zahafiz Travel.

Pakej Umrah Zahafiz Travel

Sudah ramai kenalan saya yang pergi menunaikan umrah berulang kali menggunakan servis dari Zahafiz Travel.

Alhamdulillah, ternyata kebanyakan dari mereka sangat berpuas hati dengan pengalaman ke sana. Walaupun dah kahwin & ada anak pun tak ada masalah. Boleh ambil pakej umrah keluarga.

Zahafiz Travel and Tours Sdn Bhd adalah sebuah agensi pelancongan bermatlamat untuk menyediakan pakej umrah ziarah dan juga pakej Pelancongan Islam yang berkualiti bersama dengan harga yang berpatutan.


4. Pakej Umrah Felda Travel yang boleh dipercayai.

Pakej Umrah Felda Travel

Sebuah lagi syarikat yang mempunyai pengalaman luas menguruskan urusan umrah & kembara di Malaysia.

Felda Travel Sdn Bhd adalah ejen pelancongan korporat mempunyai pengalaman lebih dari 31 tahun & telah mula beroperasi pada tahun 1983.

Sejak permulaannya yang sederhana, ia telah berkembang menjadi sebuah agensi pelancongan terkemuka yang terakreditasi sepenuhnya di bawah IATA dan Persatuan Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia.

5. Pakej Umrah Rayhar Travel.

Pakej Umrah Rayhar Travel

Agensi seterusnya mempunyai pengalaman menguruskan jemaah ke tanah suci selama 19 tahun.

Dengan pengalaman selama ini, sudah tentu sudah masak dengan permasalahan & cabaran yang dihadapi para tetamu Allah. Kita boleh memilih pakej umrah rayhar travel yang bersesuaian dengan bajet.

Syarikat yang telah ditubuhkan pada 07 haribulan Julai 1990 di bawah Akta Syarikat 1965 ini telah memulakan operasi sulungnya dengan membawa seramai 50 orang jemaah haji ke Tanah Suci pada musim haji 1410H. 

Mereka juga ada menganjurkan kursus haji dan umrah secara percuma.



6. Pakej Umrah Tiram Travel Sdn Bhd.

Pakej Umrah Tiram Travel Sdn Bhd

Agensi ini merupakan anak syarikat Johor Corporation & telah memulakan perniagaan sejak tahun 1982

Memang berpengalaman menguruskan Umrah dan Haji,  serta tempahan tiket ke seluruh dunia dengan pelbagai pakej khusus mengikut permintaan pelanggan. 

Tenaga kerja mereka yang berdedikasi & berpengalaman pasti akan melayan anda semua dengan profesional.



Tips memilih pakej umrah yang paling bagus!


Penting sangat untuk memilih pakej umrah yang betul kerana banyak masa yang terbuang begitu saja untuk perjalanan pergi dan balik dari masjidil Haram ke hotel.

Jangan salah faham tentang maksud saya diatas, memang betul berjalan ke masjid itu juga ibadat. Tetapi ibadat sendiri ada tingkatnya yang tertentu.


Bukankah solat di Masjidil Haram 100,000 kali lebih afdal dari solat di tempat lain.



Pakej Umrah 2018 & Cara memilih syarikat pengendali terbaik!






Atas waktu yang singkat disana, penting untuk kita memaksimakan peluang yang ada untuk melakukan ibadat paling afdhal.


Sama macam kita merebut lailatul qadr, kita sebenarnya perlu buat persiapan untuk puasa sunat, baca al quran dan solat sunat lebih bermula dari bulan safar, syaaban dan puncaknya di bulan Ramadhan.


Dengan persiapan yang betul, peluang kita untuk meraih malam lailatul qadr lebih tinggi.


Begitu juga dengan menunaikan umrah.


Persiapan yang betul dari segi fizikal, rohani dan wang ringgit diperlukan.


Insyaallah bakal jemaah dan para jemaah umrah akan mengalami satu pengembaraan rohani dan jasmani dengan persiapan rapi.

Satu pengalaman yang tiada galang gantinya. Perjalanan suci ke dua tanah suci dalam agama kita. Mekah al Mukarramah dan Madinah al Munawwarah.

Cara Mengerjakan Umrah : Tutorial 5 Minit

Mari sama sama kita tonton video yang sangat informatif ini. 

"KLIK" butang "PLAY" sekarang untuk menonton tutorial umrah.

Video ini didalam bahasa inggeris. Lengkap dengan animasi 3d Kaabah dan lokasi umrah.

Best kan?

Ataupun boleh rujuk gambarajah dibawah untuk rumusan mengerjakan umrah  langkah demi langkah 

Cara mengerjakan umrah langkah tutorial

Insyaallah dengan pengalaman yang ada sebagai mutawif umrah setakat ini, akan dikongsikan kepada para pembaca semua untuk manfaat bersama.

Bukankah Rasulullah SAW ada diriwayatkan 

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: 
"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya) 

Sedikit sebanyak, hasil perkongsian kami didalam blog ini akan dapat membantu meningkatkan kualiti ibadat umrah umat islam di Malaysia.

Insyaallah.

Sebagai permulaan, ramai di luar sana tercari cari pakej umrah tahun 2018. Terlalu banyak agensi pelancongan di luar sana yang memberikan khidmat ini.

Alhamdulillah dari satu sisi, ini menunjukkan satu perkembangan sihat. Umat islam semakin sedar kepentingan dan kelebihan mengerjakan ibadat umrah.

Walaubagaimanapun, oleh kerana lokasi Mekah dan Madinah yang jauh memerlukan bakal jemaah mempersiapkan diri dengan secukupnya.

cuaca semasa musim panas
Bayangkan cuaca di tanah suci semasa musim panas. Panas membara

Sama ada dari aspek spiritual dan fizikal.

Disini saya sertakan 10 tips memilih pakej umrah yang terbaik.

10 Tips Memilih Pakej Umrah Yang Wajib Diketahui Bakal Jemaah. Elak Duit Lebur & Menyesal Tak Sudah!

Di bawah ini saya senaraikan 10 perkara penting untuk difikirkan sebelum kita keluarkan kad atm dari dompet & pindahkan duit ke akaun pengendali umrah.


1. Harga Pakej Yang Ditawarkan

Baik, soal harga adalah paling penting. 

Buat perbandingan harga antara pakej yang ditawarkan agensi berbeza.

Harga yang murah tidak boleh menjadi ukuran kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

Betul, sering kali kita dengar dari rakan rakan kita yang pernah ke tanah haram, keluhan dan kekesalan kerana tersalah pilih pakej.

Harga dibawah RM5,000 boleh dikatakan murah. 

Tapi, antara perkara utama yang perlu di pertimbangkan ialah
  • Adakah makanan dan minuman disediakan? 
Tujuan kita ke sana untuk fokus majoriti masa beribadat. Pakej yang menyediakan makan akan sangat menjimatkan masa.
  • Harga pakej memang berbeza mengikut bulan dan musim. 
Contohnya, pakej mengerjakan umrah di bulan Ramadhan adalah lebih mahal kerana pahala amalan dan ibadat kita di gandakan berkali ganda.

Hotel dan rumah penginapan memang penuh di masa ini.
  • Semak iklan pakej umrah tersebut untuk nombor rujukan kelulusan dari Kementerian Pelancongan Malaysia.
Harga pakej juga akan mempengaruhi lokasi penginapan kita dengan masjid Nabawi di madinah & Masjidil Haram di Mekah.

Dari pengalaman ibu & ayah saya, ada jemaah Malaysia yang terpaksa naik teksi ulang alik ke Masjidil Haram kerana jauhnya jarak.


Ibu dan ayah kita yang dah tua akan berjalan kaki jauh ke masjid setiap hari, dan jalan pergi dan pulang tidak sama.


Ini kerana sekatan jalan semasa pulang, polis tak benarkan lalu jalan yang sama.


Alamat terpaksa jalan kaki lalu jalan jauh.


Ada satu ketika ibu saya terpisah dari ayah di tanah suci kerana masalah ini. jadi, buat anak anak yang ada kemampuan lebih dari segi kewangan.


Belanjakan duit yang ada ini untuk memudahkan mereka beribadat.


Semoga Allah membalas setiap sen yang dikeluarkan itu dengan keberkatan & rahmat kasih sayangnya.


Zaman sekarang ni sangat mudah untuk menunaikan umrah. Pasti ada pakej yang sesuai untuk kita. Contohnya pakej umrah tanpa mahram bagi wanita yang ingin ke tanah suci bersendirian.

Atau bagi yang dah berkeluarga boleh saja ambil pakej keluarga.


2. Tempoh Umrah Dalam Pakej Tersebut

Ini satu lagi perkara penting. Memang logik sekiranya harga pakej lebih mahal untuk tempoh yang lebih panjang.

Kos penginapan dan makanan akan meningkat dengan bilangan hari disana.

3. Kedudukan Dan Jarak Hotel

Seperti yang saya kongsikan tadi, harga pakej umrah akan memberi kesan kepada jarak hotel dengan masjid.

Keselesaan kita beribadah disana semasa juga dipengaruhi dengan oleh berapa jauhnya hotel dengan Kaabah dan Masjid Nabawi.

Semasa meneliti pakej tersebut. Cari nama hotel dan buat sedikit kajian tentang jarak yang perlu diambil untuk berjalan kaki. Kalau kita nak pergi melancong atau outstation pun kita survey hotel dulu. Contohnya, nak melancong di selangor, mestilah nak book hotel area shah alam sebab senang kan. Apatah lagi masa umrah kan.

Lebih dekat hotel, lebih mahal harga pakej.

Paling bagus, keluar saja hotel terus nampak masjid. Hotel memang tak sama macam duduk rumah sendiri.

Pada masa yang sama, cuba cari komen bekas pelanggan agensi perlancongan lepas.

Adakah agensi umrah tersebut benar benar menepati janji yang ditetapkan.


Reputasi syarikat pengendali haji dan umrah memang berbeza.

Dengan memilih syarikat yang berkredibilit dan menepati janji, jiwa kita lebih tenang dan fokus disana.

Memang benar, masalah tidak dapat dielakkan. Tetapi persiapan yang rapi akan memberikan pengalaman berbeza disana.

4. Selidik Agensi Umrah 

Ambil sedikit masa dan kaji latar belakang syarikat pengendali umrah yang anda sudah senarai pendek.

Terutama sekali sekiranya agensi tersebut masih baru dan bersaiz kecil.

Antara ciri ciri yang perlu ada pada syarikat tersebut ialah

a. Mempunyai lesen dan permit


Permit 'outbound' (membawa jemaah keluar negara) yang sah atau hanya ada permit untuk 'inbound' (aktiviti pelancongan dalam negara) sahaja. 


b. Mempunyai sistem permohonan visa yang cekap. 

Urusan mendapat visa lancar kerana kecekapan dan pengalaman berurusan dengan kementerian di Arab Saudi.

Staf yang ditugaskan menjawab sebarang soalan dari pelanggan mestilah mahir dalam selok belok visa.

Antara tips yang diberikan oleh beberapa bekas jemaah sebelum ini ialah sekiranya agensi tersebut bagus, sesiapa sahaja yang angkat telefon tu boleh jawab tentang semua hal. 

Jika tidak, lebih selamat untuk cari agensi lain.

5. Menawarkan Kelas umrah dan Kursus Haji

Antara faktor utama untuk kesempurnaan ibadat umrah yang bakal dilakukan ialah ilmu.

Jadi memang elok sangat kita luangkan masa pergi ke kursus umrah.

Umrah dan haji mempunyai dam atau denda untuk jemaah yang melakukan kesalahan.

Lebih teruk lagi ibadat umrah kita boleh jadi tidak sah.

Jadi, sebelum berangkat ke sana timba sebanyak mungkin ilmu. Hadiri kursus umrah kelolaan agensi tersebut.

Pastikan kursus ini ada dalam pakej tersebut. Walaupun ada khidmat mutawif semasa di tanah suci nanti.

Tapi keadaan disana sangat sesak dan padat dengan lautan manusia. 

Tanggungjawab kita sendiri untuk memastikan ibadat kita sesempurna mungkin.

Mutawwif hanya seorang sahaja.

Kebiasaannya mutawif akan membantu rombongannya untuk pusingan pertama sahaja.

Tetapi, bergantung kepada pakej umrah & agensi yang diambil, ada jemaah yang mengerjakan tawaf bersama mutawif untuk 3 pusingan umrah.

Ini bagi membantu semua ahli dalam jemaah melaksanakan tawaf dengan sempurna.



6. Cara Pembayaran Pakej

Bagi memastikan ketelusan urusniaga. Sebarang transaksi mestilah dimasukkan terus kepada akaun syarikat tersebut.

Bukan pada akaun persendirian dan orang ketiga.

Isu percaya atau tidak itu tidak penting. Bagaimana hendak tahu yang akaun tersebut bukan mulik persendirian?

Semasa pemindahan wang secara online, Nama syarikat tersebut akan terpapar di skrin komputer.

Pastikan dapat resit pembayaran dan simpan resit sebagai rujukan di kemudian hari.

Semasa saya membantu ibu & ayah melakukan urusan pembayaran duit umrah, staf di kaunter berulang kali mengingatkan kami untuk berhati hati melakukan pemindahan pada akaun bank peribadi.

Tanya dengan jelas, tak perlu berselindung lagi dengan wakil dari agensi.

Samada akan ada caj tambahan yang perlu dibayar di tanah haram.

Beringat sebelum kena.

Antara langkah yang diambil pihak agensi yang telus untuk menjamin keselamatan dan ketelusan dalam urusan pembayaran ialah yuran akan dimasukkan terus kedalam akaun syarikat.

Tiada orang tengah untuk urusan pembayaran.

Dan memang betul, ini yang dialami oleh ibu ayah saya, walaupun selepas bayar pakej umrah dengan penuh, Staf akan "upsell" kami dengan


  • Daripada bilik berkongsi 4 orang kepada 2 orang. Seorang perlu bayar RM400. Kalau 2 orang dah RM800.
  • Lawatan ke tempat bersejarah di Madinah dan Mekah. Ini juga ada dikenakan bayaran.

    Sebab itu penting untuk kita selidik awal awal, memang ada pakej yang mahal tapi semua dah masuk.

    Atau ambil pakej umrah murah tapi kena upsell macam macam sampai akhirnya harga pakej dah sama dengan pakej mahal.

    Atau lebih teruk lagi, jadi lebih mahal dari pakej mahal.

    Seeloknya kita sebagai anak perlu ambil tahu semua ini, mak ayah kita kan dah tua serta kurang arif urusan ini semua.

7. Bilik Hotel Penginapan Yang Dijanjikan

Adakah kita akan pergi berseorangan, berdua ataupun bersama keluarga? Harga pakej umrah dipengaruhi oleh jenis bilik yang dipilih.

Bilik single lebih mahal daripda bilik untuk berempat. Perlu dapat penjelasan dari penyedia perkhidmatan ya.

Jika Tuan Puan pergi bersama keluarga, lebih wajar ambil pakej keluarga.

Harganya lebih murah dan berpatutan.

Dan semestinya lebih selesa ditempatkan bersama dalam satu bilik bukan?


8. Syarikat Penerbangan Yang Digunakan

Dua syarikat penerbangan utama yang menawarkan Syarikat penerbangan selesa ialah Malaysia Airlines (MAS) dan  Saudi Airlines.

Pesawat akan terus terbang menuju ke destinasi tanpa berhenti dimana mana.

Memang seronok perjalanan tanpa transit ni. Menjimatkan masa.

Dan untuk mak ayah kita, keselesaan itu penting.

Antara kelebihan terbang dengan MAS ialah, makanan dalam pesawat memang masakan Malaysia .

Biasanya ibu bapa yang dah berumur agak cerewet soal makanan.

Makanan MAS lebih serasi dengan lidah orang Malaysia.

Ada juga syarikat penerbangan untuk menunaikan umrah yang lain dengan harga lebih murah.

Cuma harga murah tersebut perlu dibalas dengan tempoh penerbangan yang lebih lama.

Banyak berhenti transit.

Lebih meletihkan dan menghabiskan banyak masa di atas pesawat.

Apa pun, kita boleh memilih sendiri pakej berbeza dengan harga berlainan di Agensi umrah yang berbeza.

Buat survey di atas talian dan kemudian bandingkan.

9. Kewargenegaraan Mutawif

Ok, kebanyakan pakej menunaikan umrah yang murah menggunakan servis mutawif warganegara Indonesia.

Caj upah merah lebih rendah.

Perbezaan kualiti antara Mutawif Malaysia dan Indonesia adalah seperti berikut.

Mutawif Malaysia akan dipertanggungjawabkan menasihatkan jemaah dari Malaysia lagi.

Mereka akan bersama sama jemaah terbang dari KLIA kesana.

Dan menjadi sumber panduan dan rujukan rombongan jemaah di tanah suci.

Segala isu boleh dirujuk pada mereka. Bahasa yang digunakan mestilah bahasa melayu.

Jadi kesukaran untuk berkomunikasi sangat rendah.

Selepas tamat wakti disana. Mutawif Malaysia akan turut pulang bersama sama ke Malaysia.

Dari Malaysia ke Malaysia semula. Selamat ke pangkuan keluarga tercinta.

Berbeza dengan mutawif Indonesia, mereka akan menunggu di tanah haram. Selalunya di Hotel.

Kebanyakan mutawif indonesia terdiri dari pelajar yang sedang menuntut disana.

Bahasa yang digunakan memang Telor Indonesia tulen. Macam dalam Sinetron.

Mutawif Indonesia akan menamatkan tugas mereka di kaunter daftar masuk lapangan terbang dan pulang ke mekah atau madinah semula.

Bermula dari beberapa tahun lepas, kesemua mutawif dari Andalusia adalah dari Malaysia.

Ini bagi memastikan Tuan Puan semua mendapat khidmat nasihat terbaik dari mereka yang mahir dan faham peribadi rakyat Malaysia.

10. Bilangan Umrah Yang Dilakukan

Bagi menyempurnakan ibadat umrah, jemaah perlu melakukan miqat-tawaf-saie. 


Ada agensi yang menyediakan tiga kali umrah. 


Apa kelebihan melaksanakan tiga kali umrah?


Peluang untuk melakukan umrah yang tidak sah akan lebih rendah.


Sebagai makluman, hanya satu umrah dikira wajib, dan dua lagi umrah sunat. 


Dengan andaian ketiga tiga umrah tersebut sah dan diterima.


Jika umrah pertama sah, dan kedua dua umrah berikutnya juga sah.


Umrah pertama dikira wajib dan selebihnya sunat.


Sekali lagi, suka kami sarankan supaya buat kajian dahulu ya.


Kebanyakan contoh yang diberikan adalah dari perkhidmatan yang diberikan dalam pakej umrah.


Ada pakej dari syarikat lain yang menawarkan hanya satu kali umrah wajib. 

Sekiranya Tuan Puan Ingin melaksanakan ummrah sunat, perlu melakukannya sendiri.

Dari urusan sewa van lepas yang kena bayar sendiri dan pergi sendiri ke Tanaim atau Jaqrana untuk miqat.

Dan semestinya pakej sebegini kelihatan murah pada asalnya. Tetapi selepas diambil kira usaha untuk mengatur sendiri umrah sunat.

Tidak setimpal bukan.


Adakah anda ingin mengambil pakej umrah ramadhan 2019?

Jika anda pernah survey harga untuk menunaikan haji di bulan ramadhan?

Memang mahal betulkan harganya. Lebih dahsyat lagi, mahal mahal pun pakej ramadhan biasanya habis lebih awal.

Persoalannya, kenapa ramai sangat yang berebut rebut nak ke sana semasa bulan ini.

Mungkin anda belum pernah dengar tak riwayat di bawah ni.

Imam al-Bukhari (1782) dan Muslim (1256) telah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas, katanya, 


"Rasulullah SAW bersabda kepada seorang wanita daripada kalangan Anhar. "Apakah yang menghalangmu untuk melakukan haji bersama kami?" Dia berkata, "Kami hanya punya dua ekor unta, satunya dibawa oleh bapa dan anaknya, dan yang satu lagi kami gunakan untuk menyiram kebun." Maka Nabi SAW berkata,

فَإِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فَاعْتَمِرِي ، فَإِنَّ عُمْرَةً فِيهِ تَعْدِلُ حَجَّةً) وفي رواية لمسلم : حجة معي)


"Jika datang bulan Ramadhan, lakukanlah umrah, kerana pahala umrah itu sama dengan pahala mengerjakan haji." Dalam riwayat muslim, "Sama dengan pahala menunaikan haji bersamaku."

Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang perbincangan lengkap mengenai hadis ini dari sumber yang dipercayai boleh baca di laman myhadith.islam.gov.my

Kita pun tahu, pada bulan puasa pahala amalan kita digandakan berkali kali ganda. 

Jadi, kalau anda mempunyai kemampuan dari segi kesihatan & harta benda. Rebutlah peluang ini.

Pergilah menunaikan umrah pada bulan puasa. Lagi bagus kalau dapat ambil pakej umrah sebulan ramadhan tahun tersebut.


Apatah lagi semasa 10 hari terakhir bulan penuh rahmat tu.



FAQ


Apakah jenis pakej umrah yang ditawarkan oleh Tabung Haji?

Dengan pengalaman mengendalikan jemaah haji & umrah setiap tahun, tak dapat dinafikan lagi pakej umrah tabung haji travel antara yang terbaik di Malaysia. Terdapat 8 pakej semuanya untuk pilihan para jemaah. Boleh baca lebih lanjut disini.

Bagaimanakah caranya untuk memilih pakej umrah terbaik untuk anak kecil?

Membawa anak anak bersama sama menunaikan umrah memerlukan persiapan yang rapi. Seeloknya, pilihlah pakej umrah keluarga dari agensi yang berpengalaman. Teruskan membaca panduan ini supaya kita dapat buat persiapan awal.

Apakah persiapan yang perlu dilakukan untuk umrah pada musim sejuk?

Ramai dari kita memilih untuk mengerjakan umrah pada musim sejuk kerana cuacanya yang lebih nyaman. Disini kami sediakan panduan yang berguna sepanjang perjalanan anda ke tanah suci.

Bagus ke pakej umrah Rayhar Travel?

Anda boleh baca & pilih sendiri pakej umrah yang di tawarkan Rayhar Travel disini.


Kesimpulan memilih pakej umrah di tanah suci.

Ibadat umrah memerlukan persiapan yang rapi dari segi duit, tenaga & masa. Semestinya kita mahu ibadat kita diterima Allah swt kan.

Sebab itu kita perlu rancang sebaiknya. Buatlah kajian mengenai pakej umrah dan agensi yang menawarkannya.


Kerana apa apa yang berlaku di sana, kita kena sabar sebab semuanya dah berlaku.


Saya pernah jumpa makcik yang pulang dari sana menggunakan khidmat travel agensi yang kononnya kepunyaan orang kenamaan, tetapi dibiarkan terkontang kanting disana.


Semoga kita dijauhi dari nasib sedemikian rupa.


Tamat sudah perkongsian ini.

left-sidebar

43 Comments

Previous Post Next Post