Header ads

Kalau kita pergi ke Cameron Highland dengan keluarga, memang tak sesuai tinggal di hotel. Mahal, sebab tu kita cari homestay milik muslim. Besar & mudah nak solat!
Bayangkan jika kita melancong dalam kumpulan seramai 10 orang, berapa banyak bilik hotel yang kita perlukan. Kos penginapan ini kita boleh jimat banyak dengan tinggal di homestay murah di cameron highland.

Di bawah ini kami telah sediakan senarai homestay di Cameron Highland untuk anda. Walaupun homestay bajet, tetapi berbaloi.

10 Homestay murah di Cameron Highlands milik muslim!

Homestay murah di Tanah Rata Cameron Highlands.

1. Haseena Homestay.

Lokasi: B8-6-11, Perumahan Makmur Cameron Jaya, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang

Homestay muslim yang terletak di Tanah Rata Cameron ini mempunyai 3 bilik tidur & 2 tandas untuk keselesaan para pelanggan.



Lengkap dengan kemudahan seperti tempat letak kereta percuma, sofa, Tv lcd, astro njoi, heater, seterika, peralatan memasak. Ruang tamunya juga luas dengan sentuhan minimalis.

Ruang tamunya dicat dengan warna putih dengan set televisyen untuk kita bersantai bersama ahli keluarga. Bolehlah bersembang sambil merancang destinasi seterusnya untuk dituju.


Dapurnya juga lengkap dengan kemudahan asas untuk memasak & menyimpan makanan di dalam peti ais.

Oleh kerana homestay ini hanya menerima pelanggan muslim, segala perkakas memasak serta pinggan mangkuk boleh digunakan tanpa was was.


Pujian memang patut diberikan kepada susun atur dapur yang ringkas lagi kemas ini. Memang praktikal.


Sekarang kita beralih pula ke bilik tidur. Anda boleh memilih 3 bilik tidur yang disedikan untuk berehat. Cadarnya bersih & sentiasa ditukar.


Pelanggan yang pernah menginap disini memuji kebersihan homestay ini. Sejadah juga disediakan untuk menunaikan solat bersama ahli keluarga.


Selain fasiliti rumah yang menyenangkan, homestay ini juga berdekatan dengan kedai makan, kedai runcit, dobi layan diri & bank. Memang mudah untuk keluarga kita makan & beli bekalan. Jalan kaki pun memadai.

Pemilik homestay ini juga menyediakan perkhidmatan katering, Harga boleh bincang dengan tuan rumah.

Banyak tempat menarik berada berdekatan Homestay Haseena, antaranya seperti Pasar malam golden hill & Taman Agrotech Mardi.

Insyaallah, memang mudah & berbaloi menginap disini. Memang setimpal dengan harganya.

Harga penginapan Haseena Homestay: RM200/sehari.

Mesti baca: 11 Homestay terbaik di Cameron Highlands milik muslim.


2. Honey Holiday Penthouse

Lokasi: C Ph 7, Puncak Arabella, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang

Homestay seterusnya juga berada di Tanah Rata, Honey Holiday Penthouse merupakan sebuah apartment 4 bilik tidur yang lengkap berperabot. Sesuai untuk trip percutian dalam kumpulan besar contohnya 10 orang. Sebanyak 2 slot tempat letak kereta disediakan untuk anda.

Dengan bilangan bilik air sebanyak 3 buah sudah tentu juga mencukupi & memberi keselesaan untuk membersihkan diri. Pemandangan yang kita nikmati dari balkoni homestay ini memang mengasyikkan.


Boleh lihat matahari terbit dan terbenam dari kejauhan gunung ganang tanah tinggi cameron.




Ruang tamunya mempunyai susun atur yang menarik. Terdapat banyak kerusi untuk kumpulan rombongan kita gunakan di ruang tamu rumah ini. Memang sesuai untuk percutian bersama keluarga adik beradik & juga sahabat handai yang sudah lama tidak berjumpa.


Bolehlah berbual bual panjang dan berkongsi pengalaman hidup sambil minum secangkir kopi panas.


Dapur gas ada disediakan untuk memasak dan memanaskan hidangan yang dibeli dari luar. Paling tidak boleh saja beli makanan sejuk beku seperti nugget ayam dari kedai runcit yang terdapat di aras bawah homestay. Atau boleh beli bahan bahan masak segar dari pasar pagi di Kee Farm ataupun di pasar malam berhampiran di Golden Hill.


Ruang wet kitchen homestay ini mempunyai kabinet dapur serba merah. Rasa semangat je nak masak sedap sedap kan. 


Selepas masak makan sedap dari bahan segar, boleh kita nikmati makanan di ruang makan yang cantik ni.


Ini rupa master bedroom dengan katil jenis queen, bilik air juga tersedia di dalam bilik ini. Boleh berikan bilik ini kepada ibu & ayah kita kerana mudah untuk mereka.


Bilik tidur kedua.


Kesemua bilik di homestay mempunyai katil saiz queen serta perabot lain seperti almari. Walaupun nampak ringkas, yang penting bersih & kemas.


Selimut dan bantal tambahan juga disediakan tanpa dikenakan caj.


Bilik air yang besar & bersih. Barulah tak geli menggunakannya kan?


Homestay ini berada lebih kurang 7 minit pemanduan ke pusat bandar tanah rata & tidak jauh dari kampung taman sedia, penempatan orang melayu pertama dibuka di tanah tinggi ini. Jadi nak cari makanan halal pun senang. Boleh makan manisan seperti ais krim & scone dengan jam strawberry homemade tanpa rasa ragu.


Reviu terpilih.

Homestay apartment ini sesuai untuk pelancong dengan harga yang sangat berpatutan. Biliknya selesa dengan pemandangan yang indah. Kadang kadang kita boleh nampak awan pada aras rendah tau.

Mesti baca: 23 Hotel terbaik di tanah tinggi Cameron Highlands,


3. Izzat Homestay Cameron Highlands

Lokasi: C3-5-11, Perumahan Makmur Cameron Jaya, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang.

Adakah anda membawa ibubapa yang sudah tua untuk percutian kali ini? Antara kelebihan tinggal di apartment yang berada di tanah tinggi ialah pemandangannya yang cantik. Masalahnya ialah, kebanyakan apartment yang sudah berusia tidak dilengkapi dengan lif.

Mujurlah homestay Izzat lengkap dengan kemudahan lif. Tak perlulah risau tentang kepayahan mak ayah kita mendaki tangga.


Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik air & sangat sesuai untuk 10 orang. Pemanas air mandi & air minuman disediakan. Siapa sanggup mandi air sejuk di awal pagi. Memang penting untuk kita pastikan kemudahan pemanas air di tempat penginapan berfungsi dengan baik.



TV dengan Astro Njoi disediakan di ruang tamu. 


Memang mudah tinggal di Izzat homestay kerana dekat dengan banyak kemudahan. Dobi, kedai makan milik muslim & kedai runcit semua berhampiran. Biasanya hari pertama sampai ke cameron mesti badan rasa letih, jadi lebih mudah makan di luar.


Atau jika anda bawa bekal dari rumah, boleh gunakan dapur yang disediakan. Periuk nasi, pemanas air dan dapur gas kecil semua ada.


Kalau anda rajin masak, boleh jimat banyak belanja dengan masak sendiri. Boleh shopping di pasaraya cameron jaya berhampiran homestay. Dobi layan diri laundry bar pun ada sebelah kedai ni.


Kedudukannya yang terletak di Tanah Rata serba lengkap dengan pelbagai kemudahan. Kita hanya perlu memandu selama 2 minit perjalanan ke Bandar Tanah Rata & ke Pasar Malam Golden Hills menggunakan Jalan Altenatif.

Reviu terpilih.

Sama seperti yang diiklankan ... Lokasi yang bagus untuk rombongan bersama keluarga dan rakan-rakan . Lokasi yang meriah . Memang disyorkan untuk pelancong beragama islam. Sejadah dan qiblat disediakan. Tidak perlu risau tentang makanan kerana semuanya berjalan kaki.

Harga penginapan 1 malam untuk Homestay Izzat: RM160

Mesti baca: Bandar Kuantan ada banyak tempat menarik! Ini 18 hotel terbaik yang terdapat di Kuantan untuk penginapan semasa bercuti.


4. Homestay Sweet Cameron Jaya

Lokasi: B8-2-13,Blok B8, Apartment Cameron Jaya, Jalan Tengkolok, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands,Pahang.

Sweet Cameron Jaya merupakan sebuah homestay dengan sentuhan moden yang terletak di Apartment Cameron Jaya. Sekiranya anda menginap disini, dari balkoni homestay ini, dapat kita saksikan pemandangan tanah tinggi yang indah. Terutama sekali pemandangan di waktu pagi & petang hari saat matahari terbit & terbenam.


Rumah yang mempunyai 3 biik tidur & 2 bilik air ini mampu menampung sehingga 12 orang tetamu pada satu satu masa. Terdapat 7 katil pelbagai saiz untul kita pilih. (3 katil saiz queen & 4 tilam tambahan)

Selain itu, bangunan apartment ini mempunyai kemudahan lif & berada di tingkat 1. Katalah nasib tak baik lif rosak pun, masih boleh daki tangga lagi. Tak lah teruk mana kan?

Selain itu, banyak kemudahan tempat letak kereta disediakan. Jadi, kita tak perlu parking jauh dari rumah.


Ruang tamunya luas & lengkap dengan perabot. Pemilik homestay ini mempunyai beberapa unit rumah untuk digunakan, Kita boleh berbincang untuk dapatkan unit yang kita suka.


Perbezaan ketara pada unit homestay terletak pada dekorasi dalaman & perabot yang digunakan. Ada rumah yang dihias dengan gaya minimalis. Sebuah unit lagi pula dhias dengan sentuhan kontemporari moden. Wallpaper juga digunakan untuk menghiasi dinding ruang tamu.

Set televisyen disediakan & dilengkapi Astro Njoi untuk tontonan kita.


Comel pula lihat sofa gaya inggeris ni kan. Nampak klasik.


Pemandangan dari tingkap homestay. Kalau kita sudah berkeluarga, perlu lebih berhati hati dan awasi anak anak. Bahaya kalau mereka main dekat tingkap ni. Risau jatuh sebab tak ada grill kan.

Kita tinjau lagi hiasan dalam bilik tidur.




Memang kemas dan bersih kan. Gerenti nyenyak tidur.


Bantal dan toto tambahan juga disediakan, tak perlulah kita bawah bantal dari rumah.

Setrusnya kita lihat pula kemudahan yang disediakan di dapur.


Bergantung kepada unit yang kita pilih, susun atur dapur juga berbeza. Tapi, kemudahan asas untuk memasak memang disediakan, peti ais, pemanas air & dapur disediakan.



Oven pun ada untuk kita panaskan makanan. Siapa lah rajin nak masak muffin dan kek masa bercuti kat cameron ni kan?


Reviu terpilih

Tempat letak kereta yang luas. Rumah cukup besar untuk 3 keluarga.


Harga penginapan di Sweet Cameron Jaya Homestay:
  • Hari bekerja - RM200/sehari
  • Hujung minggu - RM300/sehari
  • Musim cuti - RM350/sehari
Mesti baca: Jimatkan belanja ada semasa bercuti di Kuantan dengan menginap di 10 hotel bajet paling berbaloi.


5. Santai Cameron Homestay

Lokasi: C1-3A-13 Jalan Tengkolok, Perumahan Makmur Cameron Jaya, 39000 Tanah Rata, Pahang.

Homestay apartment yang bersih lagi selesa, seperti namanya yang santai.


Suasana di homestay ini pada hari hari biasa. Terapat banyak tempat letak kereta untuk digunakan semasa menetap disini.


Homestay yang agak baru beroperasi ini berada di kawasan perumahan Makmur Cameron Jaya, sangat hampir dengan Kampung Taman Sedia & Pasar malam di Golden Hills.

Terdapat 3 unit lift mesra OKU dan untuk kegunaan warga emas. Sangat memudahkan sekiranya kita membaca ibu ayah yang sudah berusia. Mana larat nak daki tangga kan.


Ruang tamu yang dilengkapi dengan Sofa serba merah &TV 40 inci dengan capaian Astro.


Ia mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik air & mampu menempatkan 8 orang dewasa pada satu masa. Terdapat 3 unit katil bersaiz Queen untuk digunakan para tetamu dengan bantal dan toto tambahan. Tak perlu bawa sejadah dari rumah kerana semuanya ada disediakan disini.


Kalau anda kurang rajin untuk makan di kedai, jangan risau kerana homestay ini mempunyai ruang makan yang selesa dengan set meja makan yang mampu memuatkan 6-8 orang pada satu satu masa


Jika anda takut mandi air sejuk, jangan risau. Kedua dua bilik air 2 dilengkapi pemanas air sebagai Kemudahan tambahan. Bolehlah mandi dengan air panas tanpa perlu menggigil menahan sejuk.


Kita tinjau pula ruang dapur. Kemudahan asas untuk memasak ada disediakan seperti dapur gas,  pemanas air,  peti sejuk, periuk nasi elektrik, oven pemanas serta perkakasan pinggan mangkuk.


Atau jika anda teringin menjamu selera dengan roti canai & teh tarik, kedai mamak ada di bawah.


Dipetang hari, sekiranya anak anak mahu mengeluarkan, taman permainan kanak kanak pun ada.


Dengan segala macam yang ditawarkan Santai Homestay, betul ke berbaloi tinggal disini? Kami dah pun baca banyak ulasan dari pelanggan lepas. Antara yang paling menarik adalah seperti di bawah.


Reviu terpilih

Apartment yang bagus dan owner en azli yang sangat baik dan peramah. Kedai makan banyak dekat bawah apartment. makan senang cari tapi line telephone sangat teruk. kena turun bawah if nak line telephone.

Berapa pula harganya?

Harga penginapan di Homestay Santai Cameron - RM150.



Homestay Cameron Highland murah.

6. Fiza Greenhill Resort Homestay

Lokasi: H13, greenhill resort apartment Cameron Highlands, Pahang, Malaysia

Wah, kalau tengok dari luar rumah ni saja, saling tak tumpah macam bangunan kat luar negara kan?  Kalau kita lihat rekabentuk, pemilihan warna dan bahan rumah, memang sebijik sama rumah negara 4 musim.


Tempat letak keretanya banyak & dekat dengan rumah. Tak perlu jalan jauh jauh.


Apa yang menarik dengan suasana homestay ini ialah banyaknya pokok daun tirus. Kalau anda pernah sampai ke Janda Baik, di sana ada satu kawasan penuh dengan pokok macam ni.


Cuma satu yang kurang, kalau anda dah buat keputusan bermalam disini cari unit yang berada hampir dengan aras tangga. Nak tercabut lutut kalau dapat tingkat tinggi. Maklumlah apartment ni dah agak lama. Kalau nak yang ada lift kena cari homestay yang baru baru. Insyaallah ada lif.




Memang syok suasana di waktu pagi, sejuk dengan udara yang nyaman.



Kawasan homestay ini dikelilingi pokok menghijau & bunga berwarna warni. Sebab itu kawasan ini lebih nyaman & lebih mudah berkabus. Memang layan minum air panas cecah biskut sejuk sejuk kat sini.


Boleh tahan deko ruang tamu homestay ni. Dengan dinding berwarna ungu dan susunan perabot yang kemas, kawasan ini terasa lapang.



Homestay ini mampu menempatkan rombongan bersaiz 10 orang pada satu masa. Terdapat 3 bilik tidur dengan dekorasi menarik & 2 bilik air yang bersih.


Bilik tidur utama dengan katil bersaiz queen. Seperti biasa, master bedroom mesti ada bilik air sendiri.


Bilik tidur 2 & 3 pula masing masing dengan katil bujang.


Itu belum masuk dapur lagi. Memang lengkap dengan kabinet, peti ais & perkakas lain untuk memasak.


Meja makan juga disediakan diantara dapaur & ruang tamu. Memang best susun atur perabot dalam rumah ni, berkonsepkan terbuka. Orang di ruang tamu boleh nampak ahli keluarga yang sedang memasak di dapur.


Kita lihat pula ulasan dari pelanggan lepas. Apa kata mereka setelah bermalam di sini?

Reviu terpilih.

Homestay yang menarik. Kami pasti akan menikmati memori indah disini. Sangat selesa untuk keluarga. Tempat sangat menarik. Sebab senang nak ke mana mana. Kawasan rumah yang cantik dan kemas.

Dan akhir sekali, soalan yang paling penting. Berapa harganya?

Harga penginapan 1 malam Homestay Fiza Greenhil: RM230


7. Queen Aaisyah Muslim Homestay Apartment.

Lokasi: B8-05-06, Jalan PMCJ 3, Perumahan Makmur Cameron Jaya, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands.

Homestay yang eksklusif untuk Muslim Sahaja ini  mesra Oku & warga emas. Apartment yang luas ini tersedia pada harga yang cukup istimewa. Parking percuma disediakan. Dengan suasana tenang, udara yang nyaman, pasti kita akan suka tinggal disini.




Anda boleh memilih 2 unit apartment di aras 5 dengan kemudahan lif disediakan. Kelebihan tinggal di aras tinggi membolehkan kita melihat pemandangan persekitaran yang indah dari balkoni.



Queen Aisyah homestay mampu memuatkan 10 orang tetamu termasuk kanak kanak. Rumah ini mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik air & terdapat heater mandi di setiap bilik mandi. Tuala mandi tidak disediakan, jadi pastikan kita bawa sendiri dari rumah. Sejadah ada disediakan disetiap bilik tidur.


Rumah ini mempunyai perabot lengkap serta ruang tamu yang luas denganTv & saluran Astro Njoi. Tetapi WIFI tidak disedikan tua. Selain lokasi yang strategik, persekitaran juga diyakini selamat kerana ramai komuniti melayu.





Kemudahan memasak disediakan. Peralatan dijamin kesuciannya hanya digunakan oleh penyewa Islam Sahaja. Nak masak sendiri pun senang sebab kedai runcit ada di bawah apartment. Restauran & kedai dobi layan diri pun ada.


Homestay Queen Aisyah sangat berhampiran tempat tempat tumpuan pelancong utama di Cameron. Terletak hanya 2 Minit dari bandar T.anah Rata. Hanya 5 minit memandu ke pasar malam & 3 minit ke Kebun Strawberry Taman Sedia .

Mari kita lihat apa pendapat pelanggan yang pernah tinggal disini.

Reviu terpilih.

Harga yang berpatutan. Rumah yang sangat selesa. Cuma parking kereta limit 1 unit apartment utk 1 kereta. Kereta family terpaksa parking luar.

Berapa pula harganya?

Harga Queen Aisyah Homestay untuk 1 malam: RM200


8. Deraymi Homestay Cameron Highland For Muslim

Lokasi: C3-3-12, Blok C3, Kawasan Perumahan Cameron Jaya, Jalan Tengkolok, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands.



















Reviu terpilih.

Looking for a cool homestay with a cheap budget ? Here you go , the best place with a cool small budget :)  Good service.

Harga penginapan Deraimi Homestay untuk 1 malam: RM200


Homestay Brinchang murah.

9. Auntie Aini's Homestay

Lokasi: 23, Jalan Golden Hills 5, Cameron Highlands, 39100 Brinchang, Pahang.

Homestay Auntie Aini berada sangat hampur dengan Padang Golf Tanah Rata. Buat peminat sukan golf, bolehlah tinggal di sini untuk mudah bermain golf dengan udara yang segar & suasana yang nyaman di tanah tinggi ini. Cuma perlu berjalan kaki selama 3 minit untuk sampai ke padang golf.


Rumah ini lengkap dengan grill untuk melindungi keselamatan para penghuninya.



Ruang letak kereta berpagar yang luas, mampu memuatkan 2 buah kereta dengan murah.


Rumah ini mampu menampung sehingga 15 orang tetamu pada satu satu masa. Hotel The Smoke House yang mempunyai pengaruh senibina inggeris pun tak jauh.



Susun atur ruang tamunya yang kemas lagi tersusun.



Rumah ini menggunakan konsep terbuka. Anda boleh lihat ruang dapur terus dari ruang tamu.



Kabinet dapur serba putih yang cantik & menjimatkan ruang.


Bilik tidurnya juga luas dan selesa.



Disebalik Hotel Smoke House pula terletak Kampung Taman Sedia, sebuah penempatan melayu muslim. Kita boleh nikmati buah strawberi segar yang dipetik sendiri dari ladang muslim.

Makanlah sarapan, serta makan tengahari tanpa ragu ragu kehalalannya. Ais krim, cone & jam home made boleh kita nikmati sendiri di kedai & restoran yang diusahakan penduduk muslim tempatan.

Ambil kesempatan yang ada ini untuk bersiar siar di Air Terjun Parit yang berada di sini & nikmati keindahan hutan di tanah tinggi yang menakjubkan. Tumbuhan & haiwan yang kita temui disini tidak boleh ditemui di tempat lain. Memang unik flora & fauna ini untuk kawasan tanah tinggi.

Setelah puas bersiar siar, bolehlah kita pulang semula ke homestay yang selesa untuk tidur malam yang lena. Ulang semula pengembaraan kita keesokan harinya. Memang banyak lokasi untuk diterokai. Pasti akan membuka minda & rasa syukur pada ilahi atas kurniaannya yang Maha Agung.

Reviu terpilih.

Nak pergi lagi.


Harga penginapan Auntie Aini Homestay: RM300/sehari.



10. The Camerons English Style Homestay

Lokasi: C2-1-10, Apartment Royal Lily, Cameron Highlands, 39000 Tanah Rata, Pahang.

Homestay yang mempunyai hiasan dalaman rumah dengan sentuhan citarasa inggeris ini mempunyai pemandangan balkoni yang cantik. Rumah yang lengkap berperabot ini mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik air dan mampu memuatkan 10 orang tetamu.


Langsir & kain kusyen di rumah ini menggunakan bahan kain english cotton yang berkualiti lagi selesa dengan motif bunga kecil sebagai penyeri.


Ruang tamu & ruang makannya memang luas, dan dicat dengan warna merah jambu cerah menjadikan kawasan kediaman ini lebih lapang dan luas.


Kebanyakan perabotnya seperti meja makan, kerusi & katilnya diperbuat dari kayu, memang nampak klasik.




Rumah ini juga banyak menggunakan bingkai gambar untuk menghiasi dinding.


Dapurnya juga lengkap dengan perkakas untuk memasak. Segala peralatan dijamin bersih kerana hanya tetamu muslim diterima untuk menginap di rumah ini.




Selain itu, kedai runcit & restoran juga terletak tidak jauh dari homestay ini. Malam hari kalau nak makan hidangan panas, ada kedai tom yam di bawah.




Reviu terpilih.

Strategic location. Nearby most main tourism spot around brinchang and tanah rata. Homestay just above fresh mart, dobby, car wash and many halal restaurant. Saya bagi 4/5 star. Sebab tiada parking khas untuk penginap dan tidak mesra stroller / wheelchair. Itu aje. Yangg lain semua OK. Saya puas hati.

Harga penginapan The Camerons English Style Homestay: RM300/sehari.
left-sidebar
Previous Post Next Post