Siri artikel tempat menarik di melaka. (Pilih salah satu)
1. Taman Botanikal Melaka
2. Pantai Puteri
So, kalau datang ke Melaka ni jangan lupa singgah di Pantai Puteri ni.. Panorama yang sangat cantik dan menenangkan ada disini.. Rugi tak rakam moment indah tu.. Aku juga akan singgah di sini kalau ke Melaka nanti.. Insyaallah kalau panjang umur.. Hehe
3. Pantai Tanjung Bidara
4. Pantai Pengkalan Balak
5. Pantai Klebang
6. Hutan Rekreasi Sungai Udang
- Lokasi menarik waktu malam di Melaka
- Lokasi pelancongan percuma di Melaka. (Artikel yang anda sedang baca)
Tempat menarik di melaka percuma. Sesuai untuk percutian bajet bersama keluarga.
1. Taman Botanikal Melaka
Dulu pernah juga ke melaka tetapi tak pernah sampai lagi di Taman Botanikal Melaka ni yang dulunya dikenali dengan nama Hutan Rekreasi Ayer Keroh.. Katanya dah banyak perubahan pada tempat ni yang dulunya memang hutan simpan..
Sekarang ni, kalau ke Melaka rasanya tak sah kalau tak singgah di sini sebabnya tempat ni dah semakin popular di kalangan orang ramai sebabnya kat sini banyak yang menarik contohnya Taman Prasejarah (dinosaur) macam gambar kat atas ni, Taman Cerita, Kampung Buku Malaysia Melaka, Muzium Perhutanan, Canopy Walk, Buggy Ride dan banyak lagi..
Tempat ini juga dikelilingi dengan landskap yang sangat cantik menjadikan tempat ini lebih menarik untuk dikunjungi.. Kalau korang nak tahu, terdapat lebih 300 spesis flora dan fauna kat sini.. Memang wajib pergi kalau ke Melaka..
Bagi yang kaki joging tu, elok sangatlah datang kat sini untuk joging sesambil dapat menghirup udara segar kat sini.. Kalau rasa tak larat sangat nak joging, berbasikal pun boleh jugak.. Trek kat sini memang best untuk aktiviti tersebut.. Lagi pula tempat ni memang popular dikalangan mereka yang minat dengan aktiviti joging... Yang mana teringin sangat nak masuk hutan tapi takut tersesat dan teringin nak nikmati suasana dalam hutan, inilah tempatnya.. Tak akan sesat kalau kita berhutan kat sini.. Haha.. Serius best sangat..
Lagi pun tempat ni memang sesuai untuk mencari ketenangan.. Sesiapa yang datang kesini akan 'dihadiahkan' dengan sebuah kedamaian dan ketenangan yang sukar nak cari kat tempat lain mungkin disamping lari dari kesesakan dan kesibukan kita seharian.. Bawak keluarga bersiar-siar kat sini pasti seronok terutamanya anak-anak.. Dapat dorang tengok dinasour.. Biasa tengok dalam tv jerk.. Ni tengok depan mata mesti excited walaupun dinasour tak hidup.. Hehe.. Katanya kat sini ada 15 replika dinasour..
Kat sini juga ada kemudahan lain seperti kawasan perkhemahan kot ada yang nak bercamping, padang, cafe, surau dan tandas untuk kegunaan pengunjung kat sini.. Selain itu, korang juga boleh menikmati rasa gayat yang tak boleh dibuat-buat dengan melalui jambatan gantung yang ada kat sini.. Walaupun pendek, tetapi bagi yang gayat rasanya tak sanggup jugak nak laluinya.. Hehe..
2. Pantai Puteri
Fuhh nape aku pergi melaka tak terfikir nak pergi pantai yang ada kat sana yek.. Cantik-cantik rupanya pantai kat melaka ni rupanya.. Bila ke melaka asyik teringat tempat bersejarah aje.. Mentang-mentang la Melaka bandaraya bersejarah.. Hehe.. Satu lagi pergi melaka dok sibuk nak pekena asam pedas je kat sana.. Mana nak amek tau tentang pantai cantik yang ada kat sini.. Next pergi sana mesti kena singgah di Pantai Puteri ni.. Cantik gila weh view kat sini..
Dulu pantai ni bukan dipanggil Pantai Puteri tau tetapi Pantai Kundor.. Mungkin ada kisah disebalik nama tersebut yang aku sendiri pun tak tahu.. Pantai Puteri ni memang popular dikalangan pengunjung sebab pantainya bersih dan suasana kat sana sangatlah nyaman.. Satu lagi sebab pengunjung suka sangat ke sini adalah kerana keindahan pantai itu sendiri.. Kalau nak tengok view yang cantik, boleh tengok masa matahari naik dan terbenam.. Panorama yang tak mungkin boleh dilupakan dan pasti menjadi moment indah dalam hidup..
Kat sini pelbagai kemudahan ada seperti masjid, restoran, tandas awam, tempat menginapan dan sebagainya.. So, tak perlu risau.. Kot sakit perut ke, tandas ada.. Lapar, kedai makan ada.. Nak solat, masjid ada.. Ahhhh mengantuk, hotel ada.. hehe.. Tu yang best lepak sini.. Semua ada.. Ada lagi kemudahan yang dekat dengan pantai ni seperti balai polis, sekolah, klinik dan balai raya..
Nak beraktiviti pun boleh kat sini.. Macam-macam aktiviti boleh dilakukan seisi keluaga mahupun bersama kawan-kawan seperti memancing, berkelah, berkhemah, berkuda, berunta semua ada... Kalau time cuti sekolah tu, eloklah kalau datang ke sini.. Bolehlah anak-anak berseronok kat sini..
So, kalau datang ke Melaka ni jangan lupa singgah di Pantai Puteri ni.. Panorama yang sangat cantik dan menenangkan ada disini.. Rugi tak rakam moment indah tu.. Aku juga akan singgah di sini kalau ke Melaka nanti.. Insyaallah kalau panjang umur.. Hehe
3. Pantai Tanjung Bidara
Satu lagi pantai yang cantik ada di Melaka iaitu Pantai Tanjung Bidara.. Pantai ni terletak 10 km dari bandar Masjid Tanah dan 2 km dari Kem Terendak.. Pantai ni femes di Melaka.. Memang tempat tumpuan untuk berkelah..
Pantai kat sini memang bersih dan dijaga dengan baik.. Lagi pun kat sini keunikannya adalah kampung-kampung nelayan yang ada membuatkan tempat ini suasana persekitarannya aman damai.. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan kat sini.. Paling popular kat sini adalah memancing.. Ada masa-masa memang penuh orang di persisiran pantai sedang memancing.. Keseronokan tu ada disini..
Kat sini memang tersedia kemudahan untuk orang ramai yang berkunjung disini seperti tempat letak kereta, tempat permainan kanak-kanak, surau, medan selera, tandas awam dan bilik mandi untuk keselesaan para pengunjungnya.. Jadi, kalau yang plan nak ke melaka tu, wajib singgah sini bawak anak-anak bermain di sini..
Tentang keselamatan, jangan risau kerana disini ada Menara Kawalan Pantai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bagi membantu orang ramai yang mengalami kecemasan sewaktu berada di Pantai Tanjung Bidara ini terutama pada mereka yang bermandi manda di sini.. Kalau nak tengok pemandangan indah, tunggu waktu matahari terbenam.. Shantik sangat..
4. Pantai Pengkalan Balak
Banyak rupanya pantai dekat Melaka ni rupanya.. Selama ni tak pernah nak siasat.. Mungkin kebiasaannya ke Melaka semata untuk melawat tempat bersejarah.. Itu yang sampai tak tahu pantai apa yang ada dekat Melaka ni.. Pantai Pengkalan Balak ni pun cantik sangat dan bersih terletak berdekatan dengan Kem Terendak dan Pantai Tanjung Bidara..
View kat sini pun sangat cantik untuk dirakam menjadi moment indah... Kat sini memang menjadi tempat tumpuan pelancong dan banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini.. Kalau korang nak tahu, Pengkalan Balak tu adalah sebuah pekan lama di Melaka ni.. Pantai ni berhampiran dengan pekan ni.. Kat sini juga unik dengan kampung-kampung nelayan yang menjadikan suasana persekitarannya aman dan damai..
Kat sini boleh cuba banana boat... Uis pertama kali aku naik banana boat ni masa kursus di Pangkor... Memang tak akan naik dah kot sebabnya aku hampir lemas.. Haha... Gile betul kalau ingat balik.. Kenyang minum air laut time tu.. Haha.. Pengalaman betul..
Nak cari makan pun senang kat sini sebabnya banyak restoran kat tepi pantai ni dan ada jugak gerai-gerai yang menjual pelbagai makanan, pakaian dan permainan.. Bolehlah jalan-jalan sesambil cuci mata kan..
Ini yang menarik dekat sini.. Para pengunjung berpeluang menyaksikan nelayan-nelayan yang pulang bawak hasil laut menjelang senja.. Boleh la beli sekilo dua kan ikan segar... Pastinya harga lebih murah berbanding beli dengan pemborong.. Hiks.. Kalau nak ikut penempatan kat sini, memang ratanya penduduk bekerja sebagai petani dan nelayan.. Ada lebih kurang 11 buah penempatan kat sini..
5. Pantai Klebang
Nak lagi best, kena datang ke Pantai Klebang.. Memang banyak yang menarik kat sini.. Pantai Klebang ni terletak di daerah Melaka Tengah dimana lokasinya adalah diantara Bandar Melaka dan Sungai Udang berhampiran Pantai Puteri.. Pantai Klebang ni ada 2 tau.. Klebang Kecil dan Klebang Besar.. Untuk Pantai Klebang ni ia terletak di Klebang Besar.. Kat sini memang menjadi tumpuan pelancong..
Pantai kat sini pun bersih sangat sesuai untuk berkelah seisi keluarga... Sebab apa Pantai Kelebang ni menjadi tumpuan pelancong? Haa sebab kat sini banyak tempat menarik yang boleh dilawati seperti Dataran 1Malaysia dan juga Muzium Kapal Selam..
Di Pantai Klebang ni, pelbagai aktviti lain boleh dilakukan selain berkelah dan bersantai sepeti bermain layang-layang, menunggang kuda padi, menaiki kereta kuda, menunggang ATV dan bergambar ditempat-tempat menarik yang ada di sini.. Cantinya pemandangan.!
Bukan saja tempatnya cantik, tapi view dari atas pun sangat menarik dan unik susun aturnya.. Kalau sampai ke sini jangan lupa pekena Klebang Original Coconut Shake ye.. Sangat femes disini dan boleh menyebabkan craving yang teruk nanti.. Haha.. Aku pun nak cuba satu hari nanti..
Sebut saje pasal hutan ni, dah terbayang-bayang aktiviti hiking.. Lamanya tak berhiking... Rindu rasanya nak spend time dengan kengkawan pergi hiking.. Hurmm..
Ok, Hutan Rekreasi Sungai Udang ni salah satu tempat yang patut korang kunjungi bila ke Melaka.. Best tau kat sini.. Ia sebenarnya adalah sebahagian daripada rezab Hutan Simpan Sungai Udang.. Bila dah hutan, mestilah kaya dengan flora dan fauna kan.. Ofkos kat sini udaranya nyaman sebab hutannya masih terjaga dengan tumbuhan..
Aktiviti apa yang boleh dilakukan disini? Haa kalau kesini, korang boleh melakukan aktiviti rekreasi luar seperti berkhemah, merentas denai ataupun bird watching.. Kat sini juga boleh nak bersantai dan berkelah bersama keluarga.. Suasana kat sini memang tenang sangat.. Udara pun bersih..
Hutan Rekreasi Sungai Udang ni tak susah pun nak cari sebabnya ianya terletak di tepi jalanraya yang menghubungkan Sungai Udang dan Masjid Tanah.. Kalau tak jumpa jugak, kenalah mintak bantuan google map.. hiks..
Dekat sini, nak berjoging pun boleh.. Ada trek untuk berjoging.. Bukan berjoging aje yang boleh tapi nak mandi manda pun boleh disini.. Kat sini tersedia tempat makan dan tempat letak kenderaan serta kemudahan rekreasi seperti kawasan memancing, permainan kanak-kanak dan tempat berehat..
Nak berkhemah pun boleh.. Kat sini disediakan kawasan untuk berkhemah.. Biasanya pelajar sekolah, intitusi dan sebagainya yang selalu datang berkhemah disini.. Bukan itu saja, pengunjung juga boleh menghayati keindahan hutan dengan khazanah hutan yang kaya dengan spesis flora dan fauna..
Nak merentas denai pun boleh atau yang lebih menarik buat aktiviti jungle tracking, map reading, compass marching dan sebagainya.. Ia lebih lasak dan memberi pembelajaran yang bagus untuk kita.. Sambil beraktiviti sambil kita kutip ilmu pengetahuan.. Betul tak?