12 Tempat menarik di Melaka waktu malam! Murah utk kanak-kanak.

Tempat menarik di melaka waktu malam
Melaka ada banyak tempat menarik. Tapi, yang mana satu paling best? Teruskan membaca sampai habis untuk jawapannya!
Melaka memang banyak tempat menarik, sebab tu wajib tempah homestay dan hotel awal awal. Fully booked tau. Bayangkan, Hatten hotel melaka yang 5 bintang tu pun penuh. Apatah lagi hotel di melaka yang murah untuk percutian bajet.

Sambil balik kampung kali ini, nak juga pusing pusing tempat menarik di negeri bersejarah ni. Di internet memang banyak senarai tempat best di Melaka.

Saya pun nak buat list sendiri khas untuk lokasi menarik di melaka pada waktu malam.

Menarik dibaca: Ingin buat family day di Melaka? Ini senarai 10 homestay paling best di Melaka! Memang dekat dengan banyak destinasi tarikan pelancong.


12 Tempat menarik di Melaka di waktu malam

Ada beza ke pergi waktu malam? Banyak sangat beza. Macam ni lah perumpamaannya.

Bulan & bintang di langit sentiasa ada walaupun disiang hari, tapi kita tak perasan. Melainkan di waktu malam.

Macam itulah bezanya tempat tempat ni di siang & malam hari. Nikmat pinjaman Allah kepada kita.

Siri artikel tempat menarik di melaka. (Pilih salah satu)





Jangan tidur awal & lawati 12 tempat menarik di Melaka waktu malam hari!

12. Melaka River Cruise Umpama Berada Di Venice Itali


Tamadun lama di dunia banyak berkembang di lembah sungai & pesisiran pantai. Dulu ada belajar dalam subjek geografi di sekolah kan.

Sungai melaka yang merentasi bandar ini kini menjadi tarikan pelancong terutama sekali pada waktu malam.


Permandangan yang tak terbanding melalui jalan darat. Carilah hotel melaka murah yang dekat dengan tempat ni. Sebabnya, tak perlu meredah sesak di kawasan tumpuan pelancong ni. Booking awal awal online untuk harga terbaik.


Berbaloi tau melawat cruise ni waktu malam. Terutama sekali dengan nyalaan lampu neon pelbagai warna di tebing sungai dengan pelbagai bangunan yang dihias indah.

Fuhh, memang wajib pergi. Saya sarankan booking hotel di melaka sekitar bandar hilir. Jangan tempah yang jauh sangat. Sebab jalan sesak.

Menarik untuk di baca: Hotel di Langkawi tepi Pantai Cenang.
venice river cruise waktu malam
Ini permandangan Venice pada malam hari.
Melaka River Cruise waktu malam dan venice
Ini pula permandangan sungai melaka waktu malam. Tak kalah lawa kan

Naik river cruise ni wajib bawa kamera & tangkap gambar tau. 

Ini kerana banyak seni bina bangunan di tebing sungai ini tiada di kawasan lain di Malaysia.


Banyak bangunan warisan bersejarah seperti kedai makan, gudang gudang purba, kampung morten & gereja akan direntasi.

Laluan untuk river cruise ini adalah seperti berikut
  • Naik dari jeti muara. 
  • Dari jeta muara bot akan memudiki sungai menuju ke jeti taman rempah
  • Sebelum kembali semula ke jeti muara.


Saya di fahamkan, perjalanan pergi balik melalui laluan diatas memakan masa kira kira 40 ke 45 minit.

Jika ada ahli keluarga kita orang kurang upaya (OKU), jangan risau kerana ada kemudahan untuk OKU.

Dan harga tiket untuk OKU juga dapat diskaun. Terbaik kan.


Harga tiket pada hari bekerja pemegang mykad: RM10.60 dewasa: RM 5.30 kanak-kanak 


Manakala pada hujung minggu: pemegang mykad RM15.90 dewasa untuk kanak-kanak tetap sama.



tempat menarik di Melaka River Cruise waktu malam


Alamat: Jalan Laksamana, 75000 Melaka


Waktu operasi: Dibuka dari 9.00 pagi-11.30 malam

11. Menara Taming Sari Melaka Untuk Melihat Melaka dari Mata Burung Di Langit!

menara taming sari tempat menarik di melaka malam hari
Depan menara ini ada beca berlampu. Kredit gambar: Menaratamingsari.com

Menara yang diambil namanya dari kisah Hang Tuah bersaudara.

Ramai masih ragu ragu benarkah wujudnya keris taming sari. 


Itu saya pun tak pasti, yang saya pasti menara taming sari memang wujud di tengah bandar Melaka.


Dan rugi tak naik menara ni di waktu malam.


Boleh naik bersama sama 1 keluarga selepas penat berjalan. Sebab kita cuma duduk dalam menara tu & menikmati pandangan panorama bandar Melaka di malam hari.


Menara ini mempunyai fungsi gyro seperti menara kl di Kuala Lumpur.


Pandangannya tak akan kekal di satu tempat. Malah berputar dalam paksi 360 darjah secara perlahan lahan.


Kamera wajib bawa tau. Atau caj saja handphone kita penuh penuh.



Menara Taming Sari Melaka tempat menarik

Menara setinggi 80 meter ini,membolehkan kita melihat banyak tempat menarik di melaka pada sudut berbeza di malam hari.

Contoh contoh tempat tersebut ialah

  • Muzium Samudera
  • Masjid Selat
  • Dataran Pahlawan
  • Bukit St John Pulau Melaka
Bandar bersejarah ini nampak terhias indah & terjaga rapi dengan limpahan kilauan cahaya.

Harga tiket masuk ialah Rm17 untuk dewasa & RM11 untuk kanak kanak.


Alamat: Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka

Ketinggian: 24 tingkat

Dibuka pada: 18 April 2008

Waktu lawatan: Setiap hari dari 10 pagi hingga 11 malam.


10. Alto sky lounge untuk bersantai di bangunan pencakar langit

Alto sky lounge hatten hotel view

Sebelum ini saya ada kongsikan pengalaman tempah hotel online di Melaka.

Salah satu hotel yang saya tinjau adalah Hatten hotel di tengah bandar Melaka. Cuma trip kami kali ini mahu hotel yang ada swimming pool atau taman tema.


Terpaksa keluarkan dari senarai pendek.


Alto Sky Lounge terletak di Hatten Tower dan setakat ini adalah antara bangunan tertinggi di Melaka. Lebih tinggi dari Menara Taming Sari.


Dan ada juga kafe yang menyajikan makanan & minuman di sini. Cuma saya tak pasti tempat ini halal atau tidak.



Alto Sky Lounge Tempat Menarik di Melaka Waktu Malam
Pandangan malam dari bangunan pencakar langit Melaka. Kredit gambar: Datviettour.com.vn

Salah satu tempat rehat menarik untuk duduk makan makan (jika halal) & sembang dengan keluarga.

Jam operasi: 16.00 petang – 00.00 malam

Alamat: Dataran Hatten, Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka

Waktu lawatan:
  • Weekdays dari petang hingga jam 12 malam
  • Weekend dari jam 4 petang hingga jam 1 pagi

9. The Shore Sky Tower, Pandangan dari puncak tertinggi di Melaka

The shore sky tower roof top malam
Kredit gambar: Skytower.theshoremelaka.com
Kalau di Kuala Lumpur, bangunan tinggi ni dah jadi perkara biasa. 

Setakat menara berkembar Petronas tu dah jadi tempat bermain di zaman zaman baru kenal dunia.


Di Melaka ni, The Shore Sky Tower adalah bangunan tertinggi iaitu 42 tingkat atau 153 m. 


Saya tak kisah sangat nak singgah sini, cuma anak anak & isteri mungkin suka. Sebab bukan selalu naik bangunan pencakar langit kan.


Lainlah kita hari hari kerja pejabat di tengah kota.



The shore sky tower roof top waktu malam

Difahamkan ada restoran diatas bangunan ni, tapi tak pasti halal atau tidak.

Cuba buat kajian sebelum makan disini dahulu. Paling mudah cuba lihat samaada minuman keras / arak ada dihidangkan atau tidak.


Kalau ada memang sah lah haram. (Lawan halal kan haram. Haha)


Daya tarikan tambahan tempat ni berbanding bangunan pencakar langit di Melaka ialah

  • Akuarium dengan ikan koi (Teringat kunjungan ke taman rama rama melaka denagn kolam ikan koi & lanskap menarik)
  • Platform kaca lutsinar untuk lihat pandangan ke bawah dari ketinggian 153 meter. Ketar lutut.
Alamat: Lebuh Ayer Keroh, Kampung Bunga Paya Pantai, 75450 Melaka
Waktu lawatan: buka pada pukul 10.00 am-10.00pm.

8. Jonker Walk Melaka Untuk Cari Cenderahati Di Malam Hari

tempat menarik di Jonker Walk melaka waktu malam

Kalau dah melancong, takkan nak balik tangan kosong kan?

Mesti nak beri buah tangan pada saudara mara & jiran taulan. Nak beli di mana ya?

Pergi saja ke pasar malam Jonker walk. 

Memang terdapat banyak barangan cenderamata di jual pada harga yang berpatutan. Nak cari keychain, baje, kraftangan?

Semua ada disini pada harga berpatutan. Boleh survey harga untuk dapat tawaran terbaik.


pasar malam jonker walk ramai orang
Memang ramai orang ke mari. Bawa anak jangan sampai hilang.
Saya sendiri suka pergi pasar malam daripada shopping complex untuk cari cenderamata sebab pilihan lebih banyak.

Dan boleh asah skil tawar menawar. Boleh menuntut ilmu dengan isteri masing masing.

Alamat: Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
Waktu operasi: Tutup setiap hari melainkan pada hujung minggu. Jumaat~ Ahad dari jam 5 petang hingga 12 tengah malam.


7. Night Safari Zoo Melaka, "Dating" bersama hidupan liar di hutan rimba!

tempat menarik di zoo melaka pada waktu malam

Pernahkah kita terfikir, tiap kali melawat zoo.

Kebanyakan haiwan sedang tidur.

Mesti ada kan.

Ini kerana ada di antara haiwan ini nokturnal iaitu aktif di waktu malam.

Sebab itu, cuba kita lawat Zoo Melaka pada waktu malam. Kami pernah ke mari pada waktu siang sebelum ini.

Insyaallah jika ada kesempatan, mahu juga singgah ke night safari di malam hari.

Zoo Melaka, seingat saya adalah zoo no 2 dari segi saiz di Malaysia. 

Menempatkan lebih 1200 haiwan dari 215 spesis  berbeza. 

Siapa yang teringin melihat badak sumatra yang diancam kepupusan bolehlah datang sini. 

Bawa kamera boleh, tapi rasanya tak boleh onkan flash semasa tangkap gambar kerana khuatir akan memeranjatkan haiwan liar.

Nanti mereka jadi agresif.

Pak belang pun ada, rasanya malu nak lihat kamera sebab teringatkan kancil. Eloklah kan, pak belang jadi logo Maybank.

Kancil pula jadi logo Bank Negara Malaysia.


Night Safari zoo melaka menarik malam
Pak belang buat apa tu?

Alamat: 75450 Ayer Keroh, Melaka

Kawasan: 22 hektar

Night Safari hanya dibuka pada 2 hari saja iaitu pada hari jumaat & Sabtu dari jam 8 ~ 11 malam. 

6. Kota A’Famosa untuk Tugu Pahit Zaman Penjajahan

Tempat Menarik di Melaka Waktu Malam Kota A Famosa

Ramai orang datang ke mari untuk sekadar bersiar siar, tapi hakikatnya kota ini memberi simbolik kesilapan datuk nenek moyang kita zaman dahulu.

Banyak pengajaran untuk diambil dari generasi terdahulu.

Bagaimana Melaka jatuh ke tangan kuasa penjajah sehingga ratusan tahun. Bertukar tangan dari portugis, Belanda dan British.

Kota ini dibina pada zaman penjajahan Portugis pada tahun 1511.

Hanya saki baki dari kubu asal kota ini yang tinggal kerana di runtuhkan oleh British. Dirobohkan pada 10 Ogos 1807

Usia kubu ini mencecah 500 tahun.

Tak jauh pun, kalau menginap di hotel equatorial jalan kaki saja ke mari. Waktu malamnya dihias rapi & penuh bercahaya di atas bukit yang menghadap Selat Melaka.

Alamat: Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 78000 Alor Gajah, Melaka

5. Melaka River Pirate Park untuk bersukaria di tepi Sungai Melaka!

Tempat Menarik di Melaka Waktu Malam Melaka River Pirate Park

Dah puas melawat tempat bersejarah & pantai di Melaka semasa siang hari?

Saya syorkan untuk kita bawa keluarga ke Melaka River Pirate Park.

Bersiap sedialah untuk keluarkan duit untuk setiap permainan di dalam ni. Terdapat banyak permainan yang boleh dicuba seperti:
  • Ferris Wheel.
  • Flying Fox Pirate Ship
  • Rock Climbing
  • Haunted Castle
  • Bungee Trampoline
  • Mad Cow
Masuk taman tema confirm kena keluar duit. Memang padanlah dengan namanya sebagai tempat perhimpunan lanun.

Jalan Laksamana, 75000 Melaka

Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 11.30 malam.

4. Pantai Klebang Melaka / Pantai Puteri Melaka / Pantai Tanjung Bidara 

pantai di melaka malam menarik

Ambil lah masa untuk melihat permandangan matahari terbenam di Selat Melaka.

Cantik.

Boleh pergi ke pantai pantai di Melaka.

Saya rekemen pergi ke Pantai Puteri, atau Pantai Klebang, Atau kalau nak jauh sikit boleh pergi ke Pantai Tanjung Bidara & Pantai Kuala Sungai Baru.

Ada banyak homestay di melaka tepi pantai. Sewa saja dan mudah untuk ambil masa menjamu mata kita melihat permandangan indah ini.

Di samping bunyi deruan ombak menghempas pantai yang mendamaikan.

Memang mengasyikkan.

Nak adventure lagi boleh berkelah saja dalam khemas. Malam pergi panggan sendiri makanan laut yang di beli di muara nelayan.

Ikan segar yang manis baru keluar dari laut.

Atau makan saja di restoran makanan laut di tepi pantai.

Alamat: Boleh pilih sendiri pantai mana yang disukai. Saya prefer pantai puteri sebab dekat rumah mak mertua sendiri.

3. Dataran Pahlawan Untuk Beli Belah & Window Shopping!

Tempat Menarik di Melaka Malam Dataran Pahlawan Megamall

Sebelum ini saya rekemen untuk pergi ke Jonker Street untuk harga souvenir yang murah dan berpatutan.

Tempat ini pula sebaliknya.

Siapa yang mempunyai bajet lebih boleh datang ke Dataran Pahlawan Megamall untuk cari oleh oleh untuk dibawa pulang.

Harga produk disini memang lebih mahal & berjenama.

Barang barang seperti berikut boleh diperolehi disini, pakaian berjenama, aksesori & gajet telefon & aksesori wanita

Alamat: 01, Hatten Square, Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka

Waktu perniagaan:  Setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam


2. Mahkota Parade untuk Makan di food court & Shopping Sakan!

Mahkota Parade Tempat Menarik di Melaka Waktu Malam

Satu lagi lokasi untuk membeli belah & makan makan.

Saya kurang minat nak ke mari kerana jalan selalu sesak. Tapi mungkin lokasi hotel & homestay melaka anda berdekatan.

Boleh lah datang ke sini.

Alamat : Mahkota Parade, G8, Jalan Merdeka, Taman Costa Mahkota, 75000 Melaka

Waktu perniagaan:  Setiap hari dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam


1. Masjid Selat Melaka

Masjid Selat Melaka tempat menarik malam

Dan juga masjid masjid di seluruh Melaka.

Melaka ni kaya dengan Masjid yang cantik cantik dengan senibina yang unik. Ada pengaruh dari Cina, Jawa, India & macam macam lagi.

Masjid Selat di Melaka pula terletak betul betul di tepi pantai. Nak lihat matahari terbit?

Senang saja, solat subuh di sini. Confirm nampak matahari terbit.

Nak lihat matahari terbenam? Senang saja solat maghrib disini.

Mesti nampak matahari terbenam.

Lokasi pun strategik. Lepas solat Isyak boleh lah keluar jalan jalan di Melaka.

Pendek kata, semakin jauh kita berjalan sepatutnya makin hampir dengan Allah swt sang pencipta.

Solat tak boleh tinggal. 
“Apabila telah ditunaikan solat , Maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.” (QS. Jumu’ah: 10)
Alamat: Jalan Pulau Melaka 8, 75000 Melaka

Pengaruh senibina: seni bina Islam



FAQ

Hotel mana yang dekat dengan banyak tempat menarik di Melaka?

Walaupun Melaka ni kecil, ada banyak tempat menarik yang takkan habis sekali jalan. Penting untuk kita pilih hotel yang strategik lokasinya. Anda boleh pilih hotel terbaik di Melaka dari senarai yang kami sediakan ni.

Kalau nak bercuti ke Melaka dengan bajet kecil, nak duduk di mana pula?

Jika trip anda kali ini dalam kumpulan kecil, duduk saja di hotel murah sekitar Melaka. Boleh pilih hotel milik muslim yang kami senaraikan ni. Nak solat pun senang sebab kemudahan sembahyang disediakan.

Macam mana pula kalau bercuti ke Melaka dalam kumpulan besar?

Kalau anda seorang pelajar dan merancang berjalan jalan di Melaka semasa cuti semester, lebih sesuai tinggal di homestay bajet di Melaka. Lagi puas hati.

Lokasi terbaik di Melaka untuk family day?

Jika anda mahukan percutian indah bersama keluarga di negeri bersejarah, terdapat banyak homestay menarik untuk pilihan anda. Nak tepi pantai, tengah bandar ataupun ladang durian. Nak rumah kampung, homestay bentuk kapal cruise atau banglo mewah, anda sendiri buat pilihan. Baca senarai homestay paling menarik di Melaka untuk hari keluarga.



Penutup

Cuti sekolah dah tak lama lagi, hujung bulan mac 2018 dah bermula cuti penggal persekolahan. 

Maka ramailah manusia akan pergi bercuti & balik ke kampung masing masing. Yang pergi umrah & lain lain.

Kami pun tak ketinggalan untuk pulang ke Melaka dari Shah Alam menghadiri majlis perkahwinan saudara mara.

Hotel semua sudah di tempah online 3 bulan lebih awal, ada kami kongsikan tips dapat tempah hotel murah sebelum ini. Hotel Melaka selalu penuh musim cuti sekolah ni untuk percutian yang menarik. Jangan bertangguh, mesti ada yang sesuai dengan budget.

Sampai juga kita ke penghujung artikel ini. Selamat bercuti di Melaka. Saya doakan selamat pergi dan pulang.

Insyaallah. TInggalkan komen & pendapat bernas anda di ruangan komen.

left-sidebar

39 Comments

Previous Post Next Post