Pakej Umrah 2018 & Cara memilih syarikat pengendali terbaik!

Assalamu'alaikum Wrmbth, Alhamdulillah di beri kesempatan untuk bertemu di ruang maya ini. 

Mak dan ayah baru je pulang dari mengerjakan umrah tanah suci hari jumaat 19 Jan 2018.


Banyak cerita yang mereka kongsikan di sana untuk bekalan kami sekeluarga. Cuma kali ini saya nak kongsi cerita tentang cara memilih pakej umrah yang paling bagus.


Terutama untuk mak ayah kita yang dah tua.


Penting sangat untuk memilih pakej umrah yang betul kerana banyak masa yang terbuang begitu saja untuk perjalanan pergi dan balik dari masjidil Haram ke hotel.

Jangan salah faham tentang maksud saya diatas, memang betul berjalan ke masjid itu juga ibadat. Tetapi ibadat sendiri ada tingkatnya yang tertentu.


Bukankah solat di Masjidil Haram 100,000 kali lebih afdal dari solat di tempat lain.



Pakej Umrah 2018 & Cara memilih syarikat pengendali terbaik!

Atas waktu yang singkat disana, penting untuk kita memaksimakan peluang yang ada untuk melakukan ibadat paling afdhal.

Sama macam kita merebut lailatul qadr, kita sebenarnya perlu buat persiapan untuk puasa sunat, baca al quran dan solat sunat lebih bermula dari bulan safar, syaaban dan puncaknya di bulan Ramadhan.


Dengan persiapan yang betul, peluang kita untuk meraih malam lailatul qadr lebih tinggi.


Begitu juga dengan menunaikan umrah.


Persiapan yang betul dari segi fizikal, rohani dan wang ringgit diperlukan.


Insyaallah bakal jemaah dan para jemaah umrah akan mengalami satu pengembaraan rohani dan jasmani dengan persiapan rapi.

Satu pengalaman yang tiada galang gantinya. Perjalanan suci ke dua tanah suci dalam agama kita. Mekah al Mukarramah dan Madinah al Munawwarah.

Cara Mengerjakan Umrah : Tutorial 5 Minit


Mari sama sama kita tonton video yang sangat informatif ini. 

"KLIK" butang "PLAY" sekarang untuk menonton tutorial umrah.



Video ini didalam bahasa inggeris. Lengkap dengan animasi 3d Kaabah dan lokasi umrah.



Best kan?


Ataupun boleh rujuk gambarajah dibawah untuk rumusan mengerjakan umrah  langkah demi langkah 

Cara mengerjakan umrah langkah tutorial

Insyaallah dengan pengalaman yang ada sebagai mutawif umrah setakat ini, akan dikongsikan kepada para pembaca semua untuk manfaat bersama.

Bukankah Rasulullah SAW ada diriwayatkan 

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: 

"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."


(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya) 

Sedikit sebanyak, hasil perkongsian kami didalam blog ini akan dapat membantu meningkatkan kualiti ibadat umrah umat islam di Malaysia.

Insyaallah.

Sebagai permulaan, ramai di luar sana tercari cari pakej umrah tahun 2018. Terlalu banyak agensi pelancongan di luar sana yang memberikan khidmat ini.

Alhamdulillah dari satu sisi, ini menunjukkan satu perkembangan sihat. Umat islam semakin sedar kepentingan dan kelebihan mengerjakan ibadat umrah.



Walaubagaimanapun, oleh kerana lokasi Mekah dan Madinah yang jauh memerlukan bakal jemaah mempersiapkan diri dengan secukupnya.


cuaca semasa musim panas
Bayangkan cuaca di tanah suci semasa musim panas. Panas membara


Sama ada dari aspek spiritual dan fizikal.

Disini saya sertakan 10 tips memilih pakej umrah yang terbaik.

10 Tips Memilih Pakej Umrah Yang Wajib Diketahui Bakal Jemaah. Elak Duit Lebur & Menyesal Tak Sudah!

Di bawah ini saya senaraikan 10 perkara penting untuk difikirkan sebelum kita keluarkan kad atm dari dompet & pindahkan duit ke akaun pengendali umrah.


1. Harga Pakej Yang Ditawarkan

Baik, soal harga adalah paling penting. 

Buat perbandingan harga antara pakej yang ditawarkan agensi berbeza.

Harga yang murah tidak boleh menjadi ukuran kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

Betul, sering kali kita dengar dari rakan rakan kita yang pernah ke tanah haram, keluhan dan kekesalan kerana tersalah pilih pakej.

Harga dibawah RM5,000 boleh dikatakan murah. 

Tapi, antara perkara utama yang perlu di pertimbangkan ialah
  • Adakah makanan dan minuman disediakan? 
Tujuan kita ke sana untuk fokus majoriti masa beribadat. Pakej yang menyediakan makan akan sangat menjimatkan masa.
  • Harga pakej memang berbeza mengikut bulan dan musim. 
Contohnya, pakej mengerjakan umrah di bulan Ramadhan adalah lebih mahal kerana pahala amalan dan ibadat kita di gandakan berkali ganda.

Hotel dan rumah penginapan memang penuh di masa ini.
  • Semak iklan pakej umrah tersebut untuk nombor rujukan kelulusan dari Kementerian Pelancongan Malaysia.
Harga pakej juga akan mempengaruhi lokasi penginapan kita dengan masjid Nabawi di madinah & Masjidil Haram di Mekah.

Dari pengalaman ibu & ayah saya, ada jemaah Malaysia yang terpaksa naik teksi ulang alik ke Masjidil Haram kerana jauhnya jarak.


Ibu dan ayah kita yang dah tua akan berjalan kaki jauh ke masjid setiap hari, dan jalan pergi dan pulang tidak sama.


Ini kerana sekatan jalan semasa pulang, polis tak benarkan lalu jalan yang sama.


Alamat terpaksa jalan kaki lalu jalan jauh.


Ada satu ketika ibu saya terpisah dari ayah di tanah suci kerana masalah ini. jadi, buat anak anak yang ada kemampuan lebih dari segi kewangan.


Belanjakan duit yang ada ini untuk memudahkan mereka beribadat.


Semoga Allah membalas setiap sen yang dikeluarkan itu dengan keberkatan & rahmat kasih sayangnya.

2. Tempoh Umrah Dalam Pakej Tersebut

Ini satu lagi perkara penting. Memang logik sekiranya harga pakej lebih mahal untuk tempoh yang lebih panjang.


Kos penginapan dan makanan akan meningkat dengan bilangan hari disana.

3. Kedudukan Dan Jarak Hotel


Seperti yang saya kongsikan tadi, harga pakej umrah akan memberi kesan kepada jarak hotel dengan masjid.

Keselesaan kita beribadah disana semasa juga dipengaruhi dengan oleh berapa jauhnya hotel dengan Kaabah dan Masjid Nabawi.


Semasa meneliti pakej tersebut. Cari nama hotel dan buat sedikit kajian tentang jarak yang perlu diambil untuk berjalan kaki.

Lebih dekat hotel, lebih mahal harga pakej.

Paling bagus, keluar saja hotel terus nampak masjid. Hotel memang tak sama macam duduk rumah sendiri.

Pada masa yang sama, cuba cari komen bekas pelanggan agensi perlancongan lepas.


Adakah agensi umrah tersebut benar benar menepati janji yang ditetapkan.


Reputasi syarikat pengendali haji dan umrah memang berbeza.

Dengan memilih syarikat yang berkredibilit dan menepati janji, jiwa kita lebih tenang dan fokus disana.

Memang benar, masalah tidak dapat dielakkan. Tetapi persiapan yang rapi akan memberikan pengalaman berbeza disana.

4. Selidik Agensi Umrah 


Ambil sedikit masa dan kaji latar belakang syarikat pengendali umrah yang anda sudah senarai pendek.

Terutama sekali sekiranya agensi tersebut masih baru dan bersaiz kecil.

Antara ciri ciri yang perlu ada pada syarikat tersebut ialah

a. Mempunyai lesen dan permit


Permit 'outbound' (membawa jemaah keluar negara) yang sah atau hanya ada permit untuk 'inbound' (aktiviti pelancongan dalam negara) sahaja. 



b. Mempunyai sistem permohonan visa yang cekap. 


Urusan mendapat visa lancar kerana kecekapan dan pengalaman berurusan dengan kementerian di Arab Saudi.

Staf yang ditugaskan menjawab sebarang soalan dari pelanggan mestilah mahir dalam selok belok visa.

Antara tips yang diberikan oleh beberapa bekas jemaah sebelum ini ialah sekiranya agensi tersebut bagus, sesiapa sahaja yang angkat telefon tu boleh jawab tentang semua hal. 

Jika tidak, lebih selamat untuk cari agensi lain.

5. Menawarkan Kelas umrah dan Kursus Haji


Antara faktor utama untuk kesempurnaan ibadat umrah yang bakal dilakukan ialah ilmu.

Jadi memang elok sangat kita luangkan masa pergi ke kursus umrah.

Umrah dan haji mempunyai dam atau denda untuk jemaah yang melakukan kesalahan.

Lebih teruk lagi ibadat umrah kita boleh jadi tidak sah.

Jadi, sebelum berangkat ke sana timba sebanyak mungkin ilmu. Hadiri kursus umrah kelolaan agensi tersebut.

Pastikan kursus ini ada dalam pakej tersebut. Walaupun ada khidmat mutawif semasa di tanah suci nanti.

Tapi keadaan disana sangat sesak dan padat dengan lautan manusia. 

Tanggungjawab kita sendiri untuk memastikan ibadat kita sesempurna mungkin.

Mutawwif hanya seorang sahaja.

Kebiasaannya mutawif akan membantu rombongannya untuk pusingan pertama sahaja.

Tetapi, bergantung kepada pakej umrah & agensi yang diambil, ada jemaah yang mengerjakan tawaf bersama mutawif untuk 3 pusingan umrah.

Ini bagi membantu semua ahli dalam jemaah melaksanakan tawaf dengan sempurna.



6. Cara Pembayaran Pakej

Bagi memastikan ketelusan urusniaga. Sebarang transaksi mestilah dimasukkan terus kepada akaun syarikat tersebut.

Bukan pada akaun persendirian dan orang ketiga.

Isu percaya atau tidak itu tidak penting. Bagaimana hendak tahu yang akaun tersebut bukan mulik persendirian?

Semasa pemindahan wang secara online, Nama syarikat tersebut akan terpapar di skrin komputer.

Pastikan dapat resit pembayaran dan simpan resit sebagai rujukan di kemudian hari.

Semasa saya membantu ibu & ayah melakukan urusan pembayaran duit umrah, staf di kaunter berulang kali mengingatkan kami untuk berhati hati melakukan pemindahan pada akaun bank peribadi.

Tanya dengan jelas, tak perlu berselindung lagi dengan wakil dari agensi.

Samada akan ada caj tambahan yang perlu dibayar di tanah haram.

Beringat sebelum kena.

Antara langkah yang diambil pihak agensi yang telus untuk menjamin keselamatan dan ketelusan dalam urusan pembayaran ialah yuran akan dimasukkan terus kedalam akaun syarikat.

Tiada orang tengah untuk urusan pembayaran.

Dan memang betul, ini yang dialami oleh ibu ayah saya, walaupun selepas bayar pakej umrah dengan penuh, Staf akan "upsell" kami dengan



  • Daripada bilik berkongsi 4 orang kepada 2 orang. Seorang perlu bayar RM400. Kalau 2 orang dah RM800.
  • Lawatan ke tempat bersejarah di Madinah dan Mekah. Ini juga ada dikenakan bayaran.

    Sebab itu penting untuk kita selidik awal awal, memang ada pakej yang mahal tapi semua dah masuk.

    Atau ambil pakej umrah murah tapi kena upsell macam macam sampai akhirnya harga pakej dah sama dengan pakej mahal.

    Atau lebih teruk lagi, jadi lebih mahal dari pakej mahal.

    Seeloknya kita sebagai anak perlu ambil tahu semua ini, mak ayah kita kan dah tua serta kurang arif urusan ini semua.

7. Bilik Hotel Penginapan Yang Dijanjikan


Adakah kita akan pergi berseorangan, berdua ataupun bersama keluarga? Harga pakej umrah dipengaruhi oleh jenis bilik yang dipilih.

Bilik single lebih mahal daripda bilik untuk berempat. Perlu dapat penjelasan dari penyedia perkhidmatan ya.


Jika Tuan Puan pergi bersama keluarga, lebih wajar ambil pakej keluarga.


Harganya lebih murah dan berpatutan.

Dan semestinya lebih selesa ditempatkan bersama dalam satu bilik bukan?


8. Syarikat Penerbangan Yang Digunakan


Dua syarikat penerbangan utama yang menawarkan Syarikat penerbangan selesa ialah Malaysia Airlines (MAS) dan  Saudi Airlines.

Pesawat akan terus terbang menuju ke destinasi tanpa berhenti dimana mana.

Memang seronok perjalanan tanpa transit ni. Menjimatkan masa.

Dan untuk mak ayah kita, keselesaan itu penting.

Antara kelebihan terbang dengan MAS ialah, makanan dalam pesawat memang masakan Malaysia .

Biasanya ibu bapa yang dah berumur agak cerewet soal makanan.

Makanan MAS lebih serasi dengan lidah orang Malaysia.

Ada juga syarikat penerbangan untuk menunaikan umrah yang lain dengan harga lebih murah.

Cuma harga murah tersebut perlu dibalas dengan tempoh penerbangan yang lebih lama.

Banyak berhenti transit.

Lebih meletihkan dan menghabiskan banyak masa di atas pesawat.


Apa pun, kita boleh memilih sendiri pakej berbeza dengan harga berlainan di Agensi umrah yang berbeza.

Buat survey di atas talian dan kemudian bandingkan.

9. Kewargenegaraan Mutawif


Ok, kebanyakan pakej menunaikan umrah yang murah menggunakan servis mutawif warganegara Indonesia.


Caj upah merah lebih rendah.


Perbezaan kualiti antara Mutawif Malaysia dan Indonesia adalah seperti berikut.


Mutawif Malaysia akan dipertanggungjawabkan menasihatkan jemaah dari Malaysia lagi.

Mereka akan bersama sama jemaah terbang dari KLIA kesana.

Dan menjadi sumber panduan dan rujukan rombongan jemaah di tanah suci.

Segala isu boleh dirujuk pada mereka. Bahasa yang digunakan mestilah bahasa melayu.

Jadi kesukaran untuk berkomunikasi sangat rendah.

Selepas tamat wakti disana. Mutawif Malaysia akan turut pulang bersama sama ke Malaysia.

Dari Malaysia ke Malaysia semula. Selamat ke pangkuan keluarga tercinta.

Berbeza dengan mutawif Indonesia, mereka akan menunggu di tanah haram. Selalunya di Hotel.

Kebanyakan mutawif indonesia terdiri dari pelajar yang sedang menuntut disana.


Bahasa yang digunakan memang Telor Indonesia tulen. Macam dalam Sinetron.

Mutawif Indonesia akan menamatkan tugas mereka di kaunter daftar masuk lapangan terbang dan pulang ke mekah atau madinah semula.


Bermula dari beberapa tahun lepas, kesemua mutawif dari Andalusia adalah dari Malaysia.

Ini bagi memastikan Tuan Puan semua mendapat khidmat nasihat terbaik dari mereka yang mahir dan faham peribadi rakyat Malaysia.

10. Bilangan Umrah Yang Dilakukan


Bagi menyempurnakan ibadat umrah, jemaah perlu melakukan miqat-tawaf-saie. 


Ada agensi yang menyediakan tiga kali umrah. 


Apa kelebihan melaksanakan tiga kali umrah?


Peluang untuk melakukan umrah yang tidak sah akan lebih rendah.


Sebagai makluman, hanya satu umrah dikira wajib, dan dua lagi umrah sunat. 



Dengan andaian ketiga tiga umrah tersebut sah dan diterima.



Jika umrah pertama sah, dan kedua dua umrah berikutnya juga sah.



Umrah pertama dikira wajib dan selebihnya sunat.



Sekali lagi, suka kami sarankan supaya buat kajian dahulu ya.



Kebanyakan contoh yang diberikan adalah dari perkhidmatan yang diberikan dalam pakej umrah.



Ada pakej dari syarikat lain yang menawarkan hanya satu kali umrah wajib. 

Sekiranya Tuan Puan Ingin melaksanakan ummrah sunat, perlu melakukannya sendiri.

Dari urusan sewa van lepas yang kena bayar sendiri dan pergi sendiri ke Tanaim atau Jaqrana untuk miqat.

Dan semestinya pakej sebegini kelihatan murah pada asalnya. Tetapi selepas diambil kira usaha untuk mengatur sendiri umrah sunat.. 

Tidak setimpal bukan.


Kesimpulan milih pakej umrah di tanah suci

Ibadat umrah memerlukan persiapan yang rapi dari segi duit, tenaga & masa. Semestinya kita mahu ibadat kita diterima Allah swt kan.

Sebab itu kita perlu rancang sebaiknya. Buatlah kajian mengenai pakej umrah dan agensi yang menawarkannya.


Kerana apa apa yang berlaku di sana, kita kena sabar sebab semuanya dah berlaku.


Saya pernah jumpa makcik yang pulang dari sana menggunakan khidmat travel agensi yang kononnya kepunyaan orang kenamaan, tetapi dibiarkan terkontang kanting disana.


Semoga kita dijauhi dari nasib sedemikian rupa.


Tamat sudah perkongsian ini.

Comments

  1. Perkongsian yang bagus... Memilih pakej memang kena berhati-hati.. Ramai sangat yang buat pakej palsu skrg nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah lihat usaha kita, bukan hasilnya. Usaha nak nak buat umrah terbaik pasti ada balasannya

      Delete
    2. Kalau pergi tribunal aduan pengguna, memang banyak cerita sedih tentang pakej umrah ni

      Delete
  2. Pakej umrah yang terlalu murah memang patut diambil perhatian, elok hati hati dan buat kajian.

    Kalau mampu ambil pakej umrah tabung haji travel sebab paling terjamin insyaallah.

    Depan masjidil haram je penginapan tu.

    Kalau untuk mak ayah tak payah berkiralah. Kalau kita yang muda ni pergi tak apa ambil yang jauh jauh sebab elok buka mata dan ambil pelajaran dari apa yang berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk mak ayah memang tak perlu berkira, nanti Allah swt berkira dengan kita rezeki sempit baru tahu

      Delete
    2. Orang kita suka sangat barang murah tapi berkualiti, Kalau bahagian shopping boleh masuk banyak kedai tanya beza harga. Masa cari pakej umrah kena buat benda sama.

      Lebih baik berhati hati daripada menangis kemudian hari.

      Delete
  3. Sekarang ni ramai yang berani baut pakej umrah tipu, sampai hati betul kan! Sebab itu kita jadi orang ramai ni jangan mudah percaya pada kopiah serban dan jubah.

    Kita kena buat penyelidikan tentang latar belakang pengendali umrah.

    Duit boleh cari, tapi kesempurnaan ibadat pun kita cari kan

    ReplyDelete
  4. Betul tu... nak pergi buat ibadah, dah prepare semua, hati dah berbunga riang nak jadi tetamu Sang Pencipta, alih2 jadi benda yang tidak dingini ni sebab salah pilih... sedih nya la haiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah dengar kisah di radio, ada makcik jual sayur di pasar.

      Sehari untung rm20. Simpan puluhan tahun

      Baru dapat pergi tanah suci. Berkat, rezeki hasil titik peluh.

      Belum tentu pergi sana setiap tahun boleh lawan dengan mak cik jual sayur ni.

      Delete
  5. Perkongsian yang sangat bagus. Kena banyak buat preparation bila nak tunaikan umrah mahupun haji kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak beli kereta dan kahwin pun kena buat preparation kan mimi.

      Apatah lagi nak pergi haji dan umrah. Kemuncak ibadat dalam hidup kita

      Delete
  6. Tq for sharing.. mmg kena pandai pilih sebab bukan selalu dpt g umrahkan.. semoga mama pun dpt pergi Di usia muda lagi bersama keluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, semoga Allah murahkan rezeki mamapp. Dapat pergi tanah suci semasa usia masih muda.

      Delete
  7. semoga my parents smpi sana satu hari nnt. ameen

    ReplyDelete
  8. Saya pernah berbual dgn seorang makcik yg duduk di hotel jaraknya 20-30 minit jalan kaki ke Masjidil Haram. Kalau tak silap, dia akan datang awal pagi, dan hanya balik malam selepas Isyak ke hotelnya. Gigihnya dia.. Moga dia dan kita semua mendapat Umrah yg mabrur..

    ReplyDelete
  9. antara wishlist saya, semoga ada rezeki untuk kami ke sana, insha allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, Semoga makbul sebab mama pun teringin nak pergi umrah sebelum melancong ke tempat lain di luar negara

      Delete
  10. alhamdulillah bagus entry nih
    harap ada rezeki saya ke sana semula
    amin

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hantar mak ayah pergi umrah!

Cara tempah hotel online di Melaka! Harga murah & dapat diskaun tambahan.