Pakej Umrah Bersama Anak Kecil? Ini tips supaya anak & keluarga kita tersenyum mengenangkan

Assalamu'alaikum Wrmbth, musim cuti sekolah lepas semasa menghantar ibu bapa ke KLIA untuk mengerjakan umrah, saya perhatikan ramai keluarga yang pergi menunaikan umrah.

Dan saya perhatikan, ada diantara mereka yang membawa anak anak kecil.

Bestnya jika dapat menunaikan umrah bersama satu keluarga. Pengalaman menarik & terindah seumur hidup.


umrah bersama anak kecil
Foto kredit: aftenposten
Selain memerlukan belanja yang yang lebih dari segi wang ringgit, pengalaman menunaikan ibadat umrah bersama anak kecil memerlukan persediaan fizikal & mental.

Di bawah ini saya kongsikan beberapa tips menarik yang boleh kita sama sama manfaatkan.




Tips Pilih Pakej Umrah Keluarga Bersama Anak Kecil.


Insyaallah, di bawah ini saya akan berkongsi tips memilih pakej keluarga terbaik untuk membawa anak kecil.

Ini kerana kita pergi ke sana bukan untuk melancong & melawat tempat menarik.

Ok, sekiranya keluarga Tuan dan Puan yang terdiri daripada suami isteri dan beberapa orang anak ingin melaksanakan umrah.

Mahu tidak mahu, perancangan rapi perlu di buat dari awal. Jika kita mahu pergi ke pusat membeli belah pun sudah agak sukar membawa anak anak.

Dalam kesibukan memilih barangan, ada juga kes kehilangan anak. 





Ini kan pula dalam keadaan kembara musafir ke tanah suci mengerjakan umrah. Jauh mengembara di bumi yang di berkati.

Insyaallah dengan panduan ini, pengalaman umrah bersama keluarga anda akan lebih indah.

Dan dengan ilmu yang betul anda juga dapat menjimatkan wang masa dan tenaga kerana

Sama sama beroleh manfaat. Jom kita teruskan.

Tips Membawa Anak Kecil Semasa Mengerjakan Umrah!

Setelah sepasang suami isteri berniat untuk membawa anak yang masih kecil untuk Umrah bersama.

Terdapat kelebihan dan cabaran untuk membawa anak kecil pergi megerjakan umrah.


tips membawa anak kecil semasa umrah


Saya buat carian diinternet, ramai ibu bapa dari serata dunia bawa anak anak bersama menunaikan umrah. Contohnya di tripadvisor ni. Untung betul kecil kecil dah sampai sini. 

Maka beberapa perkara perlu diambil kira terutama ilmu dalam melaksanakan ibadah Umrah bersama anak kecil yang masih belum memahami apa-apa. 

Ini bagi memastikan perjalanan Umrah yang kita laksanakan tidak terganggu apatah lagi ia merupakan Umrah kali pertama kita.

Di sini, Saya mengambil peluang untuk berkongsi bersama bakal tetamu ALLAH beberapa perkara.

Dari pengalaman sendiri menguruskan jemaah pakej keluarga yang InsyaALLAH akan membantu sedikit sebanyak berkenaan isu anak kecil atau bayi ketika Umrah. 

1. Niat Umrah  


Memasuki Tanah Haram Tanah Suci Makkah menuntut kita untuk berihram dan melaksanakan Umrah. 

Siapa sahaja yang bukan bermukim di Makkah atau yang tidak berkerja keluar masuk Makkah wajib masuk dengan berihram. 

Tidak terkecuali kanak-kanak yang belum mumayyiz (sempurna akal). 

Maka ibubapanya bertanggungjawab memasang niat bagi pihak anaknya di Miqat (tempat yang diwajibkan untuk berniat Ihram dan Umrah) setelah selesai memasang niat untuk dirinya sendiri.

Lafaz niatnya begini: 

“Aku niatkan Umrah bagi anakku Fulan Bin / Binti Fulan dan berihram dengannya kerana ALLAH Taala”
Maka bermulalah kita selaku ibubapanya membantu si anak untuk menjaga pantang larang Ihramnya. 

Jika melanggar pantang, maka ibu atau ayahnya yang akan menanggung ‘Dam’ atau dendanya.

2. Tawaf

Di dalam Umrah, rukun yang sangat perlu dijaga sah batalnya adalah Tawaf kerana 

  • Perlu berwudhu dan 
  • Tidak berhadas besar
  • Bebas dari najis pada badan, pakaian dan tempat Tawaf
  • Menjaga posisi supaya tidak tersasar bahu kiri dari menghadap Kaabah 
  • Serta menjaga niat agar tidak berubah di dalam Tawaf. 
  • Seperti yang kita pelajari didalam kursus-kursus Umrah, kita sering diingatkan perihal hukum syariat dan kaedah melaksanakan Tawaf bersama anak.
Mengikut pengalaman tips yang dikongsikan oleh mutawif umrah kepada saya, ada syarikat pengendali umrah yang akan pergi Madinah terlebih dahulu dan kemudiannya ke Makkah.

Bagi yang memasang impian membawa anak kecil, cuba pastikan pakej yang kita ambil akan pergi ke Madinah atau Mekah dulu sebelum membuat tempahan.

Dalam kes diatas, pastinya Umrah akan dilaksanakan diwaktu malam dan akan selesai pada pukul 2 atau 3 pagi. 

Ada 3 kaedah mudah:

A) Kaedah Pertama


Jika ingin menyelesaikan Umrah suami, isteri dan anak sekaligus, ambillah khidmat Mutawwif (selain Mutawwif yang bersama rombongan kita) dengan upah tertentu untuk membantu. 

Ini penting bagi pasangan yang pertama kali pergi menunaikan Umrah dalam melaksanakan Umrah pertama mereka. 

Dengan bayaran upah serendah Riyal Saudi (RS)300 (waktu biasa) atau RS350-RS400 (waktu puncak).

Anak kecil kita akan ditempatkan dan disorong menggunakan kerusi roda (wheelchair) menuju Baitullah. 

Si ayah boleh ikut sama mengiringi anak yang disorong. 

Ini bagi memudahkan si ibu dan si ayah pada Umrah yang berikutnya. 

Ketika Umrah kali kedua dan ketiga nanti.

Pasangan suami isteri sudah mampu menyorong anak sendiri ketika Tawaf dan Sa’e berdasarkan pengalaman pada Umrah yang pertama bersama Mutawwif yang diupah.

Mungkin ada yang bertanya kenapa perlu Mutawwif yang menolak kerusi roda untuk Umrah kali pertama? 

Faktor utama, tempat Tawaf bagi pengguna kerusi roda berbeza dengan tempat Tawaf pejalan kaki. 

Pengguna kerusi roda akan menaiki laluan ke tingkat dua dan seterusnya mengelilingi Kaabah menggunakan pelantar dua tingkat yang telah siap dibina dan digunakan sejak pertengahan Ramadan tahun lepas.

Oleh itu, mana mungkin yang menaiki kerusi roda boleh bersama rombongan ketika Tawaf bukan?


Ada juga yang bertanya
“Tak bolehkah kami menggunakan kereta sorong bayi ketika Umrah?” 
Jawapannya, tidak boleh. 

Ini telah dikuatkuasakan oleh pihak pengurusan Masjidilharam sejak tahun lepas. 

Hanya kerusi roda sahaja yang dibenarkan.

Kalau anak kita dari jenis yang aktif sehingga susah untuk menempatkannya di atas kerusi roda.

Usahakan sesuatu yang lebih baik dengan cara menyediakan 'eatable snacks' atau mainan kecil supaya si kecil fokus dengan makanan dan mainannya ketika sedang disorong. :)

Ini akan dapat elakkan anak kita minta susu atau makanan semasa kita sedang tawaf. Boleh stress dibuatnya sampai naik jerawat di muka.


B) Kaedah Kedua

Atau boleh juga menggunakan kaedah ini. 

Apabila sampai sahaja di Makkah dan selesai daftar masuk ke hotel penginapan.

Biarkan anak dan isteri berehat dan tidur dahulu manakala suami terus bersama rombongan  jemaah Umrah yang dipimpin Mutawwif melaksana Umrah yang pertama. 

Keesokan harinya setelah hilang penat, suami boleh membantu membimbing isteri menunaikan Tawaf sambil mendukung anak. 

Oleh sebab itu, suami perlu peka dengan persekitaran Masjidilharam ketika melaksanakan Umrah kali pertama kerana ia amat membantunya untuk membimbing isterinya.

Si isteri perlu ingat, selagi belum menyelesaikan Tawaf, Sa’e dan Tahallul, maka dia masih dalam keadaan Ihram dan wajib menjaga kesemua larangan ketika sedang berehat di hotel.


C) Kaedah Ketiga

Kaedah yang biasa juga dilakukan oleh sesetengah jemaah Umrah yang pernah melaksanakan Umrah pada tahun sebelum-sebelumnya.

Caranya adalah, suami dan isteri serta anak turut sama melaksanakan Tawaf bersama jemaah dan Mutawwif. 

Cuma bezanya, isteri bersama anak menunggu di satu sudut yang mudah dikenal pasti, contohnya menunggu berdekatan dengan tangga yang menghala ke arah Pintu King Abdul Aziz.

Sementara suami menyelesaikan Tawafnya terlebih dahulu bersama Mutawwif. 

Setelah tamat 7 pusingan, suami akan mendukung anaknya dengan niat untuk menyelesaikan Tawaf anaknya. 

Ketika inilah Tawaf isteri akan dapat diselesaikan bersama.

Mungkin dengan cara ini akan menyebabkan kita terpisah dari rombongan kita. 

Namun disebabkan suami dan istri ini pernah menunaikan Umrah dahulu, maka tidak sukar untuk mereka menyelesaikan Sa’e dan Tahallul mereka tanpa bantuan Mutawwif.

Jika ada persetujuan dari Mutawwif untuk menunggu sehingga Tawaf anak dan isteri selesai.

Itu adalah atas budi bicara Mutawwif masing-masing. Namun kita dinasihatkan supaya jangan mengambil masa.


Kesimpulan

Pergi umrah bersama keluarga tidak mustahil di lakukan, tetapi memerlukan persediaan rapi supaya semuanya berjalan lebih lancar.

Semua tips diatas saya perolehi daripada mutawif yang berpengalaman membawa jemaah Malaysia.

Diharap bermanfaat.



Comments

  1. Bagus tips ni. Bolehlah gunakannya bila ada rezeki tunaikan umrah nanti. Terima kasih atas perkongsiannya.

    ReplyDelete
  2. Bestnya kecil kecil lagi dah boleh tunaikan umrh..banyak tips yang boleh dijadikan panduan untuk mak ayah nak bawa anak menunaikan umrah nanti..tq tuan

    ReplyDelete
  3. Bagusnya info ni. Mama selalu dia dot umrah bersama2 sekeluarga. Pengalaman Dari kwn2 mama mmg best bawa anak ke Sana. Org Sana Pula mmg suka budak2 kan

    ReplyDelete
  4. kadang2 terfikir juga yang mak ayah bawa anak memang salute lah kat depa nak layan kerenah anak lagi nak buat urusan ibadah kita lagi. semoga tips ini dapat membantu .

    ReplyDelete
  5. mencabar juga bawa anak kecil pergi ke mekah. takut nanti mengganggu jemaah lain

    ReplyDelete
  6. mencabar juga bawa anak kecil ketika mengerjakan umrah.

    ReplyDelete
  7. Memang impian kami suami isteri untuk bawa anak anak bersama menunaikan umrah, semoga Allah buka kan jalan dan kemampuan untuk buat semua ni.

    Amin insyaallah

    ReplyDelete
  8. Pergi umrah dan haji ni memakan belanja yang besar. Pergi sana untuk beribadat. Apatah lagi bawa anak kecil.

    Memang perlu buat banyak persediaan.

    Elok ambil pakej umrah yang sesuai. Nak ambil tahu tentang flight kapal terbang lagi.

    Anak anak tak pernah naik kapal terbang jarak jauh kan

    ReplyDelete
  9. Terima kasih share tips.memang ada niat nak buat umrah bawa.anak.kecil

    ReplyDelete
  10. Anak anak kecil pergi umrah, kalau kecil sangat dah sampai sana untungnya.

    Kita ni entah bila nak sampai sana.

    ReplyDelete
  11. Kalau nak bawa anak anak semua termasuk kami sendiri, memang memakan belanja yang sangat besar. Kena sediakan paling tidak rm25,000

    Boleh beli kereta cash tu

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah perkongsian yang sangat bagus, saya ni dah beberapa kali tunda niat nak umrah disebabkan anak kecik berderet, insha allah niat dah ada, moga allah permudahkan

    ReplyDelete
  13. Kak Mirror nak tambah :-
    1). Standby ubat (kanak2 mudah diserang demam sbb cuaca berbeza).
    2). Jgn risaukan mereka mengganggu jemaah lain, inshaallah tak berlaku.. sbb ruang mesjid sgt luas. Org2 sana suka budak. Sekecil2 bayi pun dorang bwk ke mesjid.
    3)Klu takut hilang masa solat.. Skg kan ada org jual tali pengikat (ikat ank pd anggota bdn kita).

    ReplyDelete
  14. Yang penting kerjasama antara suami isteri tu kan :) moga Allah mudahkan semua

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

12 Tempat Menarik Di Melaka Waktu Malam? Cantiknya, Rugi tidur awal!

18 Tempat Menarik di Shah Alam Selangor 2018? Cantiknya! Confirm Best

Taman Botani Shah Alam Bukit Cerakah? Wah Nyamannya! Tempat Menarik Di Selangor 2018