Nak melancong ke Port Dickson tak memerlukan bajet yang besar pun. Hotel murah di Port Dickson pun banyak yang bagus. Boleh lihat sendiri senarai hotel bajet terbaik yang ada di PD.
Antara artikel menarik lain dalam siri ini ialah
11 Hotel murah di Port Dickson yang popular dikalangan pelancong!
1. Naam Boutique Lodge
Bagi yang bercuti dalam bajet yang agak terhad, bolehlah cuba menginap di Naam Boutique Lodge terletak dalam jarak 2 minit berjalan kaki dari Pantai Teluk Kemang manakala Muzium Tentera Darat pula berjarak 10 minit pemanduan dari tempat penginapan ini.
Tempat ni seperti sebuah rumah yang besar mempunyai banyak bilik. Bilik-biliknya dilengkapi dengan perabut moden. Kiranya serba lengkap la berbaloi dengan harganya. Jangan risau, kat sini dilengkapi dengan bilik mandi peribadi. Setiap bilik ada bilik air. Hah gitu. Kot ada yang runsing, mana nak letak kereta. eh, kat sini memang tersedia tempat letak kereta percuma. Toksah risau ye. Hehe. Layan gambar kat atas baru boleh bayang camne tempatnye. Hiks.

Lokasi : Naam Boutique Lodge, Jalan Pantai, Taman Orkid, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.
Harga : RM130/malam
Hotel murah di Port Dickson.
2. The Guest Hotel & Spa
The Guest Hotel & Spa ni pun best juga dijadikan tempat menginap.Kat sini bilik dia luas, bersih dan kemas. Lantainya juga berkarpet ye. Selesa kaki memijaknya. Hehe. Ada unit-unit tertentu mempunyai mini bar dan ruang tempat duduk. Oh ya, bilik airnya mempunyai tab mandi. Perghh syok berendam.
Di sekitar hotel ni banyak tempat makan. So, bolehlah jalan-jalan cari makan sambil cuci mata.
Ok kat hotel ni disediakan juga perkhidmatan spa dengan pelbagai jenis rawatan dan sauna. Gym pun ada. Manalah tahu, sebelum ni sibuk bekerja, nak pergi gym pun tak sempat. So, time bercuti boleh luangkan masa untuk ke gym yang disediakan. Satu lagi yang menarik di sini, pilihan makanan juga banyak.

Lokasi : The Guest Hotel & Spa, PT 4704, Jalan DS 3/1, Bandar Dataran Segar, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan
Harga : RM155/malam
Hotel bajet di Port Dickson ada swimming pool
3. Bayfront hotel
Sekali tengok dari luar biliknya macam restoran mewah. Bayfront hotel ini terletak betul-betul di tepi pantai Port Dickson. Lokasinya memang best sebabnya dekat dengat McDonald;s, Starbucks, 7E, Kedai Serbaneka dan beberapa restoran. Bukan tu aje tau, nak membeli belah pun mudah, nak buat urusan bank pun mudah dan nak cari tempat makan pun mudah. Semua dekat aje dengan hotel ni.
Bilik kat sini interior hotelnya adalah berkonsepkan moden, tenang dan bersih. Beberapa unit mempunyai balkoni yang mengadap ke laut dengan pemandangan yang indah. Nampak biliknya sangat selesa dan bersih serta serba lengkap. Selain itu, tempat letak kereta juga disediakan.

Lokasi : Bayfront hotel, 1-1-3A, Persiaran Waterfront, Port Dickson Waterfront, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Harga : RM115/malam
4. Merlin Hotel Port Dickson
Ok, ini satu lagi hotel yang harganya mampu menginap. Merlin Hotel Port Dickson. Hotel ni dekat je dengan Pantai Teluk Kemang. Mudah la untuk menjejak hotel ni. Apa yang bestnya, tempat ni lokasinya tidak terlalu jauh dan senang untuk ke kedai makan yang berhampiran. Biasalah, kalau bercuti tak sah kalau tak rasa masakan di tempat itu.
Bilik kat sini agak luas dan lengkap dengan kemudahannya. Kalau rasa nak bergambar, bolehlah ke sebelah hotel dimana tempat makannya dihiasi dengan payung atasnya. Kat situ juga tersedia sebuah taman dengan playground mini untuk kanal-kanak bermain. Dekat aje dengan tempat makan. So, kita boleh lepak kat situ sambil tengok anak-anak bermain.

Lokasi : Lot 218, KM1 (Batu 1), Jalan Pantai, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Harga : RM88/malam
5. 1 Hotel Signature Port Dickson
Nak hotel yang betul-betul ikut bajet, inilah dia 1 Hotel Signature Port Dickson. Katanya, hotel ni nampak je kecil tapi sangat selesa dan bersih. Tambahan pula stafnya juga sangat friendly. Itu yang kita mahu. Senang berurusan bila staf friendly. Lebih seronok, bila dalam bilik terdapat banyak soket. Stress weh, bila bercuti dapat bilik yang soketnya hanya ada satu atau dua. Mane nak cas hp, pasang laptop dan sebagainya. Kalau hp ada 3, camne? Tamak kan! Haha.
Kat sini juga dekat dengan pantai dan kedai makan. Boleh jalan kaki je. Yang penting biliknya selesa.
Kat sini juga dekat dengan pantai dan kedai makan. Boleh jalan kaki je. Yang penting biliknya selesa.
Lokasi : 1 Hotel Signature Port Dickson, No. 3, Jalan Waterfront, Block 4, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Harga : RM75/malam
6. Win Win Boutique Hotel
Ok, Win Win Boutique Hotel ini lokasinya sangat strategik berdekatan dengan pasaraya Tesco dan Giant. Mudahla kan, kekalau tetiba pampers anak habis atau lupa bawak, boleh p borong kat tesco atau giant je. Hotel ni kedudukan dia di tepi jalan utama. Memang mudah nak jejak. Tapi kalau tak biasa, kenalah guna waze jugak. Hehe.
Ramai yang respon, hotel ni bagus sangat sebab tekanan air dia kuat. Ada pernah aku menginap kat hotel tekanan air rendah, perghhh bercita-cita nak habiskan mandian. Stress sekejap. Oh ya, hotel ni berkonsepkan eksklusif ye. Nak pergi dobi pun dekat. Tapi self service dobby la. Yang berkeluarga, bolehlah pilih bilik family.

Lokasi : Win Win Boutique Hotel, No.10, Jalan PD-Seremban LUkut Prima, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan
Harga : RM113/malam
7. W.G Hotel
W.G Hotel ini juga adalah hotel bajet yang cantik dan selesa. Tak rugi menginap kat sini sebab biliknya selesa dan bersih. Lokasi hotel ini juga berdekatan dengan tempat makan, pasaraya Tesco dan Giant.
Lokasi : W.G Hotel, 43 - 45A, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan
Harga : RM85/malam
Hotel bajet Port Dickson di kawasan bandar.
8. Lea Guest House & Cafe
Uis nama Lea tu mengingatkan aku pada seseorang. Haha. Ok, Lea Guest House & Cafe ni juga adalah hotel yang boleh mengikut bajet korang tapi biliknya memang ohsem!
Hotel bertaraf 2 bintang ni mempunyai Lounge berkongsi. Bilik dia memang selesa dengan reka bentuk dan hiasan dalaman yang menarik.
Hotel bertaraf 2 bintang ni mempunyai Lounge berkongsi. Bilik dia memang selesa dengan reka bentuk dan hiasan dalaman yang menarik.
Lokasi : Lea Guest House & Cafe, No.573, Taman Bunga Raya, Batu 3 1/2, Jalan Seremban, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan
Harga : RM70/malam
9. Hotel Seri Malaysia Port Dickson
Kat sini pun selesa untuk menginap. Hotel Seri Malaysia Port Dickson ini berjarak 5 minit pemanduan dari Port Dickson Golf and Country Club manakala mengambil masa 10 minit pemanduan untuk ke Pantai Teluk Kemang. Kalau nak ke Pantai Saujana, korang hanya perlu berjalan kaki sahaja yang memakan masa 2 minit. Dekat sangat.
Tak lengkap rasanya hotel tak de kolam renang kan. Haa kat sini juga tersedia kolam renang dewasa dan kanak-kanak. Rasanya ramai dah familiar dengan bilik kat hotel ni kan. Femes kot hotel ni. Hotel pilihan ramai gitu. Bilik kat sini memang luas dan selesa. Lengkap! Apa yang best lagi kat sini, hidangan dia memang memenugi selera orang Malaysia dengan pelbagai pilihan. Nak park kereta pun mudah. Ianya tersedia. Tak yah nak cari merata.

Lokasi : Hotel Seri Malaysia Port Dickson, Lot PT 49, Batu 4, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Harga : RM127/malam
10. Waterfront Boutique Hotel
Disirami cahaya kuning keemasan. Waterfront Boutique Hotel ini menawarkan penginapan gaya butik di Port Dickson dan terletak berhampiran dengan kawasan tepi pantai dimana hanya perlu jalan kaki sahaja untuk ke sana. Kesemuanya mempunyai 52 bilik en suite berkonsepkan kontemporari. Selesa betul tengok bilik kat sini. Mesti lena tidur ni. hehe
Ok, beberapa unit suitenya mempunyai view pemandangan laut yang cantik. Dapat view cantik, lagi bermakna percutian itu kan. Untuk dapat bilik yang view cantik kenalah buat tempahan awal ye.
Ok, lokasi hotel ni sangat strategik. Ia berhampiran dengan Istana Seafood Kim, McDonald's dan KFC. Nak sampai kesana cuma jalan kaki je. Kot la tengah malam nak makan fast food kan. Tapi tak elok tau makan tengah malam. Hiks.
Nak shopping? Haa tak susah sebabnya ada beberapa pasaraya berdekatan hotel ni. Kalau nak pekena kopi moden, bolehlah ke Starbuck yang berdekatan dengan hotel. Parking percuma hokeh! I loike!

Lokasi : Waterfront Boutique Hotel, 4-G-21, Persiaran Waterfront, PD Waterfront, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Harga : RM101/malam
11. Hotel Mirage PD
Nampak merah ingatlah Hotel Mirage PD ni. Bukan bangunan jerk tema merah tau, perabutnya juga bertema merah. hehe. Bilik dilengkapi dengan kemudahan yang cukup lengkap dan selesa.
Tempat ini memang strategik kerana berhampiran dengan tempat makan di sekitarnya dan kemudahan lain seperti hospital PD, McDonald's, ATM, 7E, dobi dan pelbagai lagi. Lagi best, hotel ni berhampiran dengan pantai. Kalau korang bernasib baik, dapat bilik yang mengadap ke pantai, korang bolehlah tengok matahari naik dan terbenam. Cantik sangat!

Lokasi : Hotel Mirage PD, No. 2, Jalan Remis 1, Medan Remis, 5 Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Harga : RM90/malam