Susu pediasure - Review susu formula tambah berat badan dari pengalaman ibu

Tak senang jadi seorang ibu. Banyak benda nak kena pikir. Lagi-lagi bila ada anak kecik yang kita kena jaga makan minum mereka. Pada masa ni, makanan yang berkhasiat dan seimbang sangat lah penting untuk bantu pembesaran mereka. Tapi ada satu masalah yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak masa ni. Mereka jadi seorang yang picky eater atau memilih masa makan. Anak saya yang berumur 6 tahun tu pun turut tak terkecuali. Dia hanya makan makanan kesukaan dia saja. Sayur-sayuran semua dia tak nak. Puas paksa, diluahkan saja sayur tu. Pening kepala dibuatnya. Macam mana nak cukup nutrien yang diperlukan!!


Susu Pediasure Pelengkap Untuk Si Picky Eater


Bila compare dengan anak jiran sebelah yang sebaya dengan anak saya memang jauh beza. Anak jiran tu, tinggi dan tegap badannya. Rupanya semua makanan dia makan. Tolak kayu dengan batu je orang kata. Beza dengan anak saya yang kurus melidi. Haishh risau dibuatnya. Bila Google, nampak ramai para ibu yang saran bagi susu Pediasure sebagai supplement tambahan untuk anak-anak yang cerewet bab makan ni.


Kenapa Susu Pediasure??


Seperti korang maklum, susu Pediasure antara salah satu jenama susu formula terkenal di Malaysia. Eh anak dah 6 tahun pun boleh minum susu formula ke??



Mesti lah boleh. Susu Pediasure ni merupakan makanan tambahan yang terbaik untuk anak-anak yang sedang membesar terutama untuk yang jenis picky eater. Susu ni sesuai diminum bermula dari umur 2 tahun (sebaiknya lepas lengkap penyususan susu ibu) sehingga umur mereka 10 tahun. 


Apa yang buat saya tertarik untuk mencuba susu Pediasure untuk anak saya ialah kerana ianya telah terbukti secara klinikal dapat bantu lengkapkan keperluan pembesaran anak-anak. So sebagai seorang mak, saya rasa yakin nak beri anak saya minum susu Pediasure ni.


Dan yang paling penting, susu Pediasure ni Halal di bawah pengawasan Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA) atau Islamic Religious Council of Singapura (MUIS) atau Halal Food Council of Europe (HFCE). Jadi tak perlu ragu atau was-was untuk semua pengguna Islam.



Pediasure Lengkap Dengan Nutrien


Nak tahu susu apa yang terbaik untuk keperluan anak-anak kita, kita boleh tengok pada kandungan nutrien yang ada dalamnya. Macam kes saya, saya perlukan susu yang dapat lengkapkan proses pertumbuhan dan ketinggian anak saya. Jadi dalam banyak-banyak jenama susu, Pediasure yang paling sesuai.


Ini kerana ianya mengandungi sumber protein serta 25 vitamin dan mineral penting yang lengkap seperti Arginina, Vitamin K2 Semulajadi dan kalsium untuk pertumbuhan otot dan tulang anak-anak. Sekaligus membantu mereka mencapai potensi ketinggian yang optimum sesuai dengan umur mereka. Susu Pediasure ni juga mampu merangsang fungsi otak dan mata serta membantu meningkatkan sokongan sistem imun kanak-kanak. Jadi anak-anak kita tak akan mudah jatuh sakit.


Sedap ke Susu Pediasure? Mahal tak harganya?


Susu Pediasure didatangkan dalam 3 perisa iaitu perisa asli, vanila dan coklat. Sebab anak saya masa kecik dah muak minum susu asli, jadi kali ni saya saja tukar bagi susu perisa vanila. Tapi kalau anak-anak korang susah nak minum susu perasa asli atau vanila, korang boleh cuba bagi perisa coklat pulak. Mana tau dorang suka kan. Kita yang besar ni pun suka perisa coklat. Hehe.

Untuk perasa vanila ni so far anak saya suka sangat. Rasa macam aiskrim katanya. Tapi memang betul. Sedap rasa vanila ni. Lagi-lagi kalau dah bancuh kita sejukkan dalam peti sekejap. Sekejapan susu tu habis dia minum. Hehe. 


Sembelit tak lepas minum Pediasure ni? Bagi anak saya, takde masalah pembuangan. Semuanya lancar. Bagi yang risau takut anak sembelit, korang kena make sure mereka minum air kosong secukupnya dan bagi juga buaah-buahan yang kaya dengan serat.


Mahal tak harga Pediasure ni? Tu yang selalu para ibu akan tengok dulu kan. Untuk susu Pediasure ni, ianya termasuk dalam kategori susu yang agak mahal. Untuk susu perisa asli 600 gram je dah RM65. Kalau yang 1.2 kg pula dah RM122. Ni saya tengok harga dekat Shopee lah. Kalau beli dekat luar maybe lagi mahal sikit. Tapi apa yang menarik beli susu Pediasure ni ialah kita boleh collect points dan bila dah cukup points kita boleh redeem ganjaran yang disediakan termasuk susu Pediasure Vanila 850 gram. Ok lah kan. Cara nak sign up dan collect points korang boleh refer gambar di bawah ni.


Cara Penyediaan dan Simpanan Susu Pediasure


Seperti susu yang lain, pengambilan susu Pediasure adalah sebanyak 2 kali sehari. Sebaiknya masa sarapan dan malam sebelum tidur. 225ml setiap hidangan. Cara sukatan yang disyorkan pula ialah 5 skop susu dengan 190 ml air suhu bilik (jangan guna air panas), kemudian bancuh sehingga larut. Kemudian lepas bancuh, korang kena simpan di dalam peti dan diminum dalam masa 24 jam. Tujuan kita bancuh guna air suhu bilik dan disimpan sejuk adalah kerana susu Pediasure ni mengandungi probiotik yang sensitif pada suhu panas. Oh ya kalau raaa nak kurangkan rasa manis dalam susu tu, korang boleh je kurangkan jumlah skop atau guna saja susu Pediasure Perisa Asli yang terbaru yang 0% sukrosa.

Cara nak simpan susu pula kena simpan di tempat yang sejuk dan kering. Tapi jangan pula korang simpan dalam peti sejuk. Hehe. Lagi satu, lepas buka susu jangan terus tuang ke dalam bekas simpanan. Sebaiknya biarkan susu tetap dalam bungkusannya dan baru simpan ke dalam bekas. Cara tu lebih baik. Ini dapat elak susu dari menjadi keras. Rugi woo kalau rosak. Mahal kot susu Pediasure ni.


Bagi yang tertanya satu tin susu Pediasure ni tahan berapa lama, jawapannya ialah kira-kira 3 minggu. Itu yang sepatutnya. Ini kerana susu formula yang dah dibuka sebaiknya dihabiskan dalam masa 3 minggu untuk elak sebarang pencemaran. 


Berbaloi Tak Bagi Anak Susu Pediasure?


Bagi pendapat saya, biarlah kena keluarkan duit lebih sedikit untuk kesihatan anak-anak. Dapat tengok dorang membesar dengan sihat dan aktif, tu perkara yang paling berharga. Bukan tak nak bagi susu jenama lain yang lebih murah, tapi khasiat yang ditawarkan setiap jenama susu tak sama. Dan saya yakin susu Pediasure mampu beri segala keperluan untuk proses tumbesaran anak saya.


Pada yang berminat untuk mencuba susu Pediasure untuk anak-anak tapi tak yakin mereka boleh terima atau tak rasa susu ni, saya saran untuk korang request sampel terlebih dahulu. Ye bagi yang tak tahu, korang boleh request sampel tau. Cara dia mudah saja. Korang hanya perlu isi butiran peribad dan dalam masa 2 minggu korang dah boleh dapat sampel susu tersebut. Selamat mencuba.




1 تعليقات

أحدث أقدم