11 Homestay di Cameron Highland. Murah & terbaik untuk bajet keluarga

Bestnya bila bercuti dengan keluarga besar kan. Terasa lebih meriah dan seronok. Lagi-lagi bila bercuti ke tempat yang sejuk dan menenangkan seperti di Cameron Highlands. Macam-macam aktiviti boleh dibuat bersama.
homestay di cameron highland

Tapi nak lagi seronok bila semua dapat berkumpul di bawah bumbung yang sama. Dan selalunya homestay di Cameron Highlands menjadi pilihan utama bila bercuti dengan keluarga besar.

Di Cameron Highlands sekarang dah banyak homestay yang wujud untuk penuhi demand tersebut. 


Homestay Menarik di Cameron Highlands! Penginapan Selesa Seisi Keluarga.


Homestay di Tanah Rata


1. Barakah Sufi Homestay Cameron Highlands

Barakah Sufi Homestay terletak di Tanah Rata dan hanya 500 meter dari Pasar Malam Brincahng dan 1km dari Cameron Valley Tea House.


Barakah Sufi Homestay Cameron Highlands

Menyediakan penginapan jenis keluarga yang menarik yang boleh memuatkan sehingga 8 orang serta lengkap dengan kemudahan termasuk peralatan dapur. Paling best siap ada balkoni menghadap gunung lagi tau. Untuk kanak-kanak pula, ada taman permainan untuk bermain.


Mesti baca: 23 Hotel di Brinchang Cameron Highlands dengan pemandangan menarik di bilik!


Reviu Tetamu :
"Harga berpatutan dengan kemudahan yang mencukupi.  Lokasi ini terletak di pusat Tanah Rata dan anda boleh mengunjungi tempat-tempat menarik dengan mudah."

Alamat :
Jalan Tengkolok, 
39000 Cameron Highlands, Pahang.

Harga :
Dari RM190 semalam

2. Cameron Muslim Apartment by Nurul

Malas nak bersesak masa nak cari makan? Korang boleh stay di Cameron Muslim Apartment by Nurul ni sebab lokasinya sangat strategik dan berdekatan dengan tempat makan dan pusat perniagaan.

Cameron Muslim Apartment by Nurul

Apartment jenis 3 bilik ni dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap untuk para tetamu. Kalau tak cukup katil, jangan risau sebab tuan rumah dah siapkan toto awal-awal untuk korang. Keadaan rumah pun sangat cantik dan kemas dengan susun atur perabot dari Ikea. Sure korang akan selesa sepanjang berada di sini.

Mesti baca: 18 Hotel di Pahang tepi pantai yang cantik!

Reviu Tetamu :
"Owner peramah dan mudah tolak ansur. Bilik luas, katil empuk. Utiliti di rumah semua ada. Banyak kemudahan di kawasan homestay. Pasti akan menginap di sini lagi👍👍👍👍👍"

Alamat :
Perumahan Makmur Cameron Jaya,
39000 Cameron Highlands,  Pahang.

Harga :
Dari RM250 semalam

3. Darul Makmur Chalet

Nak cari penginapan mesra OKU dan warga emas? Korang patut stay di Darul Makmur Chalet yang dimiliki oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang ini.

Darul Makmur Chalet

Terdapat 14 buah penginapan jenis bilik (bilik standard / bilik keluarga / bilik bersambung) dan 2 buah penginapan jenis homestays (Homestay Lily / Homestay Lavender) yang mudah di akses tanpa perlu naik tangga dan lengkap dengan kemudahan asas termasuk mesin basuh baju. Bagi penginapan jenis homestay tu boleh muat sampai 8 orang dewasa dengan selesa. Kemudahan wifi percuma turut disediakan. Kalau nak buat BBQ pun boleh sebab ada tempat memanggang disediakan.

Mesti baca: 10 Hotel murah & cantik di Kuantan untuk percutian bajet!

Reviu Tetamu :
“Sarapan yang disediakan bersesuaian dengan keperluan pelbagai penginap. Saya suka mencadangkan penginapan ini kepada ahli keluarga dan teman-teman saya. Kawasan chalet yang mesra warga emas dan warga OKU amat saya sukai. Tidak perlu mendaki tangga bagai. Ia sangat menyenangkan.”

Alamat :
45, Kampung Taman Sedia,
Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang.

Harga :
Dari RM120 semalam

4. Hillview Homestay Cameron Highlands

Hillview Homestay yang mempunyai 4 bilik dengan 3 bilk air ini boleh memuatkan sehingga 15 orang dengan selesa.

Hillview Homestay Cameron Highlands

Penginapan ini sesuai untuk mereka yang berkeluarga besar kerana saiz rumah yang luas dan lengkap dengan kemudahan asas termasuk ruang tamu dengan set sofa yang selesa, ruang makan dan kelengkapan asas dapur seperti microwave, pembakar roti, peti sejuk, periuk nasi dan cerek untuk kegunaan para tetamu.

Lokasi homestay pula hanya 5 minit berjalan kaki ke pekan Tanah Rata Town dan kurang dari 500 meter dengan tempat makan dan pusat perniagaan.

Mesti baca: 22 Hotel yang best di Shah Alam untuk jalan jalan cari makan!

Reviu Tetamu :
"Rumah yang luas & sgt selesa. Sesuai untuk family yang ramai. Recommended"

Alamat :
53V Jalan Royal Lily 2
39000 Tanah rata, Cameron Highlands, Pahang.

Harga :
Dari RM450 semalam

5. Iman's Homestay Cameron Highlands

Bila dah bercuti dengan keluarga besar, selalunya masak sendiri lebih menjimatkan. Tapi tak banyak penginapan yang benarkan tetamu untuk memasak.

Iman's Homestay Cameron Highlands

Memahami kehendak ini, Iman's Homestay - penginapan jenis 3 bilik dengan 2 bilik air ini menyediakan kemudahan yang lengkap termasuk kelengkapan dapur seperti periuk belanga dan pinggan mangkuk untuk kegunaan para tetamu. So mak mak boleh lah memasak dengan gembira dan tanpa was was sebab penginapan ni hanya untuk Muslim sahaja.

Lagi satu homestay ni terletak di tingkat bawah sekali. So sesuai untuk tetamu yang mempunyai keluarga emas dan OKU. Pemandangan pun hijau dan berkabus. Memang best.

Mesti baca: 22 Hotel baru di Langkawi dengan kemudahan yang selesa untuk seisi keluarga!

Reviu Tetamu :
"Bersih, selesa dan selamat untuk semua ahli keluarga. Ada tiga bilik tidur sangat sesuai untuk keluarga yang bersaiz besar"

Alamat :
Greenhill Resort, Tanah Rata,
39000, Cameron Highlands, Pahang.

Harga :
Dari RM200 semalam

Homestay di Brinchang


6. Cameron Pasar Malam Apartment @ Crown Imperial Court

Penginapan jenis apartment ini menawarkan 3 buah bilik berserta balkoni peribadi setiap satu yang menghadap pemandangan lembah yang indah.

Cameron Pasar Malam Apartment @ Crown Imperial Court

Kemudahan lengkap disediakan untuk keselesaan tetamu termasuk kemudahan dapur dengan microwave dan peti sejuk. Bagi yang memandu, tempat letak kereta adalah percuma. Lokasi penginapan terletak sekitar 1.7km dari Ladang Kok Lim Strawberry, Cactus Valley dan Ee Feng Gu Honey Bee Farm.

Mesti baca: 22 Hotel unik di Melaka dengan hiasan dalaman yang mempesonakan!

Reviu Tetamu :
"Rumah yang sangat selesa.  Sesuai untuk keluarga yang ramai.  Peralatan dapur disediakan seperti yang di diminta oleh pelanggan.  Lokasi strategik.  Staf yang baik menunggu ketibaan cutomer walau lewat tiba hampir jam 12 tengah malam.  Keseluruhan perkhidmatan terbaik"

Alamat :
Crown Imperial Court Brinchang,
Cameron Highlands, Pahang.

Harga :
Dari RM240 semalam

7. Agro Highland Chalet

Siapa kata dekat Cameron takde penginapan dalam ladang strawberi? Tak percaya korang boleh stay di Agro Highlands Chalet ni. Buka-buka pintu bilik dah boleh petik strawberi tau. Syok tu. Segar dari ladang lagi.

Agro Highland Chalet

Penginapan mesra Muslim ni menawarkan 4 jenis penginapan (standard room, triple room, family room, apartment) yang selesa, bersih dan lengkap dengan kemudahan termasuk wifi percuma untuk keselesaan buat para tetamu. Kemudahan untuk berBBQ pun disediakan atas permintaan. Nak ke pekan Brinchang atau pasar malam boleh jalan kaki je. Tak perlu nak bersesak dalam jem tu. Best kan?

Reviu Tetamu :
"Saya dan keluarga saya benar-benar suka tempat ini dan bercadang untuk ke sini pada masa akan datang. Selesa dan pilihan yang tepat empurna untuk menghabiskan masa bersama keluarga kami"

Alamat :
Jalan Pecah Batu, Brinchang,
39100 Brinchang, Cameron Highlands, Pahang.

Harga :
Dari RM85 semalam

8. Nazmi Linda Home Cameron Highlands

Lagi satu penginapan jenis apartment mesra Muslim yang terletak berhadapan dengan pasar malam Brinchang. Jalan kaki je dah sampai.

Nazmi Linda Home Cameron Highlands

Apartment 3 bilik 2 bilik air ni boleh memuatkan sehingga 8 orang lengkap dengan kemudahan seperti Tv Njoi, peti sejuk, meja makan, seterika, sejadah, telekong dan kelengkapan dapur. Tilam dan bantal extra turut disediakan. Bagi yang nak sambut ulang tahun perkahwinan atau harijadi, boleh je request tuan rumah untuk deko bilik. Harga yang dikenakan sangat berpatutan. Nak buat suprise delivery pun boleh.

Reviu Tetamu :
"Lokasi yang strategik. Jarak berjalan kaki ke pasar malam dan restoran. Rumah luas dan boleh menampung keluarga besar. Lengkap dengan keperluan untuk memasak. Dan rumah boleh diakses dengan kerusi roda"

Alamat :
SII-1-10 SomerSquare Golden Hill
39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang.

Harga :
Dari RM180 semalam

Homestay Banglo di Cameron Highlands


9. Valley View Bungalow Cameron Highlands

Antara keistimewaan bila stay di banglo Valley View ni ialah korang boleh layan view yang indah dari puncak bukit yang dikelilingi gunung, taman bunga, pokok buahan dan ladang sayuran.

Valley View Bungalow Cameron Highlands

Banglo yang mempunyai 5 bilik tidur untuk 10 orang ini lengkap dengan ruang makan, lounge dan dapur yang dilengkapi dengan peti sejuk, periuk gas, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro, pembakar roti, pinggan mangkuk, peralatan memasak dan kemudahan memasak steamboat. Kemudahan wifi dan TV dengan saluran Astro penuh turut disediakan.

Reviu Tetamu :
"Stay di sini tidak dapat dilupakan!  Banglo ini dilengkapi dengan baik, sangat selesa, bersih dan selesa! Tuan rumah Willie dan Jessica sangat membantu dan baik!  Terutama dalam mencadangkan tempat yang bagus untuk mendaki dan makan.  Kami juga cuba steamboat buatan sendiri di sana - lazat!  Secara keseluruhan, percutian yang menarik jauh dari bandar!  Akan kembali lagi!"

Alamat :
Lot No. 135, Batu 33,
Taman Ringlet,
39000 Ringlet, Cameron Highlands, Pahang.

Harga :
Dari RM800 semalam

10. Vacation Bungalow in Cameron Highlands

Vacation Bungalow ni terletak di Tanah Rata ini mempunyai 4 buah bilik dengan 5 bilik air untuk 12 orang tetamu. Kemudahan lengkap disediakan untuk kegunaan dan keselesaan para tetamu.

Vacation Bungalow in Cameron Highlands

Tapi bagi yang datang untuk berehat semata, penginapan ini boleh sediakan seorang tukang masak peribadi yang mahir dalam masakan Melayu, Cina dan Barat untuk menjamu selera para tetamu. Kalau nak makan steamboat atau BBQ pun boleh tapi kena request awal lah ye.  Bagi yang nak JJCM, lokasi banglo hanya sekitar 5-8 minit berjalan kaki ke tempat makan dan pusat perniagaan di pekan Tanah Rata.

Reviu Tetamu :
"Sangat selesa dan anak-anak saya pum sangat gembira. Pengasuh baik dan segala-galanya siap digunakan, sangat bersih. Tidak pernah tinggal di banglo yang begitu kemas seperti di sini"

Alamat :
18, Persiaran Royal Lily,
39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang.

Harga :
Dari RM1440 semalam

11. The Grand Haven's  Quarter on 4th Street 

The Grand Haven's Quarter terletak di Golden Hill, Brinchang merupakan penginapan ala banglo dan mempunyai 5 buah bilik dengan 4 bilik air. Boleh memuatkan sehingga 15 orang dengan selesa.

The Grand Haven's  Quarter on 4th Street

Kemudahan asas disediakan untuk keselesaan para tetamu termasuk kelengkapan dapur, wifi percuma dan perlatan memasak BBQ. Lokasinya pula sangat dekat dengan pasar malam Brinchang. Jalan kaki 5 minit je dah sampai. Nak ke Healthy Strawberry Farm pula hanya 500 meter.

Reviu Tetamu :
"Lokasi strategik, berhampiran dengan pasar malam dan kedai. Secara keseluruhannya adalah baik.  Terima kasih Grand Haven untuk pengalaman yang hebat.

Alamat :
Jalan Sungai Ruil Block C,
G-36, Barrington Square,
Jalan Golden Hill, Cameron Highlands, Pahang.

Harga :
left-sidebar

Post a Comment

Previous Post Next Post