Taman Botani Shah Alam Bukit Cerakah? Wah Nyamannya! Tempat Menarik Di Selangor 2020

Taman Botani Shah Alam Bukit Cerakah


Assalamualaikum Wrmbth & Salam Sejahtera. Banyak tempat menarik di Shah Alam Selangor. Dan salah satu yang paling saya sukai adalah Taman Botani Shah Alam. (Kalau anda nak tahu senarai lokasi best di Shah Alam, tak kira yang free & berbayar, boleh klik di sini.) 

Satu kawasan hutan hijau yang mendamaikan buat warga kota. Tanpa perlu pergi jauh ke pelusuk belantara. Jika anda menginap di hotel shah alam yang berada berhampiran seperti Hotel Concorde Shah Alam & Grand Blue Wave, taman ini sangat hampir. Nak yang murah boleh duduk homestay di sekitar shah alam.



Taman yang telah dibuka pada tahun 1986 mempunyai banyak sejarah kepada diri saya sendiri. 


Taman ini dibangunkan sebagai pusat kecemerlangan negara dalam bidang penyelidikan saintifik dan pemuliharaan bagi pembangunan 

  1. Botani
  2. Hortikultur
  3. Pertanian 
Serta bidang-bidang lain yang berkaitan dengannya. Taman ini unik kerana menyerlahkan konsep botani hutan hujan tropika.


Sejak dibuka, telah 3 kali namanya di tukar.

  1. Semasa ia baru dibuka pada 1986, ia dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah.
  2. Kemudian pada tahun 1991, setelah taman ini dimasyhurkan oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Hisamuddin Alam Shah Al-Haj menjadi Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam.
  3. Pada tahun 2007, namanya sekali lagi di tukar kepada Nama Taman Botani Negara Shah Alam berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada tahun 2007.
Nama Bukit Cerakah masih melekat dalam minda saya & penduduk Selangor yang berusia 30 an ke atas kerana ini adalah satu destinasi menarik semasa kami membesar dulu. Ada banyak lagi tempat best di Selangor, Blog https://ibusyurga.blogspot.com ada berkongsi senarai yang bagus untuk percutian yang hebat.

Jika nak dibandingkan dengan keadaan taman botani Shah Alam pada hari ini, apa yang tinggal kini hanya sedikit saja dari sisa kemilau di zaman kegemilangannya.


Masakan tidak, di zaman kegemilangannya, pada tahun 1992 Taman Pertanian Malaysia telah dianugerahkan Anugerah Pelancongan Malaysia di bawah Sektor Kerajaan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia.


Masih saya ingat di waktu itu, setiap kali cuti sekolah taman ini sesak di kunjungi pelawat. Nak naik bas trem yang disediakan pun kena beratur panjang membeli tiket.



Apatah lagi untuk masuk ke rumah 4 musim.


Sekarang ini, bas trem ini disediakan percuma sahaja.


Fasiliti & kemudahannya ada yang sudah lusuh. Tetapi masih lagi berbaloi untuk di lawati. Saya akan kongsikan serba sedikit tinjauan kami sekeluarga ke mari tempohari.






Waktu lawatan: Dibuka dari pukul 8:30 pagi hingga 5:30 petang. Tutup pada hari Isnin.
Alamat:

Alamat: Taman Botani Negara Shah Alam, Taman Pertanian Malaysia, 40000 Shah Alam, Selangor.

Kalau anda nak merasai pengalaman percutian yang unik, saya sanagt syorkan menginap di hotel shah alam yang berada di i central mall. Malam hari boleh pergi ke I city, pagi esok, awal awal pagi boleh ke taman botani untuk merasai kehijauan alam semulajadi. Menarik kan.

Banyak lagi tempat menarik di Shah Alam. Anda boleh tekan butang play & tonton video di bawah. Lagi senang!



Anda suka video di atas? Tekan butang ini untuk lihat lebih banyak video menarik & subscribe youtube channel kami.


.
.

Tempat Menarik Di Bukit Cerakah, Taman Botani Shah Alam!

Jika kita datang ke mari, saya cadangkan untuk luangkan masa sehari suntuk untuk pusing habis 1 taman.

Sebab apa?


Tempat ini sangat besar dan mempunyai banyak kebun & taman yang unik.


Kita boleh pilih untuk sama ada


  1. Jalan kaki dan keluarkan peluh. Sihat sebab dapat bakar tenaga. Cepat kurus macam ni. Ada banyak cara nak kawal berat badan dengan sihat.

    Berjalan kaki & mendaki bukit boleh membantu kita berpeluh & bakar kalori. Selain itu, boleh juga amalkan pemakanan yang sihat. Ini termasuklah mengamalkan suplemen yang sesuai. Nak kuruskan badan dengan suplemen boleh rujuk blog hargasetbersalin.blogspot.com. Ada banyak tips kurus di sediakan.
  2. Naik bas komuter yang di sediakan percuma untuk para pelawat (Open air, memang syok)
  3. Sewa basikal.
Pilihan di tangan kita.

Mesti baca: Mari pilih 13 homestay paling syok di Shah Alam untuk trip kali ini. Anda mesti puas hati!

Kami pernah gunakan ketiga tiga cara di atas untuk meneroka. Jalan kaki dan naik basikal paling penat. Tapi sihat. Yang penting dapat jauhkan diri dari penyakit berbahaya seperti sakit jantung & kencing manis kan. Antara sumber bacaan yang bagus untuk mencegah diabetes ialah blog Nikmatterbaik banyak berkongsi tentang sakit kencing manis. 


Sumber: speciousuri.blogspot.my
Sumber: Sharinginfoz.blogpsot.my


Semasa anak anak kami masih kecil, kami berjalan kaki dan menaiki trem saja untuk mengelilingi taman ini.

Itu pun tak habis pusing. 

Kemudian selepas anak anak sudah besar, sewa basikal dan kayu sendiri daki bukit. Mencabar stamina dan ketahanan fizikal tau.

Makanan boleh di bawa sendiri dari luar, kalau nak beli pun tak ada masalah. Memang ada di jual di sini.




Tempat menarik di Taman Botani Shah Alam! 

Memang penat untuk pusing semua tarikan di bawah sekali harung. Tapi kalau kita fit & suka menjelajah. Memang tak ada masalah.


Taman Haiwan! Comel comel & sihat berlari di alam semulajadi.

Taman Botani Shah Alam Taman Haiwan


Rusa di Taman Haiwan.
Tidak jauh dari pintu masuk utama, perlu berjalan kaki lebih kurang 500m untuk sampai ke taman haiwan ini.

Saya tak galakkan jalan kaki sekiranya bersama anak anak kerana perlu melalui jalan yang berbukit.


Lebih baik tunggu bas komuter. Terus sampai.




Naik basikal untuk ke taman haiwan. Boleh sewa basikal yang ada tempat duduk untuk anak anak.


Ada rusa yang kelihatan kurus. 


Saya pernah baca, antara tips jadikan anak anak bijak perlu banyak luangkan masa dengan mereka.


Taman Haiwan adalah tempat partama yang kami mesti tuju bila kesini. Maklumlah anak anak memang suka lihat sendiri haiwan liar.


Ada beberapa spesis haiwan kecil & besar yang di pelihara disini. 


Jangan beri harapan tinggi sangat seperti kita pergi Zoo. 


Antara haiwan yang boleh kita temui di taman haiwan ialah



  • Rusa
  • Selembu
  • Kuda
  • Burung kakak tua
  • Arnab
  • Pelbagai spesis burung
  • Landak 
Dan bermacam macam lagi.

Selain haiwan yang di tempatkan di dalam sangkar, ada juga burung burung dan unggas lain yang terbang bebas disini.


Kita boleh menunggang kuda padi di taman haiwan dengan kadar bayaran yang sangat berpatutan.


Anak anak saya memang teruju melihat rusa berlari di dalam kawanannya. Memang lincah.

Tetapi, jangan beri haiwan liar ini makanan ya. Ini kerana tindakan ini akan membuatkan mereka manja.


Dan hilang naluri semulajadi mencari makanannya. Dan menyebabkan sifat lasaknya hilang kerana kebergantungan kepada manusia.


Lagipun, haiwan ini semua di beri makan di jaga rapi.

Mesti baca: Anda boleh jimatkan banyak belanja dengan tinggal di homestay. Ini 6 homestay paling murah di Shah Alam.



Taman Hiasan di Bukit Cerakah! Sejuk mata memandang melihat bunga di halaman

Sumber: Pegipegi.com

Buat pencinta lanskap dan tumbuhan hiasan, mesti suka singgah ke taman hiasan.


Masakan tidak.


Di sini pengunjung boleh menjamu mata dengan pelbagai spesis bunga yang manis dilihat.


Terdapat juga pokok pokok renek yang sesuai menghiasi lanskap rumah. Ini adalah antara taman pertama yang dibuka di sini setelah diilhamkan oleh Tan Sri Sanusi Junid, mantan Menteri Pertanian Malaysia pada 1986. 



Sumber: tbnsa.gov.my


Kita boleh bersiar siar dan berlari lari mengejar anak anak di taman hiasan. Sudah puas bersiar siar di sini, terdapat 1 menara tinjau / pandang yang membolehkan kita melihat landskap dari atas yang menarik. 


Cuma itulah, taman ini perlu di selenggara dengan baik supaya sentiasa nampak cantik dan kemas seperti zaman puncaknya.


Saya sebagai anak jati Selangor sangat berharap, ada usaha yang serius untuk menjaga destinasi perlancongan di negeri ini. Kalau nak dibandingkan dengan Melaka, jauh ketinggalan. Cuba lihat sendiri list destinasi tumpuan pelancong di Melaka ini. Semua ada.


Hinggakan pantai dan taman rekreasi di Melaka lebih terjaga rapi.


Tak hairanlah ramai pelancong pergi ke sana untuk bercuti. Termasuklah kami. 


Pantang cuti saja mesti habis penuh homestay & hotel di Melaka. Harga penginapan pun melambung naik terutama masa cuti sekolah. (Kalau anda nak tips dapat harga hotel murah di melaka, baca tips ini.)

Balik kepada isu penjagaan tarikan pelancong, di taman botani ini, kita boleh juga perasan semakin banyak pokok pokok hutan yang mati.

Nampaknya keseimbangan ekosistem  di kawasan ini sudah terjejas. Rantai makanan ada yang terputus dan menyebabkan masalah pada kelangsungan pokok pokok hutan ini.


Saya bukanlah arif sangat tentang bidang ini. Tapi boleh di katakan cinta saya pada alam semulajadi sangat tebal.


Semoga pihak berwajib dapat melakukan sesuatu sebelum keadaan ini meruncing.


Rumah Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM), Gambaran hidup di negara beriklim 4 musim



Suasana musim bunga di RISEM.
Dulu sewaktu di sekolah, kita belajar subjek geografi, antara topik paling menarik mengenai fenomena 4 musim yang berlaku di hemisfera utara dan selatan bumi.

Kalau di Malaysia, kita bertuah kerana dapat menikmati sinaran matahari sepanjang tahun. Maklumlah negara kita berada atas garisan khatulistiwa.





Kita dapat alami serba sedikit suasana di negara 4 musim ini di rumah RISEM ini.

Musim di rumah 4 musim ini akan ditukar setiap 3 bulan berdasarkan cuaca 4 iklim di hemisfera utara. 


Sebelum melawat rumah ini, semak dahulu iklim nya seperti di bawah.



  • Disember – Februari  Salji
  • Mac – Mei  Bunga
  • Jun – Ogos Panas
  • September – November Luruh


Suhu di dalam RISEM ini pun nyaman semasa musim bunga



Banyak musim bunga dari negara 4 musim.

Setakat ini, kami pernah melawat musim bunga di RISEM kerana melawat pada bulan Mac.

Boleh lihat spesis bunga segar / hidup yang di import dari luar negara menghiasi rumah ini. 

Kata penunggu rumah ini, suhu semasa musim sejuk di dalam RISEM memang dingin hingga ke sum sum.


Kami pun tak lah minat nak menyejukkan kanak kanak ni. Demam & selesema siapa yang susah nanti.



Taman Rempah Ratus & Pelbagai Minuman

Kalau di rumah 4 musim kita boleh kaitkan dengan subjek geografi. Melawati Taman rempah ratu & minuman ini boleh dikaitkan dengan sejarah & geografi.

Penjajah Belanda & British kan berlumba lumba ke rantau melayu kerana di sini kaya dengan rempah ratus.


Sampai berperang zaman dulu nak dapat rempah ni. Di China sendiri ada laluan rempah (Spice route) kerana digunakan pedagang silam untuk berdagang.


Rempah rempah yang pernah menjadi rebutan empayar zaman silam ini boleh di dapati di taman seluas 16 hektar ini.


Antara tumbuhan rempah / minuman yang terdapat di sini adalah



  • Kulit kayu manis
  • Teh
  • Lada hitam
  • Kopi
  • Buah pala

Selain mengenali rupa pokok pokok ini, pengunjung juga dapat secara dekat mengetahui kelebihan dan kebaikan tumbuhan tersebut.


Memang tempat yang bagus untuk lawatan sambil belajar.


Taman Kaktus, hidup subur di tanah tandus!

Salah satu tempat wajib singgah untuk peminat tumbuhan hiasan. Kalau tidak, takkanlah tempat seperti Cameron Highland di Pahang pun ada ladang kaktus.

Apa yang unik dengan Taman Kaktus di Bukit Cerakah ini ialah lanskapnya rireka menyamai suasana di padang pasir.


Jadi pokok pokok ini dapat tumbuh subur.


Antara info menarik mengenai taman ini ialah 

  • Terdapat lebih daripada 3000 tumbuhan disini dari 145 variasi
  • 15 daripada variasi ini berasal daripada Malaysia.

Rasa teringin nak pergi cameron sekali lagi. Nak shopping kaktus.


Taman Buah Buahan Tropika.

Buat warga kota yang tiada kampung, dan tidak berpeluang merasai pengalaman berada di dusun buah.

Tak perlu pergi jauh.


Di Taman Botani Shah Alam ada menempatkan taman buah buahan tropika seluas 35 hektar.


Taman ini menawarkan pelbagai jenis buah buahan dari kawasan tropika. 


Antara kelebihan melawat taman ini ialah kita akan mendapat panduan untuk menanam pokok-pokok ini sendiri di rumah.


Elok sangatlah tu. Berbudi kepada tanah, kelak akan mengeluarkan hasil.


Belakang rumah ibu bapa saya memang ada ruang untuk di manfaatkan.



Taman Padi.

Taman padi di Bukit Cerakah.


Tidak perlu ke kawasan sawah padi di Sekinchan atau pergi jauh sehingga ke negeri Kedah untuk melihat sawah padi.

Di Bukit Cerakah, terdapat bendang & sawah padi lengkap dengan tali air untuk pengairan tanaman.


Duduk di tengah tengah sawah padi sambil mendengar bunyi kicauan burung. Dan permandangan yang di hiasi dengan orang orang buatan untuk menghalau unggas memang mengasyikkan.



Tali air di taman padi.

Boleh duduk rehat di pondok yang di sediakan.

Di sini juga ada di sediakan
  • Bangsal Serbaguna 
  • Gelanggang Sepak Takraw 

Boleh di gunakan pengunjung yang menempah lokasi ini untuk hari keluarga.



Taman padi taman botani shah alam rumah di bendang


Terdapat sebuah replika rumah melayu tradisional di bina betul betul di tengah bendang. Bolehlah duduk duduk sambil menghayati kehidupan seorang peladang padi.



Taman Konservasi Herba & Tumbuhan Ubatan.

Taman Botani Shah Alam Taman Rempah Ratus Pelbagai Minuman
Sumber: tbnsa.gov.my

Negara kita Malaysia sangat bertuah kerana di anugerahkan oleh Allah SWT dengan hutan yang menyimpan banyak rahsia alam.

Antara kegunaan pokok pokok ini adalah untuk perubatan herba secara tradisional, mahupun moden.




Taman herba ini sangat bagus dikunjungi untuk memberi maklumat tentang tumbuhan herba yang terdapat di Malaysia & kegunaannya dalam bidang perubatan.


Sambil sambil melawat taman ini, boleh cuci mata menikmati landskap menarik berwarna-warni.


Menara peninjau boleh digunakan pelawat untuk melihat permandangan taman hijau yang saujana mata memandang ini.




Empangan dan Tasik di Taman Botani Shah Alam!

Kalau kita sudah puas bersiar siar di taman yang disediakan, masih ada tarikan lain untuk dilawati di sini.

Boleh singgah sebentar di empangan dan tasik yang cantik.


Empangan Sungai Baru

Empangan ini ada sejarahnya yang tersendiri. Pada tahun 1930 hinggan 60 an, penduduk kawasan Klang utara telah menggunakan air dari empangan ini sebagai sumber bekalan air utama.

Lama juga tu, kira kira 30 tahun.


Tetapi kini, fungsinya telah berubah.


Daripada sumber bekalan air, kini ia digunakan sebagai lokasi pembiakan pelbagai jenis ikan air tawar dalam sangkar.


Wah terbaik tu.


Cuma kaki pancing mesti geram bila saya kata, kita tak di benarkan memancing di sini. Bawak bertenang ya.


Sebab apa?


Kita masih di benarkan memancing di Taman Botani Shah Alam, sekiranya syarat syaratnya dipenuhi.


Jika hendak memancing, boleh melakukan aktiviti flyfishing di empangan di bawah ini.



Empangan Air Kuning


Satu lagi empangan yang terdapat di Bukit Cerakah. 

Bezanya, di sini kita dibenarkan melakukan aktiviti Flyfishing / pancing layar, iaitu memancing menggunakan umpan palsu.


Pancing pun perlu di sewa di sini. Tak boleh bawa sendiri jorang & di larang juga menggunakan umpan hidup.


Empangan ini menjadi rumah kepada pelbagai spesis ikan air tawar seperti 



  • Ikan tilapia
  • Ikan jelawat 
  • Ikan rohi
  • Ikan toman
  • Ikan kelah
  • Ikan lampam
  • Ikan krai
  • Ikan baung
  • Ikan keli
  • Ikan patin 
Dan banyak lagi ikan air tawar lain. Balik memancing boleh masak masak lomak cili apa ni. 

Empangan seluas 4.5 hektar yang unik kerana mempunyai sebuah terowong sepanjang 323m yang menembusi sebuah bukit setinggi 60m. 


Terowong Misteri

Di empangan air kuning mempunyai 1 terowong sepanjang 323m yang menembusi sebuah bukit setinggi 60m. 


Kolam C

Selain 2 empangan tadi, terdapat 1 lagi kolam di sini yang kini dibangunkan sebagai tapak konservasi ikan.

Suasana di sini memang tenang & sesuai untuk berehat setelah penat bekerja setiap hari.

Selain daripada kolam & empangan, Taman pertanian bukit cerakah juga mempunyai tempat untuk mandi manda di kolam renang.



Camar Rimba

Di Camar Rimba terdapat kolam renang yang boleh di sewa untuk majlis keramaian, tapak
perkhemahan, dewan dan kawasan permainan yang luas. 

Tapi, kalau nak mandi manda ada tempat lain di Shah Alam iaitu Wet world. (Boleh baca pengalaman kami ke wet world Shah Alam tempohari disini.)

Mungkin kita boleh adakan hari keluarga di sini untuk persekitaran yang berbeza. 



Kesimpulan Tentang Taman Botani Negara Shah Alam.

Walaupun ramai yang komplen tentang kemudahan taman ini yang kurang di selenggara dengan baik, keseluruhannya masih memuaskan lagi.

Lagipun harga tiket masuknya sangatlah murah.

Kalau harga tiket di naikkan, mungkin boleh bantu perbaiki kemudahan yang ada kan. Buat warga kota, datanglah ke Taman Botani Shah Alam.

Insyaallah berbaloi, banyak keluar peluh. Badan pun sihat.


left-sidebar
أحدث أقدم