8 Hotel di Tanah Rata Cameron Highland. Murah & terbaik untuk bajet family

hotel di tanah rata cameron highland
Tak puas rasanya bercuti di Cameron. Trip kali ni nak pulun di tanah rata pula. Tapi... mana satu hotel di tanah rata yang paling best ya?
Tiap kali kita merancang untuk bercuti di Cameron, pasti berbelah bagi nak pilih hotel di brincang ataupun di tanah rata kan. Kalau di Brincang, kawasan bandar, banyak kemudahan ada berdekatan hotel.


Tapi, kalau tinggal di Tanah Rata, dapat nikmati suasana tanah tinggi yang dikelilingi alam semulajadi menghijau. Udara pun lebih nyaman & menenteramkan minda yang penat bekerja. Memang lain perasaannya.

Jika kita pilih nak tinggal di sini, di bawah ini kami senaraikan hotel terbaik untuk anda. Pastikan usha senarai hotel ni sampai habis sebelum buat keputusan ya.

Pilihan penginapan yang terdapat di Cameron
  1. Hotel terbaik di Cameron Highland
  2. Hotel di Brinchang.
  3. Resort di Cameron Highland.
  4. Homestay di cameron.

8 Hotel terbaik di tanah rata cameron yang sesuai untuk bajet percutian anda!


1. Hillside Cottage


Nak bercuti dalam suasana kampung? Haaa disinilah tempatnya.. Hillside Cottage.. Tengok gambar cottage ni pun dah mengujakan.. Memang dapat rasa suasana kampung dia tu.. Kot ada orang bandar yang memang tak de kampung, so boleh la bercuti kat sini untuk rasai suasana kampung tu.. 


Ok, cottage ni terletak di Tanah Rata dan 100% hak milik muslim.. Lokasinya pun strategik.. Tak strategik mana mahunya kita menginap kat situ kan.. Susah nak kemana-mana.. Betul tak? Ok, kalau menginap kat sini korang boleh ke stesen bus, kedai runcit, padang, restotan, bank dan sebagainya dengan hanya berjalan kaki jerk.. Memang strategik betul tempat ni ye..



Rekaan Hillside Cottage ni berkonsepkan kayu dan disebabkan itu juga bila menginap kat sini terasa berada di kampung halaman.. Sekitar kawasannya juga dikekalkan dengan keindahan alam semulajadi.. Dapatlah tenangkan fikiran bila bercuti kat sini kan.. Kawasannya pun tenang dan mendamaikan.. 




Kat sini pelbagai jenis bilik ditawarkan.. Kalau datang beramai-ramai bolehlah ambil bilik family.. Harga pun sangat berpatutan.. Nampak je cam dalam hutan, tetapi kemudahan wifi tetap disediakan kat sini siap dinaiktaraf lagi supaya kelajuannya berdesup.. Hehe.. 


Kalau bercuti dalam kumpulan, tak sah kalau tak buat BBQ kan.. Bila ramai-ramai baru seronok kalau buat BBQ.. Kat sini korang boleh buat BBQ kat bawah gazebo.. Siap ada kerusi meja untuk santapan.. Kawasan pun agak luas dan selesa kalau berkumpul ramai-ramai.. Mesti havoc kan.. 





Nampak je ala-ala kampung kat sini tapi bila dok kat balkoni memang pemandangan dia superb cantik.. View dia mengancam jiwa tak kira waktu.. Semuanya cantik.. Bagi aku, kalau akulah yang bertenggek kat balkoni tu sambil menikmati keindahan alam dan pemandangan yang cantik tu, rasanya tenang seharian.. Handphone aku pun agaknya mintak berehat barang sekejap sebab letih kena paksa snap gambar aku.. Haha..


Ok-ok! Last sekali nak cite, kalau nak berhanimun kat sini pun boleh... Suasana lain dari yang lain bosskurrr... Boleh request dengan pihak chalet untuk mereka arrangekan bagi pihak korang.. Tak kirala nak sambut anniversary ke, hanimun ke, birthday ke atau apa saja jenis surprise, semuanya boleh.. Biasa diatur pihak Hillside Cottage cakap.. Ekeke.. Jom tengok harga untuk semalam..

Harga : RM 110/malam

Alamat : Hillside Cottage Resort, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang


2. Madani Hotel



Kalau bercuti ke Cameron Highlands dengan bajet yang sederhana dan mencari hotel bajet, boleh cuba menginap kat Madani Hotel ni.. Hotel ni milik muslim dan salah satu hotel bajet yang menjadi tumpuan pengunjung ke Cameron Highlands ini.. 


Nak cari hotel ni pun mudah sebenarnya sebab ia terletak kat tepi jalan.. So tak susah nak kesan.. Hehe.. Kalau dari pusat bandar tu, ia berjarak 9.5km sahaja.. Hotel ni sangat sesuai untuk tujuan percutian mahupun perniagaan.. 



Kalau musim perayaan ataupun musim cuti sekolah, memang ramai sangat yang booking hotel ni terutama dikalangan student.. Walaupun di musim perayaan atau musin cuti, harganya masih berpatutan.. 



Kat sini mempunyai 33 bilik yang dilengkapi dengan kemudahan yang cukup... Bagi yang datang dengan family bolehlah booking awal-awal bilik untuk family ye supaya tak mendatangkan masalah dihari kejadian.. Hehe.. Bilik kat sini katanya agak selesa jugak walaupun hotel bajet dan bersih.. Bersih itu yang penting ye.. Kalau dah bersih, haruslah selesa tu muncul dengan sendiri.. hehe.. Nak solat pun mudah sebab ruang luas dalam bilik ni, jadi selesa sikit nak solat..


Nak sambut annivesary pun boleh kat sini.. Kot nak buat surprise hari jadi atau nak hanimun kat sini pun boleh sangat.. Just request kat dorang untuk arrange kan semuanya.. Bilik akan dihias cantik, tunggu korang masuk jerk.. Hehe.. Nak tema ape, kasitau jerk dorang.. Dorang akan merealisasikan untuk korang.. Best kan?




Nak makan, tak susah kat sini.. Banyak kedai makan disekitar hotel ni..  Bukan takat kedai makan jerk tetapi ada jugak kedai runcit, bank dan sebagainya.. Semuanya hanya perlu berjalan kaki jerk.. Sebab ianya berada disekitar hotel sahaja.. Senang sikit nak cari barang kan kalau ada yang tak cukup atau lupa bawak.. Kalau nak makan steamboat, western dan masakan panas, bolehlah ke Sinar Hijjaz Cafe yang berada berdekatan hotel ini.. Kedai ni femes jugak tau.. 

Harga : RM 76/malam

Alamat : Madani Hotel, No. 16, Jalan Besar Brinchang, 39100 Cameron Highlands, Pahang


3. Zetter Suites



Kalau yang biasa ke Cameron Highlands mesti pernah menginap di Zetter Suites ni kan.. Rasanya rugi kalau tak cuba menginap kat sini sebabnya kat sini memberikan pengalaman yang berbeza kepada pengunjungnya.. Tengok nama hotel pun dah dapat rasakan kemewahannya.. Apa yang mewah? Huh mesti mahal kan?




Tengok dari luar pun dah nampak apa yang istimewanya hotel ni.. Bila kaki melangkah ke dalam, perghhh boleh pitam tengok dekorasi yang diilhamkan disini.. Berkonsepkan ala-ala english yang nampak mewah dan elegant... Lagi menarik, masuk aje pintu utama korang akan disambut dengan penyambut tetamu yang sangat friendly tak kedekut senyuman.. Hehe.. Layanan dorang memang tiptop katanya...

Teringin juga hati ni nak bermalam disini sebab katanya harga bilik kat sini tak de la mahal mana.. Tapi kan, kalau tengok tempat ni, mesti dah terdetik dalam hati 'mesti mahal harga bilik kat sini'.. Sebenarnya kata penginap yang terdahulu, kadar harga bilik hotel Zetter Suites ni tak de la mahal mana.. Harga masih berpatutan..So, aku masuk lam list aku dulu ye.. Haha!!




Ok, bilik kat sini ada banyak jenis.. Bookinglah mengikut kesesuaian ye.. Kalau datang reramai tu, leh la amek bilik beso sikit.. Kalau datang secara berduet, amek la bilik yang lebih kecil.. Jimat.. Hehe.. Yang pastinya bilik kat sini memang luas.. Bak kata pengunjung kat sini, anak-anak dorang puas bermain kejar-kejar dalam bilik.. Nampak tak betapa luas dan selesanya bilik hotel ni.. 

Dekorasi biliknya juga ala-ala english mewah.. Yang penting cantik, selesa dan bersih.. Uiss kalau aku dapat menginap kat sini la suatu hari nanti, leh la berangan jadi kaya kejap kan.. Haha.. Berangan tak salah bosskurrr.. Hikss...



Ni nak cite sal ruang tamu pulak.. Hiasannya juga memukau mata yang melihat termasuk aku.. Walaupun aku tengok gambar sahaja.. Haha.. Ada meja makan, ada ruang tengok tv pendek kata serba serbi lengkap.. Korang masuk, dah boleh feeling jadik datuk ngan datin dah kat sini.. Semua lengkap.. Hiks.. Jom masuk dapur lak..



Ruangan dapur pun cukup selesa.. Dah rasa macam dok rumah sendiri je pulak.. Nak masak sendiri pun boleh.. Siap ada microwave lagi...

Oh ya, lupa nak cakap Zetter Suites Hotel ni lokasinya memang strategik.. Ia berada di tengah-tengah antara Tanah Rata dengan Brinchang.. So, senang la nak melawat tempat menarik yang ada kat sana.. Lagi pula, hotel ni dekat dengan pasar malam.. Hanya berhadapan dengan hotel.. Bukan tu aje, kedai makan, dobi, 7-Eleven dan banyak lagi kemudahan yang ada disekitar hotel ni.. Jalan kaki je.. Parking pun disediakan oleh pihak hotel.. Tak perlu risau..

Harga : RM 153/Malam

Alamat : Zetter Suites Hotel, C-G-31, Barrington Square Apartment, Jalan Golden Hill 1, Cameron Golden Hill, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang


4. Avillion




Dari luar dah nampak kemegahannya.. Ni hotel lebih kepada apartment.. Avillion ni sesuai sangat untuk penginapan keluarga sebab biliknya luas.. Avillion ni terletak betul-betul di Pekan Tanah Rata.. So, sangat berhampiran dengan semua kemudahan.. Mudah juga nak ke tempat menarik yang ada di Cameron Highlands tu.. 


Lokasi hotel ni sangat strategik sebabya berhampiran dengan pelbagai tempat makan, tempat shopping, kedai runcit, klinik, farmasi dan lain-lain.. Pendek kata semua ada kat situ.. Tak payah nak risau takut bekalan kudapan habis ke.. Boleh ke kedai runcit berhampiran.. Jalan kaki je uolls..  Dekat sangat..


Aloha!! Nice gile bilik kat sini.. Tenang jerk suasana dia.. Bilik kat sini besar katanya.. Kalau datang dengan family tu boleh lah rembat bilik deluxe studio twin mesti puas hati sebab luas dan selesa.. Hiasan dalaman pun moden.. Yang penting kebersihan terjaga kat sini..



Bukan bilik je selesa tetapi keseluruhan apartment termasuk ruang tamu.. Kalau korang pilih suite 2 bilik tidur, dekorasi dalam dia memang menarik dan ruang tamunya pun luas.. Kalau bercuti secara berjemaah tu, masih selesa kat sini.. Serius besar keluasan dia.. 



Haaa ni pulak apartment yang ada balkoni.. Perghh santai gila duduk kat sini.. Relax jerk sambil tengok pemandangan sambil borak-borak sambil pulak lagi makan jajan.. Hehe.. Memang dah boleh feel duduk kat umah sendiri dah ni.. Tu pun kalau umah sendiri jenis apartment la kan.. Haha.. Kalau dok umah teres tak bertingkat mane maunya dapat feel camni.. Yedok? Balkoni dia pun luas.. Boleh berlari..

Oh ya, menginap kat sini mereka akan bagi korang 2 kad akses untuk keluar masuk bilik.. So, mudahlah kalau datang berdua atau beramai-ramai.. Tak de la bergantung antara satu sama lain kan nak keluar masuk bilik.. Kemudahan parking juga disediakan kat sini.. Apa yang best, ruang parking berdekatan dengan lift.. So, mudah nak loading bag dan barang-barang lain..


Tu dia pemandangan kat sini.. Mungkin ada lagi view-view yang cantik daripada ni.. Bagi aku, inipun dah nice.. Kat sini udara sejuk.. Ofkos la kan, nama lagi Cameron Highlands.. Mesti la sejuk.. Sejuk dan nyaman katanya.. Haaa.. Bila udara pun nyaman, lagilah boleh membuatkan fikiran kita berasa tenang sambil menikmati pemandangan yang indah kat sini.. Cewahhh.. Cam buku sastera pulak bahasanya.. Haha..


Kat sini juga tersedia playgroud untuk kanak-kanak.. Bolehlah anak-anak enjoy sikit kan dapat bermain kat luar.. Owh ye, lupa nak cerita sal makanan kat sini.. Kat sini disediakan sarapan pagi dan boleh juga request untuk lunch dan dinner.. Ada yang respon, sarapan kat sini sedap dan makan malam pun sedap.. Kalau nak makan kat luar pun boleh waktu malam.. Boleh ke pasar malam yang ada dekat hotel ni.. Dekat jerk katanya.. Hanya perlu jalan kaki..

Harga : RM 290/Malam

Alamat : Avillion, C-3, Jalan Camelia, 39000 Cemeron Highlands, Pahang


5. De' La Ferns


Satu lagi hotel yang menerapkan senibina inggeris dengan sentuhan model... Persekitarannya pun gaya inggeris... Dari luar pun dah nampak moden dan eksklusif sangat bangunannya... Sekali tengok, dah rasa nak menginap kat sini.. Inilah dia De' La Fern hotel.. Nama hotel pun dah unik. Mesti biliknya pun best kan.. 


Hotel ni terletak di antara Pekan Tanah Rata dengan Brinchang... So, lokasinya memang strategik berhampiran dengan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati.. Oh ya, kalau korang nak tahu nama hotel ni diambil sempena nama sejenis tumbuhan paku pakis tau yang boleh didapati kat Tanah Tinggi.. Patut la unik semacam kan namanya.. Ok, tambah peratusan nak menginap kat sini.. Haha..


Ok, kat sini menawarkan 75 bilik penginapan yang merangkumi suite penginapan junior yang mewah dan luas serta suite family yang dekorasinya unik mempunyai pintu gelunsur bercirikan jepun.. Wahhh tadi senibinanya ala inggeris.. Sekarang dalam bilik diterapkan juga unsur-unsue jepun... Memang unik sangat uolls...


Ramai sangat yang berpuashati dengan bilik kat sini.. Kata mereka penginapan kat sini memang cantik, kemas, selesa dan selamat.. Lagi menyeronokkan katanya staf kat sini memang friendly habis dan sangat membantu.. Servis yang diberikan pun sangat puashati.. 




Kalau ditanya tentang kebersihan, kat sini memang tiptop dia punya tahap kebersihan.. Yang dah menginap kat sini telah mengesahkan hotel ni memang bersih termasuk bilik dan kawasan sekitarnya.. Kalau datang bercuti dengan keluarga, memang disinilah tempat yang tepat untuk sebuah penginapan yang menarik.. Kalau ada peluang nanti, aku juga teringin sangat nak menginap kat sini.. Nampak tempatnya sangat tenang nak selesa..


Ok, kalau nak tengok pemandangan yang cantik, boleh lihat dari balkoni bilik,, Serius katanya kat sini pemandangan memang cantik gile.. Suasana pun nyaman dengan pemandangan berbukit.. Kalau nak lari dari kesibukkan bandar, bolehlah datang bercuti kat sini sebabnya persekitaran kat sini sangat tenang.. Bila persekitaran tenang, fikiran pun akan ikut serta tenang.. Stress pun boleh hilang camtu je.. Wahh, dah berangan dah ni.. Hahaha

Oh ya, kalau menginap kat sini, korang boleh nikmati pemandangan indah desa dan juga padang golf sesuai dengan taraf eksklusif penginapan kat sini..




Yang mana ada plan nak menamatkan zaman bujang tu, aku syorkan korang hanimun kat sini.. Memang balik bawak kenangan terindah la jawabnya.. Dapat spend time dengan lebih tenang.. Lagi pun kat sini boleh request untuk pakej hanimun ataupun ada yang nak buat surprise ke untuk birthday atau anniversary, boleh jugak request dengan pihak hotel.. Diorang sedia membantu.. Hehe.. Best kan..


Ok, kat sini menyediakan tempat letak kereta percuma.. Kat sini juga dekat dengan pelbagai kemudahan seperti kedai makan, kedai runcit, dobi dan sebagainya.. Lagi pun lokasi hotel ni memang mudah nak cari.. Oh ya, aku tak cerita pun pasal sarapan kan.. Ramai yang bagi feedback sarapan kat sini memang superb sedap.. Kat hotel ni ada restoran seafood.. Kalau belah malam tu tak lengkap percutian kat sini kalau tak cuba steamboat sebab katanya memang sedap.. So, datang sini make sure kena cuba.. 

Harga : RM 230/Malam

Alamat : Hotel De' La Ferns, Batu 39, Jalan Besar, 39000 Cameron Highlands, Pahang



6. Heritage


He, terasa makin banyak hotel ala inggeris jadi pilihan aku kali ni.. Agaknya hati ni semakin minat dengan hotel yang berkonsepkan inggeris ni.. Senibina Heritage Hotel ni memang ala-ala inggeris yang terletak atas bukit yang dikelilingi dengan pemandangan Tanah Rata... Hotel ni terletak memang kat lokasi yang strategik.. Kalau nak ke Pekan Tanah Rata tu dekat sangat, jalan kaki cuma 10 minit jerk dah sampai.. Kat sekitar kawasan tu pun banyak kedai makan dan gerai cenderahati.. Bukan tu jerk, dekat jugak dengan bank dan lain-lain kemudahan yang ada kat Tanah Rata tu.. 


Nampak tu gambar dari atas.. Tinggi letaknya hotel ni.. Ia berada 1500 meter dari atas laut.. Kat sini memang sejuk dan suasananya nyaman sangat-sangat.. Kalau tengok dari luar, landskapnya indah seolah-olah berada di desa inggeris.. Tak yah gi luar negara dah la pasni.. Datang sini pun dah dapat feeling cam kat luar negara.. Cumanya takde salji je kat sini.. Tapi sejuk baq hang!! Kata dorang la yang pernah menginap kat sini selepas aku lakukan siasatan keatas beberapa laman web.. Hehe.. Aku nextime akan jejak jugak kat sini.. Insyaallah.. Nak jugak fefiling kat desa omputeh kan.. Haha..


Penginapan kat sini memang sesuai sangat bagi yang datang bersama-sama keluarga.. Bilik kat sini sangat luas, selesa dan bersih.. Susun atur perabut juga teratur dan kemas.. Kalau semasa menginap ada sebarang masalah, korang boleh je terus berhubung dengan staf dorang, katanya kat sini servis memang tiptop.. Staf pun peramah dan mesra serta sangat membantu..


Hotel ni banyak pilihan bilik.. Ada 165 bilik tamu yang dihiasi dengan gaya tudor kombinasi rekabentuk moden dan tradisional yang memberikan suasana hangat dan nyaman buat pengunjung.. Haaa kat sini sangat sesuai ye untuk berehat sebab persekitaran dia tenang tanpa gangguan.. Untuk menikmati pemandangan bukit yang cantik, balkoni disediakan bagi setiap bilik... So, bolehlah bersantai kat balkoni sesambil menghirup udara yang segar kat sini.. 


Kat sini ada beberapa cafe.. Boleh cuba pelbagai hidangan kat sini.. Kalau kat Jasmine Garden, dorang menyajikan masakan cina dari Wilayah Canton.. Cam menarik jerk walaupun aku tak berapa gemar dengan masakan cina.. Hehe.. Sekali sekala boleh jerk cuma, mana tau kot kena dengan tekak kan.. Hiks.. Ok, kat Rainforest Cafe pulak menyajikan menu buffet dan ala carte untuk sepanjang hari manakala kat The Vintage Bar lebih kepada hidangan snek dan minuman.. 


Ada satu lagi iaitu The Vintage Lounge ada menyediakan pelbagai jenis teh cameron, kek dan biskut.. Nyum nyumm sedapnya. Mewah dengan makanan ye kat sini.. Kalau duduk seminggu kat sini, balik boleh naik berat badan wooo.. Haha.. Oh ya, katanya sarapan kat sini superb sedap dan banyak pilihan.. Menarik!





Ok, kat sini juga korang boleh santai-santai buat aktiviti seperti membaca kerana kat sini menyediakan perpustakaan untuk pengunjung suka membaca, macam aku.. Wahh lagi excited camni nak gi sini.. Gym juga disediakan kat sini.. Untuk kanak-kanak pula, terdapat playground mini disediakan untuk mereka bermain..

Satu lagi, parking juga disediakan secara percuma kat sini termasuk mesin dobi yang boleh didapati di ground floor.. Harga dia sama jerk cam servis dobi kat luar.. So, tak yah keluar dah nak cuci baju, boleh mendobi kat hotel jerk.. 

Harga : RM 210/Malam

Alamat : Heritage Hotel, Jalan Gereja, 39000 Cameron Highlands, Pahang


7. Smurf Inn Homestay


Satu lagi tempat yang menarik pada aku yang patut aku singgah untuk menginap jika pergi ke Cameron Highlands adalah Smurf Inn Homestay ni.. Dari pintu gerbangnya pun dah nampak keunikannya disitu.. Kincir Angin.. Aku yakin mesti ramai yang menginap kat sini teruja nak bergambar de hadapan pintu masuk homestay ni..

Smurf Inn Homestay ni terletak hanya 3km je dari pusat bandar.. So, memang dekat la kalau nak ke pusat bandar tetapi masih perlukan kenderaan untuk kesana.. Hehe.. Homestay ni bangunan dan interior designnya berkonsepkan english style... Itu salah satu daya tarikan pelancong untuk menginap dekat sini..




Katanya kat sini biliknya sangat selesa, bersih dan kemudahan yang ada lengkap.. Banyak jenis bilik yang ditawarkan kat sini, so boleh pilih yang mana sesuai dengan situasi korang nanti.. Kot datang dengan family yang besar, bolehlah ambil bilik yang lebih besar.. Baru selesa..

Susun atur dan hiasannya juga sangat menarik.. Kalau tengok dalam gambar ni sendiri pun rasanya tak jemu mata memandang kan.. Rasa tak sabar nak bercuti di sini.. Menginap kat sini juga memberikan suasana seperti berada di rumah sendiri.. Yelah, sekali tengok dah macam rumah sendiri jerk kan.. Walaupun rumah sendiri tak semewah ini.. Haha..



Ruang tamu yang cantik juga disediakan di sini.. Siap ada piano lagi tu.. hehe.. Memang hiasa dalam kat sini berkonsepkan english style.. Susun atur sangat kemas.. Kat sini memang lokasi yang sangat tepat kalau korang nak bercuti lari dari kesibukan bandar sebabnya tempat ni bukan berada di tengah bandar brinchang.. So, suasananya aman dan damai.. Eloklah untuk hilangkan stress sambil menikmati pemandangan yang ada disekelilingnya yang menghijau.. Wahh damai sangat kan..



Homestay ni menyediakan dapur untuk memasak.. Lengkap segalanya.. Kan aku dah cakap tadi macam berada di rumah sendiri.. Silap-silap kat rumah sendiri pun takde kelengkapan seperti ini.. Haha.. Untuk jimat, disyorkan masak sendiri.. Kalau poket tebal, boleh jerk jalan-jalan cari makan di sekitar hotel sebab banyak kedai makan dan kemudahan lain yang ada disini termasuk tempat menarik yang boleh dilawati.. 




Antara kemudahan lain yang ada di sini adalah kolam renang, sauna dan tempat permainan kanak-kanak.. Menarik betul tempat permainan kanak-kanak ni ye.. Mesti excited anak-anak nak bermain kat sini.. Apa yang menariknya lagi, kat sini stafnya peramah dan sedia membantu.. Oh ya, satu lagi.. Sarapan pagi kat sini pun katanya ok... So, bolehlah cuba bercuti kat sini nanti.. Mesti seronok... 

Harga : RM 98/malam

Lokasi : Smurf Inn Homestay, No. 8, Chateau Avenue Off Jalan Chateau, Royal Chateau, Tanah Rata, Brinchang, 39000 Cameron Highlands, Pahang


8. ATS Cameron Hotel


Bila baca review dari pengunjung sebelum ni tentang ATS Cameron Hotel ni, memang buat aku teruja nak masukkan hotel ni dalam wishlist aku untuk percutian yang akan datang.. Rata-rata pun bagi feedback yang sangat baik tentang hotel ni terutamanya bilik.. Semua berpuashati dengan bilik hotel ATS Cameron ini.. 


ATS Cameron Hotel ini terletak di Cameron Highlands.. Kalau nak ke Ladang Teh Boh, dari hotel ini jaraknya 15km sahaja.. Tak sahkan kalau ke Cameron Highlands tetapi tak singgah di Ladang Teh Boh.. Betul tak?

Lokasi hotel ini sangat strategik kerana berdekatan dengan pelbagai kemudahan disekitarnya seperti terdapat banyak kedai makan, dobi, bank dan kedai runcit.. Hanya perlu jalan kaki je dari hotel.. Hotel ini juga bertentangan dengan medan selera tanah rata.. Wah, nampaknya boleh buat aktiviti jalan-jalan cari makan kat sini.. Pergi bercuti tak sah juga kalau tak pekena makanan kat situ kan.. 



Seperti yang aku katakan tadi, kat sini ramai yang berpuashati dengan biliknya.. Bilik kat sini banyak jenis tau.. Lagi pula, bilik di ATS Cameron Hotel ni besar, bersih dan selesa.. Katil pun empuk katanya.. Amboi, kemain ye.. Jawabnya tak sedar tidur la kalau dah ramai komen katil kat sini empuk.. Hehe.. Macam aku la, kalau dah katil yang kita tidur tu cukup selesa, mau terlajak tidur kalau tak set alarm.. Haha!!


Ruang tamu juga disediakan disini untuk santai-santai bersama keluarga.. Dalam bilik memang semua kemudahan lengkap.. Ini membuatkan ia lebih selesa.. 



Kalau ada yang nak buat surprise ke contohnya sambutan anniversary, birthday atau hanimun sekali pun, boleh je nak request pihak hotel untuk buat persiapan.. Dorang akan membantu... Best kan? Ada tak yang nak buat surprise untuk aku? Opss.!! Haha..


Ok, kat sini tempat parking disediakan.. Jadinya, tak perlu kalut nak cari parking bagai.. Semua tersedia kat sini.. Tiptop! Ok, buat kanak-kanak, taman permainan dorang pun ada disediakan kat sini.. Comel jerk gambaran dari atas ye.. Bolehlah kita santai-santai sambil tengok anak-anak bermain.. 

Harga : RM161/malam

Lokasi : ATS Cameron Hotel, c-1-35, Cameron Fair, 39000 Cameron Highland, Pahang

Post a Comment

أحدث أقدم