23 Hotel di Cameron Highland 2022! Murah & terbaik untuk bajet keluarga

Musim cuaca panas ni kalau dapat lepak dekat Cameron Highlands mesti best kan. Bukan je cuaca sejuk dan nyaman, malah di kelilingi dengan gunung ganang yang menghijau lagi.
Cameron Highlands Resort tanah rata

So tunggu apa lagi. Plan lah cuti cuti Malaysia di Cameron Highlands. Jangan lupa bawa family sekali. Banyak penginapan yang ada dekat sana untuk diinap korang sekeluarga. Jom kita tengok.


20 Hotel di Cameron Highland.


Hotel di Cameron Highland tanah rata

1. Hillside Cottage

Hillside Cottage Cameron Highland merupakan hotel di Tanah Rata milik muslim. Lokasinya sangat strategik. Nak ke mana-mana boleh hanya dengan berjalan kaki.

Terdapat beberapa jenis bilik yang ditawarkan iaitu bilik Rafflesia, bilik Tulip (bilik keluarga) dan bilik studio pada harga yang sangat berpatutan. Kemudahan wifi turut telah di naik taraf untuk kepuasan para tetamu.

hillside cottage cameron highlands

Apa yang menarik tentang Hillside Cottage ni ialah reka bentuk biliknya yang berasaskan kayu seperti rumah di kampung-kampung. Memang sangat instagrammable!!

Hillside cottage cameron highland suasana

Nak nak lagi kawasan cottage di kelilingi dengan keindahan alam semulajadi yang mendamaikan. Memang sangat sesuai bagi korang yang ingin mencari ketenangan dari kesibukan kerja harian.

hillside cottage cameron highland view

Nak sambut anniversary ke birthday ke atau suprise arrangement pun pihak cottage boleh buatkan. Malam-malam nak bakar BBQ pun boleh. Caj yang dikenakan pun murah murah je.

Mesti baca: 18 Hotel menarik di Kuantan Pahang untuk percutian yang menyeronokkan.

hillside cottage cameron highland fasiliti

Hillside Cottage Resort,
Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Harga : RM110 - RM200 semalam


Hotel Cameron Highland Brinchang

2. Hotel Wan Alyasa

Wah cantiknya bangunan hotel Wan Alyasa ni kan? Ala ala English sangat reka bentuk dan warna bangunan tu. Kalau bergambar depan tu sure orang ingat kita dekat oversea. 

Hotel Wan Alyasa cameron highland suasana

Kalau luar dah cantik, apa lagi rekaan dalaman hotel ni. Siap ada motor berkuasa besar dan basikal lama sebagai hiasan lagi.

Walau bilik hotel menarik di Cameron Highland ni nampak mewah dan eksklusif, harga bilik yang ditawarkan sangat murah. Sesuai untuk korang yang mempunyai bajet rendah dan tercari-cari penginapan mesra Muslim yang lengkap dengan kemudahan asas.


Hotel Wan Alyasa cameron highland fasiliti

Lokasi hotel Wan Alyasa ni juga sangat dekat dengan tempat-tempat menarik di Cameron Highlands seperti Big red Strawberry Farm, Lembah Kaktus, Muzium Time Tunnel, Ladang Strawberi Kok Lim dan banyak lagi. Kedai-kedai makan juga terletak berdekatan bangunan hotel.

No. 8 & 9 Brinchangs Square,
Brinchangs,
39100 Cameron Highlands, Pahang.

Harga : RM80 - RM170 semalam


Hotel di Brinchang Cameron Highlands.

3. Hotel Copthorne

Nak merasa menginap di hotel yang tinggi di Cameron Highlands, korang boleh cuba stay di hotel terbaik di Cameron Highlands ni. Ianya terletak tinggi di aras paras laut dan dikelilingi gunung-ganang yang kehijauan. Oh ya hotel ni dahulunya di kenali dengan nama Hotel Equatorial tau.

copthorne cameron highland  lokasi

Setiap bilik di sini termasuk jenis apartment direka dengan resort gaya Tudor yang mewah dan dilengkapi dengan kemudahan asas. Bagi yang datang dengan anak-anak kecil, kemudahan kolam renang dalaman dan taman permainan kanak-kanak ada disediakan.


copthorne cameron highland  kemudahan

Pusat kecergasan untuk orang dewasa pun ada. Cuti-cuti pun rutin kecergasan kena jaga juga.

Bagi yang malas keluar untuk cari makan, di sini terdapat pelbagai restoran yang menghidangkan masakan Malaysia, Cina, Antarabangsa dan juga Asia untuk di cuba.

Brinchang, 
39100 Cameron Highlands, Pahang.

Harga : Bermula pada RM148

Hotel Tanah Rata Cameron.

4. Hotel Heritage

Satu lagi hotel dengan gaya hotel butik ala Tudor yang terletak di puncak bukit yang menawarkan pemandangan Tanah Rata. Bila berkabus, tak nampak macam dalam Malaysia pun kan.

Heritage hotel cameron highland bangunan

Setiap bilik hotel bertaraf 4 bintang ni menawarkan balkoni peribadi untuk para tetamu menikmati pemandangan hutan tropika 1,500 meter dari aras laut.

Heritage hotel cameron highland pemandangan dan bilik

Nak cari makan di pusat bandar Tanah Rata korang boleh berjalan kaki saja. Kalau nak makan di hotel pun boleh. Ada pelbagai menu menarik tempatan dan antarabangsa disajikan.

Heritage hotel cameron highland lobi dan restoran

Antara kemudahan yang ditawarkan lawatan pelancongan dan perniagaan, perpustakaan, pusat kecergasan dan taman permainan kanak-kanak.


Heritage hotel cameron highland riadah kanak kanak dan dewasa

Nak lagi menarik, terdapat taman berlandskap di hotel ini yang direka ala kawasan kampung Inggeris. Sesuai bagi korang yang ingin hirup udara segar dan dikelilingi dengan taman yang indah.

Jalan Gereja, Tanah Rata,
 39000 Cameron Highlands, Pahang.

Harga : RM210 - RM650


Hotel di Cameron Highland Tanah Rata

5. Hotel Avillion 

Tercari-cari hotel di Tanah Rata? Korang patut cuba stay di hotel Avillion Cameron Highlands ni.


Avillion hotel cameron highland bangunan

Menawarkan 100 buah bilik yang direka dengan kemewahan kontemporari dari jenis studio hingga suite 2 bilik tidur.

Avillion hotel cameron highland bilik penginapan moden kontemporari

Yang bercuti dengan anak kecik, terdapat taman permainan kanak-kanak yang luas disediakan. Sementara tu mak ayah boleh lah ke pusat kecergasan.

Mesti baca: 22 Hotel di bandaraya anggerik Shah Alam, ibu negeri Selangor.

Avillion hotel cameron highland kemudahan

C-3-1 Jalan Camelia,
Tanah Rata
39000 Cameron Highlands, Pahang.

Harga : RM198 - RM480

Hotel di Tanah Rata milik muslim.

6. Hotel Madani 

Nak bercuti tak semesti perlu stay di hotel-hotel mewah. Kadang hotel bajet pun dah lebih dari selesa. Tercari hotel murah mesra Muslim di Cameron Highlands? Hotel Madani jawapannya.

Madani Hotel Cameron highland premis

Walaupun harga di sini murah, tapi bilik yang disediakan selesa dan lengkap dengan kemudahan asas termasuk wifi percuma.

Mesti baca: 6 Hotel harga patut di Shah Alam untuk bercuti gaya backpackers.

Madani Hotel Cameron highland bilik penginapan

Lokasi hotel juga terletak berdekatan dengan pelbagai pilihan restoran. Jalan kaki je dah sampai!!

No 16, Ground Floor,
Jalan Besar,
39000 Tanah Rata, 
Cameron Highlands, Pahang.

Harga : RM84 - RM200++

Hotel menarik di Cameron Highland.

7. Nova Highlands Hotel

Merupakan hotel yang tertinggi di Cameron Highlands kerana ianya berada di puncak tertinggi di Malaysia.


Nova hotel cameron highland fasiliti

Menawarkan suite-suite moden dengan balkoni peribadi dan dapur kecil serta wifi percuma. Bilik jenis penthouse turut ditawarkan. Rata-rata tetamu berpuas hati dengan kemudahan bilik yang disediakan.

Nova hotel cameron highland bilik penginapan

Nak shopping? Korang boleh akses terus ke arked beli-belah Square Cameron di bahagian bawah hotel. Terdapat juga mini arked untuk hiburan seisi keluarga dan restoran-restoran makanan tempatan.

tempat menarik berhampiran nova hotel

Tempat-tempat menarik seperti Cameron Highlands Butterfly Farm dan Raju's Hills Strawberry Park pula hanya terletak kurang 500 meter dari hotel.

Jalan Aranda Nova, Greencow, 
39100 Cameron Highlands, Pahang.

Harga : RM134 - RM995


Hotel terbaik di Cameron Highland.

8. The Lakehouse Cameron Highlands

Seperti di Eropah. Dengan reka bentuk bangunan dan hiasan dalam yang mewah, layanan kelas A, kemudahan yang hebat!! Itu komen dari tetamu yang pernah menginap di sini.


The Lakehouse Cameron Highlands

Dengan pemandangan seperti berada di sebuah desa warisan Inggeris yang indah dan menenangkan, staycation di The Lakehouse pasti mengagumkan korang yang inginkan sebuah percutian mewah.

The Lakehouse Cameron Highlands suasana

Setiap bilik di The Lakehouse Cameron Highlands dihias dengan perabot antik yang klasik dan mewah untuk beri keselesaan bertaraf 5 bintang kepada para tetamu.

The Lakehouse Cameron Highlands bilik dan restoran

Restoran di sini menyajikan pelbagai makanan khas tempatan dan Inggeris termasuk pilihan vegetarian. Jangan lupa juga untuk menikmati teh Inggeris pada waktu petang dengan suasana yang indah di The Lakeview Terrace.

The Lakehouse juga menyediakan aktiviti-aktiviti menarik untuk para tetamu seperti jungle trekking, kelas membuat jem, kelas membuat mojito dan berpiknik di dalam taman.

30th Mile Ringlet,
39200 Cameron Highlands,
Pahang.

Harga : Bermula dari RM690++

Penginapan di Cameron Highland yang dikelilingi pemandangan ladang yang indah.

9. Hotel Kea Garden 

Wah, cantiknya hotel ni. Penuh dengan bunga di sana sini. Pelbagai warna dan jenis pulak tu. Reka bentuk bangunan pun cantik. Macam dalam filem pulak rasanya.

Hotel Kea Garden perkarangan penginapan

Siap ada air terjun warna warni lagi!! Confirm lawa time malam kan.

Bangku-bangku untuk berehat pun disediakan. Ngam untuk lepak sambil perhatikan anak-anak bermain dalam taman.

Hotel Kea Garden suasana

Ada 2 jenis penginapan ditawarkan ialah bilik jenis deluxe twin, deluxe king, deluxe queen, family room, suite junior dan suite deluxe.

Hotel Kea Garden bilik penginapan

Dengar kata lokasi hotel ni pun sangat best. Terletak di hujung pasar Kea Farm yang popular tu. So tak perlu nak pening kepala pikir tentang parking. Keluar dari kawasan hotel dah boleh shopping sayur, buah, sourvenir semua tu. Ladang strawberry pula hanya bersebelahan hotel. Syok tu.

Hotel Kea Garden tempat menarik

 Kea Farm, 
39100 Cameron Highlands, Pahang.

Harga : RM140- RM197

Hotel terbaik di Cameron Highland

10. Century Pines Resort 

Tenang dan mendamaikan!! Itu yang bakal dialami setiap tetamu yang menginap di sini.

Century Pines Resort perkarangan

Tengok lah hiasan dalaman resort ni. Nampak mewah sangat terutama chandelier tu. Macam dalam istana je rasanya.

Century Pines Resort lobi

Century Pines Resort menawarkan 5 jenis bilik di mana setiap bilik di reka dengan penuh elegan dan moden untuk memberi kepuasan tertinggi kepada para tetamu yang menginap.

Century Pines Resort bilik penginapan

Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah Pavilion Lounge, Grand Ballroom, Spa dan Sauna, Jakuzi, Bilik Mesyuarat VIP, pusat kecergasan dan Restoran Patio.

Century Pines Resort gym dan restoran

Lokasi resort pula hanya beberapa minit berjalan kaki ke Stesen Bas Tanah Rata, Ladang Cameron Bharat dan Ladang Teh Cameron Highlands.

Lot 42, Jalan Masjid, 
Tanah Rata,
39000 Cameron Highlands, Pahang.

Harga : RM218 - RM480

Hotel bajet Cameron Highland.

11. Hotel Jasmine

Hotel Jasmine merupakan sebuah hotel bajet di pusat bandar Brinchang yang di namakan bersempena dengan nama bunga eksotik Malaysia.


Hotel jasmine cameron highland

Nama je hotel bajet tapi hotel 4 tingkat ini mempunyai 72 buah bilik yang lengkap dengan kemudahan asas seperti wifi, TV satelit, pemanas air dan cerek elektrik. Murah dan selesa.

Rata-rata para tetamu yang menginap berpuas hati dengan keadaan bilik, kemudahan yang disediakan serta layanan staff yang baik.

Lokasi hotel pula hanya terletak berdekatan dengan Pasar Malam Brinchang (5 minit pemanduan), Strawberry Park, Taman Rama-rama, Lembah Cactus dan Ladang Teh Boh.

No 29 - 32 Brinchang,
39100 Cameron Highlands, Pahang.

Harga : RM89 - RM153.

Hotel best di Cameron Highland.

12. The Smokehouse Hotel & Restaurant 

Kalau tadi tentang The Lakehouse, ni pula tentang The Smokehouse Hotel & Restaurant. Jangan sampai terkeliru pulak ye.


smokehouse cameron highlands perkarangan

The Smokehouse Hotel & Restaurant yang terletak di Tanah Rata ini menawarkan penginapan rumah kotej dengan gaya Inggeris dengan pemandangan padang golf yang menghijau. 

Sesuai untuk sesiapa yang ingin berehat dan bercuti dalam suasana yang tenang dan damai. Sedap mata memandang. Penuh dengan kehijauan alam semulajadi. 

smokehouse cameron highlands bilik dan taman

Setiap suite di sini dihias dengan menggabungkan perabot kontemporari dan tradisional serta dilengkapi dengan ruang tempat duduk yang luas. Tengok lah hiasan katil tu. Cantik sangat kan. Nak berbulan madu atau sambut anniversary memang sangat sesuai.


Selain dari bilik-bilik penginapan yang terbaik, The Smokehouse Hotel & Restaurant ini juga terkenal dengan menu hidangannya yang hebat terutama menu Beef Wellington. Para tetamu juga boleh menikmati minum petang di dalam Garden Terrace dengan sajian menu-menu Inggeris yang pasti memuaskan nafsu makan mereka.


P. O. Box 77, 
39007 Tanah Rata,
 Cameron Highlands, Pahang.

Harga : RM400 - RM680

Hotel murah Cameron Highland.

13. Hotel Titiwangsa 

Kalau nak cari hotel yang dekat dengan tempat makan di Cameron Highlands, korang patut stay di Hotel Titiwangsa ni. Dekat bawah hotel saja ada beberapa restoran dan kafe untuk dicuba especially restoran steamboat milik mereka. Halal tau!

Hotel titiwangsa cameron highland

Hotel Titiwangsa mempunyai sejumlah 81 bilik dari 5 jenis bilik berbeza (deluxe hingga family room) yang lengkap dengan kemudahan yang diperlukan pada harga yang sangat berpatutan.

Antara tempat menarik yang terdekat ialah pasar malam Brinchang, Rose Centre, Kuil Sam Poh, Kok Lim Strawberry Farm, Time Tunnel dan padang golf.

Lot 187 & 188, Jalan Besar,
39100 Brinchang,
Cameron Highlands, Pahang.

Harga : RM127 - RM247


Apartment Cameron Highland Brinchang.

14. Parkland Apartment Cameron Highland.

Dekat Cameron ni, nak cari view yang menenangkan tak susah. Dari dalam bilik pun dah boleh nampak. Contoh macam Parkland Apartment ni.

Dah lah terletak di atas bukit, lepas tu bilik-biliknya pula menghadap padang golf yang menghijau. Best tu!!

Parkland Apartment Cameron Highland

Walaupun Parkland Apartment ni antara penginapan jenis keluarga terlama di sini, namun masih nampak baru.

Parkland Apartment Cameron Highland lobi

Parkland Apartment terdiri daripada 20 unit pangsapuri 1 dan 3 bilik yang lengkap dengan kemudahan untuk keselesaan para tetamu termasuk wifi percuma. Setiap bilik ada bilik air sendiri. Tu yang penting.

Lot 134 Brinchang,
 39100 Cameron Highlands , Pahang.

Harga : RM117 - RM199


Hotel di Cameron Highland Brinchang.

15. Hotel Double Star

Lagi satu hotel bajet yang dekat dengan pasar malam Brinchang. Jalan kaki je pun boleh. Hotel ni juga mudah akses kedai-kedai, restoran dan kemudahan yang lain.

Hotel double star brinchang cameron highland

Menawarkan 6 jenis bilik yang lengkap dengan televisyen LCD satelit, jug elektrik dan akses internet wifi percuma.

Hotel ini juga menawarkan perkhidmatan sewa basikal dan sewa kereta bagi mereka yang datang menggunakan pengangkutan awam.

Hotel double star brinchang cameron highland suasana

Tempat menarik seperti Ladang Rama-rama dan Kok Lim Strawberry Farm terletak dalam 1.6 km dari lokasi hotel.

No. B3 - 23, Brinchang Square,
39100 Brinchang,
Cameron Highlands, Pahang.

Harga : RM71 - RM287

Brinchang Apartment.

16. Iris House Hotel & Resort

Iris House Hotel & Resort terletak di 2 lokasi hot spot di Cameron Highland iaitu Iris House Hotel di Brinchang dan Iris House Resort di Tanah Rata. Jarak 2 lokasi ni dalam 5 minit pemanduan sahaja.

Iris House Hotel menawarkan 4 jenis bilik iaitu  bilik deluxe, family triple, family quard dan family suite.  Lokasi nya sangat strategik dan berdekatan dengan kawasan tumpuan pelancong.

Hotel iris cameron highland perkarangan

Manakala Iris House Resort pula menawarkan penginapan jenis apartment 2 bilik, 3 bilik, 4 bilik dan bilik jenis studio.

Hotel iris cameron highland suasana

56, Jalan Kuari, Brinchang,
 39100 Cameron Highlands,
 Pahang.

Harga :
Iris House Hotel - RM76 - RM141
Iris House Resort - RM125 - RM258


Hotel budget Tanah Rata Cameron Highland.

17. Hotel Smurf Inn Cameron Highland

Yang bercuti dengan anak kecik, apa kata korang bawa mereka menginap di Smurf Inn Cameron Highlands. Mesti mereka akan rasa teruja.

smurf inn cameron highland suasana


Dari namanya je mesti korang dah boleh tau yang homestay ini diilhamkan dari movie popular "The Smurf". Tengok lah rekaan-rekaan kemudahan yang ada dekat sini. Rasa macam dekat perkampungan Smurf pulak. Siap ada Merry-Go-Round lagi. 

Tengoklah hiasan dalam Smurf Inn ni. Nampak vintaj dan klasik sangat sebab ianya diilhamkan daripada seni bina zaman Victoria tau.

smurf inn cameron highland bilik penginapan

Bilik-bilik di sini pula terdiri daripada bilik jenis single, deluxe dan suite pada harga yang berpatutan  termasuk sarapan percuma dan dilengkapi dengan bilik mandi peribadi, TV skrin rata, wifi percuma dan peti sejuk mini.

Selain dari mesra kanak-kanak. Smurf Inn juga menjadi pilihan tetamu kerana lokasinya yang berhampiran dengan ladang strawberi Kasimanis, Strawberry Park Resort dan Cameron Highlands Resorts.
No 8 , Smurf Inn, 
Jalan Pekeliling Padang golf,
39000 Tanah Rata,
Cameron Highlands, Pahang.

Harga : RM84 - RM1000++

Hotel Cameron Highland Tanah Rata.

18. Zetter Suites Hotel Apartment

Ni lagi satu penginapan jenis apartment bagi korang datang dengan keluarga besar. Menarik tentang apartment ni ialah hiasannya yang menggunakan perabot antik dan klasik yang diilhamkan dari era Victoria.

Zetter Suites Hotel Apartment bilik

Nampak mewah dan eksklusif. Sesuai untuk si kaki selfie.


Zetter Suites Hotel Apartment suasana mewah


Macam dekat rumah orang putih pulak rasanya. Ada 4 jenis penginapan yang ditawarkan iaitu studio suite, suite 2 buah bilik, suite 3 buah bilik dan duplex suite.


Zetter Suites Hotel Apartment chimney & tempat menarik

Dan paling penting lokasi penginapan sangat dekat dengan pasar malam Cameron Highlands. Bawah tu je haaa.


G-31, Barrington Square Apartments,
Jalan Golden Hills 1,
Cameron Golden Hills,
39000 Tanah Rata, Pahang.

Harga : RM141 - RM427


Cameron Highland Resort dengan lanskap yang indah.

19. Casa Loma Hotel Cameron Highland.

Damainya. Rasa macam balik kampung mak ayah je suasana di sini. Dikelilingi tanaman menghijau yang menenangkan fikiran.

Casa Loma Hotel Cameron Highland kemudahan

Casa Loma yang terletak di Greenhill Resort Tanah Rata ni sangat sesuai untuk penginapan keluarga. Setiap bilik dilengkapi dengan televisyen LCD satelit, bilik mandi bersambung dengan pancuran mandian air panas, balkoni peribadi dengan pemandangan panorama dan wifi percuma.

Kawasan hotel juga dikelilingi dengan taman berlandskap yang penuh dengan pokok-pokok bunga yang hidup subur. 

Casa Loma Hotel Cameron Highland lanskap

Terdapat 3 jenis penginapan yang ditawarkan iaitu king room, triple room dan chalet 1 bilik lengkap dengan kemudahan asas.

Casa Loma Hotel Cameron Highland bilik

Tempat makan hanya terletak 750 meter dari hotel dan perkampungan Orang Asli pula sekitar 900 meter sahaja.

Bunglow Green Hill Green Hill Resort, Cameron Highland
39000 Cameron Highlands, Pahang.

Harga : RM229 - RM356

Villa di Cameron Highland.

20. Villa Dahlia 

Sebuah lagi penginapan yang berhadapan dengan padang golf di terletak di Tanah Rata. Menawarkan penginapan jenis apartment 2 dan 3 bilik serta penthouse dengan 3 hingga 6 bilik.

villa dahlia cameron highland fasiliti dan bilik

Bagi yang plan untuk memasak lepas syok shopping di Kea Farm, Villa Dahlia adalah pilihan terbaik kerana setiap unit dilengkapi dengan ruang makan dan dapur yang lengkap untuk memasak.

Bagi syarikat-syarikat yang nak buat mesyuarat tahunan atau kursus pun boleh stay di sini kerana Villa Dahlia ada menyediakan kemudahan bilik persidangan yang lengkap dan mampu menampung sehingga 80 orang dalam satu masa. 

Lot 214, Jalan Besar, 
39000 Tanah Rata,
Cameron Highlands, Pahang.

Harga : 

Resort di Cameron Highland.

21. Natasya Resort 

Natasya Resort merupakan sebuah hotel bajet yang menawarkan penginapan jenis pangsapuri studio yang terletak di dalam kawasan Hotel Copthorne. 


natasya resort cameron highlands kemudahan

Pangsapuri di sini sangat sesuai bagi mereka yang datang dengan keluarga besar kerana bukan saja mempunyai bilik-bilik tapi lengkap dengan ruang tamu, dapur kecil dengan ketuhar gelombang mikro dan peti sejuk serta balkoni peribadi.

natasya resort cameron highlands bilik

Kemudahan lain seperti taman permainan kanak-kanak, bilik permainan dengan biliard, ping pong dan permainan papan turut di sediakan.

Nak shopping di pasar Kea Farm? Hanya jalan kaki dalam 5 minit je dari hotel. Manakala untuk ke Cameron Highlands Butterfly Farm dan Ee Feng Gu Bee Farm hanya sekitar 7-9 minit berjalan kaki.

Lot 6, Entertainment Complex ,
Kea Farm, Brinchang, 
39100 Cameron Highlands, Pahang.

Harga : RM150 - RM250

Hotel di Cameron Highlands Brinchang.

22. Hotel Rosa Passadena

Hotel Rosa Passadena terletak di tengah-tengah bandar Brinchang dan mempunyai 120 buah bilik termasuk Penthouse Suites.


rosa passadena cameron highland kemudahan

Setiap bilik di hias cantik dan paling penting kemas dan bersih.

Para tetamu boleh menikmati masakan Cina di Restoran Pines dan  makanan Barat dan tempatan Restoran Ferns. Kalau nak makan luar pun boleh. Hanya berjalan kaki ke restoran-restoran tempatan berdekatan.

rosa passadena cameron highland suasana

Cactus Valley dan Ladang Strawberi Big Red terletak hanya 500 meter dari hotel. Tak perlu nak memandu dan redah kesesakan lagi. Sebab tu hotel ni antara hotel pilihan ramai di kawasan Brinchang.

No.1, Bandar Baru Brinchang,
39100 Cameron Highlands,
Pahang.

Harga : Bermula dari RM203


Hotel best di Cameron Highlands.

23. Hotel De La Ferns Cameron Highland.

Unik kan nama hotel ni? Kalau nak tau nama ni di ambil sempena nama bunga paku pakis yang mekar di tanah tinggi ni tau. Hotel De 'La Ferns merupakan sebuah hotel butik yang dibina dengan seni bina gaya Tudor Inggeris dan terletak di antara Tanah Rata dan Brinchang

de la ferns cameron highlands kemudahan

Hotel ini mempunyai 75 buah bilik yang terdiri daripada jenis iaitu single, double, triple, twin dan queensize twin. Selain tu ada juga bilik jenis junior suite dan family suite yang  dihiasi dengan pintu gelangsar yang unik dan didekorasi dengan gaya Jepun.

de la ferns cameron highlands restoran dan bilik penginapan

Para tetamu boleh menikmati pemandangan desa dan padang golf dari dalam biilik je tau. Best tu. Tak perlu susah-susah nak keluar. Tapi kalau kata nak keluar juga, takde masalah sebab tempat-tempat menarik termasuk tempat makan di Cameron Highlands ni semua dekat dengan lokasi hotel.

Batu 39 Jalan Besar,
39000 Tanah Rata,
Cameron Highlands, Pahang.

Harga : Bermula dari RM280

Nak bercuti ke tempat sejuk ni best bila bawa family sekali. Petang-petang boleh lah layan minum teh panas dengan kek dekat Caneron Bharat Tea sama-sama. Lepas tu shopping sayur-sayur segar di Kea Farm. Syok nya. 

left-sidebar

Post a Comment

Previous Post Next Post