6 Hotel murah di Shah Alam! Selesa, best & mesra bajet

Sekiranya anda bermusafir ke Shah Alam bersama keluarga, pastinya bajet menjadi kekangan utama. 
hotel murah shah alam

Kita akan mempertimbangkan untuk menginap di Homestay ataupun hotel murah Shah Alam. Jika anda serius untuk berteduh di hotel bajet yang terdapat di bandaraya ini, anda di tempat yang betul.

Di bawah ini saya senaraikan 6 hotel murah di Shah Alam yang terbaik pada pandangan saya. Sekiranya anda perlukan list hotel terbaik untuk pelbagai kategori, boleh baca artikel di bawah.

Pasti bermanfaat untuk anda: 32 Senarai hotel terbaik di Shah Alam.


6 Hotel murah di Shah Alam yang paling berbaloi dengan bajet anda!


1. M Avenue Hotel

M avenue hotel murah shah alam

Satu lagi hotel bajet di Shah Alam. Antara tarikan hotel ini ialah kemudahan untuk tetamu mengunjungi mesin ATM, pasaraya dan dobi yang terletak berjiran dengan hotel ini.

Walaupun ini hotel bajet, tetapi kemudahannya lengkap & mesra tetamu orang kelainan upaya. Syabas diucapkan pada pihak pengurusan kerana cakna.

Mesti baca: Anda ingin ke Shah Alam bersama keluarga? Booking saja homestay terbaik ini. Memang luas & selesa. Nak masak pun boleh!

2. EV World Hotel Shah Alam

ev world hotel shah alam murah

Lokasinya strategik di Pusat Perniagaan Bukit Raja. Harga penginapan yang mampu milik.

Hotel lengkap dengan akses wifi percuma, air cond, pengering rambut, tv, seterika dan pancuran mandi air panas.

Sangat hampir dengan exit keluar lebuhraya NKVE & persekutuan.

Mesti baca:  Melancong dalam kumpulan besar? Ini 6 homestay bajet yang bagus di Shah Alam.

3. D’Metro Hotel

d'metro hotel murah shah alam

Hotel bajet berstatus 3 bintang ini berada hampir dengan Masjid Sultan Salahudin (Masjid Biru) dengan jarak pemanduan tak sampai 5 minit. Antara jiran terdekat dengan hotel ini ialah Hotel concorde.

Berada hampir dengan pusat bandaraya, iaitu di Seksyen 19, Shah Alam dan dekat dengan kemudahan atm, kedai makan dan pasaraya.

Pelanggan yang menginap di sini boleh menggunakan kemudahan yang disediakan kepada anda seperti kemudahan internet, servis dobi, menyimpan bagasi dan banyak lagi.

Walaupun tergolong dalam kategori hotel murah, pengurusan hotel ini menekankan perkidmatan berkualiti yang diterjemahkan melalui layanan mesra staf & kebersihan bilik. Memang berbaloi dengan bayaran yang kita keluarkan.
Menarik: Hotel terbaik di Pantai Tanjung Rhu, Pulau Langkawi.

4. Tree Boutique Hotel

The tree boutique hotel murah shah alam

Siapa kata hotel bajet mesti nampak murah kan? Hotel ini mempunyai rekaan ruang dalaman yang menarik, semestinya pemiliknya telah melaburkan belanja untuk memberikan lebih nilai kepada para tetamu.

Kedudukan hotel ini sangat hampir dengan 2 mercu tanda bandaraya anggerik ini iaitu Hospital Shah Alam & UiTM Shah Alam. Sesuai untuk ibu bapa yang menghadiri konvokesyen anak & juga untuk ahli keluarga yang melawat sanak saudara di hospital.

Dengan harga penginapan untuk 1 bilik sekitar RM 100, kita akan mendapat akses kepada kemudahan internet 24 jam percuma, tv, penyaman udara & shower air panas.


5. Hotel de Art

De art Hotel murah di shah alam

Hotel ini berada di Seksyen 7 Shah Alam yang berstatus 3 bintang.  Siapa yang sukakan seni lukis & hias mungkin akan gemar untuk menginap di sini.

Masakan tidak, konsep untuk setiap biliknya dihias dengan unik & mempunyai tema fantasi.

Bayaran yang dikenakan agak berpatutan & hotel ini terletak hampir dengan pelbagai premis kedai makan & restoran. Sangat mudah untuk mereka yang bermusafir bersama keluarga.

Selain itu, akses kemudahan lain seperti hair dryer, penyimpanan bagasi, bilik berhawa dingin, shower, televisyen &  internet percuma diberikan kepada para tetamu.


6. D Bayou Hotel

D bayou hotel murah shah alam

Hotel D Bayou terletak di Seksyen 7 Shah Alam & bertaraf 3 bintang. Terletak berhampiran dengan UniSel & juga Uitm, memang sesuai untuk ibu bapa yang menghadiri upacara konvokesyen anak anak.

Lokasinya memang strategik juga kerana banyak premis perniagaan seperti kedai makan, pasaraya & taman rekreasi berada sangat dekat dengan hotel ini.

Sekiranya anda kurang rajin untuk keluar di pagi hari untuk mencari sarapan, jangan risau. Ini kerana pihak hotel menyediakan servis sarapan pagi.


Kesimpulan tentang hotel bajet di Shah Alam.

Siapa kata bajet menjadi penghalang untuk pengalaman bermusafir yang menyeronokkan. Tetapi ini semua memerlukan perancangan rapi supaya bajet tidak bocor & matlamat kita terlaksana.

Memang banyak lagi hotel murah yang tidak tersenarai, tetapi ini hanya pandangan peribadi saya saja.

Ataupun, sekiranya anda masih kurang selesa tinggal di hotel, saya sangat galakkan untuk anda survey homestay di Shah Alam. Walaupun sewanya mahal sikit berbanding hotel, tetapi anda boleh masak & panaskan sendiri lauk di homestay.

Kita pun tahukan, 2 belanja utama yang sukar dikawal semasa keluar ke tempat orang adalah belanja makan & penginapan.

Itu saja perkongsian saya untuk kali ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang komen & cadangan boleh tinggalkan diruangan di bawah.

Assalamualaikum Wrmbth.
left-sidebar

Post a Comment

Previous Post Next Post