Tempat menarik di Kuala Lumpur 2023. Rugi kalau tak pergi.

Tempat menarik di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur ni besar, tapi tempat mana yang menarik?
Pernah tak kita pergi ke suatu tempat tapi taktau nak pergi mana. Bila dah balik baru dapat tau banyak tempat menarik dan best yang wajib dikunjungi . 

Masa tu mesti rasa macam nak menangis tak berlagu. Rasa macam sia- sia je..

Jadi, Cik Lisa tuliskan entri ini untuk berkongsi jawapan bagi soalan-soalan yang sering kali  di tanya bagi tempat menarik di Kuala Lumpur.

Cik Lisa akan kategori kan antara tempat- tempat yang menarik di dalam kumpulan supaya anda senang untuk membuat rujukan. 

Walaupun hotel kuala lumpur terutama sekali yang 5 star memang lawa, tapi takkan nak duduk bilik je kan. Mari kita mulakan sekarang. Dah bersedia ke semua?

Menarik dibaca: Anda mahu melancong ke KL? Ini 10 Hotel paling best di Kuala Lumpur yang dekat dengan banyak tempat menarik & kedai makan viral! Rugi tak cuba.




Tempat menarik di Kuala Lumpur. 

Di bawah ini Cik Lisa ingin  kongsikan antara tempat- tempat yang menarik 


Tempat menarik di Kuala Lumpur waktu malam.

KLCC (Bangunan Berkembar Tertinggi di Dunia)


KLCC menjadi antara lokasi tumpuan pelancong nombor satu di Kuala Lumpur. Jika siang hari, pengunjung  hadir ke menara berkembar ini untuk membeli-belah dan melakukan aktiviti riadah bersama orang tersayang.

Namun pada waktu malam lain pula ceritanya. Pengunjung dapat mencuci mata dan pasti akan  terpesona dengan pancuran air di lake Symphony yang diserikan oleh lampu berwarna-warni. 

Selain itu, pengunjung  turut diiringi dengan muzik yang synchronize dengan pancutan air.

Tambahan pula di belakang pancuran air, KLCC yang indah diterangi cahaya lampu. 

Bukan sahaja menjadi tarikan pelancong, orang tempatan turut terpegun akan keindahan mercu tanda ini. Tempat ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin kan suasana yang lebih santai. 

Antara tempat penginapan paling dekat dengan klcc & paling mahal bayarannya ialah mandarin hotel kuala lumpur malaysia. Satu malam RM780. Tapi berbaloilah, dapat tengok menara klcc dari tingkap hotel yang dilimpahi cahaya.

Rugi tak baca: Pernah lihat menara berkembar Petronas di malam hari? Tataplah keindahannya dari balkoni 10 hotel dekat KLCC, mesti puas hati!

Menara KL


Menara KL memiliki banyak tempat-tempat menarik di sekitarnya. Selain anda boleh lihat keseluruhan bandar KL dari atas, anda juga berpeluang melihat menara ini tersergam indah diterangi cahaya lampu berwarna biru.

Anda juga berpeluang menyaksikan keindahan kehidupan malam di kota metropolitan ini. Observastion Deck beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 10 malam. 

Ini adalah untuk memberi peluang kepada pengunjung untuk dapat  menyaksikan ibu kota Kuala Lumpur bergemerlapan secara 360 darjah. 


Tempat menarik di Kuala Lumpur untuk anak-anak.

Taman Burung Kuala Lumpur.


Taman Burung ini mempunyai keluasan tapak 20.9 ekar yang terletak di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur. Anda dapat melihat sangkar habitat burung-burung yang eksotik yang didatangkan daripada seluruh dunia.

Taman Burung Kuala Lumpur ini terbahagi kepada 4 zon yang berbeza. Anda dapat melihat burung-burung berterbangan bebas dalam Zon 1 dan Zon 2, di Zon 3 pula merupakan habitat bagi burung-burung enggang.

Manakala, di zon yang terakhir sekali iaitu Zon 4 adalah tempat pertunjukan burung dan juga tempat pembiakannya. Taman Burung Kuala Lumpur ini antara yang terbesar di dunia.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 6.00pm)

Harga Tiket: 
  • Dewasa Warganegara: RM27
  • Pelancong: RM50 
  • Kanak-kanak (3-11 Tahun) 
  • Warganegara: RM13,
  • Pelancong: RM41
Alamat: KL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, 50480 Kuala Lumpur. 

Tempat menarik seterusnya berada di dalam bangunan KLCC & sesuai untuk anak anak. Anda cuma perlu memandu 9 minit saja untuk ke mari jika menginap di Shangri La Hotel Kuala Lumpur.



Petrosains


Jika anda datang ke KLCC memang sangat rugi jika tak berkunjung ke Petrosains. Ia terletak di dalam menara nombor satu di Malaysia dengan keluasan 7,000 kaki persegi. Banyak sekali yang dapat anda dan keluarga patut jelajahi di Petrosains ini.

Antara pameran yang terdapat di sini adalah Space (pameran tentang sains angkasa lepas), Speed (pameran kereta Formula 1), Dark Ride (persembahan audio visual dari zaman pra-sejarah sehingga ke zaman moden di Malaysia), Molecule Nano World, 3D Theatre dan banyak lagi.

Waktu Operasi: 
  • Selasa –  Jumaat (9.30am – 5.30pm) 
  • Sabtu, Ahad, cuti umum (9.30am – 6.30pm)   
  • Isnin kecuali cuti umum dan cuti sekolah (tutup)
Harga Tiket:     
  • Dewasa MyKAD: RM20, Biasa: RM30 
  • Kanak-kanak 3-12 tahun MyKAD: RM8, Biasa: RM18 
  • Kanak-kanak 2 tahun & kebawah percuma 
  • Warga emas MyKAD: RM10, Biasa: RM15

Alamat: Level 4, Suria KLCC, PETRONAS Twin Towers, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah, Persekutuan Kuala Lumpur.

Ok sekarang kita dah tau antara tempat yang menarik di Kuala Lumpur . Lepas penat berjalan mesti kita lapar kan ? Haa kat sini Cik Lisa nak senaraikan tempat makan yang best .


Tempat makan menarik di Kuala Lumpur.

KL ni besar dan memang banyak sangat tempat yang best.  Kat mana tu ? 

Tempat makan menarik di Ampang.

Me’nate Steak Hub.

Restoran  Me’nate bukan lagi asing buat mereka yang menjadi penggemar makanan stik. Restoran ini menyediakan hidangan daging berkualiti premium.

Mungkin ramai yang tidak tahu cara sebenar menyebut nama ‘rumah stik’ ini dengan cara yang betul.Asalnya, Me’nate diambil daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu ‘Men Ate’ (orang makan), namun apabila ia diperkenalkan di Malaysia, lebih ramai yang selesa memanggilnya ‘meknate’.

Untuk peminat masakan barat , anda wajib berkunjung ke Restoran Me'nate kerana harga yang berpatutan dan berbaloi dengan kualiti makanan nya. Memang ramai yang memuji kerana setanding dengan restoran bertaraf lima bintang.

Alamat: 16, Jalan Kerja Air Lama Satu, Taman Shuet Liang, Ampang, 68000 Ampang Jaya, Selangor.



 Restoran Pegaga


Bagi mereka yang menggemari masakan kampung, Restoran Pegaga adalah pilihan yang paling tepat. Seperti nama ''Pegaga'' yang unik dan tersergam indah di luar restoran tersebut pasti dapat membuka selera masing-masing.


Restoran Pegaga adalah premis makanan yang menyajikan hidangan ala kampung, khusus buat warga kota yang masih tercari-cari tempat makan Melayu tradisional. Nama restoran ini diambil sempena ulam pegaga yang sangat popular dalam kalangan masyarakat kampung.

Antara menu yang meletup termasuklah ikan merah gulai kalut, bawal mas goreng mercik, daging salai masak lemak cili padi, siakap bakar sambal petai, jemput-jemput ikan bilis, ubi kayu rebus dan ulam pegaga.Menu banana gamelan dan bubur pulut hitam boleh dijadikan pencuci mulut selepas anda makan.

Alamat: No 12-G & 13-G, Ukay Boulevard, Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2), Hulu Kelang, Ampang, Selangor (berhadapan Dataran Weststar).


Tempat makan menarik di Gombak.


Restoran Thaqwa


Restoran Thaqwa mempunyai dua cawangan  iaitu di Prima Sri Gombak dan  di Taman Sri Gombak. Ia merupakan restoran yang dimiliki oleh india muslim lebih dikenali sebagai kedai mamak.

Disini menjadi tarikan utama bagi generasi muda untuk menjamu selera. Di samping itu, dapat melepak bersama kawan- kawan. Antara menu wajib yang adalah samosa dan thosai rawa. 

Selain itu nasi lemak, roti canai,roti tisu,roti planta dan ayam tandori juga menjadi hidangan utama apabila pengunjung berkunjung di sini.

Malahan pula, restoran ini juga mempunyai kemudahan surau.Setiap kali masuk waktu solat, akan menunaikan solat secara berjemaah.  Jadi, pelanggan dapat makan dengan selesa kerana anda boleh melakukan solat  anda sebaik sahaja selesai menjamu selera.

Alamat: 41, Jalan SG 2, Prima Seri Gombak, 68100 Batu Caves 


Kuah Sup Island


Menurut orang Gombak, tempat ni hanya diketahui oleh mereka yang duduk di berhampiran Gombak sahaja. Nampak tak istimewanya warung ni ? Warung ini terkenal dengan hidangan bihun sup dan mempunyai macam- macam pilihan makanan tengah hari .

Kita mula dengan menu istimewa iaitu  bihun sup. Menu bihun sup mempunyai pilihan daging ditambah dengan lobak masin. 

Bihun sup dia macam bihup sup utara sikit, di mana bihun nya berwarna kekuningan dan dia juga dimakan sekali dengan sambal kicap yang memang padu. Selain itu, mempunyai pilihan sup daging, sup ayam , atau sup tulang.

Jika tidak menggemari makanan berasaskan sup, boleh juga memilih nasi tomato. Nasi tomato pula mempunyai pilihan samada acar atau ayam masak merah, satu kombinasi menarik yang pasti membangkit kan selera! 

Di samping itu, waktu cuaca panas- panas, ada juga pilihan minuman laici kang dan air batu campur.

Alamat :Perumahan Awam Seri Langkawi 1 (Jalan Madrasah), 53100, Gombak.



Penutup.

Banyak sungguh destinasi  yang unik dan menarik di Kuala Lumpur, baik tempat bersantai dan beriadah, resort bertaman tema mahupun hotel penginapan bertaraf mewah, pilihan makanan yang pelbagai dan sebagainya.

Semoga panduan tempat menarik di KL yang ringkas ini dapat memberi anda inspirasi untuk bercuti di bandaraya metropolitan ini. Cik Lisa nak ucapkan selamat bercuti bersama orang yang tersayang ! left-sidebar

1 Comments

Previous Post Next Post