Jika anda bercadang melancong ke tempat menarik di Shah Alam, sudah tentu ada mempertimbangkan untuk menginap di Hotel Concorde Shah Alam kan?
Hotel 4 bintang yang mewah ini terletak di tengah-tengah kepesatan bandaraya Shah Alam & sangat hampir dengan Masjid Negeri Shah Alam juga dikenali sebagai Masjid Biru.
Saya & keluarga sendiri telah beberapa kali mengunjungi & tinggal di hotel di Shah Alam ini. Hotel ini walaupun kategori hotel lama, tapi masih berbisa tau.
Itu yang saya nak kongsikan hari ni.
Hotel Concorde Shah Alam, ini kelebihan & kekurangan tinggal disini berdasarkan pengalaman tinggal disini!
Sebelum pergi lebih jauh, saya ringkaskan dahulu pro & cons hotel ini di bawahRingkasan kelebihan menginap di Concorde Hotel Shah Alam
- Lokasi yang sangat strategik.
- Hidangan & lauk pauk yang sangat sedap.
- View Masjid Sultan Salahudin yang sangat lawa.
- Harga bilik hotel concorde sangat murah.
- Promosi kerap dilakukan terutama sekali untuk hujung minggu.
- Staf yang mesra & sangat terlatih.
Ringkasan kelemahan tinggal di Concorde Hotel di Shah Alam
- Hotel yang sudah berusia, kemudahan hotel tidak sebaik hotel baru yang lain.
- Kurang seronok guna tandas yang disediakan di bilik.
Ok, secara ringkas telah saya senaraikan baik buruk hotel ini di atas. Jika anda mahu tahu lebih lanjut penjelasan untuk poin di atas, teruskan membaca.
Mesti baca: Jika anda mahukan kelainan, tinggal saja di homestay menarik di sekitar Shah Alam. Swimming pool pun ada untuk anak anak bersukaria.
Mesti baca: Jika anda mahukan kelainan, tinggal saja di homestay menarik di sekitar Shah Alam. Swimming pool pun ada untuk anak anak bersukaria.
Kelebihan Hotel Concorde Shah Alam.
1. Lokasi Hotel yang sangat strategik.
Hotel ini berada sengat hampir dengan banyak tempat menarik di Shah Alam. Tak kiralah tempat makan sedap, ataupun destinasi tarikan pelancong.
Contoh tempat tempat best ini ialah
- Masjid Sultan Salahudin. 3 minit memandu.
- Muzium Kesenian Islam. 3 minit saja.
- Taman Tasik Shah Alam. 5 minit memandu.
- Taman Botani Negara. 10 minit memandu.
- Skytrex Shah Alam. 10 minit memandu.
- Wetworld Shah Alam. 7 minit.
- Aeon Mall Shah Alam. 10 minit.
- I City Shah Alam. 15 minit.
Masa di atas sangat subjektif kepada kesesakan trafik. Tapi, kita memang dapat jimatkan banyak masa dengan tinggal di sini.
Selain itu, akses ke beberapa lebuhraya utama sangatlah mudah seperti
- Lebuh raya persekutuan.
- Lebuhraya NKVE.
- Lebuhraya Guthrie.
Sangat penting untuk kita pilih hotel yang dekat dengan banyak tempat menarik. Kita tak akan bazir masa di jalan raya. Terutama sekali semasa bercuti pada musim cuti sekolah. Tips ini sangatlah relevan untuk bercuti di lokasi popular seperti negeri Melaka, Cameron Highland & juga Langkawi.
Mesti baca: Hotel di Pekan Kuah Langkawi yang hampir dengan banyak tempat best.
Mesti baca: Hotel di Pekan Kuah Langkawi yang hampir dengan banyak tempat best.
2. Hidangan & lauk pauk yang sangat sedap.
Alhamdulillah, kami dah berkesempatan menjamah hidangan yang lazat di hotel ini untuk ketiga tiga buffetnya. Iaitu untuk sarapan, makan tengahari & makan malam.
Bagi anda yang menempah bilik hotel secara online, pastikan anda mengambil pilihan sarapan bersama. Percayalah, breakfast di hotel concorde memang berbaloi.
Ada banyak pilihan makanan yang enak & baik layanannya.
Antara lauk pauk yang sangat saya sukai & wajib dicuba semasa sarapan disini ialah
- Omelet yang disediakan panas panas. Saya kerap minta tambah keju & sayur untuk lebih kenyang.
- Pelbagai menu kek & pastri.
- Kuih muih & hidangan melayu.
- Roti canai & kari ayamnya pun sangat sedap.
Lebih banyak sajian makanan & hidangan yang enak. Saya paling suka
- Hidangan pasta seperti spagetti carbonara yang disediakan khusus mengikut permintaan pelanggan. Saya suka pedas & berkeju, jadi minta tambah serbuk cili & keju dalam sos pasta.
- Makan Dim Sum halal panas panas.
Mesti baca: Dapatkan lebih nilai untuk percutian anda. Ini 6 homestay bajet paling berbaloi di Shah Alam.
3. View Masjid Sultan Salahudin yang sangat lawa.
Memang banyak hotel murah di Shah Alam. Tapi, satu benda yang pada pendapat saya kurabg pada hotel murah adalah view biliknya.
Dan inilah kelebihan utama hotel concorde ni.
Hotel ini paling hampir jaraknya dengan ikon negeri selangor ni.
ii. Bilik dengan view ke masjid biasanya tinggi permintaan. Jadi kebiasaannya penuh melainkan kita sanggup bayar lebih.
Melainkan anda menginap semasa luar musim cuti sekolah, ataupun semasa hari bekerja.
Dan inilah kelebihan utama hotel concorde ni.
Hotel ini paling hampir jaraknya dengan ikon negeri selangor ni.
Beberapa tips untuk dapat bilik Hotel Concorde dengan view masjid
i. Semasa booking online di laman e commerce seperti agoda, booking.com ataupun traveloka, di ruangan special request pastikan kita letakkan minta bilik dengan view ke masjid.ii. Bilik dengan view ke masjid biasanya tinggi permintaan. Jadi kebiasaannya penuh melainkan kita sanggup bayar lebih.
Melainkan anda menginap semasa luar musim cuti sekolah, ataupun semasa hari bekerja.
4. Harga bilik hotel concorde sangat murah.
Saya perasan concorde shah alam tak mahal pun terutama sekali semasa promosi.Dan hotel ni selalu buat offer di hujung minggu. Pernah kami dapat harga rm198 untuk 1 bilik biasa dan dah termasuk breakfast untuk 2 orang dewasa.
Pendapat saya, daripada ambil hotel mudah di shah alam sekiranya anda bercuti berdua, baik menginap disini dengan pasangan anda.
Kerana fasilitnya lengkap, swimming pool, gym dan breakfast semua dah tersedia.
Promosi kerap dilakukan terutama sekali untuk hujung minggu. Kalau nak tahu promosi terkini, lawati laman web concorde shah alam.
Boleh faham juga kenapa harganya murah, sebab hotel ni dah agak lama dan terpaksa bersaing dengan banyak lagi hotel baru dengan kemudahan lebih baik kan.
5. Staf yang mesra & sangat terlatih.
Staf di hotel ini memang terlatih dan setaraf dengan statusnya sebagai hotel 4 bintang.Petugas yang berada di kaunter menyambut mesra tetamu yang datamg check in dan check out.
Prosesnya pun pantas dan tidak menyusahkan, terutama semasa checkout. Pengalaman saya sendiri, 1 minit dah siap.
Staf di kolam renang, spa, gym dan cafe semuanya mesra. Saya paling suka suasana di kafe semasa sedang menjamu hidangam buffet breakfast lunch dan dinner.
Perut kenyang, hati pun senang.
Kelemahan Hotel Concorde di Shah yang boleh ditambah baik.
Dah panjang saya puji, sampai juga bahagian kelemahan ni.Memang tak ada tempat yang sempurna kan, untuk hotel ni, ada 2 yang paling ketara.
1. Hotel yang sudah berusia, kemudahan hotel tidak sebaik hotel baru yang lain.
Orang Shah Alam dah sedia maklum hotel ni antara yang paling lama beroperasi di Bandaraya anggerik ni.Jadi fasilitinya sudah agak lama, tak segah dan secantik hotel baru yang lain.
Terutama sekali bahagian hallway bilik dan kemudahan biliknya yang nampak sedikit lama. Jangan salah faham ya, semuanya dalam keadaan baik, cuma sudah nampak hilang serinya.
2. Kurang seronok guna tandas yang disediakan di bilik.
Kelemahan ni pada pandangan peribadi saya saja. Orang lain mungkin tak ada masalah.Tandas duduk yang digunakan menggunakan peranti yang kurang sesuai untuk orang berusia.
Orang bandar tak ada masalah nak sesuaikan diri. Macam saya ni, kedua belah mak ayah dah berusia dan tinggal di kampung.
Memang merungut mak ayah bila dapat blik air dengan perkakas tandas duduk dengan sistem basuhan automatik. Hehe. Nak cakap pun rasa janggal.
Harapnya anda boleh bayangkan apa yang saya cuba sampaikan ni.