22 Hotel di Shah Alam Selangor! Murah & terbaik untuk bajet keluarga

Anda sedang mencari cari bilik hotel di Shah Alam yang sesuai dengan bajet? Baca list ini sampai habis. Dari hotel terbaik berstatus 5 bintang hinggalah hotel murah yang berkualiti. Semuanya ada.

Hotel concorde shah alam
Hotel di Seksyen 9 Shah Alam.

1. Hotel Concorde

Hotel Concorde Shah Alam paling hampir dengan masjid ikonik negeri selangor. Berstatus 4 bintang & berada betul betul di pusat bandar Shah Alam.

Saya memang suka hidangan buffet lunch di hotel ini. Hanya RM80 perkepala dengan pelbagai pilihan makanan. Rasanya memang sedap. Kegemaran saya hidangan pasta yang disediakan terus dari chef bertugas.

Hotel concorde shah alam hiasan

_______________________
Alamat & Harga

Bilik Hotel concorde memang luas dengan view yang cantik. Harga penginapan RM240 untuk 1 malam. Kemudahan solat seperti sejadah pun disediakan.

Alamat Concorde Hotel Shah Alam - 3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, 40100 Shah Alam.

Ulasan:

Banyak aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga disini dengan kemudahan yang lengkap. Ada beberapa pilihan restoran untuk menu melayu, cina & barat disediakan pihak hotel.

Kolam renangnya besar & pasti disukai anak anak.

Buat ibu ibu yang ingin merehatkan diri, ada spa, pusat sauna & gym untuk bersenam & mengeluarkan peluh.

Bagi hotel yang telah lama beroperasi, kemudahannya masih terjaga rapi. Saya memang puas hati dengan layanan staf yang mesra. Sebab itu hotel ini diletakkan dalam kedudukan pertama dalam senarai ini.
_______________________
Gambar Menarik

_______________________

Mesti baca: Bosan tinggal di hotel di Shah Alam? Jom tempah homestay paling best di Shah Alam ini. View lawa, harga pun terbaik!

Ini pun best: Anda boleh jimatkan banyak belanja dengan tinggal di homestay. Ini 6 homestay bajet paling berbaloi di Shah Alam. Memang murah!

Seterusnya adalah antara hotel murah di Shah Alam yang bagus.




Hotel di Seksyen U5 Shah Alam.

2. Havenue Hotel

Jika anda mempunyai bajet  terhad untuk percutian bajet di Shah Alam. Jangan risau, ada banyak hotel murah di Shah Alam yang menawarkan servis berkualiti.

Antaranya Hotel Havenue yang terletak di Pusat Komersial Arena Bintang.

Keseluruhan hotel dihiasi dengan perabot & rekaan dalaman berkonsep moden minimalis.

Luaran & dalaman hotel termasuk bilik mempunyai cat berwarna putih yang membuatkan ruang di dalam hotel ini kelihatan lapang & besar.

Havenue hotel shah alam hiasan dalaman

_______________________
Alamat & Harga

Harga: Dari RM88+ Semalaman

Alamat: A-08, Jalan Zuhal U5/178, Pusat Komersial Arena Bintang, Seksyen U5, 40150 Shah Alam

Ulasan:

Dengan harga bilik yang kompetetif & mampu milik, memang berbaloi dengan wang yang kita keluarkan. Kedai makan pun banyak di sekitar premis.

Selain itu, akses WIFI percuma juga diberikan kepada para tetamu. Memang dah jadi kemestian untuk orang moden macam kita ni untuk kekal di talian kan.

_______________________
Gambar Menarik

_______________________



Selepas ini adalah antara hotel terbaik di Shah Alam.

Hotel grand blue wave shah alam
Hotel di Seksyen 14 Shah Alam.

3. Grand BlueWave Hotel

Bagi anda yang membawa ahli keluarga wanita untuk bercuti & bermusafir, antara cabaran utama bagi kita adalah menjaga aurat mereka.

Mujurlah ada Hotel Grand Bluewave yang juga terletak tidak jauh dari Masjid Biru Shah Alam.

Berstatuskan 5 bintang dengan pengiktirafan halal badan tempatan & antarabangsa.

Setiap kemudahan untuk wanita diasingkan dari lelaki. Fasiliti seperti kolam renang, gym & lain lain disediakan khusus untuk wanita di tempat yang auratnya dititik beratkan. Jarang ada hotel yang mesra muslimah, setau kami, Hotel Adya di Langkawi juga sama.

Hotel grand blue wave shah alam kemudahan

_______________________
Alamat & Harga

Harga - Dari RM199+ untuk 1 malam bagi bilik standard.

Alamat Grand Bluewave hotel Shah Alam - Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Malaysia.

Ulasan:

Harga penginapan untuk hotel 5 bintang ini tak lah keterlaluan, terutama sekali dengan kemudahannya yang lengkap.

Memang mesra muslimah, mereka boleh menggunakan kolam renang, bersenam di gym, menikmati hidangan menu cina dan jepun di restoran yang diperakui halal.

Dan aspek keselamatan para tetamu wanita juga diberi penekanan, ada aras khas eksklusif untuk wanita. Mengurangkan risiko untuk menerima tetamu tak diundang.

Biliknya pula luas & selesa dengan hiasan dalaman yang pasti membuatkan kita rasa sayang nak balik rumah. Apatah lagi dengan view malamnya yang indah, terutama sekali untuk bilik yang bertentangan dengan Masjid Sultan Salahudin.

_______________________
Gambar Menarik

_______________________



Hotel pegasus shah alam
Hotel di seksyen 15 Shah Alam.

4. Pegasus Hotel Shah Alam

Antara hotel murah di shah alam yang memberikan tawaran terbaik pada tetamunya. Hotel bajet ini mempunyai rekaan dalaman moden dengan dekorasi perabot & lanskap yang sedap mata memandang.

Hotel pegasus shah alam

_______________________
Alamat & Harga

Harga: Bermula RM117 1 malam untuk bilik biasa.

Alamat Hotel Pegasus: IDCC Shah Alam Jalan Pahat L 15/L, Dataran Otomobil, Seksyen 15, 40200 Shah Alam


Ulasan:

Fasiliti yang disediakan kepada mereka yang menginap di sini memang bagus. Lengkap dengan pusat gymnasium & saunanya sendiri yang diberikan secara percuma.

Lokasinya juga agak strategik, betul betul di sebelah lebuhraya persekutuan & LKSA.

_______________________
Gambar Menarik

_______________________


Hotel geno shah alam

5. Geno Hotel

Kali ini kita pergi sedikit jauh dari pusat bandar Shah Alam. Hotel Geno baru beroperasi selama lebih kurang 2 tahun.

Ia terletak di antara Subang Jaya & Shah Alam. Sangat hampir pula dengan stesen komuter Batu 3 Shah Alam.

Interior design untuk hotel ini menampilkan konsep moden kontemporari & menjadi pilihan ramai pelancong & mereka yang sedang outstation atas urusan kerja.

Hotel geno shah alam interior

_______________________
Alamat & Harga

Harga - Bermula RM192 1 malam untuk bilik standard.

Alamat Hotel Geno Shah Alam  - Jalan Subang Mas, Taman Subang Mas, 47620 Shah Alam, Malaysia.


Ulasan:

Kelebihan hotel yang masih baru semestinya pada fasilitnya. Semuanya masih cantik & dalam keadaan baik.

Kualiti layanan & servis dari stafnya pun memuaskan. Memang profesional.

Selain itu, Hotel ini juga berada berhampiran dengan banyak lot kedai makan. Bolehlah cuba sajian popular di Shah Alam ni. Memang rugi tau, Shah Alam ni syurga makanan sedap.

_______________________
Gambar Menarik

_______________________


Alami garden hotel shah alam
Hotel di Seksyen 13 Shah Alam.

6. Alami Garden Hotel

Anda nak melancong dalam kumpulan besar? Biasanya, kalau bercuti bersama keluarga memang tak praktikal sewa bilik hotel.

Memang mahal. Mujur ada pilihan untuk menyewa bilik ataupun apartment di Hotel Alami Garden. Lokasinya sangat hampir pusat membeli belah gergasi Aeon Mall Shah Alam.

Atau kalau anda nak murah lagi, boleh saja sewa homestay di Shah Alam ni kan.

Alami garden hotel shah alam harga

_______________________
Alamat & Harga

Harga: Dari RM138 untuk 1 malam bagi bilik standard.

Alamat Alami garden hotel: 1-13, Block 1, Presint Alami, No. 2, Persiaran Akuatik , 40100 Shah Alam

Ulasan:

Tempat penginapan yang terbaik untuk mengembara dalam kumpulan besar. Dengan kemudahan asas yang lengkap untuk mereka yang menginap di sini, pasti rasa berbaloi tinggal di sini.

Tak perlu risau tentang tempat letak kereta, memang banyak ruang disediakan oleh pihak pegurusan.

Bolehlah jimat belanja untuk penginapan semasa bercuti ni kan.

_______________________
Gambar Menarik

_______________________


Hotel Shah Alam Seksyen 7.

7. EV World Hotel

Satu lagi hotel bajet di Shah Alam yang berada di lokasi yang strategik. Sangat hampir dengan tempat tarikan pelancong seperti Taman Botani Shah Alam & Taman Tasik Shah Alam.

Dengan harga bilik yang sangat berpatutan, dapatlah kita berteduh di malam hari untuk melepaskan penat selepas sehari suntuk berjalan jalan.

Hotel yang sesuai untuk travel dengan bajet ketat. Walaupun terdapat banyak hotel murah di bandar ini, hanya beberapa saja yang memberikan pengalaman terbaik. Boleh baca panduan di bawah.

Pasti bermanfaat untuk anda: Hotel murah Shah Alam yang terbaik! Ada 6 semuanya.

Ev hotel shah alam harga

_______________________
Alamat & Harga

Harga penginapan 1 malam ni EV Hotel - Bermula RM85 untuk bilik biasa.

Alamat Hotel EV- No.19A &19B, Jalan Plumbum R7/R, Pusat Komersial Seksyen 7, 46000 Shah Alam, Malaysia.

Ulasan:

Hotel ini juga berhampiran dengan I Central Mall yang berada di I City. Hiasan dalamannya sederhana, sesuai dengan harganya.

Kelengkapan asas disediakan untuk kemudahan pengunjung. Jadi, jangan harap lebih.

_______________________
Gambar Menarik

_______________________


Mimilala boutique hotel shah alam

8. Mimilala Hotel @ i-City, Shah Alam

Penting bagi kita sebagai orang islam untuk menjaga solat pada waktunya walaupun semasa bermusafir.

Dan semuanya pasti lebih mudah sekiranya kita menginap di hotel yang menyediakan kemudahan solat di premis hotel.

Anda boleh menarik nafas lega, kerana Hotel Mimilala hotel menyediakan surau untuk solat jemaah.

Kalau nak solat dalam bilik bersama ahli keluarga, sejadah pun siap tersedia. Selain itu, hotel ini sangat dekat dengan I City & 2 susur keluar lebuhraya (Persekutuan & NKVE). Jadi mudah untuk kita bergerak.

Mimilala boutique hotel shah alam harga

_______________________
Alamat & Harga

Harga semalaman: Bermuka RM80 untuk bilik standard.

Alamat Hotel Mimilala: No.22, Jalan Keluli AN7/AN, Seksyen 7, 40000 Shah Alam

Ulasan:

Hotel bajet mesra poket & muslim ini patut menjadi pilihan anda sekiranya anda mempunyai kewangan yang terhad.

WIFI percuma & segala kemudahan asas lain disediakan untuk para pelancong.

Insyaallah selepas ini, kemudahan LRT akan tersedia di kawasan ini kerana projek pembinaan LRT fasa 3 sedang giat dijalankan.

Lebih berbaloi baloi untuk duit kita.
_______________________
Gambar Menarik

_______________________


The tree boutique hotel

9. The Tree Boutique Hotel

Seksyen 7 Shah Alam memang dikenali ramai sebagai syurga membeli belah. Pelbagai butik & kedai berjenama boleh di dapati disini.

Memang betul betul bagai cendawan selepas hujan. Kalau anda nak shopping di Shah Alam sambil mencari hotel murah yang berhampiran, menginaplah di Hotel The Tree Boutique.

Kedai makan yang sedap sedap pun banyak. Perut kenyang, hati pun senang!

The tree boutique hotel harga

_______________________
Alamat & Harga

Harga bilik standard: Dari RM100 untuk 1 malam

Alamat Hotel Tree Boutique: No 2-A & 4-A, Jalan Plumbum Q7/Q, Pusat Komersial Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, 40000 Shah Alam

Ulasan:

Hotel murah Shah Alam dengan kemudahan asas yang memuaskan. Harganya sangat kompetetif, lokasinya sangat terbaik.

Tak jauh dari Uitm Shah Alam. Jadi memang penuh kalau musim konvo. Walaupun berstatus hotel bajet, tetapi kebersihan hotel ni memang bagus.

Tahniah.
_______________________
Gambar Menarik

_______________________


Hotel UiTM Shah Alam
Hotel di Seksyen 2 Shah Alam.

10. Hotel UiTM Shah Alam

Jika anda berkunjung ke Shah Alam untuk menghadiri majlis konvokesyen anak, tak ada hotel yang lebih dekat & mudah untuk anda diami selain hotel ini.

Terletak betul betul di salah satu pintu masuk ke universiti UiTM. Apa yang unik dengan hotel ini ialah, ia milik penuh universiti ini & tenaga kerjanya terdiri daripada para pelajar UiTM sendiri.

Hotel UiTM Shah Alam harga

_______________________
Alamat & Harga

Harga penginapan untuk 1 malam - Dari RM162.

Alamat Hotel UiTM Shah Alam - Persiaran Raja Muda, 40450 Shah Alam, Malaysia.

Ulasan:

Kedudukan hotel ini berada sangat hampir dengan susur keluar lebuhraya persekutuan. Kemudahan yang disediakan untuk para pelanggannya memang lengkap & berpatutan dengan harganya.

Jika anda kurang rajin untuk keluar sarapan di waktu pagi, boleh dapatkan pakej bilik beserta sarapan di Anggerik Coffee House yang terletak di hotel ini.

_______________________
Gambar Menarik

_______________________


M avenue hotel shah alam

11. M Avenue Hotel

Bandar Shah Alam memang banyak sungguh hotel murah seperti M Avenue Hotel. Premisnya yang terletak di deretan rumah kedai & kedai makan memang memudahkan anda untuk menjamu selera semasa menginap disini.

M Avenue Hotel shah alam

_______________________
Alamat & Harga

Harga penginapan semalaman di sini: Bermula dari RM100

Alamat Hotel M Avenue Shah Alam: C-1-G Jalan Serai Wangi H 16/H, Alam Avenue 1, Persiaran Selangor, Seksyen 16, 40200 Shah Alam

Ulasan:

Antara hotel yang terletak sangat dekat dengan gedung membeli belah I Central Mall di I City Shah alam.

Selain itu, dekat sangat dengan banyak tempat menarik di Shah Alam seperti Taman Tasik Shah Alam, Wet World & Taman Botani.

_______________________
Gambar Menarik

_______________________


 Hotel 138 @ Bestari shah alam

12. Hotel 138 @ Bestari

Sebuah hotel bajet yang terletak berhampiran dengan lokasi pasar malam. Menyediakan penginapan yang murah kepada para tetamunya.

Dengan hanya RM70, anda boleh tidur di atas katil yang empuk berhawa dingin dengan nyenyak sebelum meneruskan permusafiran anda keesokan hari.

 Hotel 138 @ Bestari shah alam

_______________________
Alamat & Harga

Harga penginapan - Dari RM70/malam.

Alamat Hotel 138 Bestari - 38 Jalan Nova K U5/K Seksyen U5 Bestari Subang, 40150 Shah Alam, Malaysia.

Ulasan:

Kelebihan utama hotel ini ialah ia terletak sedikit jauh dari pusat bandar Shah Alam. Lebih tepat lagi di Bestari Subang.

Jangan tertipu dengan harganya yang sangat berpatutan, kemudahan asas yang disediakan di hotel ini memang lengkap untuk anda.

Terdapat beberapa kedai makan & pasaraya di lokasi berhampiran premis hotel untuk kemudahan anda.

_______________________
Gambar Menarik

_______________________


Best view boutique hotel shah alam
Hotel di Seksyen 33 Shah Alam.

13. Best View Boutique Hotel Kota Kemuning

Best view boutique hotel shah alam


_______________________
Alamat & Harga


_______________________
Gambar Menarik

_______________________


Hotel hamilah shah alam harga
Hotel di seksyen 20 Shah Alam.

14. Hotel Hamilas


Hotel hamilah shah alam


_______________________
Alamat & Harga


_______________________
Gambar Menarik

_______________________


Intekma resort & convention centre shah alam harga
Resort di Shah Alam, Seksyen 3.

15. Intekma Resort & Convention Centre



Intekma resort & convention centre shah alam



_______________________
Alamat & Harga


_______________________
Gambar Menarik

_______________________


Hotel 99 kota kemuning shah alam

16. Hotel 99 Kota Kemuning



Hotel 99 kota kemuning shah alam


_______________________
Alamat & Harga


_______________________
Gambar Menarik

_______________________


Laman green boutique hotel shah alam

17. Laman Green The Boutique Hotel


Laman green boutique hotel shah alam


_______________________
Alamat & Harga


_______________________
Gambar Menarik

_______________________


Hotel de art shah alam harga
Hotel di seksyen 19 Shah Alam.

18. Hotel de Art @ Section 19



Hotel de art shah alam


_______________________
Alamat & Harga


_______________________
Gambar Menarik

_______________________


Miko place trefoil setia alam harga

19. Miko’s Studio @ Setia Convention


Miko place trefoil setia alam


_______________________
Alamat & Harga


_______________________
Gambar Menarik

_______________________


Felora suite trefoil shah alam harga

20. Felora Suite @ Trefoil


Felora suite trefoil shah alam


_______________________
Alamat & Harga


_______________________
Gambar Menarik

_______________________


hotel de art i city shah alam
Hotel di seksyen 7 Shah Alam.

21.  Hotel de Art @ i-City

_______________________
Alamat & Harga


_______________________
Gambar Menarik

_______________________


isoho i city shah alam
Hotel di I City Shah Alam.

22. Eminent Suite @I-SOHO, I-city


isoho i city shah alam


_______________________
Alamat & Harga


_______________________
Gambar Menarik

_______________________


FAQ

Apakah hotel terbaik di shah alam yang paling berbaloi dengan harganya?

Menurut pengalaman ramai pelancong di Shah Alam, hotel 4 bintang terbaik di Shah Alam adalah Hotel Concorde Shah Alam & Hotel Grand Bluewave. Kedua duanya menawarkan hidangan yang enak & pemandangan Masjid Biru terindah dari bilik hotel.

Apakah hotel paling best di Shah Alam untuk keluarga?

Sekiranya anda mementingkan penjagaan aurat ahli keluarga wanita seperti ibu, isteri dan anak anak, Hotel Grand Bluewavea menyediakan kemudahan khas untuk wanita. Kolam renang, gym dan tingkat khas untuk wanita disediakan. Hotel 5 bintang di Malaysia pertama mendapat pengiktirafan halal antarabangsa tertinggi, Halal Friendly Hotel rating of 7 by Crescentrating. Rujukan

Berapakah harga penginapan di hotel untuk 1 malam di shah alam?

Bergantung kepada jenis hotel yang kita pilih. Harga untuk tinggal di hotel murah di Shah Alamsekitar RM70 dan ke atas. Manakala untuk hotel 4 & 5 bintang ke atas boleh diperolehi pada harga promosi RM180. Pastikan kita buat perbandingan terlebih dahulu.

Hotel apa mempunyai sarapan paling sedap di Shah Alam?

Dari pengalaman penulis sendiri & juga ramai pelancong lain di internet, sarapan pagi di Hotel Concorde sangat sedap & beraneka pilihan. Jangan lupa cuba roti canai & kuah karinya, memang sedap!

Jika saya melancong dalam kumpulan besar, hotel Shah Alam yang mana paling sesuai?

Sekiranya anda merancang untuk menghadiri konvokesyen & majlis perkahwinan, lebih sesuai untuk anda menempah homestay. Anda boleh pilih untuk bermalam di homestay terbaik di Shah Alam yang lengkap dengan kemudahan mewah. Atau sekiranya anda mempunyai kekangan bajet, boleh saja bermalam di homestay murah sekitar Shah Alam.

Hotel mana di Shah Alam yang terbaik untuk bulan madu?

Anda disarankan untuk bermala di Grand Bluewave Hotel, Tamu iCity Shah Alam, dan Acappella Suite Hotel, Shah Alam.

Hotel di Shah Alam yang mana paling dekat Stadium Shah Alam untuk menonton perlawanan bola sepak?

Sekiranya anda datang berseorangan atau berdua, paling senang untuk bermalam di Acappella Suite Hotel, Shah Alam. Jika anda datang dalam rombongan besar, lebih sesuai untuk anda booking homestay di Shah Alam.

Apakah hotel yang mempunyai pemandangan paling indah di Shah Alam?

Sekiranya anda ingin menikmati pemandangan Masjid Sultan Salahudin yang indah di waktu malam, Hotel Concorde & Grand Bluewave patut ada dalam senarai anda.

Post a Comment

Previous Post Next Post