Limastiga Melaka - Review homestay terbaik untuk percutian mewah

Nak bercuti di Melaka? Tapi nak lari dari kesibukan Bandar Hilir. Kalau boleh nak stay di homestay yang bercirikan rumah kampung. Apa kata korang nginap di Limastiga. Penginapan yang pasti buat korang rasa percutian korang di negeri Melaka salah satu percutian yang indah.

 


Limastiga Homestay Terbaik di Melaka


Sekarang ni nak cari homestay di Melaka tak susah pun. Sebabnya dah banyak homestay yang wujud untuk memenuhi demand dari para pelancong yang semakin tinggi. 


Nak cari homestay jenis macam mana semua ada. Nak homestay yang bajet rendah sampai lah ke homestay ala kayangan, ssmua ada. Kami telah sediakan list homestay murah di Melaka juga, jemput baca. Pokok pangkal depend pada bajet dan tujuan korang bercuti ke sini. 


Cakap pasal homestay ala kayangan, Limastiga yang terletak di Umbai ni antara homestay kayangan yang mendapat permintaan tinggi dari para tetamu. Walau harganya agak mahal untuk rakyat marhaen, tapi sangat berbaloi dengan apa yang disediakan oleh pemilik villa. 



In fact, kalau korang search homestay terbaik di Melaka, confirm nama Limastiga akan tersenarai dalam carian tu. Dan boleh kata villa ni sentiasa penuh dengan tempahan. 


Apa yang buat Limastiga ni best staycation di Melaka, korang kena baca point dekat bawah ni.


Kenapa Perlu Pilih Limastiga Sebagai Homestay Best di Melaka?


1. Lokasi Yang Strategik


Kalau nak pilih satu-satu homestay, lokasi memainkan peranan yang sangat penting. Betul tak? Kalau boleh mesti lah nak menginap di kawasan yang tenang, tak sibuk tapi masih dekat dengan bandar dan tempat tarikan yang lain. Kata bercuti, nak lah juga berjalan ke sana sini kan.



Limastiga hanya 15 minit perjalanan ke bandar Melaka. Mudah diakses dari lebuhraya dan dekat dengan tempat tarikan di Melaka seperti Banda Hilir dan Melaka River Cruise. Nak shopping di Dataran Pahlawan pun boleh. 


Bab makan jangan risau. Bila dah ke Melaka, selain dari pekena asam pedas ori, korang juga kena try makan ikan bakar. Bila kata ikan bakar, memang tak cari kat tempat lain selain di Umbai.  Banyak restoran-restoran ikan bakar yang terkenal termasuk restoran terapung yang korang boleh cuba. Paling menarik, restoran-restoran ni hanya dua ke tiga minit saja dari Limastiga. Dekat kan? Tak perlu nak kesesakan lama-lama dalam lalu lintas. Al-maklumlah, Melaka kan tempat tumpuan pelancong.


2. Homestay Melaka dengan Senibina Yang Menawan



Selain dari lokasinya yang strategik, Limastiga juga terkenal dengan senibinanya yang cantik. Villa-villa di sini menggabungkan elemen moden, kontemporari dan juga tradisional. 3 dalam 1 tu.



Walau dari luar nampak macam rumah kayu kampung tradisional, tapi bila dah masuk ke dalam, korang pasti akan WOW dengan hiasan dalamannya. Sangat moden, eksklusif, susun atur perabot kemas dan of course bersih. 




 

Selain tu, setiap villa dilengkapkan dengan private balcony yang luas. Sesuai nak duduk lepak, borak-borak dengan ahli keluarga. Bukan selalu dapat cuti bersama kan.



Tu belum lagi korang tengok keindahan landskap ala tropika di bahagian luar villa. Penuh dengan pokok-pokok yang menghijau di sekeliling penginapan. 




Terasa duduk dekat rumah dalam taman pulak. Petang-petang lepak dekat luar tu pun dah best. Tak perlu nak keluar dah. Lagi-lagi kawasan homestay ni berangin je. Mesti nyaman je rasa.



3. Homestay Muslim 


Bagi yang tercari-cari homestay yang halal dan bersih, Limastiga adalah pilihan terbaik. Ini kerana hanya tetamu Muslim saja dibenarkan menginap di sini. So bab-bab halal tu InsyaAllah semua terjamin.  Tetamu pun boleh menginap tanpa rasa was-was kan.  Berbeza kalau kita menginap di homestay yang bukan mesra Muslim atau di hotel. Kita tak tahu kebersihan pinggan mangkuk yang disediakan tu. Sampai jadi ragu-ragu nak guna. Ada tu siap bawa sabun untuk sertu peralatan tu sebelum guna. Lecehnya!!



4. Sempurna untuk hari keluarga


Pada korang yang plan nak buat hari keluarga, reunion, kursus dan sebagainya, Villa Limastiga boleh kasi setel. Villa ni boleh tampung sehingga 7 keluarga dengan jumlah sehingga 35 orang dengan selesa dalam satu villa pada satu-satu masa. Tu baru satu villa. Dekat sini ada 3 villa yang korang boleh pilih :


1. Limas Villa Suite


Limas Villa Suite merupakan villa paling kecil di sini. Kecil-kecil lun boleh memuatkan 14 hingga 20 orang tetamu tau. Mempunyai 5 double room dan 1 family room dengan 7 katil dan 4 daybeds serta 5 buah bilik air. Harga bermula dari RM2500/malam.


2. Limastiga Villa I


Limastiga Villa boleh memuatkan sehingga 24 orang tetamu. Mempunyai 6 buah family room dengan 12 katil dan 2 daybeds serta 7 buah bilik air. Harga bermula dari RM3000/malam.


3. Limastiga Villa II


Villa yang paling besar di sini. Boleh memuatkan sehingga 35 orang tetamu dengan selesa. Mempunyai 7 buah family room dan 1 buah deluxe room dengan 15 katil dan 2 daybeds serta 9 buah bilik air. Harga bermula dari RM3700/malam




Lepas tengok harga tu mesti korang kata mahal kan. Tapi tengok kemudahan dan servis yang disediakan. Lengkap semuanya. Korang datang bawa beg baju je. Antara kemudahan yang ada ialah private swimming pool yang luas dan bersih untuk orang dewasa dan kanak-kanak, kemudahan BBQ, bilik karaoke, dapur memasak, wifi percuma dan banyak lagi.




Gazebo pun ada tau dekat tepi pool tu. Sekali tengok macam tengah bercuti dekat Bali pulak. Hehe.




Nak buat pelbagai aktiviti keluarga memang sesuai. Paling best korang boleh bercuti tanpa gangguan dari tetamu lain. Senang kata villa ni korang yang punya lah. Syok kan??



5. Best Review dari Tetamu


Kalau korang tak percaya apa yang kami kongsikan ni, korang boleh baca sendiri review dari tetamu yang telah menginap dekat Limastiga ni. Semuanya happy dan puas hati. 


Antara review best dari para tetamu selain dari senibina rumah yang cantik dan kemudahan yang lengkap, mereka juga sangat happy dengan layanan para pekerja villa yang sangat mesra. Mana taknya, sampai-sampai je dekat villa, sementara nak selesaikan urusan check in, korang akan dijamu dengan welcome drink. Hilang terus rasa penat memandu dalam cuaca panas di Melaka ni kan. Kemudian apa saja permintaan korang, mereka akan cuba sehabis baik untuk tunaikan. Nampak tak, macam mana tetamu yang nginap dekat sini happy dengan apa yang mereka bayar.


Limastiga Homestay Melaka Yang Best Untuk Bercuti


Best kan tengok Limastiga Villa ni. Terus rasa nak tempah 1 villa dan bawa family bercuti dekat sini kan. Kalau korang memang ada plan nak ke sini, better book awal-awal. Bukan apa sebab takut kalau lambat, takde villa yang available dah. Maklumlah, tempat best memang jarang takde orang datang. So selamat bercuti dan selamat menempuh pengalaman seperti berada di perkampungan Melayu moden.


Vila Limas Retreat

2046 Jalan Bukit Tembakau, 

77300, Umbai, Melaka.

Telefon : 0126604286






Post a Comment

أحدث أقدم