Susu fernleaf - Review susu formula dari pengalaman seorang ibu

Jadi seorang ibu ni sangat mencabar sebenarnya.. Dalam membesarkan mereka, sudah pastinya kita sebagai seorang ibu ingin memilih yang terbaik buat anak-anak kita.. Betul tak? Tak kira la dari segi pemakanan, pakaian, pelajaran malah apa sahaja yang berkaitan dengan anak kita.. Begitulah juga dalam pemilihan susu terbaik untuk mereka bagi memastikan tumbesaran mereka sempurna.


Macam aku sendiri, juga memilih susu yang terbaik buat anak-anak aku.. Sungguhpun begitu, dalam pemilihan susu ni haruslah mengikut kemampuan juga.. Jangan pula, membeli lebih dari kemampuan.. Nanti lain pula jadinya.. Tak semestinya susu mahal ni sesuai untuk anak kita kan.. Apa-apa pun kena cuba dulu baru tahu sesuai ke tidak.. Susu murah tak semestinya tak bagus tau.. 



Sebelum ni, anak aku minum susu tepung Dugro.. Semuanya ok, cumanya dah terlalu lama dengan susu Dugro, kita cuba tukar susu lain pula untuk beri kelainan kepada mereka.. Ok, untuk susu yang baru ini, aku pilih susu Fernleaf pula untuk mereka.. Alhamdulillah, setakat ni susu Fernleaf ini serasi buat mereka.. Mereka pun suka! Kenapa aku pilih susu ni? Haaa nak tahu kena la baca sampai habis ye.. 



Kenapa aku memilih susu Fernleaf?


Fernleaf merupakan salah satu jenama susu tepung terbaik yang ada di pasaran Malaysia pada masa kini.. Rasanya semuapun dah familiar dengan jenama susu ni kan.. Cukup terkenal dikalangan ibubapa di Malaysia ni.. Apa yang bagusnya dengan susu Fernleaf ni ia dihasilkan dari 100% susu dari New Zealand tau iaitu salah satu negara ternakan ternusu terbaik di dunia yang mempunyai padang rumput hijau yang subur, udara segar dan air yang jernih yang tidak tersentuh oleh pencemaran..


Kalau korang nak tahu, lembu susu ternakan mereka diberi makan rumput yang segar dipadang ragut mereka.. Inilah yang membantu mereka menghasilkan susu yang berkualiti tinggi yang kaya dengan kalsium dan mengandungi nutrien penting lain seperti protien, Vitamin A dan B.. Susu ini dirumus khas dengan 5x DHA+ Nutri-Care termasuklah Vitamin A dan Zat Besi yang dapat menyokong pertumbuhan tulang dan perkembangan kognitif anak kita..


Fuh panjang lebar aku bercerita tentang kehebatan susu fernleaf ni kan.. Ye, sebab inilah juga aku memilih susu Fernleaf untuk anak aku sebenarnya.. Aku yakin sangat susu yang mereka keluarkan sangat berkualiti dan berkhasiat.. Terasa bersih pulak susu ni kan.. Sebab mereka menjaga kualiti susu mereka dengan baik.. Hehe..


Susu Formula Fernleaf 4 - 6 Tahun

Memandangkan anak aku berumur antara 4-6 tahun, so aku memilih yang bersesuaian dengan umur mereka iaitu susu formula Fernleaf 4-6 tahun.. Kalau bercerita tentang harga, bagi aku harganya mampu milik.. Taklah mahal mana harganya.. Sesuailah dengan aku yang bergaji sederhana ni.. Pack 900g, harganya lebih kurang RM25 sahaja.. So, memang mampu milik dan tidak membebankan.. Hehe.. Nak murah lagi, boleh beli kat shopee.. Tapi selalunya yang perisa Asli ni cepat habis.. Mungkin ramai yang menggunakan perisa Asli berbanding perisa lain.


Untuk percubaan aku hanya beli pack 550g sahaja.. Yelah, kalau beli pack besar terus andaikata tak sesuai dengan anak kita dah berlaku pembaziran.. So, lebih baik mulakan dengan pack kecil dahulu bagi mengelakkan pembaziran.. Bila dah sesuai barulah beli pack yang lebih besar ok! 


Susu Fernleaf 4-6 tahun ni terdapat 3 perisa berbeza iaitu Asli, Madu dan Coklat.. Untuk yang Asli dikeluarkan dalam 2 pack iaitu 550g dan 900g manakala Madu dan Coklat pula hanya dikeluarkan dalam pack 900g sahaja..



Rasa dan baunya tak jauh beza dengan susu Dugro.. Mungkin sebab itulah anak aku dapat terima dengan baik susu Fernleaf ni.. Warnanya juga sama macam susu Dugro, kekuningan.. Rasanya banyak susu formula berwarna kekuningan kan.. Warna je kuning cair tau tapi bila bancuh, air susunya berwarna putih ya.. Hiks.. Kot la ada yang risau, susunya pun akan berwarna kekuningan.. Haha! 


Firstime anak aku cuba susu ni, dorang dah dapat terima rasanya.. Mungkin dah terbiasa dengan susu sederhana macam ni... Pernah juga bagi susu mahal kepada mereka, tetapi tak dapat diterima oleh tekak mereka.. Kononnya nak bagi yang lebih baik, tetapi diorang tak nak minum.. Tak sedap katanya..  Tawar dan rasa pelik.. Selamat poket mak nak! Haha.. Alhamdulillah susu Fernleaf ni mereka tak tolak dan dapat diterima dengan baik.. 


Cara penyediaan susu Fernleaf

Ada ke yang masih tak tahu nak bancuh susu formula untuk anak? Mungkin mommy to be masih belum tahu? Meh nak ajar.. Hehe.. 

  • Masukkan 4 sudu besar (34g) susu tepung Fernleaf 4-6 tahun ke dalam 180ml air suam yang telah dididihkan dan bancuh..
Mudah je kan.. Macam aku pula, memang guna scope susu khas untuk sukat susu.. So, aku masukkan 20ml air suam ke dalam botol susu.. Lepas tu, aku masukkan 4 scope susu fernleaf dan shake.. Last sekali baru isi air masak sehingga paras 180ml dan shake lagi.. Anak aku ni lain sikit.. Kalau susu tu suam, dorang tak nak minum.. Katanya panas.. So, kena lebihkan air masak biasa.. Untuk anak korang, ikutlah citarasa mereka ye.


Alah kalau korang yang mana tak tahu nak bancuh macam mana tu, boleh je tengok dekat pack.. Ada diberi direction untuk bancuhan yang tepat.. Tak perlu risau..


Berbaloi ke guna susu Fernleaf ni?



Ok, dah tahukan kenapa aku pilih susu Fernleaf ni untuk anak aku? Ni nak tambah sikit lagi.. Berbaloi ke aku jadi pengguna susu Fernleaf ni? Haaa bagi aku sebagai seorang ibu, sangatlah berbaloi.. Selain, harganya yang mampu milik bagi aku susu ni berkualiti dan berkhasiat bagus untuk tumbesaran anak aku.


Lagipun, susu ni mudah didapati kerana dijual dikebanyakan pasaraya yang ada ditempat aku.. Kalau ditempat korang ada 99 speedmart, tesco dan Aeon Big, susu Fernleaf ini juga ada dijual disana ye.. So, boleh dapatkan di sana.. Kalau nak lagi mudah, boleh beli secara online je.. Lagipun, sekarang ni kan musim Pandemik Covid-19, so lebih selamat membeli secara atas talian.. Kalau nak beli secara onlin, aku suggest korang beli di Shopee.. Harganya lebih murah berbanding beli di pasaraya.. Banyak pilihan harga.. So, boleh banding-bandingkan sebelum beli.


Apa yang menarik lagi dengan jenama Fernleaf ni, bukan setakat anak-anak je boleh minum susu Fernleaf ni tau tetapi seisi keluarga pun boleh sebabnya mereka ada juga mengeluarkan susu untuk family.. Bolehlah lepas ni amalkan minum susu dalam keluarga.. Barulah seluruh keluarga sihat dan kuat.. hehe..



Oklah, buat mommy to be atau yang ada plan nak tukar susu lain untuk anak-anak, bolehlah cuba susu Fernleaf ni.. Sangat berbaloi-baloi dari segi harga dan khasiatnya.. Yang penting ianya serasi dengan anak-anak kita.. Beli yang mahal pun, kalau tak serasi dengan anak kita, rugi jugak.. So, ikut selera tekak anak-anak dan kesesuaian perut mereka.. Kadang tu ada juga, perut tak boleh terima.. Nak tahu serasi ke tidak, kenalah cuba.. Dah cuba barulah tahu serasi ke tak.. Betul tak? Hehe.. Ok guys, selamat mencuba..!!



Post a Comment

أحدث أقدم