10 Hotel di KLCC Kuala Lumpur. Murah & terbaik untuk bajet anda.

KLCC memang dikenali sebagai mercu pelancongan terkenal Malaysia. 

Mempunyai banyak tempat-tempat menarik untuk aktiviti seisi keluarga seperti Aquaria, Taman KLCC dan Petrosains. Nak shopping, nak food hunting pun boleh. Tak puas explore KLCC dalam sehari, boleh cuba nginap di hotel-hotel di sekitar KLCC seperti di bawah ni.

Menarik di baca: Banyak lagi hotel yang cantik di KL. Dari yang murah seperti hotel kapsul, sehinggalah hotel 5 bintang dengan pengiktirafan antarabangsa. Ini 19 Hotel di Kuala Lumpur terbaik pada pandangan kami.



10 Hotel dekat KLCC. Nikmati pemandangan malam menakjubkan dari bilik penginapan.


Hotel Bawah RM200 Semalam Dekat Dengan KLCC.

1. Le Apple Boutique Hotel @ KLCC

Bagi yang malas nak drive atau bersesak di atas jalan raya untuk ke KLCC, Le Apple Boutique Hotel @ KLCC merupakan pilihan yang terbaik.


Ini kerana lokasinya terletak berhadapan dengan KLCC. Para tetamu boleh berjalan kaki saja untuk ke Menara Berkembar ni. 

Bagi yang datang ke KL dengan pengangkutan awam, mereka boleh guna LRT untuk ke hotel ini sebab jaraknya hanya 5 minit dari stesen KLCC. Mudah dan cepat.


Hotel 3 bintang ni menawarkan 78 buah Bilik Superior dan 144 buah Bilik Deluxe yang minimalis dan lengkap dengan kemudahan yang diperlukan. Tengok lah tingkapnya yang luas tu. Boleh nampak seluruh bandar dari bilik je. Syok sangat. Lagi-lagi bila waktu malam.

Ini pun best: Jangan duduk di hotel saja! KL ada banyak tempat best untuk dilawati. Kedai makan yang sedap pun dekat saja dengan hotel!

Alamat
160, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Harga :
Dari RM146/malam

2. Corus Hotel Kuala Lumpur

Antara hotel mampu bayar yang popular di KL kerana lokasinya yang terletak di Segi Tiga Emas Kuala Lumpur.


Hanya 5 minit berjalan kaki untuk ke KLCC dan beberapa minit ke tempat-tempat menarik di KL. Hotel ni juga mudah diakses dengan LRT kerana berjarak hanya 2 minit dari stesen LRT KLCC.

Bagi yang plan untuk ke Pulau Pinang atau Singapura, mereka boleh guna perkhidmatan Aeroline Coach yang transit di hotel ini.


Menawarkan beberapa jenis bilik bertaraf 4 bintang, tetamu boleh pilih bilik dari jenis Deluxe, Paradise Cabana, Premier Deluxe, Executive Deluxe dan juga Suite. Semua bilik direka dengan ciri-ciri moden lengkap dengan kemudahan.

Kalau malas nak keluar cari makan, tetamu boleh makan di hotel saja sebab mereka layak dapat 20%. Ada banyak pilihan restoran menarik untuk di cuba yang menghidangkan masakan tempatan, Cina, Jepun dan Antarabangsa.

Rugi tak baca: Nak duduk di bandar dengan lanskap menarik? Bermalamlah di Kota Anggerik. Ini 22 hotel di bandar Shah Alam yang sesuai untuk pelbagai bajet.

Alamat
Persiaran Hampshire, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Harga :
Dari RM191/malam

3. ibis Kuala Lumpur City Center Hotel 

Hotel yang dekat dengan KLCC tak semestinya semua mahal. Contohnya macam ibis hotel ni - hotel ekonomi bertaraf 4 bintang di tengah bandar KL.


Terletak hanya 5 minit berjalan kaki ke KLCC dan mudah diakses dengan perkhidmatan LRT stesen Ampang Park.


Menawarkan sebanyak 684 buah bilik bercirikan kontemporari yang sangat selesa dengan kemudahan moden dari jenis bilik standard queen / twin dan deluxe queen / twin. 

Tercari tempat makan? Apa kata cuba pelbagai masakan Malaysia dan antarabangsa popular di Kampung Kitchen. Nak menu yang ringan? Boleh cuba pelbagai jenis pastri dipadankan dengan secawan kopi di Petite Paris Cafe.

Alamat : 
32, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Harga :
Dari RM168/malam


Hotel Bertaraf 5 Bintang Dengan Jarak 1km Dari KLCC

4. Pacific Regency Hotel Suites

Antara hotel 5 bintang yang mempunyai permintaan tinggi kerana lokasinya yang sangat strategick – boleh berjalan kaki ke KLCC, Bintang Walk, Bukit Bintang, Hutan Simpan Bukit Nanas dan banyak lagi.


Nak lagi menarik hotel ni berlatar belakangkan Menara KL dan boleh diakses dengan kemudahan monorel stesen Bukit Nanas – sekitar 750 meter saja.


Dengan bilik rekaan kontemporari lengkap dengan kemudahan moden dan perkhidmatan kakitangan yang terbaik, staycation di sini pasti membuat para tetamu tersenyum kepuasan. Terdapat 10 jenis bilik ditawarkan yang terdiri dari jenis bilik superior, deluxe, one bedroom, executive, regency suites / junior, family suites dan premier deluxe / executive / suites.

Alamat
KH Tower, Jalan Punchak,
Off Jalan P.Ramlee,
50250 Kuala Lumpur.

Harga :
Dari RM200/malam

5. Doubletree By Hilton Hotel

Siapa tak kenal dengan Doubletree By Hilton Hotel – sebuah hotel antarabangsa yang terkenal dengan perkhidmatan yang terbaik.


Lokasi hotel pula terletak sekitar 1km dari KLCC dan beberapa minit pemanduan ke Starhill dan kawasan Bukit Bintang. Nak akses dengan pengangkutan awam? Naik je LRT dan turun di Stesen Ampang Park. Hanya 200 meter dari lokasi hotel.


Hotel 34 tingkat ni mempunyai 530 buah bilik mewah yang luas  dan lengkap dengan kemudahan moden yang diperlukan. Terdapat lebih dari 10 jenis bilik untuk dipilih. Lebih mahal setiap bilik menawarkan pemandangan bandar KL yang cantik dari tempat duduk di tepi tingkap yang luas. Kemudahan kolam renang, spa, pusat kecergasan, jacuzzi dan banyak lagi turut disediakan.

Alamat
348 Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.

Harga :
Dari RM293/malam

6. Traders Hotel Kuala Lumpur

Perkhidmatan buggy percuma ke KLCC - antara kemudahan yang disediakan oleh Traders Hotel Kuala Lumpur. So para tetamu tak perlu bersusah untuk jalan kaki atau memandu sendiri.


Menawarkan sebanyak 571 buah bilik yang terdiri daripada jenis deluxe, traders club dan suites dengan pemandangan bandaraya KL dan juga pemandangan Menara Berkembar KLCC. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas termasuk Wi-Fi percuma.

Pernah dianugerahkan dengan Sijil Kecemerlangan dan Anugerah Pilihan Pelancong oleh TripAdvisor selama 5 tahun berturut dari tahun 2011 hingga 2015.

Alamat 
Kuala Lumpur City Centre,
50088 Kuala Lumpur.

Harga :
Dari RM360/malam

Hotel Jenis Apartment Dekat Dengan KLCC

7. PNB Perdana Hotel & Suites On The Park

Bagi yang bercuti bersama keluarga besar, penginapan jenis apartment pilihan terbaik.


Di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park, terdapat sebanyak 338 unit suite dari jenis studio, premier dan club dengan 1 hingga 4 bilik tidur ditawarkan dengan pemandangan Taman KLCC. Setiap apartment dilengkapi dengan dapur kecil yang lengkap dan kemudahan moden yang lain.


Kerana lokasinya berdekatan dengan KLCC, tetamu boleh hanya berjalan kaki untuk ke sana. Bagi yang ingin ke Mid Valley atau One Utama, pihak hotel ada menyediakan shuttle percuma untuk tetamu yang menginap.

Alamat 
10 Jalan Binjai,
50450 Kuala Lumpur.

Harga :
Dari RM222/malam

8. Ariva Trillion Residence Kuala Lumpur

Bila bercuti dengan family di bandar KL ni, masak sendiri lebih jimat kan. Lagi-lagi kalau ada anak ramai. Bagi yang suka memasak, Ariva Trillion Residence KL menyediakan kelengkapan dapur yang lengkap.


Terletak kurang dari 1km dari KLCC, hotel ni mudah diakses dengan kemudahan LRT. Stesen Ampang Park hanya 350 meter saja.


Hotel ni menyediakan bilik jenis apartment 1, 2, 3 dan 4 bilik tidur dengan ruang tamu yang sangat luas dan lengkap dengan kemudahan bilik yang diperlukan. View dari bilik pula sangat cantik kerana menghadap Menara KLCC.

Alamat 
338, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.

Harga :
Dari RM178/malam

9.  The ZON All Suite Residence on The Park

Juga terletak di Segitiga Emas Kuala Lumpur, hotel ini hanya sejauh 650 meter dari KLCC.


Menyediakan bilik jenis suite 1 dan 2 bilik yang lengkap dengan kemudahan termasuk ruang tamu dan dapur yang berasingan.


Antara kemudahan lain yang disediakan untuk kegunaan para tetamu ialah pusat kecergasan, kolam renang, bilik sauna dan banyak lagi.

Kalau rasa malas nak masak atau malas nak keluar, tetamu boleh cuba pelbagai hidangan Timur dan Barat yang lazat di Restoran Terracota.

Alamat 
161D, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Harga :
Dari RM140/malam

10. Soho Suites KLCC by Aloha

Nak jimat bercuti di KL, kena pilih lokasi hotel yang strategik. Bagi yang plan nak lawat 2 menara popular di KL, Soho Suites KLCC by Aloha pilihan terbaik.


Sebabnya penginapan ini terletak di tengah-tengah antara Menara KL dan KLCC. Kedua-dua lokasi hanya sejauh 500 meter dari hotel. Dan hanya beberapa minit dari Bukit Bintang.


Menawarkan apartment mewah 2 dan 3 bilik tidur yang lengkap dengan ruang tamu, ruang duduk dengan sofa, TV skrin rata dan dapur yang lengkap dengan ketuhar dan microwave.

Alamat :
20, Jalan Perak
 50450 Kuala Lumpur.

Harga :
Dari RM150/malam

Post a Comment

أحدث أقدم