Bulan 3 ni cuti sekolah, kami sekeluarga ada cadang nak bercuti di Melaka. Tapi faham faham sajalah kan.
Melaka masa cuti sekolah memang penuh sesak dengan orang.
Jadi mesti tempah hotel lebih awal, isteri pun dah survey online di banyak laman sesawang. Dan hasil dari tinjauan kami, ada beberapa perkara kita boleh buat untuk dapat harga lebih murah.
Di bawah ini kami kongsikan pengalaman sendiri untuk rujukan di masa depan. Anda pun boleh dapat manfaat juga.
Cara tempah hotel online guna debit kad.
Sama saja macam nak beli barang di kedai dan pasaraya, mula mula kita mesti bandingkan harga dan buat tinjauan di beberapa tempat.
Sekarang ni semua boleh di buat online saja.
Dan ada banyak laman web, antara laman web yang popular diinternet ialah
- Booking.com
- Hotels.com
- Trivago
- Traveloka
- Agoda
Dan jangan terkejut kalau kita dapat rate yang berbeza untuk bilik hotel yang sama, pada masa berbeza.
Bagi percutian keluarga kami kali, ada beberapa "permintaan" khas dari isteri dan anak anak. Iaitu
- Duduk hotel, tak nak homestay. Ini matlamat utama kami untuk percutian kali ini.
Sekiranya anda mahu tinggal di homestay, blog Ibusyurga.blogspot.com ada kongsikan senarai 18 homestay di Melaka yang bagus. - Lokasi di Ayer Keroh.
- Ada taman tema air berdekatan.
- Tak nak tersangkut jam lama.
Sebab sekarang ni musim panas, anak anak teringin nak berendam dalam air lama sikit. Hotel yang di pilih mesti dekat dengan tempat tarikan pelancong.
Senarai yang saya maksudkan ada di sini. Boleh baca 12 tempat best di Melaka waktu siang dan malam.
Menarik: 22 Hotel di Langkawi dari yang bajet sampai yang paling mahal.Tak kiralah waktu siang atau malam. Saya sendiri ada buat list tempat tarikan pelancong di Melaka untuk kami pergi cuti sekolah nanti.
Senarai yang saya maksudkan ada di sini. Boleh baca 12 tempat best di Melaka waktu siang dan malam.
Dari senarai hotel yang ada di Melaka, kami shortlist beberapa yang memenuhi kriteria.
- Bayu lagoon park resort Melaka
- Gold coast Melaka international resort
- Amverton heritage resort melaka
- Mahkota hotel Melaka
Menarik: 22 Hotel di Melaka untuk cuti yang hebat bersama keluarga.Dari 4 hotel ini, macam mana nak tahu hotel mana yang paling berbaloi dan memuaskan hati pelancong?
Senang saja
Cara pilih bilik hotel yang paling berbaloi dengan harga?
Apa susah, kita boleh baca testimoni terbaru di beberapa lokasi.
Dan review dari pelawat hotel ini ada beberapa jenis
- Review berbayar (Di blog dan media sosial). Review jenis ini agak berat sebelah dan kurang boleh dipercayai. Maklumlah sebab berbayarkan.
- Review tak berbayar di blog & media sosial. Review ini lebih telus sebab tak berbayar. Dan biasanya review jenis ini paling panjang disertakan dengan gambar yang diambil sendiri dari orang yang memberi review.Saya paling suka review jenis ini, cuma perhatikan tarikh review sebab ada yang dah berusia lebih 5 tahun. Macam dah tak terpakai kan, sebab macam macam boleh berlaku. Jadi pastikan kita cari review terkini.Review jenis ini jika dibandingkan dengan review jenis ke 4 akan memberikan gambaran yang lebih tepat.Apa pun, ini cuma pendapat peribadi saya.
- Review di laman web tempahan hotel. Review terkumpul ini lebih boleh dipercayai.
- Review di google places. Saya dapati, review ini lebih telus sebab tak ada kepentingan. Dan orang yang review adalah pengguna google sebenar. Kita boleh klik nama orang yang review dan lihat review tempat lain yang mereka pernah buat.
Setelah baca 1 demi satu review, kita boleh lihat berapa markah terkumpul untuk sesuatu hotel tu.
Jadi,
Dari tips tips yang diberikan diatas, kami tapis lagi 4 hotel yang di senarai pendek kepada 2 yang paling bagus.
Dari pemerhatian kami, ada 2 yang paling menepati keperluan keluarga kami untuk percutian kali ini, iaitu.
- Gold coast Melaka
- Amverton
Dari tinjauan kami, pelawat 2 hotel ini yang menginap semasa musim cuti sekolah bulan disember 2017 sangat berpuas hati.
Yang kurang puas hati ada juga, tapi tak ramai.
Suara majoriti berpuasa hati.
Sekarang ni, baru kita bandingkan harga hotel untuk tawaran yang paling menarik. Ini masanya untuk kita gunakan kebolehan laman web tempahan hotel untuk membandingkan harga.
Cara tempah hotel murah & paling berbaloi dengan harga!
Sekarang ni kita boleh cuba masukkan nama hotel yang dah di senarai pendek ke dalam laman web tempahan
Ini proses paling penting.
Jangan terburu buru dengan teknik pemasaran laman web ni semua. Bila kita survey harga, kita akan di tekan oleh laman web ini untuk beli secara terburu buru.
Antara teknik yang digunakan mereka
- Ada beberapa orang lain sedang review bilik hotel ini dalam masa 24 jam terakhir. Contohnya ada 4 orang.
- Bilik hotel tinggal 3 bilik terakhir.
- Tawaran diskaun istimewa akan berakhir sehingga beberapa jam lagi.
Dan banyak lagi teknik lain.
Bawak bersabar, dan banding saja harga untuk tarikh yang kita nak, dibawah ini saya berikan beberapa tips untuk dapat harga hotel online yang murah.
- Tempah hotel lebih awal, 3 bulan awal dah ok.
- Cuba telefon hotel itu sendiri dan tanya berapa harga bilik tersebut pada tarikh yang sama. Saya dah cuba, memang mahal tempah secara terus dari hotel walaupun tarikh tu lama lagi.
- Cuba buat tawaran untuk harga bilik hotel yang sama beberapa kali pada waktu yang berbeza. Saya dapati, harganya berubah ubah. Sedangkan cari melalui desktop dan handphone pun tak sama harganya.
Carian melalui handphone nampaknya lebih murah, mungkin juga sebab carian melalui handphone lebih mudah untuk close deal. Maklumlah, nak bayar pakai pindahan bank online dan no TAC semua di kirim melalui sms kan?
Dari pengalaman sendiri, harga satu bilik hotel tu yang di cari di desktop di waktu petang untuk tarikh 17 Mac 2018 RM232 dan katanya, hanya tinggal 2 bilik terakhir.
Selepas berbincang dengan isteri, kami tunggu lagi keesokan pagi dan buat bandingan harga lagi. Harga bilik dah turun kepada RM189 lengkap dengan sarapan untuk sekeluarga. Terus kami bayar dan booking.
Ada beberapa perkara yang kita perlu perhatikan semasa menempah bilik hotel
- Semasa tempah bilik, harga yang tertera di di laman sesawang bukan harga akhir. Klik butang tempahan sekarang dan teruskan untuk bayaran.
- Harga selepas cukai dan caj lain yang sebenar hanya akan di paparkan disini. Ambil kira semua ni.
- Ada 2 pilihan dan harga bergantung kepada jenis bayaran. Tempahan dengan bayaran terus pada masa yang sama biasa dapat diskaun mudah sikit. Tempahan tanpa bayaran deposit, dan boleh buat pembatalan sehingga tempoh akhir.
Kekurangan cara bayar awal ialah, tak dapat refund kalau kita batalkan kemudian hari. Kalau tiba tiba ada kecemasan kan dah rugi.
Contoh pengalaman sebenar kami tempah bilik hotel online menggunakan laman agoda booking.com dan laman sesawang lain.
Di bawah ini saya sertakan satu contoh sebenar banding harga bilik di dalam laman agoda.
Letak tarikh dan berapa bilangan pengunjung.
Masuk laman web agoda atau mana mana laman sesawang tempah hotel online |
Ada laman web minta umur anak anak yang kita bawa.
isi sajalah apa yang di minta.
Bergantung pada peranti yang kita gunakan dan masa kita buat carian, harga berbeza akan di paparkan.
Ikut pemerhatian saya, harga carian di handphone lebih murah.
Pihak hotel dan pengiklan memang suka pencari melalui handphone sebab senang nak dapat pelanggan.
Jadi, sebelum kita buat keputusan akhir, ambil masa.
Masa saya menulis ni, harga bilik standard kalau telefon terus pada hotel adalah RM240 pada 17 dan 18 mac 2018.
Kalau melalui online, paling murah pernah dapat untuk tarikh yang sama, RM189. Paling mahal RM232.
Ini harga akhir selepas cukai dan lain lain.
Cuba perhatikan, dapat apa untuk harga ni. Siap ada sarapan atau tidak. |
Permainan harga, saya cari ni dah habis tak ada bilik kosong. Esok pagi cari ada lagi. |
Bila dapat harga murah tu, dan tau permainan harga laman web ni. Terus kami booking.
Hampir juga tertipu dengan teknik mereka ni, ada pagi tu kami lihat harga RM188 dan ada 5 kosong, bila nak bayar petang hari yang sama dah naik jadi RM230 dan bilik tinggal 2 saja.
Lepas kami bincang suami isteri.
Esok pagi kami akan cari lagi tawaran yang sama, memang betul harga turun jadi RM188 semula dan jumlah bilik kosong kembali jadi 5.
Kesimpulan cara menempah bilik hotel murah online
Nak tempat bilik, ambil masa dan banding harga. Simpan kad kredit jauh jauh. Fikir masak masak.
Tempah dari awal supaya dapat harga murah.
Semoga bermanfaat.left-sidebar