Antara dilema tinggal di homestay bukan islam ialah kesucian perkakas dapurnya & tiada kemudahan untuk solat. Kami senaraikan homestay milik orang islam terbaik di Melaka untuk keselesaan anda.
Tak perlu sembang panjang, mari kita lihat calon calonnya.
6 Homestay murah terbaik di Melaka Negeri Hang Tuah. Jom sokong perniagaan muslim! (Nombor 7 paling kami suka)
1. Ar-Rayyan Homestay Melaka
Lokasi: 684G, Jalan Delima 29/1, Taman Bukit Melaka, 75450 Melaka.Homestay muslim pertama dalam senarai ini memang digemari ramai dan selalu penuh. Mana tak penuh kalau tuan rumahnya baik hati lagi peramah. Tak berkira dengan tetamu.
Selain rumahnya yang cantik, bersih dan kemas. Tuan rumah ni buat banyak perkara "outstanding" untuk pastikan tetamu yang bermalam disini balik dengan senyuman ori terukir di dada. Nak tau kenapa? Jom lihat gambar gambar di bawah.
Ok, mula mula sekali rumah ni ada kolam renang mini untuk kita berendam. Melaka ni memang terkenal dengan cuaca panas. Anak anak kita pula kalau pergi bercuti mesti nak tempat yang ada pool kan? Kalau tinggal di hotel, air kolam renangnya dah digunakan oleh ramai pelanggan lain. Bau klorin pun kuat. Itu belum cerita ada anak anak yang muntah dan kencing dalam kolam tu lagi kan.
Mesti baca: Anda nak melancong ke Melaka dalam kumpulan kecil? Tinggal hotel je lah. Tak payah nak masak dan lebih simple. Ini 22 Hotel Melaka yang paling bagus. Milik muslim pun ada!
Kelebihan kolam renang di Ar Rayyan Homestay, hanya keluarga kita saja yang gunakan. Memang private pool eksklusif untuk anak anak. Selain itu, tuan rumah akan keringkan dan ganti air baru dengan kerap. Jadi tak ada masalah kebersihan seperti di hotel tu.
Di sebelah kolam renang cute ni pula dah disediakan meja untuk ahli keluarga bersantai sambil melihat anak anak berendam sampai kecut tangan mereka. Kalau tak puas mandi, pasti anak anak tak nak naik kan.
Sambil sambil layan anak anak mandi tu, boleh pesan makanan guna apps food panda dan grabfood kan. Mandi manda ni kan perut cepat lapar. Atau boleh saja pergi tempat makan viral di Melaka. Memang banyak.
Mesti baca: Malam hari di Melaka nak pergi mana? Boleh pergi lokasi tarikan pelancong ni, lip lap lip lap, cantik dihiasi limpahan cahaya lampu warna warni!
Kalau tak nak pesan makanan dari luar, tak perlu risau. Mak mak mesti seronok masuk dapur rumah ni. Serba merah berseri seri tu.
Pandai betul tuan rumah pilih kombinasi warna cerah dan merah ni kan. Agaknya ada gunakan servis interior designer untuk ruang dapur ni. Susun aturnya memang ringkas tetapi memanfaatkan ruang yang ada dengan baik.
Kabinet disusun dalam bentuk L dan menempatkan sinki & juga dapur untuk memasak. Di tengah tengah daput pula ada island table untuk letakkan barang dan juga boleh digunakan sebagai meja jika mahu.
Rumah semi D memang tak besar mana, tapi kalau pandai guna ruang dan tak ada pembaziran memang jadi luas.
Tuan rumah memang tak lokek, kopi, gula, teh dan beras pun disedikan untuk anda masak di rumah. Kalau tak superb dan outstanding, nak kata apa lagi ni? Nak harapkan semua ni kat hotel 4 bintang? Teh dan kopi ada lah disediakan dalam bilik kan. Tapi mana ada beras, periuk nasi dan oven dalam bilik hotel kan?
Sebab tu kami memang suka tinggal di homestay tiap kali cuti sekolah.
Ruang makan ada disediakan meja untuk 4 orang. Lepas tu kita masuk dalam bilik tidur pula.
Dalam master berdroom terdapat katil besar saiz queen untuk kegunaan tetamu. Bilik ni nampak kemas dan minimalis.
Di bilik yang lain pula ada 2 lagi katil extra. Pilihlah nak tidur atas katil queen ataupun single. Bolehlah kita tidur nyenyak dengan selamat. Mana taknya, pintu pagar bukan main tinggi & ada juga grill tambahan di atas pagar konkrit.
Reviu pilihan
Terbaik. Tuan Rumah sediakan semua sekali. Termasuk beras, oven, macam macam ada. Terima kasih tuan rumah. Rumah yang besar dan selesa untuk keluarga, dengan harga yang berpatutan, sangat recommended.Harga untuk bermalam 1 malam di Ar Rayyan Homestay: RM203
Mesti baca: Anda mahukan keselesaan & pengalaman homestay terbaik semasa bercuti di Melaka? Pilih 10 Homestay mewah ini untuk percutian terindah. Memang berbaloi dengan harganya.
Homestay kedua dalam senarai ini pun boleh tahan bestnya.
2. Homestay Melaka Urich
Lokasi: Jalan SD2 / 2F, Taman Seri Duyong 2, 75460 Ayer Molek, MelakaKelebihan homestay ini pada lokasinya yang sangat strategik, dekat sangat dengan pusat bandar Melaka. Tetamu yang bermalam di Urich Homestay memuji persekitaran luaran dan perhiasan dalaman yang bersih lagi cantik.
Ruang tamu nya memang cantik lengkap dengan perabot seperti sofa dan set televisyen.
Langsir bukan main labuh lagi di ruang tamu.
Kerusi malas dari rotan untuk kita duduk bersantai pun disediakan.
Di antara ruang tamu dengan dapur terdapat ruang makan yang menempatkan meja bulat untuk 5 orang.
Dapur untuk rumah ini tidak disediakan, sekadar ada sinki dan oven untuk panaskan makanan. Periuk nasi dan water heater pun ada.
Ini pula rupa bilik tidurnya, kemas, ringkas dan selesa.
Bilik air pula dilengkapi dengan water heater. Bolehlah mandi air panas awal pagi kan. Satu je yang kami rasa boleh ditambah baik, tuan rumah boleh tambah swimming pool untuk tetamu yang ada anak anak. Mesti tambah seronok mereka nak duduk lama lama.
Reviu pilihan
Homestay paling best yang pernah saya pergi. Rumah cantik, bersih & selesa. Kawasan pun agak strategik tak berapa jauh dari bandar Melaka. So, sesiapa nk cari homestay kat melaka recomended sangat untuk stay sini. Thank you Kak Ida Bilik yang selesa. Semua bilik ada aircond, Bilik air yang bersih, sunyi dan tenang, ruang parking yang mencukupi. Overall semua ok, tiada masalah, best dan selesa, nak pergi mana mana tak jauh pun, Ok je, plus sarapan pagi area situ sedap.Harga penginapan 1 malam di Homestay Urich: RM150
Seterusnya homestay ke 3 dari 7 (No. 7 kami paling suka)
3. Anugerah Homestay
Lokasi: 45, Jalan TU 59, 75350 Ayer Keroh, MelakaTarikan utama Homestay Anugerah ialah pada kolam renang yang terletak di laman rumah. Anak anak mesti suka ni.
Ruang tamunya sangat luas dengan double volume. Siling di ruang tamu ni ada juga 20 kaki tinggi ni.
Antara living room dan family area dipisahkan oleh grill putih yang cantik rekaannya. Boleh tonton televisyen di malam hari sambil duduk santai dengan ahli keluarga yang lain.
Ruang double volume yang menjadikan rumah ini kelihatan megah dan besar. Handrailing di tingkat atas menghalang anak anak kecil dari jatuh ke bawah, tapi masih perlu pengawasan mak ayah juga ni. Cantik memang cantik, tapi masih boleh panjat.
Di tingkat atas pula, terdapat ruang keluarga kedua untuk ahli keluarga berinteraksi.
Tuan rumah ini letakkan peti sejuk di ruang makan, bagus juga kan sebab senang nak simpan makanan dan ambil air batu.
Anda perasan yang pemilik homestay ini berani menggunakan kombinasi warna terang yang kontra. Berwarna warni dan menceriakan suasana.
Bilik tidurnya juga kemas, dan bersih. Ada juga tema warna untuk bilik berbeza. Bilik atas ni temanya warna biru dan kuning. Nampak tenang macam langit petang matahari hampir terbenam.
Bilik di bawah ni pula temanya pink putih, anak anak perempuan mesti suka. Dari cat sampailah ke cadar dan sarung bantal. Gambar di dinding pun warna pink.
Perabot yang disediakan dalam bilik pun serba lengkap.
Sekarang ini kita lihat apa pendapat tetamu yang pernah tinggal disini.
Reviu pilihan
Bersih, selesa, sejuk, yg penting semua bathroom asing. Memang sesuai untuk family kalau cuti ke Melaka. Terbaekkk.Harga penginapan 1 malam di Anugerah Homestay: RM690
4. Homestay Kampung Pak Ali
Lokasi: Batu 12, Persimpangan Tiang Dua Umbai, Lebuh AMJ, Kampung Bukit Durian, 75460 MelakaKalau 3 homestay sebelum ini terletak berhampiran dengan bandar, homestay seterusnya memanglah unik. Lokasinya di kawasan kampung yang jauh dari kesibukan lalulintas.
Sekeliling homestay dipenuhi dengan tanaman pokok dusun yang masih kecil. Kalau dah besar nanti mesti lagi syok ni. Terutama sekali semasa musim buah.
Banyak kemudahan disediakan, ada gazebo untuk kita berteduh.
Dan yang paling penting untuk anak anak, homestay mesti ada kolam renang. Tempat duduk yang banyak disediakan, kalau ada payung lagi best kan.
Surau pun ada disediakan untuk kemudahan kita yang bermusafir ni. Boleh lagi solat berjemaah jamak qasar disini.
Ada berbagai bagai rekabentuk rumah untuk kita sewa disini. Semuanya rumah kampung tradisional melaka. Paling unik tu rekabentuk tangga batu depan rumah tu kan.
Dalam banyak banyak design, kami paling suka rumah di bawah ni. Nampak sangat cantik macam istana zaman dulu. Beranda saja sampai 3 buah. Bumbung limas tu paling mencuri hati, cantik sangat.
Walaupun luaran rumah tu nampak klasik, tapi dalam rumah memang kemas dan bersih. Kelebihan rumah kayu ni, lebih sejuk dan ada pengudaraan yang baik. Terutama sekali di waktu malam.
Sejadah pun ada disediakan di setiap homestay. Di bawah ni pula pilihan katil yang ada dibilik tidur.
Kalau datang buat hari keluarga, sesuai ambil macam bawah ni. Yang penting tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan berasingan kan.
Reviu pilihan
Homestay memang lengkap. Ada iron baju dan pemanas air. Setiap bilik ade aircond dan memamg sejuk la...Harga pon berbaloi.. Ade swimming pool. Kawasan pon lapang kalau nak buat family day. Nak buat aktiviti berkumpulan pon sesuai sebab tempat yang lapang dan luas. Paling best masa datang tu tuan homestay bagi ambik kelapa untuk minum dan buah buah yang lain seperti kedondong. Ade tempat BBQ dan peti ais untuk simpan barang basah.Harga penginapan di Kampung Pak Ali Homestay: Dari RM80
Seterusnya kita balik semula ke hutan batu.
5. Izora Homestay
Lokasi: No. 411-F, Jalan Melati 5, Taman Peringgit Jaya, 75400, Melaka, Melaka, 75400Sekiranya anda inginkan biasa tinggal di kawasan perumaha, homestay kali ini memang sesuai untuk anda. Dengan lokasinya yang hampir dengan Bandar Hilir & banyak lagi destinasi menarik tumpuan pelancong, mesti anda dapat jimatkan banyak masa di jalan raya.
Meja ping pong ada disediakan jika anda mahu beriadah di petang hari
Aspek keselamatan memang dititik beratkan, selain pintu pagar, pintu utama rumah juga dilindungi grill untuk mengelakkan pecah masuk. Rumah ini juga mempunyai pendingin hawa, memang wajib dengan cuaca Melaka yang panas terik.
Ruang tamunya dihiasi perabot kayu berkusyen hijau, nampak selesa dan ceria. Luas pula tu.
Set televisyen, mana la tau nak tengok berita kan.
Rupa bilik tidur utama, bukan main tebal lagi tilam di master bedroom tu, macam kat hotel punya.
Di bawah ini pula katil single di bilik lain. Sesuai untuk anak anak tidur bersama. Anak lelaki dan perempuan boleh tidur bilik berasingan sebab ada 3 bilik ke semuanya.
Dapur homestay ini dilengkapi dengan kemudahan asas memasak seperti periuk nasi elektrik, water heater, microwave ove dan peti ais.
Perkakas memasak boleh digunakan tanpa was was, sebab hanya menerima tetamu muslim saja.
Tandas pun bersih.
Reviu pilihan.
Rumah besar Dan Luas sesuai Utk family besar Bilik semua. Ada aircond. Urusan pmbayaran senang Disliked · Kelengkapan dpur Utk memasak tidak mncukupi Plastik sampah tidak disediakan (Hanya tong Sahaja) Baldi tidak disediakan di bilik mandiHarga penginapan di Izora Homestay: RM 200
6. Homestay Pokok Mangga
Lokasi: No. 1, Taman Pokok Mangga, 25, Jalan Pokok Mangga 1, Pokok Mangga, 75250 MelakaHomestay ini mempunyai tanaman lanskap yang cantik. Tuan rumah pun rajin uruskan pokok pokok ni semua.
Masalah utama kalau ada laman yang besar ni ialah penjagaannya. Kalau tak rajin potong rumput, memang jadi hutan rimba jawabnya. Mujur laman rumah terjaga rapi.
Gazeebo ada di laman rumah untuk kita buat makan makan atau parti bbq bersama ahli keluarga yang lain.
Ruang tamunya pula minimalis dengan penggunaan perabot yang sedikit.
Ruang makannya ada pintu sliding door, boleh buka pintu semasa makan sambil lihat laman. Nak bagi angin semulajadi masuk ke.
Kemudahan dapur yang lengkap untuk kita gunakan.
Mari kita lihat respon dari pelanggan.
Saya dan keluarga memang kerap menginap di homestay ini. Tenang dan selesa. Luas dan selesa dan dekat dengan Bandar Melaka. Sangat berpuas hati. Recommended
Harga penginapan Pokok Mangga Homestay: -
Kita dah berada di hujung senarai. Tapi tak bermakna yang paling akhir ni paling tak bagus. Malah sebaliknya. Best juga homestay ni.
7. Muslimah Homestay Rumah Melaka
Lokasi: Lot 967, Batu 4 1/2, Jalan Sungai Putat, Batu Berendam, Melaka, 75350 MelakaHomestay terakhir ini kegemaran utama kami bukan kerana ia paling cantik dan paling murah, tetapi kerana kecomelan rumah melayu lama dan perasaan notalgia yang terbit dari hati. Maklumlah dulu membesar di kampung dengan adik beradik dan sepupu sepapat.
Macam ni lah dia, umpama pulang ke zaman kanak kanak pula. Ini citarasa peribadi kami, anda mungkin ada pendapat berbeza. Kepelbagaian itu kan indah.
Yang lebih menarik, ada unit rumah baru yang dibina dengan sentuhan rumah lama. Kami memang dah lama mengidam nak buat rumah ala ala macam ni.
Ada banyak pilihan rumah untuk pilihan anda.
Dan hiasan dalaman rumah ini pun cantik lagi menarik hati. Walaupun luar rumah nampak kecil, tapi dalamannya kekal cantik.
Setiap bilik tidur dilengkapi dengan televisyen dan peti keselamatan
Pencahayaan dalaman rumah juga menarik, dengan tingkap yang banyak untuk cahaya luar masuk & lampu yang banyak di dalam rumah, nampak berseri seri rumah ni.
Yang paling bagus ialah, pemilik homestay ini sangat baik dengan tetamu yang berkunjung. Rasa di alu alukan. Memang nak repeat lagi kalau singgah ke sini.
Reviu pilihan
Kami rasa sangat berbesar hati tinggal di homestay dengan pemilik yang ramah ini. Selain sangat rajin membantu para tetamu, mereka juga sangat rendah diri & pemurah. Terasa seperti tinggal bersama saudara terdekat pula. Staf bertugas juga sangat cekap menjalan tugas. Bilik tidur & bilik airnya bersih. Suasana disekitar homestay pula sangat tenang dan jauh dari kesesakan bandar. Memang sesuai untuk merehatkan badan dan fikiran
Harga penginapan Homestay Muslimah Melaka: RM 130
Kesimpulan tentang Homestay bajet di Melaka milik muslim.
Alhamdulillah semakin ramai umat islam yang menyahut seruan fardhu kifayah dan menceburkan diri dalam perniagaan. Kita wajib sokong mereka supaya untung yang diperolehi dapat disalurkan untuk zakat dan penambah baikan servis.Kepada pemilik homestay, harap dapat tingkatkan mutu servis supaya pelanggan yang datang rasa berbaloi dan berulang lagi. Kalau anda berada dalam zon selesa, macam mana nak nak sokong perniagaan anda? Duit yang kami keluarkan walaupun sedikit di mata anda tetapi besar nilainya.
Sama sama kita bantu membantu ok? Barulah seronok kami nak tolong promosikan homestay anda secara percuma.