22 Hotel di Melaka terbaik! Murah, best & mesra bajet

Anda sedang mencari cari bilik hotel di Melaka yang sesuai dengan bajet? Baca list ini sampai habis untuk hotel terbaik di negeri bersejarah.

Pilihan hotel melaka untuk percutian menarik.


Kita teruskan ke hotel seterusnya dalam senarai.

1. DoubleTree by Hilton Melaka

DoubleTree by Hilton Melaka

Kelebihan Hotel Double Tree Melaka.

  1. Hotel 5 bintang baru saja dibuka pada 2018 & sejak itu menjadi pilihan ramai pelancong dalam & luar negara.
  2. Semua fasiliti yang disediakan memang tip top, maklumlah kerana hotel ini milik rangkaian Hotel Hilton yang beroperasi diseluruh dunia.
  3. Urusan check in & check out mudah, staf dikaunter juga mesra dengan tetamu dengan senyuman manis terukir dibibir. Kita juga akan dijamu dengan biskut cookies yang masih hangat semasa check in. Memang sedap.
  4. Biliknya bersih, luas & terjaga rapi, sarapannya beraneka jenis. Memang enak & disediakan oleh chef berpengalaman.
  5. Anak anak mesti tak sabar nak melompat masuk ke kolam renang yang disediakan. Pemandangan dari hotel ini memang best, boleh nampak keseluruhan bandar Melaka, atau boleh pilih bilik yang menghadap ke laut untuk menikmati pemandangan matahari terbit & terbenam dari bilik.
  6. Lokasinya yang strategik berhampiran dengan banyak tarikan pelancong di bandar Melaka. 
  7. Antaranya ialah Elements Mall, Pasar Malam Jonker Street dan banyak lagi. 

Tempat makan sedap berhampiran Double Tree Hotel.
  1. Cengkerang Seafood Jumble 4.4 bintang dari 328 Google reviews - 8 minit dari hotel. Makan makanan laut dengan suasana yang best. Respon pelanggan, rasa makanan tetap sedap walau datang berkali kali. Salah satu lokasi shell out paling best di Melaka.
    .
  2. Pak Putra Tandoori & Naan (4.2 dari 3,627 Google reviews) - Hanya perlu memandu 9 minit saja untuk pelbagai pilihan roti nan yang sedap lagi lembut. Bos pun ramah. Harga berpatutan.
    .
Bagaimana pula dengan pengalaman pelancong yang pernah tinggi di hotel ini? Lihat review terkumpul setakat Disember 2019.
  • 4.4 dari 1,582 ulasan pengalaman di Google reviews
  • 8.9/10 dari 445 ulasan pengalaman di Hotels.com
  • 8.8/10 dari 1,431 ulasan pengalaman di Agoda
  • 4.5/5 dari 555 ulasan pengalaman di TripAdvisor
  • 4.5/5 dari 471 ulasan pengalaman di Expedia.com.my
  • 8.7/10 dari 1,388 ulasan pengalaman di Booking

Harga: Dari RM380 untuk 1 malam.

Alamat: Hattan City, Jalan Melaka Raya 23 , 75000 Melaka



Hotel murah di Melaka / Hotel bajet di Melaka



2. Imperial Heritage Melaka

Imperial Heritage Melaka

Kelebihan Hotel Imperial Heritage.

  1. Jika anda melancong ke Melaka dengan bajet yang ketat, anda masih boleh mendapat pengalaman cuti yang hebat dengan menginap di hotel ini.
  2. Walaupun hotel ini sedikit lama, namun dengan bilik yang luas & lokasi yang strategik kerana berdekatan dengan tempat best, pastinya cuti kita lebih terisi dengan baik. Lagipun, harga sewa untuk semalaman pun berpatutan.
  3. Shopping mall pun dekat je dengan hotel ni, disamping ruang parking yang banyak. Tak perlu risau mana nak letak kereta.
  4. Pastikan kita ambil pakej bilik hotel + sarapan semasa booking kerana sarapan disini memang menyelerakan.
Kedai makan sedap berhampiran Hotel Imperial
  1. Asam Pedas Claypot - 7 minit
  2. Pak Putra Tandoori & Naan - 7 minit
  3. Medan Ikan Bakar Parameswara - 22 minit
Di bawah ini ialah markah review terkumpul untuk Imperial Hotel
  • 3.9/5.0 dari 2,869 di Google reviews
  • 7.8/10 dari 15,399 ulasan pelancong yang diberikan di Agoda
  • 3.5/5 dari 572 ulasan pelancong yang diberikan di TripAdvisor
  • 7/10 dari 506 ulasan pelancong yang diberikan di Hotels.com
  • 3.5/5 dari 757 ulasan pelancong yang diberikan di Expedia.com.my
  • 7.9/10 dari 8,644 ulasan pelancong yang diberikan di Booking

Harga: Dari RM190 untuk 1 malam.

Alamat: 1 Jalan Merdeka 1, Melaka, 75000 Melaka

Mesti baca: 12 Tempat menarik di Melaka di malam hari.


3. Ramada Plaza Melaka

Ramada Plaza Melaka

Kelebihan Hotel Ramada Melaka

  1. Hotel yang sudah berusia ini baru saja direnovasi untuk kekal relevan. Maklumlah pesaingan dari hotel baru makin sengit kan.
  2. Hasilnya, fasiliti hotel ini kini kelihatan lebih moden & diselenggara dengan baik.
  3. Staf di kaunter penerimaan melayan mesra tetamu yang daftar masuk & keluar dengan cekap.
  4. Bilik hotelnya bersih, kemas & selesa. Jangan lupa minta bilik dengan pemandangan sungai Melaka ataupun laut Selat Melaka tau semasa booking.
  5. Anak anak mesti riang gembira mandi manda di kolam renang yang disediakan dibumbung hotel. Mandi manda sambil lihat pemandangan kota Melaka moden.
  6. Hotel ini juga hampir dengan lokasi tarikan pelancong & kedai makan. Dan sarapan yang disediakan juga sedap sedap belaka.
Kedai makan sedap berhampiran Hotel Ramada
  1. Mee Besen Original - 4 minit
  2. Roti Canai Kayu Arang - 13 minit
  3. Medan Ikan Bakar Parameswara - 24 minit
Review pelancong tentang Ramada Hotel Melaka
  • 4.3/5.0 rating yang diberikan 718 di Google reviews
  • 8.2/10 rating yang diberikan 6,347 di Agoda
  • 8.4/10 rating yang diberikan 268 di Hotels.com
  • 4.1/5 rating yang diberikan 513 di Expedia.com.my
  • 8.4/10 rating yang diberikan 1,231 di Booking

Harga: Dari RM230 untuk 1 malam

Alamat: Jalan Bendahara, 75100 Melaka

Mesti baca: 6 Hotel bajet di Shah Alam yang paling bagus.


4. Ibis Melaka

Ibis Melaka

Kelebihan Hotel IBIS

  1. Hotel yang agak baru dibuka di Melaka, jadi kemudahan yang dsediakan dalam keadaan tip top.
  2. IBIS Melaka terletak di tengah bandar Melaka. Hanya perlu berjalan kaki 5 minit saja ke pusat bandar. Tak disyorkan membawa kereta untuk melawat tempat menarik kerana jalan disini memang sesak.
  3. Hotel 4 bintang ini mempunyai lobi yang direka dengan konsep moden, dilengkapi dengan taman tema air mini & kolam renang untuk kanak kanak. Stafnya ok.
  4. Biliknya terhias kemas, bersih & diselenggara dengan baik.
  5. Sarapan yang disediakan biasa biasa saja dengan harga RM30 per kepala. Nak murah, booking bilik ambil sekali pakej sarapan. Murah sikit.
  6. Terdapat food court berhampiran hotel yang menawarkan lauk pauk tempatan. Hidangan asli Melaka yang pastinya mengiurkan selera pada harga berpatutan. 
  7. Harga bilik yang sangat berpatutan.
Kedai makan sedap berhampiran Hotel IBIS Melaka
  1. Big Bowl Ice - 7 minit
  2. Mee Besen Original - 8 minit
  3. Asam Pedas Pasar Borong Batu Berendam - 23 minit
Apa kata pelancong yang pernah bermalam di IBIS Hotel Melaka? Mata terkumpul dari review mereka mampu memberikan gambaran
  • 4.3/5.0 dari 1,309 ulasan pelancong di Google reviews
  • 8.4/10 dari 222 ulasan pelancong di Hotels.com
  • 8.4/10 dari 1,732 ulasan pelancong di Agoda
  • 4/5 dari 267 ulasan pelancong di TripAdvisor
  • 4.1/5 dari 2,158 ulasan pelancong di AccorHotels.com
  • 4.2/5 dari 228 ulasan pelancong di Expedia.com
  • 8.6/10 dari 2,901 ulasan pelancong di Booking

Harga: Dari RM130 untuk 1 malam.

Alamat: 249 Jalan Bendahara, 75100 Melaka


Hotel menarik di melaka.


5. Hatten Hotel Melaka

Hatten Hotel Melaka

Kelebihan Hotel Hatten Melaka

  1. Kami baru saja menginap di hotel ini pada musim cuti sekolah ini. Apa yang pasti, sebaik saja melangkah masuk ke lobi hotel memang terpegun dengan hiasan dalaman yang moden lagi kemas.
  2. Kami sekeluarga disambut mesra oleh staf hotel, daripada bell boy sampailah ke receptionist, semuanya sopan & terlatih.
  3. Biliknya agak besar untuk kami sekeluarga. Terutama sekali kami membawa mak ayah yang sudah tua untuk bercuti bersama dan minta 2 bilik yang mempunyai pintu bersambung. Staf hotel berusaha memenuhi permintaan kami dengan sabar & masih mampu tersenyum. 2 thumbs up dari kami.
  4. Sampai saja ke bilik, anak anak terus minta turun ke kolam renang infiniti yang boleh kami lihat dari tingkap bilik hotel. Terus kami mandi manda dengan gembira sampai matahari terbenam. Dan naik ke bilik untuk solat.
  5. Pada malam hari, kami menjamu ibubapa dengan hidangan makan malam di restoran hotel yang berada di tingkat 11. Harganya berpatutan & lauk pauknya sedap sedap semuanya. Mak ayah yang cerewet pun suka.
  6. Keesokan harinya pula, kami sekeluarga makan hidangan sarapan yang sangat banyak. Ada pilihan makanan tempatan popular seperti nasi lemaknya dengan sambal yang cukup rasa. Dan roti canai yang lembut. Belum lagi pilihan pastri & manisan lain.
  7. Hotel ini mempunyai jejantas yang bersambung dengan pusat membeli belah disebelah. Hampir pula dengan banyak lokasi menarik & bersejarah. 
  8. Pada malam itu juga, kami suami isteri keluar sebentar berdua untuk menikmati pemandangan indah dari kafe yang berada di bumbung hotel. Boleh nampak pemandangan seluruh bandar Melaka dari sini.
  9. Satu saja komen dari kami, staf wanita beragama islamnya tidak menutup aurat. Harap dapat ada penambahbaikan. Yang lain semua ok & memuaskan hati.
Kedai makan sedap berhampiran Hotel Hatten Melaka
  1. Cendol Jam Besar - 3 minit
  2. Roti John Tarik MaeLambong - 8 minit
  3. Warung Pak Enal - 17 minit
Ulasan pelancong tentang Hatten Hotel Melaka
  • 4.2/5.0 dari 5,591 ulasan yang ditinggalkan di Google reviews
  • 4/5 dari 3,053 ulasan yang ditinggalkan di TripAdvisor
  • 8.4/10 dari 29,003 ulasan yang ditinggalkan di Agoda
  • 8.1/10 dari 1,606 ulasan yang ditinggalkan di Hotels.com
  • 4.1/5 dari 3,269 ulasan yang ditinggalkan di Expedia.com.my
  • 8.4/10 • 7,824 ulasan yang ditinggalkan di Booking

Harga: Dari RM210 untuk 1 malam.

Alamat: Hatten Square, Jalan Merdeka, Bandar Hilir,, 75000 Melaka


6. Moty Hotel

Moty Hotel

Kelebihan Hotel Moty

  1. Hotel 4 bintang ini menjadi bualan mulut ramai pelancong yang berpeluang bermalam disini. 
  2. Walaupun hotel ini tidak besar, kemudahan yang disediakan disini lebih baik jika dibandingkan dengan hotel 4 bintang yang lain. Bilik deluxe biasa pun kelihatan mewah & disediakan bathtub. Memang 2 thumbs up.
  3. Antara kemudahan yang ada disini ialah indoor pool, spa jet pool, sauna & bilik wap. Diserikan lagi dengan stafnya yang sentiasa tersenyum & terlatih.
  4. Lokasi Hotel Moty memang strategik kerana berhampiran dengan tempat tarikan pelancong. Jika anda bercadang bercuti ke Melaka, bermalamlah disini walau sekali. Pasti tak cukup sekali.
Kedai makan sedap berhampiran Hotel Moty Melaka
  1. Perhentian Kuih Kampung (Kueh Kampong) - 10 minit
  2. Restoran Lot 85 - 12 minit
  3. Ayam Penyet Lamongan - 21 minit
Ini kata tetamu di Moty Hotel Melaka
  • 4.4 dari 845 pelancong yang berkongsi pengalaman di Google reviews
  • 8.8/10 dari 3,469 pelancong yang berkongsi pengalaman Agoda
  • 8.7/10 dari 346 pelancong yang berkongsi pengalaman Hotels.com
  • 4.5/5 dari 145 pelancong yang berkongsi pengalaman TripAdvisor
  • 4.5/5 dari 71 pelancong yang berkongsi pengalaman Trip.com
  • 4.4/5 dari 356 pelancong yang berkongsi pengalaman Expedia.com.my
  • 9/10 dari 3,060 pelancong yang berkongsi pengalaman Laman Booking

Harga: Dari RM340 untuk 1 malam.

Alamat: No 42 Jalan PM6 Plaza Mahkota, 75000 Melaka


Hotel best di melaka - Tepi Sungai Melaka.


7. Casa Del Rio Melaka

Casa Del Rio Melaka

Kelebihan Hotel Casa Del Rio

  1. Antara hotel 5 bintang terbaik di Melaka. Memang berbaloi walaupun harga untuk 1 malam agak mahal. 
  2. Segala galanya di hotel ini memang mantap. Memang ketara dari saat kita melangkah masuk ke lobi hotel dengan pengaruh seni bina mediterranean & tempatan. Tetamu yang menunggu untuk check in diberikan ais krim percuma. Sedap pulak tu.
  3. Itu belum cerita bahagian bilik hotel lagi. Pemandangan sungai melaka dari balkoni bilik memang terbaik. Bilik airnya pun dilengkapi bathtub & sabun mandian mewah dari bahan semulajadi serta garam laut.
  4. Hotel ini juga dekat dengan banyak lokasi best. Boleh sewa basikal ataupun cruise sungai persendirian milik hotel.
  5. Cuma dari pengalaman beberapa pelancong, sarapan boleh diperbaiki lagi. Walaupun pilihan makanannya banyak, rasa makanan tu biasa biasa je.
Kedai makan sedap berhampiran Hotel Casa Del Rio
  1. Klebang Original Coconut Shake - 14 minit
  2. Hotel Casa Del Rio - 15 minit
  3. Barkat Original Roti John Asli - 15 minit
Ulasan tetamu yang pernah menginap di Casa Del Rio adalah seperti berikut
  • 4.5/5.0 dari 1,107 ulasan pelancong di Google reviews
  • 8.9/10 ulasan pelancong di 1,625 ulasan pelancong di Agoda
  • 4.5/5 dari 2,053 ulasan pelancong di TripAdvisor
  • 9.3/10 dari 122 ulasan pelancong di Hotels.com
  • 4.6/5 dari 254 ulasan pelancong di Expedia.com.my
  • 4.8/5 dari 438 ulasan pelancong di Trip.com
  • 9.2/10 dari 407 ulasan pelancong di Laman Booking

Harga: Dari RM640 untuk 1 malam.

Alamat: 88, Jalan Kota Laksamana 75200, Melaka



8. Mahkota Hotel Melaka

Mahkota Hotel Melaka

Kelebihan Hotel Mahkota

  1. Sebuah lagi hotel yang dah lama beroperasi di Melaka. Walaupun kemudahannya dah agak berusia, pelancong yang menginap disini menyukainya kerana biliknya yang selesa & suasananya yang menenteramkan hati.
  2. Anak anak pasti suka mandi di kolam renang yang besar. Stafnya pun bagus.
  3. Penginapan yang cukup sesuai untuk percutian bajet bersama keluarga. 
  4. Hotel ini berada berjiran dengan Jonker Street, Mahkota Shopping Mall & Dataran Pahlawan.
Kedai makan sedap berhampiran Hotel Mahkota Melaka
  1. Mee Goreng Hassan - 11 minit
  2. Mee Sup Tengkera - 12 minit
  3. Sate R&K - 15 minit
Ulasan pelancong tentang hotel ini dibeberapa laman carian hotel adalah seperti berikut
  • 3.5/5.0 hasil perkongsian pengalaman 1,995 pelancong di Google reviews
  • 6.8/10 hasil perkongsian pengalaman 8,850 pelancong di Agoda
  • 5.9/10 hasil perkongsian pengalaman 163 pelancong di Hotels.com
  • 6.9/10 hasil perkongsian pengalaman 1,971 pelancong di Laman Booking

Harga: Dari RM180 untuk 1 malam.

Alamat: No. 16 Jalan Syed Abdul Aziz, 75000 Melaka


9. The Sterling Boutique Melaka

The Sterling Boutique Melaka

Kelebihan Hotel Sterling Boutique

  1. Hotel ini adalah antara yang dah lama beroperasi di Melaka. Jadi, kemudahan hotel ini dah agak dimakan usia jika dibandingkan dengan hotel baru yang lain. 
  2. Tetapi jangan tertipu dengan rupa sahaja. Stafnya ramah & berpengalaman menguruskan pelbagai ragam pelanggan. Biliknya bersih, dengan tilam yang selesa. Rekabentuk hotel ini memang klasik dengan pengaruh kolonial & ada biliknya dilengkapi dengan tab mandi jakuzi. 
  3. Kelebihan utama hotel ini ialah ia hampir dengan Dutch Square, Capitol Satay celup & Jonker Street. Kalau malas nak keluar makan, telefon je Mcd. Mereka memang ada penghantaran ke sini.
Kedai makan sedap berhampiran Hotel Sterling Boutique Melaka
  1. Mee Goreng Hassan - 12 minit
  2. The Windmill Station – Melaka Raya - 12 minit
  3. Hadramawt Palace - 14 minit
Ini pula review terkumpul untuk Sterling Boutique Hotel dari laman web booking hotel.
  • 3.8/5.0 dari respon 521 pelancong di Google reviews
  • 3.5/5 dari respon 519 pelancong di TripAdvisor
  • 7.6/10 dari respon 4,333 pelancong di Agoda
  • 7.3/10 dari respon 301 pelancong di Hotels.com
  • 3.8/5 dari respon 561 reviews pelancong di Expedia.com.my
  • 7.5/10 dari respon 2,459 pelancong di Laman Booking

Harga: Dari RM160 untuk 1 malam.

Alamat: No. 43, Jalan Temenggong , 75100 Melaka



Hotel terbaik di Melaka


10. Swiss Garden Hotel Melaka

Swiss Garden Hotel Melaka

Kelebihan Hotel Swiss Garden Melaka

  1. Hotel Swiss Garden adalah hotel terbaik untuk bawa keluarga. Noktah. Bukan saya seorang yang cakap tau, banyak review terkini di internet dari mak ayah yang sependapat.
  2. Hotel ini mempunyai 3 jenis kolam renang iaitu, kolam dengan taman permainan kanak kanak, kolam mandi jaquzi & kolam indoor infiniti. Jadi, kalau hujan pun tak ada masalah nak berendam.
  3. Setiap tingkat di hotel ini menyediakan mesin kopi + biskut percuma untuk para tetamu. Ini bukan setakat anak anak je suka, mak ayah pun senyum sampai pipi.
  4. Hotel ini sangat hampir dengan tempat tarikan pelancong seperti kampung Morten, iaitu kampung tradisional yang terpelihara. Bawah hotel ni pula pusat membeli belah The Shore.
  5. Terdapat 2 pilihan pemandangan bilik, boleh pilih untuk lihat sungai Melaka ataupun menghadap swimming pool.
  6. Staf pula ramah & pakej sarapan di hotel ni memang lazat. Selain tu, datanglah makan tengahari pada hari bekerja di hotel ini kerana harganya sangat berpatutan. 
  7. Boleh naik ke kafe di tingkat teratas untuk menatap pemandangan matahari terbenam yang hebat.
Kedai makan sedap berhampiran Hotel Swiss Garden Melaka
  1. Kuih Keria Antarabangsa Limbongan - 13 minit
  2. Melantak Steak Hub Melaka - 19 minit
  3. Hajah Rahmah Asam Pedas Bukit Katil - 22 minit
Markah review purata untuk Swiss Garden Hotel Melaka ialah
  • 4.1/5.0 hasil dari 2,077 ulasan di Google reviews
  • 7.9/10 hasil dari 9,783 ulasan di Agoda
  • 3.5/5 hasil dari 1,165 ulasan di TripAdvisor
  • 7.6/10 hasil dari 294 ulasan di Hotels.com
  • 3.7/5 hasil dari 475 ulasan di Expedia.com.my
  • 8.2/10 • 4,240 ulasan di Laman Booking

Harga: Dari RM190 untuk 1 malam.

Alamat: T2-4, The Shore @ Melaka River, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75300 Melaka



Hotel viral di Melaka.


11. The Pines Melaka

The pines melaka

Kelebihan Hotel The Pine Melaka

  1. Antara kelebihan hotel ini ialah, biliknya sangatlah besar. Seluas studio apartment. Kemungkinan bilik hotel paling besar kita boleh dapat untuk harga tersebut di Melaka. Melainkan kita duduk homestay lah.
  2. Deko & hiasan hotel ini memang patut diberi pujian.Memang lawa & kreatif. Ada juga pameran koleksi karya seni peribadi ditayangkan disini.
  3. Dapat nikmati pemandangan sungai Melaka terus dari hotel.
  4. Siapa yang bosan dengan trafic jam, ini satu lagi alasan untuk anda tinggal disini. Insyaallah tak sesak sebab kedudukannya diluar kawasan jam.
  5. Pelbagai pilihan makanan yang sangat sedap untuk sarapan. Malah, ada yang pelancong tegar yang cakap, sarapan kat sini antara yang tersedap dia pernah makan di hotel.
  6. Kolam mandi air masin ala air laut. Satu kelainan kan.
Kedai makan sedap berhampiran Hotel The Pine Melaka
  1. Cengkerang Seafood Jumble - 15 minit
  2. Mango Float Royale - 17 minit
  3. Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung - 18 minit
  4. Medan Ikan Bakar Alai Crystal Bay - 19 minit
Review terkumpul untuk The Pine pada Disember 2019
  • 4.2/5.0 dari 2,141 di Google reviews
  • 8.3/10 dari 7,479 reviews di Agoda
  • 8.4/10 dari 475 reviews di Hotels.com
  • 4.2/5 dari 762 reviews di Expedia.com.my
  • 8.6/10 dari 4,423 reviews di Laman Booking

Harga: Dari RM200 untuk 1 malam.

Alamat: 33, Jalan Tun Sri Lanang, 75100 Melaka



Hotel unik di Melaka


12. The Majestic Malacca Hotel

The Majestic Malacca Hotel

Kelebihan Hotel The Majestic

  1. Hotel yang hebat & memberikan lebih nilai pada duit yang kita belanjakan. Stafnya berbudi bahasa & rajin membantu.
  2. Hotelnya mempunyai senibina victoria yang unik dengan bilik hotel yang luas, cantik lagi terhias indah. Pasti meninggalkan kenangan indah dalam memori keluarga kita.
  3. Hotel ini menawarkan pelbagai jenis makanan yang enak untuk sarapan.
Kedai makan sedap berhampiran Hotel The Majestic
  1. Mee Besen Original - 5 minit
  2. Cengkerang Seafood Jumble - 15 minit
  3. Anas Seafood Tanjung Kling - 24 minit
Ulasan terkumpul di internet tentang The Majestic Hotel pada Disember 2019
  • 4.6/5.0 dari 402 ulasan di Google reviews
  • 4.5/5 dari 1,680 reviews di TripAdvisor
  • 8.8/10 dari 1,735 reviews di Agoda
  • 9.2/10 dari 161 reviews di Hotels.com
  • 4.6/5 dari 581 reviews di Expedia.com.my
  • 9.2/10 dari 697 reviews di Laman Booking

Harga: Dari RM380 untuk 1 malam.

Alamat: The Majestic Malacca, 188 Jalan Bunga Raya, 75100 Melaka



13. The Settlement Hotel

The Settlement Hotel

Kelebihan Hotel The Settlement

  1. Pelancong yang pernah menginap di sini pastinya setuju hotel ni memang best. Dengan suasana hotel yang selesa & lokasi yang hampir dengan bandar, memang berbaloi setiap sen yang kita belanjakan.
  2. Hiasan dalaman hotel ini memang menarik hati dengan dekorasi barang antik yang dikumpul dari serata dunia. Peminat seni & kerja halus pasti dapat menghargai usaha yang dicurahkan oleh pihak hotel.
  3. Ditambah pula dengan staf hotel pun sangat mesra & membuatkan kita rasa dialu alukan. Sesuai untuk pelancong yang datang bersama anak anak, terdapat kolam renang untuk anak anak bermain air.
  4. Sarapannya pun sedap.
  5. Antara kelemahan hotel ini ialah, biliknya tak berapa kalis bunyi. Yang lain semuanya ok.
Kedai makan sedap berhampiran Hotel The Settlement Melaka
  1. Wong Solo - 9 minit
  2. Kuih Keria Antarabangsa Limbongan - 14 minit
  3. Melantak Steak Hub Melaka - 18 minit
Bagi mendapat gambaran yang lebih baik, mari kita lihat review pelanggan hotel ini
  • 4.3/5.0 berdasarkan 319 ulasan di Google reviews
  • 8.3/10 berdasarkan 1,127 reviews ulasan di Agoda
  • 4.5/5 berdasarkan 787 reviews ulasan di TripAdvisor
  • 8.7/10 berdasarkan 752 reviews ulasan di Laman Booking
  • 8.6/10 berdasarkan 87 reviews ulasan di Hotels.com
  • 4.3/5 berdasarkan 271 reviews ulasan di Expedia.com.my

Harga: Dari RM180 untuk 1 malam.

Alamat: No. 63, Jalan Ujong Pasir, World UNESCO Heritage City Melaka, 75050 Melaka



14. Riviera Suites Melaka

Riviera Suites Melaka

Kelebihan Hotel Riviera Suites

  1. Sekiranya anda mahu bilik hotel di Melaka dengan bilik yang besar & pemandangan malam yang cantik, bermalamlah di Riviera suite.
  2. Lengkap dengan kolam renang persendirian, kemudahan tempat letak kereta yang banyak & banyak lagi fasiliti, cuti anda pasti dipenuhi dipenuhi banyak aktiviti menarik.
  3. Jika anda lapar, banyak gerai makan di sekitar hotel. Memang sesuai untuk percutian keluarga.
  4. Masjid terdekat cuma 500m dari hotel ini. Senang nak solat jumaat.
Kedai makan sedap berhampiran Hotel The Settlement Melaka
  1. Seri Muara Alai Hj. Nasir Ikan Bakar - 15 minit
  2. Melantak Steak Hub Melaka - 18 minit
  3. Mango Float Royale - 21 minit
Mari kita lihat ulasan tentang The Settlement Hotel di internet
  • 4.2/5.0 berdasarkan 206 ulasan di Google reviews
  • 8.2/10 berdasarkan 1,028 reviews ulasan di Agoda
  • 4.3/5 berdasarkan 16 reviews Expedia.com.my
  • 8.3/10 berdasarkan 303 reviews Laman Booking
  • 8.6/10 berdasarkan 14 reviews ulasan di Hotels.com

Harga: Dari RM200 untuk 1 malam.

Alamat: G-Lobby B, Riviera@Pulau Melaka, Jalan Baiduri 1, 75000 Malacca

Mesti baca: 22 Hotel di Shah Alam yang dekat tempat menarik.


15. River Cruise Hotel Melaka

RC Hotel Melaka

Kelebihan Hotel River Cruise

  1. Seperti mana nama hotel ini, kedudukannya betul betul di tepi Sungai Melaka.
  2. Dapatkan promosi untuk hotel 3 bintang ini di internet untuk tawaran terbaik. Tetamu yang pernah bermalam disini mengatakan bilik deluxe pun sudah cukup besar. Cuma keadaan hotel ini sudah agak lama.
  3. Kelebihan utama untuk kita jika menginap disini ialah lokasinya sangat strategik ditebing sungai. Boleh nikmati pemandangan sungai melaka di waktu malam yang indah di balkoni hotel.
  4. Hotel RC juga sangat hampir dengan Jonker Street. Cuma perlu jalan kaki selama 5 minit saja.
  5. Kelemahan utama hotel ini yang boleh diperbaiki ialah masalah tempat letak kereta yang sangat terhad.
Kedai makan sedap berhampiran Hotel RC Melaka
  1. Hadramawt Palace - 15 minit
  2. Yong Tau Fu Gelombang Biru - 18 minit
  3. Qasreena Café - 22 minit
Review untuk River Cruise Hotel Melaka setakat bulan Disember 2019
  • 4.2/5.0 dari 204 ulasan di Google reviews
  • 8.1/10 dari 1,542 reviews ulasan di Agoda
  • 4/5 dari 139 reviews ulasan di TripAdvisor
  • 4.2/5 dari 91 reviews ulasan di Expedia.com.my
  • 8.3/10 dari 203 reviews ulasan di Laman Booking
  • 8.2/10 dari 31 reviews ulasan di Hotels.com

Harga: Dari RM200 untuk 1 malam.

Alamat: No.36, Jalan Kampung Pantai, 75200 Melaka



Hotel di Melaka tepi pantai.


16. Holiday Inn Melaka

Holiday Inn Melaka

Kelebihan Hotel Holiday Inn

  1. Sekiranya anda baru pertama kali bercuti ke Melaka, Hotel ini wajib menjadi pilihan anda kerana harga biliknya sangat berpatutan.
  2. Selain servisnya yang cekap lagi pantas, biliknya juga besar, bersih & selesa. 
  3. Anak anak pasti suka dengan kolam renang infiniti yang disediakan.
  4. Pastikan kita pilih bilik dengan pemandangan laut semasa booking hotel online. Memang berbaloi. Boleh bangun awal pagi lepas solat subuh & menikmati pemandangan matahari terbit bersama sama.
  5. Hotel ini juga menyediakan bas shuttle percuma untuk ke banyak tempat menarik di sekitar Bandar Hilir. Nak jalan kaki ke pusat beli belah pun dekat je.
  6. Bilik solat untuk pelanggan beragama muslim juga disediakan.
  7. Sekiranya anda memandu ke Melaka, kemudahan tempat letak kereta disediakan di ruang basement.
Kedai makan sedap berhampiran Hotel Holiday Inn Melaka
  1. Restoran Cili Garam - 2 minit
  2. Asam Pedas Selera Kampung - 3 minit
  3. Restoran Capitol Satay - 8 minit
  4. McDonald's Mahkota Parade - 9 minit
Review untuk Holiday Inn Hotel Melaka setakat bulan Disember 2019
  • 4.2 hasil dari 1,826 di Google reviews
  • 8.3/10 hasil dari 5,307 reviews di Agoda
  • 4/5 hasil dari 2,096 reviews di TripAdvisor
  • 8.2/10 hasil dari 480 reviews di Hotels.com
  • 4.2/5 hasil dari 1,146 reviews di Expedia.com.my
  • 8.3/10 hasil dari 1,880 reviews di Laman Booking

Harga: Dari RM230 untuk 1 malam.

Alamat: Jalan Syed Abdul Aziz, 75000 Melaka

Mesti baca: 22 Hotel terbaik di Langkawi di tepi pantai & lokasi tumpuan pelancong.


Hotel di Melaka ada kolam renang.


17. Hotel Equatorial Melaka

Hotel Equatorial Melaka

Kelebihan Hotel Equatorial

  1. Dari pengalaman sendiri menginap di hotel 5 bintang ini, secara keseluruhan kualiti servis disini memang bagus.
  2. Walaupun hotel ini sudah agak berusia, namun kemudahannya terjaga rapi contohnya seperti kolam renang & gym. Selain tu, ada kolam renang khas untuk perempuan. Jadi sesuai untuk muslimah yang nak mandi manda bersama anak anak.
  3. Staf & petugas yang bertanggungjawab berurusan dengan pelanggan memang terlatih & berpengalaman. Maklumlah, hotel dah lama beroperasi kan.
  4. Kedudukannya betul betul disebelah Dataran Pahlaman, Pahlawan Mall shopping complex & juga Kota lama A Famosa. Hanya jalan kaki saja untuk melawat tempat ini. Kedai makan pun banyak sekitar hotel. Boleh pilih bilik hotel yang berhadapan dengan Kota A Famosa untuk melihatnya dari bilik saja.
  5. Antara kemudahan lain yang disediakan di Hotel Equatorial Melaka ini adalah gelanggang tenis, pusat kecergasan yang serba lengkap, sauna dan khidmat urutan. Tak perlu untuk anda mencari tempat lain untuk memenuhkan agenda harian anda sekeluarga.
Kedai makan sedap berhampiran Hotel Equatorial Melaka
  1. Cendol Lido - 3 minit
  2. The Windmill Station - 7 minit
  3. De'Aiman Cafe - 10 minit
Review terkumpul di internet untuk Rosa Hotel Melaka setakat bulan Disember 2019
  • 4.1/5.0 berdasarkan 1,892 pelanggan yang berkongsi pengalaman di Google reviews

Harga: Dari RM220 untuk 1 malam.

Alamat: Bandar Hilir, 75000 Melaka


18. Rosa Malacca

Rosa Malacca

Kelebihan Hotel Rosa

  1. Sesiapa yang suka menghias rumah pasti akan mendapat banyak inspirasi ketika menginap di hotel ini. 
  2. Hiasan dalamannya memang lain yang lain. Mempunyai sentuhan rekabentuk chic yang pastinya membuat kita terpegun sebaik melangkah masuk ke ruang lobinya yang dihias indah. Kaunter menyambut tetamunya juga cantik mata memandang. Jelas sekali mereka mengambil inspirasi dari seni bina Eropah.
  3. Laluan masuk ke bilik hotel juga terhias dengan rekaan moden lagi unik. Ada banyak sangat lokasi terbaik dalam hotel ni untuk mengambil gambar yang cantik.
  4. Hidangan makan paginya juga enak dengan staf yang mesra. Perut kita pasti kenyang & puas hati dengan pilihan makanan yang diberikan. Pasti tak akan puas bermalam sekali disini. Repeat bercuti sekali lagi lain kali.
Kedai makan sedap berhampiran Hotel Rosa
  1. De'Aiman Cafe - 8 minit
  2. Asam Pedas Selera Kampung Sdn Bhd - 10 minit
  3. Nasi Lemak Hijau Ujong Pasir - 10 minit
  4. Kedai Hassan Mee Rebus - 10 minit
Review terkumpul di internet untuk Rosa Hotel Melaka setakat bulan Disember 2019
  • 4.5 berdasarkan 649 di Google reviews
  • 4.5/5 berdasarkan 1,266 reviews di TripAdvisor
  • 8.6/10 berdasarkan 2,570 reviews di Agoda
  • 9/10 berdasarkan  160 reviews di Hotels.com
  • 4.5/5 berdasarkan 175 reviews di Expedia.com.my
  • 9/10 berdasarkan 1,118 reviews di Laman Booking

Harga: Dari RM193 untuk 1 malam.

Alamat: 212 Jalan Parameswara, 75000 Melaka


19. Bayview Hotel Melaka

Bayview Hotel Melaka

Kelebihan Hotel Bayview

  • Antara hotel mesra bajet pilihan ramai di Melaka. Dengan bilik yang luas, selesa & pemandangan Melaka dari tingkat tinggi, rasa lapang hati sepanjang menginap disini. Lifnya pun laju & diselenggara dengan baik.
  • Kedudukannya yang hampir dengan pusat bandar & hampir dengan banyak tempat menarik.
  • Trafik sekitar hotel ini juga baik, kurang risiko tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Parking pun percuma untuk tetamu.
  • Dari pengalaman pelanggan yang menginap di sini, proses untuk daftar masuk & keluarnya memang mudah & pantas. Stafnya pun ringan tulang & cekap dan kerja mereka. 
  • Dan tidak kurang penting, makanan yang disediakan di kafe hotel ini sengat sedap. Tak kira sarapan, lunch mahupun dinner.
Kedai makan sedap berhampiran Hotel Bayview Melaka
  1. Mee Goreng & Roti Canai Pak Hamzah - 2 minit
  2. Mee Sup D Perigi - 3 minit
  3. Restoran Capitol Satay - 4 minit
  4. Restoran Melayu Melaka - 4 minit
Review terkumpul di internet untuk Bayview Hotel Melaka setakat bulan Disember 2019
  • 3.9/5.0 berdasarkan 1,655 di Google reviews
  • 7.3/10 berdasarkan 6,562 reviews di Agoda
  • 3.5/5 berdasarkan 469 reviews di TripAdvisor
  • 7.6/10 berdasarkan 165 reviews di Hotels.com
  • 4.3/5 berdasarkan 112 reviews di Trip.com
  • 3.5/5 berdasarkan 298 reviews Expedia.com.my
  • 8/10 berdasarkan 6,218 reviews di Laman Booking

Harga: Dari RM113 untuk 1 malam.

Alamat: Jalan Bendahara, 75100 Melaka


20. Novotel Melaka

Novotel Melaka

Kelebihan Hotel Novotel

  1. Hotel Novotel mempunyai bilik yang sangat best & besar. Hotel ini mempunyai kemudahan lengkap seperti kolam renang, gym, surau, dewan ballroom & spa. 
  2. Stafnya sangat terlatif & memberikan layanan yang sangat bagus.
  3. Pastikan kita ambil pakej promosi bilik dengan sarapan. Makanannya sangatlah sedap.
  4. Selain itu, hotel ini terletak di tengah bandar & tidak jauh dari pantai.
  5. Anak-anak anda pasti seronok kerana di bahagian kolam renang kanak-kanak juga terdapat ruang bermain yang lengkap dengan gelongsor.
Kedai makan sedap berhampiran Hotel Novotel Melaka
  1. Asam Pedas Claypot 2 Restoran Kota Laksamana - 10 minit
  2. Putu Piring Melaka - 11 minit
  3. Cengkerang Seafood Jumble -  12 minit
Review terkumpul di internet untuk Hotel Novotel setakat bulan Disember 2019
  • 4.0/5.0 berdasarkan 2,404 di Google reviews
  • 7.8/10 berdasarkan 657 reviews di Hotels.com
  • 8.2/10 berdasarkan 4,938 reviews di Agoda
  • 3.5/5 berdasarkan 1,266 reviews di TripAdvisor
  • 3.8/5 berdasarkan 8,925 reviews di AccorHotels.com
  • 3.9/5 berdasarkan 932 reviews di Expedia.com.my
  • 8/10 berdasarkan 2,378 reviews di Laman Booking

Harga: Dari RM180 untuk 1 malam.

Alamat: Jalan Melaka Raya 2, 75000 Melaka


21. The Straits Hotel

The Straits Hotel

Kelebihan Hotel The Straits

  1. Hotel yang cantik dengan kemudahan swimming pool yang pasti dicintai anak anak. Namun pastikan anak anak kita sentiasa diawasi semasa di kolam ini kerana kolam ini sedalam 1.2m.
  2. Bilik hotel memang luas, kemas & teratur dengan rekaan dalaman yang cantik. Ada bilik hotel yang menghadap laut selat melaka yang menjanjikan pemandangan matahari terbit & terbenam yang indah dari bilik kita.
  3. Kadangkala semasa luar waktu puncak, pihak hotel akan naik taraf tempahan bilik hotel ke bilik yang lebih mahal tanpa caj. 
  4. Proses check in & check outnya juga sangat cekap lagi pantas di tambah lagi dengan penyambut tetamu & staf yang terlatih.
  5. Hotel ini menawarkan harga yang sangat berpatutan. Ditambah lagi dengan lokasinya yang berhampiran dengan pusat membeli belah, kedai makan & food truck untuk merasai juadah tempatan pada harga hebat.
Kedai makan sedap berhampiran Hotel The Straits Melaka
  1. Pak Putra Restaurant - 10 minit
  2. Mee Hassan - 12 minit
  3. McDonald's Limbongan Drive Thru - 14 minit
Review terkumpul di internet untuk The Straits Hotel setakat bulan Disember 2019
  • 4.0/5.0 1,301 Google reviews
  • 7.7/10 - 5,983 reviews - Agoda
  • 3.5/5 - 563 reviews - TripAdvisor
  • 7.4/10 - 294 reviews - Hotels.com
  • 3.8/5 - 597 reviews - Expedia.com.my
  • 7.9/10 - 2,525 reviews - Laman Booking

Harga: Dari RM118 untuk 1 malam.

Alamat: No 1-B, Jalan Melaka Raya 2, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka


22. The Shore Hotel & Residences

The Shore Hotel & Residences

Kelebihan Hotel The Shore.

  1. Hotel ini sangat terbaik untuk percutian bersama keluarga. Booking saja bilik hotel ini di internet untuk dapatkan promosi terbaik. Ramai ibu bapa membawa anak anak menginap di sini semasa cuti sekolah.
  2. Kebersihan & kekemasan bilik semasa check in memang memuaskan hati, apatah lagi kalau dapat view dengan pemandangan bandar Melaka yang indah di malam hari.
  3. Kolam renang nya berada di tingkat 9, memang syok mandi manda sambil menikmati suasana indah dari menara pencakar langit. 
  4. Anak anak kita pasti riang gembira dengan masa berkualiti yang kita habiskan bersama mereka disini. Makanan yang disediakan semasa sarapan pagi pun sangatlah banyak, & menyelerakan.
  5. Lagi best, stafnya terlatih & melayan keluarga kami dengan ramah & mesra. Senyuman sentiasa terukir di wajah mereka. Syabas & teruskan usaha.

Kedai makan sedap berhampiran Hotel The Shore Hotel & Residences
  1. Nasi Lemak Seri Morten - 6 minit
  2. Restoran Melayu Melaka - 6 minit
  3. Nasi Lemak Nekmat - 9 minit
Ini adalah rating terkumpul untuk hotel ini di internet pada bulan Disember 2019.
  • 3.8/ 5 - 1,474 - Google reviews
  • 7.6/10 • 9,472 reviews - Agoda
  • 3.5/5 • 424 reviews - TripAdvisor
  • 3.3/5 • 356 reviews - Expedia.com.my
  • 7.7/10 • 3,909 reviews - Laman Booking

Harga: Dari RM230 untuk 1 malam

Alamat: Level GF, 193, Pinggiran @Sungai Melaka, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100, Melaka

left-sidebar

Post a Comment

Previous Post Next Post