10 Homestay terbaik di Melaka 2023. Murah, best & mesra bajet

Bagi yang tercari penginapan mesra Muslim di sekitar negeri Melaka, senarai homestay ni mungkin boleh membantu korang.
Terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur, Melaka sebuah negeri yang kecil tapi penuh dengan sejarah dan adat budaya. Terdapat banyak peninggalan sejarah yang masih boleh dilihat sehingga hari ini. Tak cukup dengan itu, Melaka juga menjadi lokasi food hunting yang terbaik kerana terdapat kepelbagaian menu yang menarik boleh ditemui di sini.

Menarik dibaca: Melaka ada banyak home stay bajet yang cantik & bersih. Ini 7 homestay di melaka yang murah lagi berbaloi. 

Tidak hairan bila Melaka semakin menjadi tumpuan. Bagi memenuhi permintaan para pelancong, terdapat banyak bentuk penginapan dibina setiap tahun.


Homestay di Melaka yang mesra muslim untuk seisi keluarga.

Homestay Melaka Rumah Kampung.

1. Muslimah Homestay Rumah Melaka.

Muslimah Homestay Rumah Melaka.



Nak rasai suasana kampung yang damai, Muslimah Homestay Rumah Melaka adalah pilihan terbaik. Selain dari reka bentuk rumah seperti zaman dulu kala, lokasi homestay juga terletak tidak jauh dari bandar dan sekitar 6km dari tempat-tempat menarik di Melaka. 

Menyediakan bilik jenis chalet, studio dan bilik keluarga yang boleh memuatkan sehingga 6orang lengkap dengan kemudahan pada harga sangat berpatutan. 

Alamat :
Lot 967 Batu 4 1/2,
Jalan Sungai Putat,
75350 Batu Berendam, Melaka.

Harga :
Dari RM130 semalam

2. Yunus Homestay Kg Morten.

Yunus Homestay Kg Morten

Yunus Homestay Kg Morten terletak di Kampung Morten - sebuah kampung tradisional Melayu bersejarah di bandar Melaka. Rumah ini masih mengekalkan reka bentuk rumah lama Melayu dengan ukiran kayu-kayu yang cantik. 

Nak tahu homestay paling mahal di Melaka?

Teringat pula pada Homestay Limastiga yang terletak di Umbai Melaka. Boleh tonton video di bawah untuk lihat sendiri




Mempunyai 2 bilik berhawa dingin dan kemudahan dapur yang lengkap. Lokasi homestay sangat cun sebab berhadapan dengan Sungai Melaka dan view waktu malam memang sangat lawa.

Alamat :
104, Lorong Tun Mamat 1,
Kampung Morten, 75300 Melaka.

Harga :
Dari RM250 semalam

Besti dibaca: 12 Tempat terbaik di Melaka pada malam hari. Jangan tidur awal!

Homestay Melaka Dengan 4 bilik.


3. Homestay 27

Homestay 27

Siapa kata homestay murah tak power? Contohnya Homestay 27 ni. Walau harga yang dikenakan sangat lah rendah, tapi homestay ni mendapat rating 5 star tau dekat Google.

Mesti baca: 13 Homestay terbaik milik muslim di Shah Alam. View lawa harga pun berbaloi!

Menawarkan 4 buah bilik yang boleh muatkan sehingga 9 orang lengkap dengan kemudahan wifi, mesin basuh, tv dengan 80 siaran serta alatan dapur untuk memasak.

Boleh jimat bab makan kan. Antara tempat-tempat menarik berdekatan Homestay 27 ialah Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Rama-Rama, Muzium Lebah, Melaka Wonderland Theme Park dan banyak lagi.

Alamat :
68, Jalan DI 4,
Taman Desa Idaman,
76100 Durian Tunggal, Melaka.

Harga :
RM150 semalam


Homestay di Bandar Melaka.

4. Homestay Muslim Melaka

Homestay Muslim Melaka

Muslim Homestay Melaka yang terletak di Bukit Katil ini hanya sekitar 15 minit dari Bandar Hilir. Manakala nak ke lokasi ikan bakar Umbai atau Muara Duyung hanya sejauh 5-10 minit pemanduan. Memang dekat sangat.

Homestay jenis Semi D satu tingkat ni lengkap dengan perabot dan peralatan rumah termasuk kemudahan wifi percuma dan aircond di setiap bilik membuatkan para tetamu berasa seperti berada di rumah sendiri.

Alamat :
Taman Bukit Katil Permai,
75460 Bukit Katil, Melaka.

Harga :
Dari RM250 semalam


Homestay di Melaka ada swimming pool.

5. Villa Homestay Melaka (Anugerah Homestay)

Villa Homestay Melaka (Anugerah Homestay)

Villa Homestay Melaka ini mudah di akses dari PLUS Highway kerana terletak berdekatan dengan exit tol Ayer Keroh. Villa 2 tingkat ini menawarkan 5 buah bilik berhawa dingin (3 bilik air) dengan kolam renang peribadi yang luas untuk aktiviti seisi keluarga.

Boleh muat sehingga 18 orang tetamu tau. Bila dah bercuti ramai-ramai ni memasak sendiri lebih menjimatkan dan menyeronokkan. J

adi para tetamu yang plan nak memasak tu boleh lah bawa barang basah dari rumah kerana peralatan memasak yang lengkap ada di sediakan. Tinggal nak guna dan kemas semula je. Meja makan untuk 10 orang pun turut disediakan. Nak BBQ ramai-ramai pun boleh!

Alamat :
Taman Desa Idaman,
76100 Durian Tunggal, Melaka.

Harga :
Dari RM750 semalam


Homestay ada kolam di Melaka.

6. SuRi Homestay Melaka.

SuRi Homestay

SuRi Homestay juga merupakan sebuah rumah semi-D satu tingkat yang mempunyai 5 buah bilik tidur berhawa dingin dan kolam renang peribadi.

Rumah ni muat untuk maksima 15 orang. Juga lengkap dengan peralatan dapur dan kelengkapan BBQ untuk memasak. Kalau tak nak masak takpe. Korang boleh dinner di Medan Ikan Bakar Alai yang terletak berdekatan dengan lokasi homestay.

Alamat :
No 2 Jalan AP 12,
Taman Alai Perdana,
Crystal Bay, Melaka.

Harga :
Dari RM400 semalam


Homestay Ayer Keroh dekat dengan banyak destinasi pelancongan.

7. Homestay Terbaik Melaka.

Homestay Terbaik Melaka.

Bagi yang bercuti dengan family yang ramai, korang boleh try stay di sini. Boleh muat sehingga 20 orang.

Ada 4 bilik berhawa dingin dengan 3 bilik air. Selain dari ada kolam renang, kawasan homestay ini juga luas. Boleh buat mini game lagi.

Kelengkapan rumah seperti mesin basuh, kemudahan BBQ dan peralatan dapur untuk memasak ada disediakan. Korang juga boleh dapatkan diskaun 20% ke tempat-tempat menarik seperti Menara Taming Sari, Melaka Wonderland Theme Park, Melaka River Cruise. Tapi kena maklum 2-3 hari awal ok.

Alamat :
24, Jalan TU 18,
Taman Tasik Utama,
75450 Ayer Keroh, Melaka.

Harga :
Dari RM500 semalam


Chalet di Melaka tepi laut. Dekat je dengan Pantai Klebang.

8. Anjung Sayang Chalet.

Anjung Sayang Chalet.

Terletak hanya 1-2 minit dari Pantai Puteri, Anjung Sayang Chalet menawarkan rumah-rumah tamu yang selesa pada harga yang murah dengan suasana kampung yang tenang. 

Chalet ini menawarkan penginapan jenis chalet dan homestay 1 & 2 bilik yang bersih dan selesa. Sekiranya ada inginkan penginapan banglo mewah yang sangat besar, dengan permandangan tepi pantai yang indah, anda mesti cuba homestay Casa Rasa Sayang di Kuala Sungai Baru Melaka. 

Ok, balik pada kelebihan Anjung Sayang Chalet, ia dekat dengan banyak kawasan tarikan pelancong. Antara tempat-tempat menarik yang dekat dengan chalet ialah Makam Hang Tuah, Masjid Tertua Tanjong Kling, Rumah Tradisional Melayu Melaka dan Perkampungan Nelayan Hailam. Manakala nak ke bandar Melaka sekitar 12km saja. 

Alamat :
No 218, Batu 8,
Kampung Pengkalan Perigi,
76400 Tanjung Kling, Melaka.

Harga :
Dari RM100 semalam


Homestay Kuala Sungai Baru dengan suasana kampung nelayan.

9. Umang-umang Chalet.

Umang-umang Chalet

Syoknya bila keluar dari chalet dah boleh nampak pantai kan. Pengalaman ni korang boleh dapat di Umang-umang Chalet kerana penginapan ni mempunyai pantai peribadinya sendiri khas untuk tetamu yang menginap di sini.

Ini kerana lokasi chalet terletak di tepi pantai di perkampungan nelayan di Kuala Linggi. Terdapat 8 jenis bilik ditawarkan bermula dari bilik jenis standard hingga bilik jenis family seaview.

Alamat :
Lot 602, Batu 31, Bukit Darat,
Pantai Kuala Linggi,
78200 Kuala Sungai Baru, Melaka.

Harga :
Dari RM150 semalam


Homestay Masjid Tanah Melaka lengkap dengan swimming pool.

10. D Chalet Ombak Biru.

D Chalet Ombak Biru

Lagi satu chalet terletak berhadapan pantai tapi kali ni di Pengkalan Balak. Sesuai untuk korang yang planning nak buat hari keluarga kerana chalet ni mempunyai 10 unit bilik single dan 2 unit bilik keluarga.

Dah lah dekat dengan pantai, siap ada swimming pool lagi. Memang syok anak-anak main air sepanjang stay dekat sini. Bagi yang ingin buat BBQ, peralatan semua ada disediakan. Nak makan di luar pula ada 6 unit gazebo disediakan untuk keselesaan para tetamu.

Alamat :
Lot 3319, Kampung Sungai Kertah,
78300 Masjid Tanah, Melaka.

Harga :
Dari RM150 semalam
left-sidebar

Post a Comment

أحدث أقدم