Sebelum ini, saya dah pun review pakej dari tabung haji travel, kali ini kita pergi pula pakej umrah rayhar.
Sekali lagi saya nak tekankan, tujuan saya menulis artikel ini untuk rujukan saya sendiri untuk perancangan umrah ke tanah suci.
Saya akan senaraikan 3 jenis pakej yang disediakan oleh Rayhar Travel untuk bakal jemaah, iaitu
- Pakej ekonomi
- Pakej standard
- Pakej premium
Semoga dapat menjadi rujukan berguna untuk para pembaca semua. Maklumlah, nak pergi umrah pun kena kumpulkan bekalan belanja untuk diri sendiri & keluarga yang akan ditinggalkan di Malaysia.
Pakej umrah Rayhar Travel (Update 24 Januari 2020)
Sebelum kita memilih untuk menunaikan umrah dengan mengambil pakej ini, terdapat 9 perkara yang kita perlu tahu
Seterusnya kita pergi pula ke jadual umrah rayhar travel.
* Semua jemaah berkumpul di tingkat 5 KLIA Sepang
* Urusan daftar masuk / taklimat ringkas / serahan pasport & Boarding Pass
MADINAH
* Ziarah Maqam Nabi (s.a.w.) / Abu Bakar (r.a) / Omar (r.a) / Raudah / Perkuburan Baqi' berjalan kaki (dibimbing murshid)
* Ziarah luar sekitar Madinah ( dibimbing murshid )
MADINAH-MAKKAH
* Ziarah Wada' (bersendirian)
* Bertolak ke Makkah al-Mukarramah
* Berihram Umrah di Masjid Bir ‘ Ali
* tiba di Makkah- menyempurnakan ibadat umrah ( dibimbing mutawwif )
* Acara persendirian
* Ziarah luar sekitar Makkah ( dibimbing murshid )
* Umrah bermiqat di Taneem 1 kali
* Umrah bermiqat di Hudaibiah 1 kali
* Acara persendirian
MAKKAH-JEDDAH
* Tawaf Wada' (bersendirian)
* Bertolak ke Jeddah - 90km
* Berada di Terminal Haji Lapangan Terbang King Abd Aziz Jeddah
* Urusan daftar masuk / serahan pasport & Boarding Pass
* Berlepas ke kuala lumpur.
KUALA LUMPUR, MALAYSIA
* Tiba di Kuala Lumpur/ sambungan penerbangan domestik
Aturcara di atas adalah tertakluk kepada pindaan semasaleft-sidebar
- Sekiranya kita ada meminjam dari institusi seperti PTPTN, bank & lain lain, kita dinasihatkan untuk menyemak sendiri senarai nama mereka yang disekat untuk keluar negara.
- Rayhar Travel ada mengingatkan para peserta untuk memahami terma & syarat terlebih dahulu sebelum bersetuju mengikuti pakej umrah ini.
- Harga adalah untuk Rombongan 30 Orang di atas dan bermula / berakhir di KLIA.
- Harga Pakej bagi tempahan yang tidak cukup regu bilik, adalah tertakluk kepada susunan bilik terkini sebelum berangkat.
- Tarikh, Laluan, Harga Pakej, Hotel & Atur cara adalah tertakluk kepada perubahan semasa dengan atau tanpa notis.
- Kemudahan cerek elektrik dan seterika kebiasaanya tidak disediakan di hotel.
- Sebarang perubahan pada aturcara lawatan, harga &jadual penerbangan adalah tertakluk kepada keadaan semasa.
- Passport antarabangsa perlu sah sekurang-kurangnya 7 bulan dari tarikh tiba di Malaysia.
- Salinan passport hendaklah di fax / emel / pos 45 hari sebelum tarikh berlepas.
1. Pakej umrah ekonomi Rayhar.
Harga pakej ini bermula dari RM6,190.00 Harga ini tertakluk kepada terma dan syarat pakej.2. Pakej umrah standard Rayhar Travel.
Harga pakej ini bermula dari RM7,290.00 Harga ini tertakluk kepada terma dan syarat pakej.3. Pakej umrah premium Rayhar Travel.
Harga pakej ini bermula dari RM7,390.00 Harga ini tertakluk kepada terma dan syarat pakej.Apakah perbelanjaan yang termasuk dalam perbelanjaan pakej umrah dari Rayhar Travel.
Dengan memilih pakej ini, segala perbelanjaan berikut telah termasuk di dalam belanja seperti- Tiket Penerbangan Antarabangsa pergi dan balik kelas ekonomi termasuk cukai lapangan terbang
- Ziarah Madinah dan Makkah termasuk 3 kali umrah bermiqat di Taneem, Jaaranah dan Hudaibiah.
- Beg besar, beg bimbit, beg sandang, sarung kasut, sticker/pelekat telekung, buku panduan umrah dan lain-lain.
- Makan dan minum di tempat penginapan.
- Air Zam-zam 5/10 liter seorang.
- Kursus-kursus umrah & taklimat perjalanan akan diadakan sebelum bertolak.
- Proses mendapatkan VISA dan tertakluk kepada syarat-syarat Kementerian Arab Saudi.
- Perlindungan Takaful Ikhlas Kembara (Kemalangan Umrah berkelompok).
- Dobi.
- Bayaran untuk lebihan timbangan bagasi dari yang dihadkan (20kg sahaja).
- Bayaran-bayaran selain dari yang dicatatkan di dalam aturcara.
- Penerbangan dalam negeri (Malaysia) dan Saudi Arabia
Apakah dokumen yang perlu disediakan untuk mengambil pakej umrah ini?
Sekiranya anda dah pun membulatkan tekad untuk mengambil pakej ini, perlu sediakan dokumen dibawah untuk rujukan di tanah suci. Pastikan kita menyemak pilihan pakej anda dengan pejabat rayhar yang berkenaan sebelum berangkat- Passport Antarabangsa yang tarikh tamat sah laku tujuh (7) bulan ke dari tarikh berlepas dan mempunyai 3 muka surat kosong.
- 4 keping gambar warna ukuran 6 x 4 cm, focus dari kepala ke dagu 4cm, jarak telinga ke telinga 3cm &latar belakang warna putih.
- (Lelaki-Tanpa Kopiah/songkok/baju berkolar & Perempuan – Bertudung Hitam)
- Salinan Sijil Kelahiran (cop di jpn) jika anak perempuan / lelaki ikut serta & mykid bagi kanak-kanak yang berumur dibawah 12 tahun.
- Salinan Surat Nikah (Cop pejabat agama) jika suami isteri pergi bersama.
- Buku Rawatan Kesihatan Antarabangsa (Vaccine ACYM-135)
- Surat Perlepasan Sekatan Perjalanan dari jabatan berkenaan (Jika berkaitan)
- Lain-lain Dokumen yang perlu akan dimaklumkan kemudian berdasarkan perihal seseorang pemohon.
- Deposit RM1000.00 semasa pendaftaran.
Apa perbezaan yang diperolehi untuk jenis pakej berbeza ya?
Dari pembacaan saya di laman web Rayhar Travel, perbezaan ini terdapat pada- Kelas tiket penerbangan yang berbeza.
- Bilik hotel yang berbeza.
- Jamuan makanan yang berbeza.
Contoh jadual perjalanan umrah pakej rayhar travel.
KUALA LUMPUR, MALAYSIA* Semua jemaah berkumpul di tingkat 5 KLIA Sepang
* Urusan daftar masuk / taklimat ringkas / serahan pasport & Boarding Pass
MADINAH
* Ziarah Maqam Nabi (s.a.w.) / Abu Bakar (r.a) / Omar (r.a) / Raudah / Perkuburan Baqi' berjalan kaki (dibimbing murshid)
* Ziarah luar sekitar Madinah ( dibimbing murshid )
- Masjid Quba'
- Jabal Uhud
- Masjid Qiblatain
- Medan peperangan khandaq
- Ladang tamar Bir Uthman
MADINAH-MAKKAH
* Ziarah Wada' (bersendirian)
* Bertolak ke Makkah al-Mukarramah
* Berihram Umrah di Masjid Bir ‘ Ali
* tiba di Makkah- menyempurnakan ibadat umrah ( dibimbing mutawwif )
* Acara persendirian
* Ziarah luar sekitar Makkah ( dibimbing murshid )
- Jabal Thur
- Arafah (Jabal Rahmah)
- Muzdalifah
- Mina
- Jabal Nur (Gua Hira')
- Jaaranah (Miqat Umrah)
* Umrah bermiqat di Taneem 1 kali
* Umrah bermiqat di Hudaibiah 1 kali
* Acara persendirian
MAKKAH-JEDDAH
* Tawaf Wada' (bersendirian)
* Bertolak ke Jeddah - 90km
* Berada di Terminal Haji Lapangan Terbang King Abd Aziz Jeddah
* Urusan daftar masuk / serahan pasport & Boarding Pass
* Berlepas ke kuala lumpur.
KUALA LUMPUR, MALAYSIA
* Tiba di Kuala Lumpur/ sambungan penerbangan domestik
Aturcara di atas adalah tertakluk kepada pindaan semasa