Pakej umrah musim sejuk 2023 - Tips & persediaan untuk tetamu Allah.



Adakah anda merancang untuk menunaikan umrah pada musim sejuk ?

Umrah musim sejuk
Berbondong bondong manusia dari serata dunia mengerjakan umrah pada musim sejuk
Sebut tentang musim sejuk terbayang bayang gambaran salji jatuh dan cuaca sejuk melampau.

Tak sampai macam tu pun Tuan Puan. 


Ini bukan cuaca di negara 4 musim. Di mana suhu nya mencecah di bawah takat beku. 


Suhu musim sejuk di Mekah dan madinah tidak serendah itu.


Tapi bila sampai waktu malam yang dingin, memang kalah air cond.




Persiapan mengerjakan umrah musim sejuk!

Kali ini kami akan kongsikan kepada Tuan Puan tentang pengalaman pakej umrah semasa musim sejuk.

Dan tips tips yang dapat membantu kita menjalani ibadat di sana dengan lebih lancar.

Antara persoalan yang sering berlegar legar di ruang pemikiran

  1. Apa persiapan yang perlu dibuat ? 
  2. Barang keperluan semasa musim sejuk?
  3. Bila Umrah musim sejuk pada tahun ini ? 
  4. Kelengkapan yang perlu disediakan ?
  5. Cara menunaikan umrah berbeza atau sama?



Kelengkapan dan peralatan yang perlu dibawa.

masjid nabawi umrah musim sejuk

Jika di Malaysia, memang kita tidak harian sekiranya hujan turun dengan lebatnya.

Sebab ini sudah menjadi rutin. 


Masa hujan lebat, antara ketika doa makbul. Ini kelebihan yang Allah swt berikan pada hujan.


Saat rezeki turun di muka bumi Allah swt.


Bagi penduduk Mekah pula sangat jarang untuk hujan turun disana.


Sana kan padang pasir, Memang jarang nak lihat langit penuh dengan awan hujan. Awan kumolonimbus tu.


Semasa musim sejuk inilah, bila mana kemungkinan untuk hujan turun membasahi bumi yang diberkati ini berlaku.


Memang beruntung sungguh jemaah yang dapat berada disana ketika menunaikan umrah dan berdoa kepada Allah swt di saat doa makbul ini.


Masih ingatkah kita akan peristiwa banjir besar yang menggelamkam kaabah semasa zaman Rasulullah SAW belum diangkat menjadi utusan Allah.


Kemudian kaum Quraish bertelagah untuk meletakkan kembali batu Hajarul Aswad disana.


Takdir Allah swt menyaksikan tiada pertumpahan darah berlaku atas kebijaksanaan baginda, meletakkan batu tersebut di atas kain.


Dan mereka bersama sama mengangkat batu tersebut berdekatan lokasi sebenarnya.


Akhirnya, Baginda sendiri yang meletakkan di tempat asal. 


Sejarah mengajar kita banyak perkara. Sama samalah kita mengambil iktibar daripada kisah ini.



panduan mengerjakan umrah

Berbalik pada persiapan yang perlu dilakukan oleh jemaah, pakaian musim sejuk yang sesuai perlu dibawa terutama muslimah.

Banyak kelengkapan perlu dibawa muslimah. Tak macam orang lelaki. Apatah lagi untuk ibu bapa yang membawa anak kecil pergi umrah.


Kami telah sediakan jadual peralatan dan kegunaan setiap satunya. Termasuk pakaian musim sejuk muslimah



No
Peralatan / Kelengkapan Umrah
Tips / Kegunaan
1
Kot tebal (winter coat)

Memanaskan badan 
2
Baju panas



Boleh dipakai di dalam telekung
3
Inner
Pakaian muslimah


4

Kasut bertutup atau kasut getah

Lebih selesa dan memanaskan kaki. 


Contohnya seperti jenama crocs dan sebagainya


5

Mafla / atau selendang labuh

Bagi melindungi muka daripada angin sejuk, memanaskan wajah dan mengelakkan dari selesema

Peringatan

Semasa dalam keadaan ihram jemaah muslimah tidak boleh menggunakan mafla kerana kita tidak boleh menutup muka


6

Tuala muka

Mengeringkan air dingin dari muka selepas berwuduk


Tips

Terdapat kelebihan bagi membiarkan air wudhu yang menitik jatuh dari anggota.

Seperti diriwayatkan dalam sebuah hadis. 


Dosa berguguran dengan menitiknya air dari anggota wudhu. 


Namun cuaca sejuk ditambah air dingin boleh menyebabkan kita tidak sihat


7

Telekung 


(Bagi jemaah muslimah)

Biasakan memakai telekung bersama jubah atau seluar atau skirt lebuh dan stoking untuk ke masjid.

Kain telekung hanya mudah dipakai jika solat di dalam bilik. Pastikan juga stoking tidak jarang atau koyak.


8

Tudung labuh dan sebaiknya berdagu


Sebaiknya menggunakan tudung labuh saiz XXXL ataupun panjang 24 inci dari dagu


Ini memudahkan muslimah solat kerana tudung labuh boleh menjadi instant telekung



9
Sarung lengan

( Bagi Muslimah )





10

Kain Ihram


Cuaca yang sejuk akan terasa lebih hangat dengan memakai kain ini



Tips

Semasa pergi ke masjid, digalakkan memakai seluar bersama jubah.

Terutama sekiranya suhu cuaca yang sejuk diluar.


Kombinasi jubah dan seluar akan memberi keselesaan


11

Kasut stokin 


(Jemaah Wanita)


Memberi keselesaan kepada wanita terutama semasa melaksanakan ibadat tawaf dan saie.



12

Pelembab muka dan bibir


Angin yang dingin kering akan menyebabkan kulit muka kehilangan lembapan.


Amat digalakkan menggunakan pelembap bibir dan muka supaya kulit kekal lembap dan tidak kering


13
Krim panas


14
Botol air
Mengisi air zam zam untuk minuman setiap hari

15
Termos kecil
Membawa air panas untuk menyediakan air panas


Kelebihan Dan Kekurangan Menunaikan Umrah Masa Sejuk ye ?

Bila masa cuaca yang dingin ini berlaku?


cara mengerjakan umrah masjidil haram

Pada kebiasaannya suhu di Mekah dan Madinah akan menjadi lebih sejuk di bulan Januari hingga ke Mac.

Dalam masa 3 bulan ini suhu boleh jatuh serendah 12 deg Celcius.


Memang sejuklah. Terutama waktu malam semasa angin bertiup ataupun semasa mengambil wudhu.


Suhu pada waktu siangnya pula berada di sekitar 28 darjah Celcius.



Apa kelebihan yang dapat kita perolehi?

Cuaca yang sejuk di Mekah menyebabkan ramai manusia dari seluruh pelusuk dunia datang menunaikan umrah.

Dan banyak juga jemaah dari negara negara beriklim sejuk datang ke tanah suci kerana lebih serasi dengan keadaan suhu tersebut.


Contohnya jemaah dari cina dan negara Asia Timur.


Orang arab di sekitar semenanjung arab juga berduyun duyun datang ke tanah suci bersama keluarga masing masing.


Memang kebetulan, pada masa yang sama cuti sekolah di Arab Saudi memudahkan ibu bapa untuk merancang aktiviti keluarga.


Jadi, boleh bayangkan keadaan di tanah haram pada waktu tersebut.


Memang penuh sesak dengan manusia. Tempahan bilik hotel juga berada di kemuncaknya.


Memang kita sedia maklum, semasa musim cuti sekolah hotel hotel mengambil kesempatan untuk menaikkan harga bilik dan sewa penginapan.


Atas sebab inilah, terdapat perbezaan harga bagi pakej umrah musim sejuk dan musim panas.


Hotel pada ketika ini biasanya penuh di Madinah dan Mekah. Memang elok sekiranya tuan dan puan buat tempahan awal.


Sama ada datang terus ke alamat agensi umrah ataupun melalui online.


Pakej penerbangan terus dari Malaysia ke Arab saudi dan penginapan di Hotel Hilton sangat laju permintaannya.


Atas sebab jaraknya yang dekat dengan Masjidil haram. Hanya 50m sahaja.


Satu lagi, dengan cuaca pada waktu siang yang suhunya lebih kurang Malaysia, peluang untuk demam dan tidak sihat memang kurang.


Berbanding dengan umrah pada musim panas, yang suhu waktu siangnya 40 Deg C. 


Memang ramai juga yang demam.


Tips Dan Panduan Di Madinah Al Munawwarah.

Bergantung kepada pakej dan syarikat yang dipilih, tentatif program mungkin sedikit berbeza di Madinah.

Secara umumnya, terdapat beberapa perkara perkara yang perlu diberi perhatian disana.


Dan juga tips untuk menikmati pengalaman terbaik di sana.



Masjid Nabawi.

Cuaca semasa musim sejuk memang dingin hingga ke tulang sum sum.

Pada musim panas dan waktu waktu yang lain, penyaman udara akan di buka di Masjid Nabawi bagi menurunkan suhu yang panas di dalam masjid.


Tetapi pada musim sejuk, suhu di Madinah akan turun serendah 12 Deg C semasa subuh. 


Jadi, penghawa dingin memang tidak dipasang. Bumbung masjid juga tidak akan dibuka kerana suhu rendah melampau ini.


Tak lah melampau mana untuk orang putih sana. 


Orang Malaysia lain ceritanya, panas dan lembap sepanjang tahun.


Jadi, disarankan supaya tuan puan lakukan perkara dibawah

  1. Gunakan baju panas / winter coat semasa ke masjid Nabawi untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Ada dalam jadual diatas kan.
  2. Kurangkan kekerapan mandi kerana suhu air yang dingin. Risiko untuk demam dan selesema. Kecuali penginapan anda ada air panas
  3. Gunakan losyen melembapkan kulit kerana cuaca yang sejuk dan kering menyebabkan ketidakselesaan pada kulit


Kawasan Raudhah

Mungkin tuan puan tahu tentang kawasan raudhah berhampiran dengan masjid Nabawi.


raudhah masjid nabawi cuti sekolah

Abu Hurairah (ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) berkata:
Antara rumahku dan mimbarku meletakkan sebuah taman dari taman-taman Syurga, dan mimbarku adalah di atas mata air (Al-Kauthar) saya.


Hadis Riwayat Bukhari

Kawasan ini telah di namakan Raudhah oleh Baginda Rasulullah SAW sendiri.

Memang banyak kelebihan yang diperolehi bagi jemaah yang berpeluang untuk solat di dalam kawasan yang di gelar "taman syurga" ini.


Di antaranya ialah, doa doa yang di pohon di kawasan ini dikatakan akan di makbulkan oleh Allah swt.


Raudhah adalah kawasan yang terletak di antara rumah baginda dan masjid nabi.


Sekiranya anda berhajat memasuki kawasan ini, waktu melawat bagi jemaah wanita untuk masuk ke kawasan raudhah adalah seperti berikut


  1. Selepas solat subuh sehingga sebelum solat zuhur
  2. selepas solat zuhur sehingga sebelum solat asar
  3. selepas solat maghrib sehingga jam 11mlm 

makam nabi raudhah 2015
Makam Nabi SAW di tandakan dengan kawasan berkubah hijau tua


Di dalam kawasan raudhah itu juga terdapat makam Rasulullah SAW. 


Tips Memasuki Raudhah Bagi Lelaki


  1. Sekiranya ingin iktikaf lama di kawasan ini, datang pada jam 3 pagi
  2. Jika lambat sedikit sahaja kemungkinan untuk kawasan tersebut padat memang tinggi
  3. Jam 3.30 pagi masjid sudah penuh dengan jemaah


Tips Raudhah Bagi Muslimah

  1. Bagi memasuki raudhah, perlu melepasi 3 checkpoint
  2. Kawasan ini memang senantiasa penuh, bagi di permudahkan urusan memasukinya tunaikan solat menghormati masjid (tahiyatul masjid), solat sunat taubat dan solat hajat.
  3. Banyakkan berzikir agar dipermudahkan urusan seperti 



"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."


Maksudnya: "YaAllah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan."



Tips & Panduan Di Mekah Al Mukarramah.

Selepas selesai semua urusan di Madinah, berangkat pula ke Mekah untuk menyempurnakan perjalanan ziarah umrah ini.
masjidil haram umrah 2015 cuti sekolah
Masjidil Haram semasa musim haji
Jarak perjalanan di antara kota Madinah dan Mekah adalah di anggarkan 424 km.

Cuaca di Mekah agak berbeza dengan di Madinah. 



cuaca madinah al munawwarah
Jadual cuaca Madinah sepanjang tahun. Klik Sumber



Jadual cuaca Mekah sepanjang tahun. Klik Sumber

Jika di Madinah, cuacanya lebih sejuk lain pula keadaannya di Mekah.

Cuacanya agak panas dengan hawa berdebu dan kering. 





Suhu subuh di Mekah turun paling rendah di antara 17-18 deg C.

Suhu siang hari pulapaling panas 28 deg C. 

Tak perlu pakai baju sejuk semasa berada di Mekah. 

Memakai jubah pun sudah selesa.

Semasa peristiwa hijrah golongan Muhajirin ke Yathrib (nama asal Madinah sebelum kedatangan peristiwa hijrah), ramai daripada para sahabat Nabi Muhammad SAW telah jatuh sakit.

Juga di sebabkan perbezaan cuaca, kaum muhajirin mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan cuaca Madinah.


Telah di riwayatkan sebuah hadis Abdullah bin Zaid bin Aasim r.a: 


Rasulullah s.a.w pernah bersabda: 



Sesungguhnya Nabi Ibrahim a.s telah memuliakan iaitu mengharamkan Kota Mekah dan mendoakan keberkatan terhadap penduduknya.
Maka sesungguhnya aku pun memuliakan iaitu mengharamkan Kota Madinah sebagaimana Nabi Ibrahim a.s telah memuliakan iaitu mengharamkan Kota Mekah.
Dan sesungguhnya aku juga telah mendoakan keberkatan makanan di Kota Madinah, sebagaimana yang pernah didoakan oleh Nabi Ibrahim a.s kepada penduduk Mekah.
Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 2422

Dan juga di dalam hadis


Hadis Anas bin Malik r.a katanya: 


Rasulullah s.a.w pernah berdoa:



 اللَّهُمَّ اجْعَلْ بِالْمَدِينَةِ ضِعْفَيْ مَا بِمَكَّةَ مِنَ الْبَرَكَةِ
Yang bermaksud: Ya Allah. Limpahkanlah keberkatan berganda terhadap Kota Madinah sebagaimana yang Engkau telah kurniakan terhadap Kota Mekah.


Nombor hadith di dalam Sahih Muslim : 2432

Dari kedua dua hadis di atas, jelaslah bahawa kelebihan yang terdapat pada kedua dua tanah suci ini.


Mekah dilimpahi rahmat dan berkat hasil doa Nabi Ibrahim as.


Madinah pula hasil doa Nabi Muhammad SAW. 


Oleh kerana faktor perbezaan cuaca ini penting, memang mustahak untuk para jemaah membuat persiapan.


Tanpa persiapan yang rapi, kemungkinan untuk menghidap

  1. Batuk
  2. Selsema
  3. Demam
  4. Bibir dan tumit kaki pecah
  5. Kulit kering. 

Di Mekah, lokasi hotel memainkan peranan penting. 

Sekiranya anda tinggal di penginapan yang lebih jauh dari Masjidil Haram, maka lebih jauh jarak berjalan kaki.


Ada juga pakej umrah yang menawarkan penerbangan terus dari Malaysia dan hotel 50m dari Masjidil Haram.

Pilihan Tuan Puan akan memberikan pengalaman berbeza di sana.


Bagi jemaah yang berpeluang tinggal di hotel yang sangat dekat lokasinya seperti Hotel Broj Jewar, Hotel Safwa dan Hotel Hilton.


Gunakan kelebihan yang ada sebaiknya untuk beribadah.

lantai licin mekah masjidil haram
Hujan boleh turun bila bila masa sahaja. Hati hati lantai masjid licin
Minimakan masa duduk di bilik dan banyak luangkan masa di masjid untuk beribadat.

Cabaran utama disini masih lagi faktor cuaca, jaga kesihatan betul betul supaya tidak jatuh sakit.

Kita hanya berusaha, perancangan Allah swt lebih besar lagi.


Bagi yang datang bersendirian dan masih lagi muda serta bertenaga.

Ambil peluang untuk membantu ahli rombongan lain yang sudah berusia untuk melaksanakan ibadat.


Amat besar ganjarannya sekiranya niat kita ikhlas membantu.


Walaupun pada musim sejuk, cuaca tetap terik untuk melakukan tawaf.


Tidak dapat di bayangkan bagaimana Nabi Muhammad SAW dan para sahabat (Semoga Allah swt memberkati mereka) berperang di bawah cuaca sedemikian.


Dengan baju perang yang berat.


Dan ada juga yang hanya berjalan kaki. Betapa teguhnya iman mereka dan pengorbanan yang mereka lakukan.


Bagi menegakkan hukum Allah di seluruh pelusuk dunia.


Sedangkan kita hanya berada di bawah matahari semasa musim sejuk pun sudah tidak tahan.


Jika dibandingkan dengan mereka, keadaan sekarang jauh lebih selesa dengan segala kemudahan dan infrastruktur.


Terima kasih kepada tuan puan kerana membaca artikel ini sehingga habis. Semoga banyak manfaatnya.


Berminat untuk menunaikan umrah pada musim sejuk? Cari pakej umrah yang sesuai dengan kemampuan kita.left-sidebar
Previous Post Next Post