Posts

Showing posts from April, 2018

Skytrex Adventure Shah Alam? Tempat Menarik Di Selangor 2018! Memang Best

Image
Sebelum ini saya ada kongsikan seanrai tempat menarik di Shah Alam. 
Salah 1 daripada tarikan di bandaraya metropolitan ini adalah Skytrex adventure Shah Alam yang terletak di lokasi yang sama dengan Taman Botani Shah Alam.

Saya juga telah kongsi tentang taman botani di blog ini.

Shah Alam ada banyak tempat menarik. Jika taman botani penuh dengan pokok& bukit bukau, Wet world pula untuk mandi manda, Skytrex ini pula lain ceritanya.


Skytrex Adventure Shah Alam! Cabar Diri Anda 20m Tinggi Di Atas PokokAnda cukup berani nak habiskan semua cabaran disini?

Bukan sembarangan orang boleh buat tau. Abang sado adik akak cantik manis pun kecut perut nak ke mari.

Mesti habis berpeluh dahi tu dengan peluh dingin. Boleh naik jerawat sebab cabaran yang mendebarkan ni.

Nak rasa seronoknya berjalan dari pokok ke pokok? Jom kita terjah Skytrex Adventure.




Apa yang menarik di Skytrex Shah Alam?Saya memang galakkan untuk keluar awal pagi ke mari. Suasana hutan semasa pagi memang best. 

Kalau tinggal di kawasa…

Taman Botani Shah Alam Bukit Cerakah? Wah Nyamannya! Tempat Menarik Di Selangor 2018

Image
Assalamualaikum Wrmbth & Salam Sejahtera. Banyak tempat menarik di Shah Alam Selangor. Dan salah satu yang paling saya sukai adalah Taman Botani Shah Alam. (Kalau anda nak tahu senarai lokasi best di Shah Alam, tak kira yang free & berbayar, boleh klik di sini.) 

Satu kawasan hutan hijau yang mendamaikan buat warga kota. Tanpa perlu pergi jauh ke pelusuk belantara.

Taman yang telah dibuka pada tahun 1986 mempunyai banyak sejarah kepada diri saya sendiri. 

Taman ini dibangunkan sebagai pusat kecemerlangan negara dalam bidang penyelidikan saintifik dan pemuliharaan bagi pembangunan 

BotaniHortikulturPertanian Serta bidang-bidang lain yang berkaitan dengannya. Taman ini unik kerana menyerlahkan konsep botani hutan hujan tropika.

Sejak dibuka, telah 3 kali namanya di tukar.

Semasa ia baru dibuka pada 1986, ia dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah.Kemudian pada tahun 1991, setelah taman ini dimasyhurkan oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Hisamuddin Alam …