Casa Rasa Sayang Melaka - Homestay banglo mewah untuk percutian terbaik

Bila sebut tentang bercuti bersama keluarga, apa tarikan yang korang cari? Homestay melaka yang besar dan menarik? View yang cantik? Jauh dari kesibukan bandar? Semua ni korang boleh temui di Casa Rasa Sayang Villa di Melaka.


Casa Rasa Sayang Villa Mewah di Tepi Selat Melaka


Terletak hanya 30 minit dari exit Simpang Ampat atau 40 minit dari exit Ayer Keroh, vila banglo ini sangat berbeza dengan penginapan yang lain yang ada di Melaka. Ini kerana selain daripada saiznya yang sangat besar dan mewah yang pasti akan buat korang terpegun, lokasinya juga sangat istimewa. Ianya terletak betul-betul di pesisir Selat Melaka. 


Vila Dengan Bilik Menghadap Laut


Casa Rasa Sayang dibina di atas tanah seluas 1 1/2 ekar dan sangat sempurna untuk korang yang tercari-cari lokasi untuk adakan hari keluarga, reunion, majlis dan keraian dan sebagainya.


Vila mewah ini menawarkan 7 buah bilik dengan hiasan vintaj ala ala English style yang akan buat korang rasa selesa dan dialu-alukan. Rasa macam duduk rumah sendiri bak kata tetamu yang dah pernah menginap di sini. 


Jom tengok bilik-bilik yang ada dekat sini.


1. Sea View Room



Bilik ini mempunyai 4 buah katil single dan sebuah sofa bed, sesuai untuk ahli keluarga yang ramai. Istimewa bilik jenis ni ialah ianya mempunyai tangga peribadinya sendiri, terpisah dari bilik-bilik yang lain. Harga bermula dari RM550 semalam.

2. White Lily Room


Bagi yang datang bercuti dengan anak kecil, White Lily Room ni sangat sesuai kerana ianya mempunyai sebuah katil jenis queen dan 2 buah katil single. Harga bermula dari RM325 semalam.


3. Colorful Rooms 


Colorful rooms terdiri daripada 5 jenis bilik yang bertemakan warna yang terdiri daripada Flaming Red, Royal Lavender, Serene Green, Luxury Gold dan Chardonay. Setiap colorful rooms mempunyai sama ada sebuah katil queen atau 2 buah katil super single. Dan ianya berharga dari RM250 semalam. 


Tapi alang-alang menginap dekat sini, korang request lah bilik yang menghadap laut. Bukan selalu kan. Sebabnya dekat bilik ni korang boleh menikmati 180 darjah pemandangan laut terus dari dalam bilik melalui tingkap-tingkapnya yang besar. Syok kan!! Lebih private dan tanpa gangguan orang lain. Jauh dari kebisingan bandar juga.


Tapi kalau nak pemandangan dan bau laut yang sebenar, korang kena lah turun sendiri ke pantai. Tak jauh pun. Korang hanya perlu keluar melalui pintu belakang vila saja. Dah sampai. Tak perlu nak drive keluar bagai. Pantai pun private untuk tetamu vila je. Takde gangguan orang luar.



Dengar cerita view matahari terbenam dekat sini cantik. Boleh lah korang layan view yang indah tu sepuasnya. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa, fuhhh best tu. Lagi satu, bila air laut surut, korang boleh nampak 2 buah pulau yang berhampiran.



Dekat kawasan luar vila ni, ada kemudahan kerusi meja yang menghadap laut tau. So korang boleh lah dinner sambil enjoy pemandangan matahari terbenam tu juga.


Vila di Melaka Yang Luas dan Lengkap Dengan Kemudahan


Bila dah kata hari keluarga, reunion tu semua, sure lah banyak aktiviti yang korang nak buat kan. Dan confirm-confirm korang nak ruang yang luas untuk kumpulkan semua orang sekaligus. Betul tak?


Ruang Tamu Yang Luas


Di Casa Rasa Sayang Vila, semua tu takde masalah. Bukan bilik je luas, malah ruang tamu atau ruang legar di bahagian bawah tu pun sangat lah luas untuk korang. Tak percaya korang tengok lah sendiri.



Macam mana, luas kan? Dengan keluasan macam ni, setakat 40 orang tu tak ganggu ruang langsung. Korang tak kan berhimpit-himpit punya lah.



Geng-geng ayah boleh borak-borak dekat sofa besar yang selesa ni. 10 orang boleh muat duduk sekali tu. Manakala geng-geng mak pula boleh lepak dekat meja makan belakang tu sambil berkongsi resipi masakan yang tengah viral sekarang ni.


Ruang Permainan Untuk Akviti Keluarga


Yang ni pula area untuk anak-anak muda bersantai. Ada meja snooker, permainan dart dan carrom disediakan. Amacam best kan?? Eh nak layan karaoke pun boleh. Masa ni lah masing-masing nak tunjuk bakat yang terpendam. Confirm meriah dan riuh rendah malam percutian korang tu nanti.


Lokasi Restoran dan Kafe Yang Berhampiran


Bab makan macam mana pula??


Ni korang tak perlu risau. Dekat sini mereka ada restoran mereka sendiri. Nak senang, nak mudah korang boleh order je dengan mereka. Amik pakej terus. Selesai masalah. Sampai masa makan, korang boleh turun berjemaah ke dining hall.



Bila dah bercuti ni kan, tak sah kalau tak ada sesi berBBQ kan. Nak BBQ dekat sini, dipersilakan. Peralatan BBQ semua ada disediakan. Nak minta pihak vila sediakan bahan pun boleh. Lepas tu berBBQ lah sampai tengah malam sambil dengar alunan deruan ombak Selat Melaka. Eh untuk orang lelaki, kalau korang nak memancing pun boleh tau. Mana tau rezeki dapat ikan, boleh panggang terus. Fresh from the sea gitu.


Tapi kalau kata nak makan dekat luar pun boleh. Tak jauh dari kawasan vila, lebih kurang dalam 800 meter ada restoran ikan bakar terkenal. Terbaru berhadapan dengan vila pula ada sebuah kafe makanan Vietnam yang halal yang sedang meningkat naik. Sedap orang kata. Boleh lah korang cuba nanti. Senang kata, memang tak gaduh lah bab-bab makan bila menginap di sini.


Infinity Swimming Pool Tepi Pantai


Eh vila dah besar, swimming pool tak kan takde?


Siapa kata takde. Harus lah ada. Tarikan utama tetamu tu. Lagi-lagi kalau bawa anak-anak. Dekat Casa Rasa Sayang ni, swimming pool dia best sebab menghadap laut. Ala ala infinity pool gitu. So boleh lah korang berenang sambil layan view laut.



Kemudahan Untuk Kursus dan Keraian


Dekat Casa Rasa Sayang vila ni, korang bukan boleh buat hari keluarga saja, nak buat kursus dan majlis keraian pun boleh.


Dekat bahagian bawah vila ada multi function room yang luas dan lengkap dengan kemudahan untuk syarikat-syarikat jalankan kursus atau seminar. 



Dekat bahagian luar pula ada kawasan yang luas untuk dirikan khemah. Sesuai untuk adakan majlis atau keraian seperti majlis perkahwinan, pertunangan, sambutan hari jadi dan sebagainya. Ni kalau buat tema ala garden pun best ni. Garden by the sea. Confirm cantik.




So senang kata Casa Rasa Sayang ni ada semua keperluan yang korang nak. Baik untuk tujuan bercuti atau bekerja. Seperti tetamu-tetamu yang pernah ke sini, korang pasti akan merindui pengalaman menginap di vila mewah ini. Dan pada yang nak cari ketenangan, Casa Rasa Sayang adalah lokasi yang sempurna untuk korang.


Casa Rasa Sayang,

Lot 1923, Kuala Sungai Baru, 

78200 Melaka.






Post a Comment

Previous Post Next Post