22 Hotel di langkawi kedah! Murah & terbaik untuk bajet keluarga

Anda sedang mencari cari hotel terbaik di Langkawi yang terbaik dengan bajet & hampir tempat tarikan pelancong? Baca list ini sampai habis. Dari hotel terbaik berstatus 5 bintang hinggalah hotel murah yang berkualiti. Semuanya ada.
hotel terbaik di langkawi

Hotel di langkawi, nak pilih yang terbaik atau yang murah? Teruskan membaca.

Pulau Langkawi memang terkenal dengan keindahannya. Ramai pelancong datang dari dalam & luar negara. Kita semua mempunyai prioriti tersendiri untuk percutian terindah semasa melancong di pulau lagenda ini.

Jadi, bagi memudahkan anda, kami telah menyusun senarai ini mengikut 4 kategori. Setiap kategori kami bahagikan pula kepada hotel terbaik & hotel murah.
  1. Hotel paling best dengan swimming pool.
  2. Hotel dekat Pantai Cenang.
  3. Hotel di tepi pantai.
  4. Hotel di Pekan Kuah.


Hotel di langkawi yang paling best!




Hotel yang kami kumpulkan di dalam kumpulan ini dekat dengan pusat tarikan pelancong. Mudah untuk anda keluar bersiar siar, shopping & makan sedap.


Hotel terbaik di Langkawi (Sekitar RM400++ untuk 1 malam)

1. Adya Hotel Langkawi

Hotel Adya Langkawi

Kelebihan Hotel Adya
  • Lokasi yang strategik di tengah bandar Kuah.
  • Hampir dengan pelbagai premis menjual cenderamata & juga restoran halal yang sedap.
  • Lengkap dengan fasiliti tambahan untuk keselesaan pelanggan seperti spa, gym & cafe.
  • Hotel mesra muslim dengan kemudahan musolla untuk bersolat. Terdapat kolam renang khas untuk wanita sahaja untuk memudahkan tetamu wanita menjaga aurat. Setau saya, di Shah Alam pun ada 1 hotel seperti ini. Hotel Grand Blue Wave. Bukan setakat kolam renang & gym tau, ada tingkat khas untuk perempuan. Sesuai untuk wanita yang bermusafir bersendirian.
Menarik: 22 Hotel di Shah Alam yang paling bagus.
Hotel langkawi ini sangatlah strategik lokasinya. Terdapat banyak tempat menarik sekitarnya seperti
  • Hutan Lipur Durian Perangin - 3 minit
  • Hutan Lipur Lubuk Semilang - 6 minit
  • Taman Legenda - 8 minit
  • Dataran Lang - 10 minit
Harga: Dari RM250 / malam

Alamat: No 1 PT Persiaran Mutiara 2, Mukim, Kuah, Kedah 07000


Hotel menarik di Langkawi.

2. Four Seasons Resort Langkawi

Four Seasons Resort Langkawi 5

Ramai orang kenal dengan Pantai Cenang, tetapi hasil kunjungan keluarga kami ke Pantai Tanjung Rhu, pantai ini lebih bersih, cantik & privasi. 

Hotel Four Season ini terletak di pantai yang indah ini. Sangat hampir dengan Kilim Geoforest Park  yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai salah satu tapak geografi warisan dunia. Kita dapat melihat sendiri struktur batu berusia jutaan tahun di dalam hutan rimba yang kaya dengan pelbagai spesis flora dan fauna. Pasti akan membuatkan kita menghargai ciptaan Allah SWT.

Hanya 6 minit dari Pantai Tanjung Rhu. & Pantai Pasir Panjang pula 7 minit. Kedai makan muslim paling hampir pun tak jauh,  Restoran seafood Anis hanya 4 minit saja dari hotel ni.

Hotel ini sangatlah strategik lokasinya. Terdapat banyak tempat menarik sekitarnya seperti
  • Pantai Rekreasi Kastam (Oceanman) - 4 minit
  • Tanjung Rhu Mangrove Tour - 5 minit
  • Pantai Tanjung Rhu - 7 minit
  • Kompleks Kraf & Kebudayaan - 10 minit
  • Kilim Geoforest Park - 15 minit
Harga: Dari RM1,900 / malam
Alamat: Jalan Tanjung Rhu, Langkawi, 07000 Tanjung Rhu
Phone: 04-950 8888

Kelebihan hotel ini
  • Mempunyai pantai peribadi eksklusif untuk tetamu yang bermalam disini. Ini bermakna, kebersihan pantainya di jaga dengan baik oleh pengurusan hotel.
  • Pengaruh reka bentuk tradisional Melayu pada bangunan di hotel ini. Kita dapat perhatikan penggunaan kayu menghiasi ruang dalaman hotel ini. 
  • Kolam renang untuk tetamu dewasa & kanak kanak. Boleh mandi manda sampai puas.
  • Lengkap dengan kemudahan gym, spa & pelbagai lagi fasiliti untuk bersenam.
  • Mempunyai kelab istimewa untuk kanak-kanak dengan program menarik untuk mereka semasa bercuti.

Hotel mewah di Langkawi.

3. The Danna Langkawi

The Danna Langkawi

Kelebihan Hotel The Danna
  • Hotel The Danna mempunyai kolam renang infiniti terbesar di Langkawi.
  • Pantai peribadi yang cantik lagi bersih, diselia dengan rapi oleh pengurusan hotel. Kemudahan seperti kerusi malas lengkap dengan tempat berteduh disediakan untuk pelancong. 
  • Seperti hotel terkemuka lain, The Danna dilengkapi fasiliti yang disukai pelancong wanita seperti sauna, spa & gym.
  • Pihak hotel menyediakan kelab kanak kanak dengan pelbagai program menarik untuk mengisi percutian anak anak kita dengan aktiviti berfaedah. Ataupun anak anak boleh bermain permainan video di game room.
  • Kemudahan gym & gelanggang sukan juga tersedia untuk kegunaan kita. Jangan lepaskan peluang untuk mengeluarkan keringat sambil menjamu mata dengan pemandangan pulau langkawi yang indah.
Hotel ini sangatlah strategik lokasinya. Terdapat banyak tempat menarik sekitarnya seperti
  • Perdana Quay Light House - 1 minit
  • SKYTREX Adventure Langkawi - 2 minit
  • Pantai Kok Langkawi - 4 minit saja. 
  • Langkawi Cable Car - 6 minit
  • Umgawa Legendary Adventures - 6 minit
  • 3D Art in Paradise Langkawi - 6 minit
Harga: Dari RM1,200 / malam

Alamat: Telaga Harbour Park, 07000 Pantai Kok


Hotel murah Langkawi milik muslim (Sekitar RM100 untuk 1 malam)

4. Hotel Haji Ismail Group (HIG)

Hotel Haji Ismail Group

Pergi ke Langkawi tidak akan lengkap tanpa memborong coklat sebagai ole ole. Hotel Haji Ismail Group (HIG)  bersambung dengan kompleks membeli-belah HIG antara destinasi popular untuk membeli coklat pelbagai jenama dari dalam & luar negara.

Hotel ini terletak 30 minit dari Lapangan Terbang Langkawi dan 26 minit dari Pantai Cenang. Hanya 5 minit drive dari pekan Juah anda akan menemui HIG Hotel.

Kelebihan Hotel Haji Ismail Group.
  • Hotel milik melayu muslim dengan fasiliti mesra muslim. Tak perlu was was dengan makanan yang disediakan disini.
  • Interior design bilik hotel HIG berkonsepkan rekaan moden kontemporari.
  • Terletak di tengah tengah Pekan Kuah, tak perlu risau soal makan kerana banyak kedai makan halal disekitar hotel ini.
  • Pihak hotel juga menyediakan perkhidmatan menyimpan bagasi dan parking percuma di kawasan hotel.
Hotel ini sangatlah strategik lokasinya. Terdapat banyak tempat menarik sekitarnya seperti
  • Taman Legenda - 5 minit
  • Masjid Al Hana - 5 minit
  • Gua MAHA - 7 minit
  • Jeti Kuah - 7 minit
  • Dataran Lang - 8 minit
  • Air Terjun Durian Perangin - 19 minit
Harga: Dari RM160 / malam

Lokasi: Lot 1852, Jalan Penarak, 07000 Kuah


Hotel di Pekan Kuah Langkawi.

5. Langkawi Baron Hotel

Langkawi Baron Hotel

Hotel ini letaknya berhadapan dengan pasar malam popular di Pekan Kuah dan 5 minit berjalan kaki ke tempat shopping popular di Pulau Langkawi.

Jika kita lihat masa memandu ke tempat-tempat popular pula, untuk ke Pantai Cenang mengambil masa selama 25 minit manakala Kereta Kabel Langkawi  pula 40 minit.

Kelebihan Hotel Baron
  • Bagi sebuah hotel bajet, kemudahan yang disediakan Hotel Baron cukup selesa untuk para pelancong.
  • Lokasi di tengah tengah pekan Kuah.
Hotel ini sangatlah strategik lokasinya. Terdapat banyak tempat menarik sekitarnya seperti
  • Dataran Lang - 7 minit
  • Galeri rumah terbalik - 18 minit
  • Sanctuary Darul Aman - 16 minit
  • Atma Alam Batik Art Village  - 25 minit
Harga: Dari RM100 / malam

Lokasi: No.2 Jalan Lencongan Putra 3, Mukim Kuah, 07000 Kuah


Hotel di Kuah Langkawi.

6. Twin Peaks Island Resort

twin-peaks-island-resort

Untuk ke Lapangan Terbang Pula anda hanya perlu pandu untuk 20 minit sahaja. Parking juga percuma untuk tetamu hotel.

Mencari makanan sedap pula agak senang kerana resort ini terletak berdekatan dengan bandar Kuah.

Kelebihan Hotel Twin Peaks
  • Resort bajet ini mempunyai kemudahan lengkap untuk keluarga kita bersantai semasa cuti. 
  • Ciri ciri resort yang ketara memang dominan pada rekaan Resort Twin Peaks Island dengan tingkap yang tinggi & besar untuk menikmati keindahan suasana persekitaran.
Hotel ini sangatlah strategik lokasinya. Terdapat banyak tempat menarik sekitarnya seperti
  • Hutan Lipur Durian Perangin - 4 minit
  • Gua Maha - 7 minit
  • Hutan Lipur Lubuk Semilang - 8 minit
  • Dataran Lang - 12 minit
Harga: Dari RM90+ Semalam

Lokasi: Baru 1 3/4 Jalan Kelibang, 07000 Kuah


Hotel di Langkawi tepi pantai.

7. Hotel Langkasuka Langkawi

Hotel Langkasuka Langkawi

Hotel ini hanya 10 minit sahaja masa memandu ke Jeti dan 20 minit ke Lapangan Terbang Langkawi.

Hotel Langkasuka Langkawi ini unik kerana ia terus bersambung dengan Langkawi Parade Shopping Complex yang terletak di Bandar Kuah.

Kelebihan Hotel Langkasuka
  • Lokasi hotel yang dekat dengan Jeti Pekan Kuah.
  • Hampir dengan banyak tarikan pelancong.
Hotel ini sangatlah strategik lokasinya. Terdapat banyak tempat menarik sekitarnya seperti
  • Hutan Lipur Durian Perangin - 6 minit
  • Menara MAHA - 10 minit
  • Jeti Kuah - 12 minit
Harga: Dari RM105+ Semalam

Lokasi: Batu 3/4, A14-15, Pokok Asam, 07000 Kuah


Hotel di Langkawi Pantai Cenang.

8. Aloft Langkawi Pantai Tengah

Aloft Langkawi Pantai Tengah

Kelaparan selepas puas beraktiviti? Ada banyak kedai makan menarik yang boleh ditemui di sekitar hotel ini.

Kelebihan Hotel Aloft
  • Terletak di salah satu pantai terbaik di Langkawi, iaitu Pantai Tengah yang menyajikan pemandangan alam semulajadi di Laut Andaman yang hebat.
  • Hotel ini dikelilingi rimbunan pokok hutan yang hijau & mendamaikan.
  • Salah satu hotel di Langkawi yang mempunyai fasiliti kolam renang infiniti yang sedia digunakan pengunjung.
Hotel ini sangatlah strategik lokasinya. Terdapat banyak tempat menarik sekitarnya seperti
  • Langkawi Gliders - 9 minit
  • Pantai Cenang - 10 minit
  • Upsidow Langkawi - 16 minit
  • Langkawi Sky Bridge - 33 minit
Harga: Dari RM513+ Semalaman

Alamat: Lot PT 701, Jalan Pantai Tengah, 07000 Pantai Cenang


Hotel di Pantai Cenang Langkawi.

9. Malibest Resort 

Malibest Resort

Tidak boleh dinafikan bahawa Hotel Malibest Resort adalah hotel bajet paling popular di Pantai Cenang.

Kelebihan Hotel Malibest Resort
  • Antara resort terbaik di Langkawi dengan kedudukan betul betul di tepi pantai pada harga bajet.
  • Kemudahan yang disediakan hotel memang lengkap, berbaloi sungguh dengan wang yang kita belanjakan.
  • Boleh lihat pemandangan matahari terbit & terbenam dari hotel saja.
Hotel ini sangatlah strategik lokasinya. Terdapat banyak tempat menarik sekitarnya seperti
  • Pantai Cenang - 3 minit
  • Underwater World - 5 minit
Harga: Dari RM160 / malam

Lokasi: Pantai Cenang, Mukim Kedawang, Pantai Cenang, 07000 Pantai Cenang


Hotel best di Langkawi.

10. Best Star Resort

Best Star Resort

Resort ini terletak 16 minit masa memandu dari Lapangan Terbang Langkawi dan 30 minit dari Pekan Kuah.

Kelebihan Hotel Best Star
  • Hotel ini juga terletak di Pantai Cenang, sangat hampir dengan kawasan tarikan utama pelancong .
  • Harga penginapan bilik yang sangat kompetetif. Sangat sesuai untuk habiskan lebih banyak masa di tepi pantai berbanding tinggal di bilik hotel.
Hotel ini sangatlah strategik lokasinya. Terdapat banyak tempat menarik sekitarnya seperti
  • Pantai Cenang - 1 minit
  • Underwater world - 3 minit
Harga: Dari RM160 / malam

Lokasi: Lot Pt 892, Jalan Pantai Cenang, 07100 Pantai Cenang


Penginapan di Langkawi untuk percutian bajet.

11. Green Village Langkawi Resort

Green Village Langkawi Resort

Kelebihan Hotel Green Village
  • Kawasan penginapan hotel ini dihiasi dengan rimbunan pokok hijau yang tumbuh merimbun. 
  • Satu lagi hotel murah yang berada hampir dengan Pantai Cenang.
Harga: Dari RM150  / malam

Lokasi: Jalan Pantai Tengah, Teluk Baru, 07100 Pantai Cenang


Villa di langkawi.

12. The Villa Langkawi

The Villa Langkawi

Jika anda memandu dari Lapangan Terbang Langkawi ia hanya mengambil masa 10 minit saja untuk sampai ke hotel ini.

Kelebihan Hotel The Villa
  • Kemudahan hotel asas yang lengkap untuk para tetamu. 
  • Kelebihan utama pada lokasinya yang sangat hampir dengan air port. Mudah untuk check in & check out dari hotel.
Hotel ini sangatlah strategik lokasinya. Terdapat banyak tempat menarik sekitarnya seperti
  • Pantai Cenang - 7 minit
  • Underwater World - 9 minit
Harga: Dari RM190 / malam

Lokasi: Lot 993, Pantai Tengah. Mukim Kedawang, 07100 Pantai Cenang



Hotel 5 bintang di Langkawi.

13. The Westin Langkawi Resort & Spa

The Westin Langkawi Resort & Spa 4

Kelebihan Hotel The Westin Resort
  • Terletak di tepi pantai & mempunyai pantai peribadinya sendiri. Khas untuk pelanggan yang menginap di sini saja.
  • View bilik yang cantik kerana menghadap Laut Andaman.
  • Kemudahan kolam renang infiniti untuk kita berendam & berenang sambil menikmati keindahan laut.
  • Lengkap dengan fasiliti untuk kanak kanak & dewasa seperti spa, gym & kelab kanak kanak yang menawarkan akitiviti mereka untuk seisi keluarga.
Hotel ini sangatlah strategik lokasinya. Terdapat banyak tempat menarik sekitarnya seperti
  • Dataran Lang - 5 minit
  • Hutan Lipur Durian Perangin - 11 minit
  • Menara Maha - 11 minit
Harga: Dari RM700 / malam

Alamat: Jalan Pantai Dato Syed Omar, 07000 Kuah


Hotel bajet Langkawi di Pekan Kuah.

14. Hotel Grand Continental Langkawi

Hotel Grand Continental Langkawi

Untuk ke Jeti Pekan Kuah ia akan mengambil masa selama 10 minit jika anda memandu dan 20 minit untuk ke Lapangan Terbang Langkawi pula.

Kelebihan Hotel Grand Continental.
  • Dengan sewa penginapan untuk 1 malam pada harga berpatutan, ditambah pula dengan lokasinya yang berada di tengah Bandar Kuah, hotel ini kerap menjadi pilihan pelancong dari dalam & luar negara.
  • Akses untuk pelbagai fasiliti yang disediakan untuk para pengunjung.
Hotel ini sangatlah strategik lokasinya. Terdapat banyak tempat menarik sekitarnya seperti
  • Hotel Lipur Durian Perangin - 6 minit
  • Taman Legenda - 11 minit
  • Dataran Lang - 14 minit
Harga: Dari RM170 / malam

Lokasi: Lot 398, MK Kuah, Kelibang, 07000 Kuah


Hotel cantik di Langkawi.

15. Bayview Hotel

Bayview Hotel

Bayview Hotel Langkawi terletak 13 kilometer dari Lapangan Terbang Langkawi dan hanya 3 Kilometer dari Terminal Feri Kuah.

Kelebihan Hotel Bayview.
  • Dekat dengan masjid, senang nak solat Jumaat & solat fardhu berjemaah.
  • Pengunjung dapat memohon pemandangan bilik yang menghadap kebiruan laut ataupun kehijauan hutan di rimba.
  • Fasiliti lengkap untuk para pelancong.
Hotel ini sangatlah strategik lokasinya. Terdapat banyak tempat menarik sekitarnya seperti
  • Taman Legenda - 6 minit
  • Masjid Al Hana - 6 minit
  • Menara Mahar - 8 minit
  • Dataran Lang - 8 minit
Harga: Dari RM190 / malam

Lokasi: Jalan Pandak Mayah 1, 07000 Kuah


Hotel murah di Kuah Langkawi.

16. Eagle Bay Hotel

Eagle Bay Hotel

Kelebihan Hotel Eagle Bay
  • Terletak tidak jauh dari Jeti Kuah, hanya 3 minit jarak pemanduan.
  • Pakej harga bilik yang sangat murah beserta sarapan percuma. Serendah RM90 untuk 1 malam. Sesuai untuk pelajar & backpakers yang keluar bercuti dengan bajet ciput.
  • Hotel murah ini dekat dengan banyak kawasan tarikan pelancong.
Hotel ini sangatlah strategik lokasinya. Terdapat banyak tempat menarik sekitarnya seperti
  • Taman Legenda - 1 minit
  • Masjid Al Hana - 1 minit
  • Dataran Lang - 4 minit
Harga: Dari RM90 per malam

Lokasi: 33 Persiaran Putra, Kuah, 07000 Kuah


Hotel di Langkawi yang ada kolam renang.

17. La Pari-Pari

La Pari-Pari

Kelebihan Hotel La Pari Pari.
  • Hotel mewah yang terletak di Pantai Cenang yang terkenal dengan kecantikan pantainya.
  • Banyak gerai yang menjual kudapan pada harga berpatutan.
  • Menikmati keindahan matahari terbit & terbenam dari bilik hotel sahaja.
  • Taman herba untuk penggemar pokok botani.
  • Rumah pokok untuk anak anak bermain.
Hotel ini sangatlah strategik lokasinya. Terdapat banyak tempat menarik sekitarnya seperti
  • Island Hopping Alanona - 4 minit
  • Sunset Dinner Cruise - 6 minit
  • Awana Pier - 9 minit
  • Pantai Cenang - 10 minit
Harga: Dari RM300 per malam

Alamat: 2273 Jalan Pantai Tengah, Kampung Tasek Anak, Pantai Tengah, Pantai Tengah, Langkawi 07000


Resort Langkawi murah.

18. Telaga Terrace Boutique Resort

Telaga Terrace Boutique Resort

Kelebihan Hotel Telaga Terrace.
  • Bersiar siar di Pantai Cenang sambil menikmati makanan enak yang dijual di sini.
  • Rekabentuk hotel berkonsepkan rumah melayu tradisional yang pastinya menggamit memori silam.
  • Pihak hotel boleh mengaturkan aktiviti outdoor untuk para pengunjung tanpa perlu kita bersusah payah menempah sendiri. Sangat sesuai untuk percutian berbulan madu untuk pasangan pengantin baru.
Hotel ini sangatlah strategik lokasinya. Terdapat banyak tempat menarik sekitarnya seperti
  • Langkawi Gliders - 1 minit
  • Morac Adventure Park - 2 minit
  • Pantai Cenang - 6 minit
  • Underwater world - 8 minit
Harga: Dari RM330 per malam

Alamat: Jalan Pantai Cenang, 07000 Pantai Cenang


Resort di Langkawi berkonsepkan rumah melayu tradisional.

19. Bon Ton Resort

Bon Ton Resort

Kelebihan Hotel Bon Ton.
  • Resort dengan rekabentuk rumah kampung tradisional yang semestinya nampak klasik namun kekal malar segar.
  • Lengkap dengan kemudahan fasiliti moden yang dijaga rapi untuk digunakan pelanggan.
Hotel ini sangatlah strategik lokasinya. Terdapat banyak tempat menarik sekitarnya seperti
  • Langkawi Gliders - 1 minit
  • Pantai Cenang - 8 minit
  • Upsidow - 11 minit
Harga: Dari RM550 / malam

Alamat: Jalan Pantai Cenang, Pantai Cenang, Kedah 07000


Hotel di Langkawi Pekan Kuah.

20. Bella Vista Resort & Spa

Bella Vista Resort & Spa

Kelebihan Hotel Bella Vista Resort
  • Pemandangan laut andaman yang mengasyikkan.
  • Mandi manda di kolam renang infiniti.
Hotel ini sangatlah strategik lokasinya. Terdapat banyak tempat menarik sekitarnya seperti
  • Hutan Lipur Durian Perangin - 4 minit
  • Menara MAHA - 7 minit
  • Gua MAHA - 9 minit
  • Dataran Lang - 11 minit
Harga: Dari RM200 / malam

Lokasi: Persiaran Mutiara, Pusat Dagangan Kelana Mas, 07000 Kuah


21. Dayang Bay Resort

Dayang Bay Resort

Kelebihan Hotel Dayang Bay.
  • Kami sekeluarga pernah menginap di resort ini & sangat berpuas hati dengan kualiti servisnya.
  • Hidangan sarapan pagi yang sangat enak & banyak pilihan menu.
  • Berenang bersama anak anak di dalam kolam renang infiniti yang berada ditepi kafe. Jika anda berenang di petang hari, dapat saksikan pemandangan sunset yang memang cun.
Harga: Dari RM200 untuk 1 malam

22. Langkawi Sea View Hotel

Langkawi Sea View Hotel

Anda hanya perlu jalan 15 minit sahaja untuk sampai ke kedai Duty Free dan Jeti Kuah. Untuk ke Lapangan Terbang Langkawi pula, anda perlu memandu selama 25 minit sahaja.

Kelebihan Hotel Sea View.
  • Hotel bajet dengan pelbagai kemudahan lengkap.
  • Lokasinya di tengah Pekan Kuah
  • Dekat dengan masjid & banyak lagi tumpuan pelancong.
Hotel ini sangatlah strategik lokasinya. Terdapat banyak tempat menarik sekitarnya seperti
  • Taman Legenda - 2 minit
  • Masjid Al Hana - 2 minit
  • Jeti Kuah - 3 minit
  • Dataran Lang - 4 minit
Harga: Dari RM160+ Semalam

Lokasi: Jalan Penarak, 07000 Kuah


Post a Comment

Previous Post Next Post